Salam Ramadhan buat semua.
Alhamdulillah sudah 10 hari kita semua berpuasa. Ramadhan kali ini dimulai dgn ujian kesakitan buat saya sendiri. Sakit biasa namun menular menjadi serius akibat kecuaian diri sendiri. Dua hari MC dan antibiotik yg kuat hanya mampu meredakan sedikit sahaja ketidakselesaan ini. Allah sayangkan saya, sentiasa memilih saya untuk diberikan peluang mendapat ganjaran pahala yang lebih melalui dugaan dan ujian yang datang.
Dan sebab sebenar saya terus menyepikan diri dari berblogging ialah kerana tahun lepas kami sekeluarga terlalu banyak diduga. Dan dugaan itu diberikan melalui Wafiya, kesayangan seluruh keluarga. Sakit yang bertimpa-timpa hingga ketika dia dimasukkan ke ICU pada Ramadhan yang lepas, saya seakan sudah terpaksa bersedia untuk kehilangan dia. Namun syukurlah Allah mengasihani kami. Allah masih mengizinkan Wafiya untuk bersama kami. Syukurlah....tak terbayang hidup ini tanpa dia.
InsyaAllah suatu hari nanti saya akan bercerita. Saya perlu menulis semuanya di blog agar dapat menjadi kenangan yang boleh dibaca oleh anak-anak saya nanti.
Kaz's Love and Life
When there is love, there is life.
Saturday, June 27, 2015
Thursday, June 11, 2015
Yang Terkini
Assalamualaikum semua.....
Mulanya minat berblogging ni ingin saya lupakan terus tetapi apabila melihat Wildan dan Wafriy seronok membaca kisah-kisah mereka ketika kecil yg saya ceritakan kat blog ni, terasa kesian pula kat Wafiya. InsyaAllah, jika ada masa dan kesempatan saya akan terus menyimpan semua kenangan membesarkan ketiga-tiga cinta hati saya ni di sini.
Monday, July 22, 2013
Wildan & Wafriy @ sahur
Inilah telatah dua hero kesayangan saya ketika bersahur. Masing-masing nak makan sambil baring atas sofa. Layankan je lah, janji diaorg bersahur dan tak letih ketika berpuasa nanti. Alhamdulillah, setakat ni kedua-dua mereka berpuasa penuh. Dan syukurlah mmg kali ni kedua-dunya diberikan Allah kesihatan yg baik dan sgt cergas walaupun berpuasa. Wildan pun dah tak berdrama mcm dulu-dulu. Tahun lepas ketika di darjah 1 pun Wildan puasa penuh cukup sebulan. Wafriy pula asalnya saya dan suami kata belajarlah utk puasa separuh hari sbb dia baru 6 tahun tp syukurlah dia sendiri nak puasa penuh.
Menu mereka berdua senang sahaja. Utk berbuka, menu Wildan ialah nasi dan ayam goreng. Wafriy pula nasi dengan telur atau udang. Utk bersahur pula, menu Wildan ialah nugget atau fries. Wafriy pula nasi dan telur kicap.
InsyaAllah, smg dapatlah mereka berpuasa dgn sempurna kali ini. Pastinya ada hadiah utk mereka dari saya dan suami sebagai satu galakan utk mereka berlatih mengerjakan puasa.
Tuesday, July 16, 2013
Selamat Hari Lahir Wafiya
Alhamdulillah, pada 14 Julai 2013, genaplah setahun umur puteri kesayangan saya ni. Satu tahun yang penuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan yang tidak tergambar dengan kata-kata. Betapa cepatnya masa berlalu, masih teringat lagi kenangan mengandungkan dan melahirkan puteri yang ditunggu-tunggu seisi keluarga ini.
Sekadar
untuk kenangan buat saya nanti, saya ingin berkongsi pengalaman melahirkan
Wafiya yg masih saya ingat sehingga kini.
13 Julai
2012
Pukul 3
pagi- Saya terjaga dari tidur, pergi ke tandas dan ternampak ada bleeding. Perut terasa bisa menyucuk-nyucuk. Hati
dah rasa tak sedap sebab serba salah nak pergi hospital atau tidak memandangkan
pada hari yg sama merupakan Hari Anugerah Cemerlang di sekolah Wildan. Saya
tahu kalau saya gi hospital mesti saya ditahan di wad dan saya akan terlepas
utk melihat Wildan menerima hadiah. Tetapi dlm masa yang sama of course lah
saya risaukan keadaan baby.
Saya
kejutkan suami dan suami dalam keadaan terkejut dan masih mengantuk terus cakap
jom kita gi hospital sekrg. Dalam keadaan bleeding yg semakin banyak, saya tahu
saya tiada pilihan lain. Cepat-cepat saya berkemas, kejutkan Mama, cium Wildan
dan Wafriy dan terus ke hospital. Dalam perjalanan, hati berdebar-debar dan
risau sangat dengan pelbagai kemungkinan
Sampai di
hospital, doktor pelatih periksa bukaan cerviks dan menurutnya baru 1 cm. Saya
minta izin dari doctor tu utk pulang dulu ke rumah bagi menghadiri Majlis
Anugerah Cemerlang Wildan dan doktor tu kata dia perlu meminta kebenaran dari
doctor pakar. Bila doctor pakar datang dan memeriksa saya, doctor terus arahkan
saya ditahan di wad kerana walaupun bukaan baru 1 cm tetapi contraction dah
aktif. Dalam hati terasa nak menangis tapi of course saya sedar di saat ini
keselamatan baby lebih utama.
Seharian
saya kat wad dan sakit cuma on and off. Light bleeding masih berterusan. Dalam
hati mcm-mcm perasaan ada tapi apa yang paling saya risaukan ialah takut pisang
berbuah 2 kali. Semasa nak bersalinkan Wafriy dulu, saya ditahan di wad selama hampir
2 minggu kerana contraction yg tidak develop walaupun dah ada bukaan 1 cm dan
light bleeding. Sebelah petang, suami bawa Mama, Wildan dan Wafriy melawat saya
di wad. Sedih rasa hati melihat kedua-dua putera saya yg sgt jarang berenggang
dgn saya tu. Suami dan Mama asyik bertanya “tak sakit ke?” bila tgk saya sihat
spt biasa sahaja. Bila akhir waktu melawat, Wildan dan Wafriy menangis sebab
terpaksa berpisah dgn saya. Slps solat
Isyak, ber sms dgn suami, saya pun tidur. Dalam hati memanglah saya kecewa krn
belum ada tanda sakit nak bersalin. Saya risau sgt terpaksa melalui lagi apa yg
saya lalui dulu. Suami nasihatkan saya supaya bersabar kerana Allah lebih tahu
apa yang terbaik buat saya.
Lebih kurang
pkl 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur. Perut terasa sakit sedikit, bisa menyucuk-nyucuk.
Saya ke tandas, terlihat tompokan darah yang agak banyak. Saya kembali ke katil
saya, cuba untuk tidur semula tetapi saya mula terasa sakit yg semakin kuat dan
kerap. Pkl 3 pagi, saya ke kaunter jururawat utk beritahu mereka ttg keadaan
saya. Setelah diperiksa, bukaan baru 3 cm dan mereka menyuruh saya menunggu di
wad dahulu krn perlu menunggu bukaan 4 cm utk dihantar ke labour room. Saya
call suami dan suami kelihatan panic dan mahu datang segera ke hospital ttp
saya kata tunggu dulu, bila saya nak masuk labour room nanti baru datang. Sakit
semakin kerap dan kuat. Saya berjalan mundar-mandir di dalam wad utk kurangkan
sedikit rasa sakit. Kira-kira pkl 4 pagi, saya rasakan sakit yg semakin kuat
dan aduhai jgn cakaplah sakitnya. Bila diperiksa, bukaan dah 5 cm dan barulah nampak
nurse kelam-kabut arahkan saya dibawa ke labour room. Mungkin disebabkan panic dan
juga sakit yg semakin tidak tertanggung, saya terus ke tandas dan muntah di
situ. Sebelum ditolak dgn wheel chair, saya call suami dan minta dia
datang ke hospital sekrg, Jarak rumah saya dan hospital tu lebih kurang 15
minit drive sahaja.
Setibanya di
labour room dan diproses sana sini, doctor memecahkan air ketuban utk
mempercepatkan bukaan. Dan disinilah segalanya bermula……...rupa-rupanya baby
dah pun membuang di dalam perut. Air ketuban yang sepatutnya jernih dah
bertukar menjadi kuning pekat. Doktor yg masih muda tu kelihatan panic dan
terus memanggil doctor pakar dan sebaik sahaja doctor pakar datang,
terkeluarlah kata-kata yang amat saya takuti, geruni dan berdoa siang malam
agar tidak terjadi. “Kita operate ya Puan, kita takut baby lemas”. Di saat-saat
sebegitu, apalagi pilihan yang saya ada selain daripada berkata ok. Di saat itu
hanya Allah yg tahu perasaan saya. Kesakitan dan penderitaan yg saya rasa
sewaktu dan selepas operation utk bersalinkan Wildan 7 tahun dulu seolah-olah
masih terasa. Tapi apalah pilihan saya di saat-saat sebegini? Demi utk
menyelamatkan baby saya, baby perempuan yang saya dan seluruh keluarga tunggu
selama ini, saya rela dan redha menerima apa juga yg ditakdirkan utk saya.
Dalam keadaan contraction yg semakin kuat dan kerap, ditambah pula dgn proses
“cucuk sana dan sini” utk prepare saya ke operation theater, saya rasa sgt tak
keruan dan betul-betul dlm kesakitan. Saya ingat lagi ketika ditolak keluar
dari labour room utk ke OT, saya melihat wajah suami saya yg juga dlm
kesedihan. Suami saya tahu betapa saya tak mahu di operate lagi setelah pernah
melaluinya sblm ini. Suami saya tahu btp menderitanya saya sakit pinggang berbulan-bulan
lamanya kesan dari operation dan pelbagai masalah lagi yg saya hadapi kesan
dari operation. Namun siapalah kita utk menolak takdir dan mungkin inilah yang
terbaik utk saya dan juga baby. Dalam perjalanan ke OT, saya mmg berada dalam
kesakitan yg amat sangat disebabkan oleh contraction yg semakin kuat dan ketika
itulah terdetiknya di dalam hati “tobat aku tak mahu bersalin dah slps ni”!
Pkl 5.45
pagi, lahirlah Naurah Addeena Wafiya, seorang puteri yg saya tunggu seumur
hidup saya. Kenapa seumur hidup? Kerana dari kecil lagi saya sgt-sgt teringin
utk memiliki seorg adik perempuan dan keinginan itu tidak tercapai setelah
kematian arwah bapa saya. Dari kecil lagi saya cukup berkenan sgt dgn
kanak-kanak perempuan dan sentiasa mengangankan kehadiran seorang anak
perempuan apabila saya berkahwin nanti. Bila saya berkahwin, saya sangat-sangat
berharap agar memiliki anak perempuan tetapi Allah lebih mengetahui bahawa yang
terbaik untuk saya dan suami ialah untuk memiliki 2 orang anak lelaki dahulu
sebelum hadirnya seorang anak perempuan. Kehadiran Naurah Addeena Wafiya
mengakhiri penantian saya selama 38 tahun! Yang sedihnya sebaik sahaja
dilahirkan, baby terus dibawa ke NICU dan saya hanya dibenarkan untuk melihat
baby keesokan harinya apabila doctor mendapati kesihatan baby dah stabil.
Syukurlah suami saya sempat mengambil gambar baby secara sembunyi dan dapatlah
saya melihat gambar baby yg saya kandung selama ini.
Alhamdulillah,
Wafiya sudahpun berusia setahun kini. Seorg anak yang comel (anak saya,
mestilah saya kata anak saya comel), cergas dan sangat membahagiakan kami
sekeluarga. Wildan dan Wafriy pun cukup sayangkan adik mereka ni. Rezeki
Wafiya, saya menyusukan dia sepenuhnya sehingga dia berumur 10 bulan setengah.
Hajat hati untuk menyusukan dia sepenuhnya hingga 2 tahun namun saya terpaksa
mengalah apabila bekalan susu tidak mencukupi akibat kesibukan dan stress saya
di tempat kerja. Kini Wafiya mengambil susu kambing di nursery dan menyusu
badan sepenuhnya ketika di rumah.
Doa saya
agar Wafiya menjadi seorang anak solehah yang cemerlang di dalam hidupnya dunia
akhirat. Smg Wafiya membesar dengan sihat dan smg masalah eczema Wafiya akan
pulih sepenuhnya nanti. Syukurlah kepada Allah di atas anugerahnya yang tidak ternilai ini.
Thursday, July 4, 2013
Wafiya lagi.....
Testing, testing. ..
Saja nak test boleh tak nak update blog through hand phone saya ni.
Alhamdulillah, senang sikit nak update blog slps ni.
Thursday, June 20, 2013
Mengubat rindu
Rindunya nak menulis blog mcm dulu-dulu. Apa khabar agaknya kawan-kawan yg rajin melawat blog saya dulu, antaranya kak Atie, kak Ana, Kak Halima, Kak Amie, Kak Wattie dan of course Encik Bidadarindu yg sudah menyepikan diri tu.
Mungkin beginilah jadinya bila ada 3 org anak kecil ni. Ditambah pula dgn bebanan kerja kat office yg semakin bertambah, saya mmg tak menang tangan utk berblog spt dulu. Bila ketiga-tiganya dah lena, saya sendiri pun terlena. Tapi alhamdulillah, saya amat berbahagia dgn kehidupan saya, bersama suami tercinta, anak-anak kesayangan dan tak lupa juga mama tersayang. Wildan dan Wafriy sedang membesar. Sekejap ok, sekejap bergaduh, sekejap bergusti, sekejap melawak, sekejap menyanyi dan melukis bersama-sama, sekejap lagi bertengkar dan bergaduh. Memang pening kepala tetapi tanpa mereka berdua, sunyilah saya. Wafiya pula sudah berusia 11 bulan, dah boleh berdiri dan sudah semakin banyak akalnya. Saaaaaaaaaaaaaangat comel keletahnya. Kehadiran Wafiya umpama sebutir bintang yg sgt bersinar di dalam hidup saya. Tak dapat saya bayangkan hidup saya tanpa dia. Bertahun-tahun saya nantikan kehadiran seorg anak perempuan, kelahiran Wafiya adalah satu anugerah yg tak terhingga dari Allah swt.
InsyaAllah, panjang umur saya update lagi blog ni. Banyak lagi yg nak diceritakan dan dikongsi.
Mungkin beginilah jadinya bila ada 3 org anak kecil ni. Ditambah pula dgn bebanan kerja kat office yg semakin bertambah, saya mmg tak menang tangan utk berblog spt dulu. Bila ketiga-tiganya dah lena, saya sendiri pun terlena. Tapi alhamdulillah, saya amat berbahagia dgn kehidupan saya, bersama suami tercinta, anak-anak kesayangan dan tak lupa juga mama tersayang. Wildan dan Wafriy sedang membesar. Sekejap ok, sekejap bergaduh, sekejap bergusti, sekejap melawak, sekejap menyanyi dan melukis bersama-sama, sekejap lagi bertengkar dan bergaduh. Memang pening kepala tetapi tanpa mereka berdua, sunyilah saya. Wafiya pula sudah berusia 11 bulan, dah boleh berdiri dan sudah semakin banyak akalnya. Saaaaaaaaaaaaaangat comel keletahnya. Kehadiran Wafiya umpama sebutir bintang yg sgt bersinar di dalam hidup saya. Tak dapat saya bayangkan hidup saya tanpa dia. Bertahun-tahun saya nantikan kehadiran seorg anak perempuan, kelahiran Wafiya adalah satu anugerah yg tak terhingga dari Allah swt.
InsyaAllah, panjang umur saya update lagi blog ni. Banyak lagi yg nak diceritakan dan dikongsi.
Wildan dan Wafriy- Hero-hero kesayangan saya |
Wafiya- cinta hati saya (gambar lama ni) |
Sunday, November 4, 2012
The latest pic of Wafiya
Lama tak update blog, kali ni saya letak gambar Wafiya yg terkini dulu ya. Bila ada masa nanti, saya tulis panjang- panjang.
Sekrg ni kan musim demam. Kami sekeluarga turut diuji dgn pelbagai masalah kesihatan. Bermula dgn kedua hero kesayangan saya tu dpt demam campak serentak, mama saya pun tak sihat, saya dan suami pun batuk, selsema dan demam dan diikuti oleh Wafiya yg selsema dan batuk berkahak. Syukurlah Wafiya tak dijangkiti demam campak dan setakat ni belum pernah demam.
Subscribe to:
Posts (Atom)