Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Tuesday, April 10, 2012

Mengidam

Dah lama mengidam nak makan nasi impit, cucur udang dan kuah kacang masakan sendiri ni. Hari Ahad baru ni, saya merajinkan diri untuk memasak semua ni dan Alhamdulillah, puas rasanya dapat makan apa yg diidam-idamkan. Selalunya masakan nasi impit dan kuah kacang ni saya cuma masak ketika raya tetapi memandangkan ketika raya nanti saya di dlm tempoh berpantang, so saya kena "beraya" lebih awal lah dari sepatutnya.

Setakat ni saya tak adalah mengidam yang pelik-pelik. Beberapa bulan lepas, saya mengidam nak makan lasagna. Dua kali suami bawa makan kat Secret Recipe, dah terubatlah perasaan 'mengidam' tu. Slps tu, last week, teringin pula nak makan KFC, bila dapat makan tu terasa sedap sgt ayam KFC yg sebelum ni saya tak berapa nak heran. Semasa awal mengandung dulu, saya selalu teringin nak makan masakan Mama tapi kebetulan Mama ada di KL masa tu. Sekarang bila Mama dah ada kat rumah saya, saya jarang beritahu Mama apa yang saya teringin nak makan kerana tak sampai hati nak suruh Mama penat2 memasak kat saya. Tetapi naluri seorg ibu tu mmg tak dapat dinafikan. Mama macam tahu saja apa yang saya teringin dan suka makan, bila balik rumah dari ofis tu dah sedia terhidang makanan2 favourite saya di atas meja.So, disebabkan terlalu berselera makan masakan Mama, bulan lepas semasa check-up saya dah kena sound dgn nurse sbb berat badan saya naik 3 kg dlm masa sebulan. Sekarang ni saya berhati-hati juga dgn makanan yg saya makan tetapi bila tgh berselera makan tu, mmg susah nak berhenti.Lately ni saya suka sgt makan kek coklat, mulut ni asyik terasa nak makan kek coklat saja. Macam mana tak naik berat badan kalau mcm ni, rasanya ketika berpantang nanti mmg saya kena betul2 berpantang utk turunkan balik berat badan yang dah semakin naik ni.


              

  



Wednesday, November 9, 2011

Cerita hari raya aidil adha yg biasa-biasa saja

Dah beberapa hari berakhirnya hari raya aidil adha, hari ni baru saya berkesempatan nak update cerita sambutan hari raya aidil adha saya sekeluarga. Tak ada apapun yg interesting utk dicerita ttp terasa teringin pula nak update blog pagi ni. Sebenarnya sekrg kolej saya sedang bercuti 2 minggu."Pandai" sungguh org atas ni ya, hampir semua public holiday diselaraskan dgn cuti semester kami. Tahun depan, cuti Tahun Baru Cina pun di dlm cuti semester kolej. Maksudnya kami di kolej matrikulasi ni mmg tak banyak cuti, so cikgu2 di luar sana tak payahlah jeles dgn kami ya. Ok, dah terkeluar tajuk.

Hari raya aidil adha kali ni, kami celebrate kat rumah saya bersama Mama, Ba dan juga kakak ipar sekeluarga. Tak byk persiapan yg saya buat sbb cuma cuti sehari saja sblm raya. Nak mengemas lagi, nak gi market lagi, nak masak lagi, mmg tak cukup masa. Wafriy pula tak sihat, batuk dan muntah. So persiapan ala kadar sajalah.

Utk pagi raya, saya masak rendang ayam dan beli lemang Pak Teh yg popular dan jadi favourite org istana tu. Kakak ipar masak kuah kacang daging dan nasi impit. Saya mmg makan semua hidangan ni puas2 sbb lepas ni lambat lagilah nak jumpa, nak tunggu raya tahun depan pulakan. Utk lunch, saya masak nasi minyak dan ayam masak merah. Kakak ipar masak dalca daging dan goreng sayur campur.



At first, plan nak buat 4 jenis kek tapi bila dah petang raya tu kaki dah terasa lenguh sgt sbb byk sgt berdiri. So saya cuma buat 2 jenis kek iaitu kek alunan kasih dan kek lapis cheese pesona.

 Bangga betul saya dapat buat kek kaler2 mcm ni. Dahlah tu, rasanya pun sedap dan mmg jadi favourite semua orang terutama sekali mama dan anak saudara saya, Dira. Sampai licin piring kek tu dia makan.
Kek lapis cheese pesona ni saya ambil resepi dari blog Kak Yatie Sinar Kehidupan. Rupanya mcm comot je kan tapi sedap sangat. Dah 2 kali saya buat setakat ni atas request suami yg suka sgt makan cheese cake. Yg kelakarnya dlm resepi cakap sejukkan dlm peti ais selama 6 jam, yg saya buat ni tak sampai 60 minit dah tinggal setengah tray.

Disebabkan sibuk memasak dan melayan tetamu, saya tak sempat pun bergambar dgn family pada hari raya kali ni. Tak kisahlah kan, yg penting semuanya berjalan lancar. Bila dgr ramalan cuaca, kawasan SP ni akan dilanda hujan lebat dan banjir pada hari raya. Mmg dah risau dibuatnya tapi syukurlah Allah itu lebih berkuasa dari segala-galanya.

Sunday, October 30, 2011

Apam dot dot, akhirnya.....

Dah lama saya teringin nak buat kuih yg kiut miut ni. Tgk orang lain buat mcm senang saja kan. Sahabat saya yg rajin sgt tu, Fizin tu dah berpuluh kali buat, setiap kali dia buat jamuan makan akan adalah apam dot dot ni. Saya jugalah yg ketinggalan, bukannya apa, terasa tak yakin je nak buat apam dot dot ni sbb saya bab nak buat benda yg comel2 ni mmg fail. Tapi setelah seronok dok tgk org lain buat, saya terasa teringin sgt nak buat. Puas belek kat internet dan juga sms Fizin bertanyakan cara nak buat apam ni. Fizin juga bg tips kat saya suruh gunakan santan kotak dan bukannya susu utk dapat apam yg lebih lembut dan sedap.Setelah hampir seminggu plan tertunda, at last hari ni terhasillah apam dot dot saya. Seriously, saya happy sgt sbb boleh dikatakan menjadi jugalah apam dot dot saya ni walaupun hasil awalnya comot2 juga. First timer, boleh dimaafkan kan? Ok, jom layan gambar apam dot dot saya.



Purple, my favourite colour.

Pink pun saya suka juga.
Wildan yg nak sgt tolong Ibu buat dot dot.

Mama dan suami cakap, "amboi comelnya".


Rasa seronok je lepas dah berjaya buat apam dot dot ni. Mama pun suka sgt makan, suami pula walaupun dia kata sedap tapi saya tahu dia mmg tak berapa nak layan kuih jenis kukus ni. InsyaAllah, saya akan buat lagi slps ni. Saya bukan seronok nak makan, tetapi seronok nak membuatnya.

Thursday, October 27, 2011

Yogurt Steamed Cupcakes- Bangganya dgn diri sendiri....





Tiada occasion, tiada sesiapapun yg request dan tiada sebab apapun, tiba2 saja tangan saya rasa gatal je nak bake sesuatu. Tghari tadi saya blogwalking kat blog kawan2, terjumpa resepi ni kat blog annaqawina. Npk sedap, menarik dan yg plg penting mudah. Tp resepi ni bukannya nak kena bake tp kukus.

So slps Isyak td saya pun turun ke dapur dan mulakan projek steamed yogurt cupcakes ni. Betul kata Anna, senang nak buat cupcakes ni. Kejap je dah siap. Bila buka je periuk kukus, punyalah saya bangga tgk cupcakes saya yg mekar cantik. Mcm tak percaya saja yg saya boleh buat secantik tu, hehe. InsyaAllah, lepas ni cupcakes ni  akan dibuat lg dlm versi yg lebih comel.

Resepi ni saya ambil dari sini . Thanks ya Anna for the marvelous recipe.

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway

Saturday, October 15, 2011

Lunch yg simple dan sedap



Ini dia makanan yg saya masak utk lunch hari ni. Ayam masak kicap black pepper, sambal tumis udang dan sup sayur campur. Simple saja tapi suami saya makan bertambah sampai 3 kali. Ni yg buat saya cuba sedaya upaya utk masak di hari cuti. Seronok tgk suami dan mama makan dgn berselera. Kalau mkn di luar atau beli lauk dari kedai, diaorg makan gitu2 je. Bila masak sendiri, lauk yg simple pun jadi sedap dan makan pun bertambah-tambah.



Posted via Blogaway

Tuesday, September 27, 2011

Kek Batik Coklat Plg Sedap di Dunia.



Dah lama tak buat entry fasal hobby saya yg satu ni iaitu baking. Sebetulnya slps raya hari tu, oven kat dapur tu berehat panjang. Last week, Wildan minta saya buatkan dia kek batik coklat yg pernah saya buat dulu. Kek batik ni ada byk version dan saya pun dah cuba beberapa resepi yg berbeza tp seriously resepi kek batik coklat yg saya ambil dari blog Sue- Hasue I Love My Life ni mmg the best. Saya berani gerenti sesiapa yg mkn kek ni akan setuju dgn saya. Mmg sedap betul, terasa coklatnya yg betul2 sedap. Satu family sukakan kek ni termasuklah suami saya yg sgt health conscious tu. Sesiapa yg nak try tu boleh tgk kat blog Sue- Hasue spt yg saya link kat bawah ya, tp kena cari sendirilah entry resepi ni. Dia sendiri dah berkali2 buat kek ni. Saya sendiri pun kalau badan mcm Erra Fazira mesti nak buat kek ni setiap hari tp almaklum ajelah kan.......

http:// sue-hasue.blogspot.com 

Posted via Blogaway

Sunday, August 21, 2011

My first raya cookies.



Inilah dia my first raya cookies. Biskut coklat chips yg ala2 famous amous tu. Saya dpt resepi ni dari Kak Yatie, my best friend. Seingat saya kali terakhir saya buat biskut raya ialah ketika saya masih study kat UKM dulu. Sejak kerja, saya jadi malas nak buat sbb lg seronok nak membeli dr kawan2 yg menjual biskut raya. Lagipun, tgn saya tak berseni, buat biskut raya pun tak menjadi cantik. Sbb tu saya lebih suka memasak lauk pauk dan membuat kek.

Kali ni saya excited sgt nak buat biskut raya sendiri walaupun dah byk juga membeli dari kawan2. Hari2 saya belek resepi kat blog kawan2 dan semakin bersemangat bila tgk semua org dah start membuatnya.

Biskut ni sedap rasanya especially utk chocolate lovers spt saya. Wafriy pun suka sgt, dah berkeping2 dia mkn. InsyaAllah, esok nak buat biskut cornflakes crunchy pula, ni favourite suami saya. Saya cuma akan buat biskut yg simple dan tak payah terap, janji rasanya sedap.

Monday, August 8, 2011

Hmmm...sedapnya.



Inilah salah satu favourite food saya dan suami sepanjang bulan puasa. Otak-otak dan sata, makanan tradisi org Johor dan Pantai Timur. Kalau gi Pasar Ramadhan dan terjumpa kedua2 makanan ni, mmg wajib kami beli.

Otak-otak ni first time saya mkn ketika study kat UKM dulu. Sata pula saya first time makan ketika berkursus di Setiu, Trengganu. First time makan terus jatuh cinta. Dari segi rasanya of course lah tak leh lawan dgn sata yg kat T'ganu tu. Setiap kali saya baca blog Fizin yg tinggal kat T'ganu tu selalu makan otak2 dan sata, saya telan air liur je lah. Kat tempat saya ni cuma boleh jumpa otak2 dan sata ketika bulan Ramadhan saja. Bila dah susah jumpa tu, sesekali jumpa saya pulun makan.

Saturday, August 6, 2011

Puding Keju



Sejak tgk resepi Puding Keju kat blog Kak Yatie di Sinar Kehidupan, saya terus teringat-ingat dan teringin sgt nak try puding ni. Alhamdulilah, hari ni menjadi juga projek Puding Keju saya. Sedap dan lemak rasanya. Yg penting suami dan Mama suka dan kata sedap sgt.

P/s: layan je lah gambar yg terbalik kat atas tu ya. Saya tak reti nak edit dgn HP baru ni.

Tuesday, August 2, 2011

Juadah Berbuka Hari Pertama



Bila tgk kawan2 tayang juadah berbuka, saya pun teringin juga nak tunjuk. Alhamdulilah, semalam kami berbuka dgn lauk pauk yg dimasak sendiri. Mama masak kari tulang daging, saya masak daging dendeng dan sup ketam berhalba. Sayur dan kuih muih saya beli dari kafe kat ofis. Alhamdulilah, semua makan dgn berselera terutama sekali Wafriy yg suka sgt2 mkn ketam tu.

InsyaAllah, seboleh mungkin saya akan cuba memasak sendiri utk juadah berbuka sepanjang Ramadhan ni. Kalau tak dpt masak semua, satu atau dua lauk pun dah kira ok lah.

Friday, July 29, 2011

Banana Muffin with Choc Chips



I baked these muffins to be brought to my mum's friends tomorrow. Thanks to Izah Daut for this superb recipe. Truly mouthwateringly delicious!This is my second time trying this recipe and I am sure there will be more and more after this.

Saturday, July 9, 2011

Nasi Ayam Chef Wan dan Custard Teacake yg Sedap

Setelah lama tergoda dgn resepi nasi ayam Chef Wan yg saya tgk kat blog Kak Wattie yg cun melecun tu (macam duta jamu mak dara gold), akhirnya hari ni barulah saya ada chance nak try. Ahamdulillah, tak sia2 saya try sbb spt yg dilihat, memang sedap sangat2 resepi nasi ayam ni. Kalau tak salah resepi ni dah lama ya, dari tahun 2000 lg, ttp baru sekrg saya tahu. Tghari tadi berselera betul saya, suami dan mama makan. Suami dan mama makan bertambah-tambah (saya maintain makan 1 pinggan je sbb sedar diri yg semakin berisi ni). Mama siap suruh saya masakkan nasi ayam ni ketika hari raya pertama nanti tp saya rasa mcm kurang sesuai pula kan sbb selalunya hari raya pertama kenalah ada nasi tomato/beriani, ayam masak merah, dalca dan acar. Mungkin pada hari raya kedua atau ketiga tu ok lah.


Tengok gambar2 kat atas ni mungkin npk mcm tak sedap saja sbb saya ni mmg fail bila bab garnishing ni tp rasa nasi ayam ni memang tak terkata sedapnya. Kalau nak resepinya boleh tgk kat blog Kak Wattie ya.

Sebelah petang pula saya buat custard teacake yg semua org dah buat berkurun lamanya dulu (again, baru sekarang saya ada chance nak buat). Resepinya pun saya ambil dari blog Kak Wattie. Tq Kak Wattie, jangan lupa upload resepi yg sedap2 lagi ya. Kek ni pun sedap cuma bagi saya kek ni rasa manis sikitlah. Next time kalau nak buat saya akan kurangkan sedikit gulanya. Tak berani nak makan manis2, keturunan sebelah arwah bapa saya ramai yg diabetes, so saya mmg sgt berjaga2 bab makan yg manis2 ni.
Sorrylah ya, saya ni main ambil dan letak je gambar. Tak mcm sesetengah blogger tu, siap hias cantik2 semata2 nak ambil gambar dan upload kat blog. Lambat lagi kut saya nak sampai ke tahap tu.

Kepada Kak Wattie, terima kasih banyak2 ya. InsyaAllah lepas ni saya nak try resepi aiskrim vanilla dan popcake ball yg ada kat blog Kak Wattie pula. Yg pasti sejak jatuh cinta dgn baking and trying new recipe ni, berat badan saya tak turun2 malah semakin naik. Hairannya mcm manalah orang yg hebat memasak mcm Kak Wattie ni boleh maintain slim je. Jom blame genetic factor, hehe!

Sunday, June 19, 2011

"Bapa" di dalam hidup saya

Happy Father's Day buat semua yg bergelar bapa, terutama sekali kpd suami saya yg tersayang, bapa mertua saya yg sgt dikasihi dan juga abang dan adik saya yg jauh di mata ttp sentiasa dekat di hati. Dan of course tdk lupa kpd arwah Ba saya yg telah kembali ke Rahmatullah 22 tahun yg lepas. "Ina sgt2 merinduimu Ba, bahagialah kau di sana hendaknya".

Seawal pagi saya dah bangun utk bake strawberry yogurt muffin dan juga chocolate muffin. Suami kata kalau nak buat kek, buatlah yg low fat, healthy dan nutritios. Semlm ketika saya cari2 kat internet, saya terjumpa resepi strawberry yogurt muffin ni, mmg healthy betul. So, saya pun try dan hasilnya mmg sedap sgt. Buat pun senang, kacau2 je dah jadi. Chocolate muffin tu saya buat kat anak2.

Hadiah dah pun saya bagi semalam kat suami. Dari saya, 2 helai kemeja lengan panjang utk dipakai ke pejabat. Dari anak2 pula, sehelai kemeja casual. Untuk bapa mertua pun saya dan suami belikan sehelai kemeja. Untuk lelaki ni kan limited sikit pilihan hadiah yg ada. Asyik2 baju, neck tie, perfume. Kalau kat perempuan ni kan byk sikit pilihan, baju, perfume, alat solek, barang kemas, bunga, coklat, teddy bear, jewellery box dan mcm2 lagilah. Tapi kalau untuk saya ni suami pun tahu, kalau nak tgk saya senyum lebar tentulah kalau dapat hadiah handbag. Barang kemas pun saya tak minat. Untungnya suami saya kan?

Utk makan tengahari, kami bawa Ba makan nasi kandar kat Restoran Subaidah. Saya plan nak bawa Ba gi Secret Recipe nak celebrate Father's Day ttp suami kata Ba ni bukan jenis mcm tu. Dia tak suka makan makanan yg mcm tu. Ba mmg suka makan nasi kandar saja. Kalau kami bawa gi makan kat tpt lain pun, Ba cuma akan order nasi goreng biasa dgn telur mata kerbau. Makanan barat ni mmg Ba tolak tepi.



Setelah balik dari menghantar Ba balik ke Penang, kami singgah sebentar ke KFC. Suami teringin nak makan Pocketful yg baru tu. Yg plg seronok mestilah Wildan sbb dia ni mmg suka sgt makan fast food ni. Kalau singgah kat restoran lain muncung je dia.


Alhamdulillah, syukurlah kpd Allah krn memberikan seorg bapa yg sgt baik dan hebat kepada anak2 kami. Dialah tonggak keluarga, dialah hero kami, dialah segala-galanya. Smg Allah merahmati suami saya di dlm apa jua yg dilakukan dan semoga dia akan sentiasa bersama kami di dlm kehidupan ini. Saya juga bersyukur kerana dianugerahkan Allah seorg bapa mertua yg sgt baik hati. Dia bagaikan pengganti kepada arwah bapa saya sendiri. Smg Allah sentiasa melindungi Ba dari bahaya, memberikan Ba kesihatan yg baik dan memberkati hidup Ba di dunia dan akhirat.

Di dalam hati saya, saya sebenarnya sgt merindui arwah bapa saya. Adakalanya saya tertanya, kenapa saya tidak pernah pun mimpikan dia lagi? Adakah dia tidak lagi datang 'menjenguk' saya walaupun sebentar????

Monday, May 16, 2011

Kek, kek dan kek

Semalam (Ahad), saya telah membakar 3 biji kek dari tengahari hinggalah ke malam. Maklumlah org tak pro, kalau orang yg pro tu mungkin sekejap saja siapnya. Asalnya saya cuma nak bake 2 biji moist chocolate cake utk dihadiahkan kpd cikgu2 di tadika Wildan dan juga cikgu2 di nursery Wafriy, ttp bila Mama cakap Mama teringin nak makan orange cake, saya teringat kat resepi blended orange cake yg saya tengok kat blog Sinar Kehidupanku tetapi belum sempat try lagi. So, slps layan Melodi, saya terus ke dapur dan slps 1 jam, siap sudah kek yg sgt senang dibuat ni.



Sedap tetapi next time saya kena letak sunquick juga sbb kurang sikit rasa 'keorenannya'. Yang penting kek ni senang dibuat.
Ini pula moist chocolate cake yg saya buat utk cikgu2 di tadika Wildan dan di nursery Wafriy sempena Teacher's Day hari ni.
Saya tak pandai nak hias kek. Balik2 letak chocolate topping dan chocolate rice saja. InsyaAllah, saya tgh mencari mana2 kelas menghias kek yg saya boleh saya join utk menambah ilmu bab2 menghias kek ni.
Kek yg telah dibungkus oleh Mama.

Selain drp kek, setiap cikgu akan dapat bekas comel yg bertulis "Selamat Hari Guru" ni, saya beli kat SACC Mall.

Selamat Hari Guru utk semua guru2 di Malaysia termasuklah saya juga. Buat guru2 saya yg telah tiada, smg Allah meletakkan mereka di kalangan insan2 beriman dan mulia. Tidak terbalas rasanya jasa mereka terhadap kita semua, hanya Allah dapat membalasnya dgn sempurna.

Sunday, May 15, 2011

Kursus dan Hi-Tea

Salam semua, lama rasanya saya tak update blog yg tak seberapa ni. Kat bawah ni saya letak gambar2 semasa berkursus di KL minggu lepas. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar spt yg dirancangkan. Banyak ilmu yg saya dapat dan byk juga duit yg dihabiskan, hehe...biasalah kan, org perempuan ni, kalau berkursus mesti ambil kesempatan nak shopping sama. Ustaz2 yg ikut kursus ni sampai geleng kepala tgk pensyarah2 perempuan ni yg asyik memborong setiap kali singgah ke mana2 tempat pun. Paling sakan kami memborong ketika di Jalan TAR dan Sogo lah. Bestnya, rasa mcm nak pergi je lagi slps ni. Disebabkan saya sibuk sgt dgn "pelbagai agenda" kat sana, saya tak sempat pun nak ambil gambar byk2. Setakat ni je lah yg ada:



Roommate saya semasa berkursus kali ni , Kak Ani.

Kat atas bas. Gambar gelap sikit.

Semasa mendengar taklimat dari JAKIM di Masjid Putrajaya bersama Kak Yatie dan Kak Ina. Tembamnya pipi saya!

Gambar tak clear tapi nak letak jugak.

Walaupun seronok berkursus dan bershopping, di hati ini tetap rindukan husband dan anak2 saya. Tak sabar rasanya nak balik utk berjumpa mereka. Sampai di kolej kira2 pukul 9.30 malam, di dlm kereta Wildan pujuk saya utk attend hi-tea sempena mother's day celebration di tadika dia keesokan harinya. Semua ibu dijemput utk makan2 dan ada pot luck. Husband dah beritau saya di dlm telefon, tetapi disebabkan dah tahu saya akan balik lewat dan tak sempat nak buat apa2, saya cakap kat husband tak payah pergi lah. Tetapi bila dgr pujukan Wildan, kesianlah pula. Tak sampai hati rasanya nak hampakan dia, so saya pun bersetuju utk pergi. Malam tu, saya tidur pukul 1 pagi siapkan kek coklat ni.


Ada pertandingan nama masakan paling kreatif. Fikir punya fikir, saya letak "Kek Coklat Semanis Kasih, Selemak Sayang Bonda". Dapat jugalah hadiah sagu hati.



Laku juga kek coklat saya ni. Alhamdulillah.

Wildan penat berlari ke sana-sini. Wafriy pun ada juga tapi asyik "hilang' je sbb asyik nak bermain dgn kawan2.

Saya dan Kak yatie, sama-sama dah letih sebenarnya sbb tak cukup rehat dan tidur.

Hadiah2 yg saya dapat. Alhamdulillah, seronok juga dapat hadiah ni.

Wednesday, May 4, 2011

Tunaikan janji lagi

Tunaikan janji lagi? Amboi, banyak betul saya berjanji ya, sekrg kenalah tunaikan semua janji tu. Actually bukanlah janji yg besar2, sekadar janji2 biasa yg saya janjikan ketika saya tak berkesempatan buat ketika saya betul2 busy dulu.

Antaranya ialah stuffed potato ni, yg saya janjikan pada my beloved hubby. Dah lama dia teringin nak makan stuffed potato ni, setiap kali saya nak buat, husband kata tunggu sehingga saya habis exam. Benda ni husband makan semasa husband study kat UK dulu, saya pun tak pernah makan, so berdasarkan apa yg husband describe kat saya, plus resepi2 yg saya cari kat blog2, saya combine semuanya dan terhasillah ni.


Alhamdulillah, husband saya kata sedap sgt cuma tak samalah dgn apa yg husband makan kat UK tu kan. Intinya saya guna ayam kisar, isi kentang (yg telah dikorek dari kulitnya), susu, butter, oregano, black pepper, sos tomato, sos cili, bawang besar dan bawang putih. Setelah dimasak intinya, saya sumbatkan ke dalam kulit kentang, letak keju di atasnya dan bakar di dalam oven selama 15 minit. InsyaAllah, boleh buat lagi selepas ni dan mungkin saya akan cari lg resepi stuffed potato ni dlm internet sampai jumpa yg betul2 mcm yg husband teringinkan tu.

Lebihan isi kentang yg ada tu takkan nak dibuang kan? Husband dgn baik hatinya volunteer utk buat mashed potato spt yg husband selalu buat semasa bekerja part-time di UK dulu. Memang sedap dan berkrim. Husband masak dgn menggunakan butter, susu, sedikit garam dan pepper di atas api yg sederhana. Boleh kalah mashed potato KFC ni.


Yg ini pula ialah tempe goreng versi Kak Azatie yg saya janji nak goreng kat Mama. Memang sedap betul resepi Kak Atie ni, belum sempat makan nasi dah habis diratah, hehe. Selalunya kalau beli sebungkus tempe dan digoreng dgn garam dan kunyit, tempe tu boleh dibuat makan tghari dan malam, ttp apabila digoreng mcm ni, sekejap aje licin. Keesokan harinya, terus saya ke market dan borong tempe kat situ.



Yang ini pula adalah janji saya kpd Syikin, kawan saya yg baru bersalin tu. Saya janji nak buatkan dia ikan talang bakar campur lada hitam. Ni makanan biasa utk org berpantang, boleh dimakan terus bersama nasi atau dijadikan bumbu utk masakan lain spt kerabu halia, kerabu pegaga, dimakan bersama ikan atau ayam bakar dan sebagainya. Saya juga masakkan dia ikan kukus +halia+ bawang putih (lupa nak ambil gambar).




Ini pula super moist eggless cupcakes yg saya janjikan utk diri sendiri. Saya suka sgt chocolate cake ni. Sgt moist, sedap dan tak muak.

This time, saya taburkan badam di atas kek tu, lg sedap. Punah ranah diet saya disebabkan kek ni. Kalau ikutkan hati, mcm nak buat setiap hari je tp apb melihat diri di cermin, terus sedar diri yg saya ni dah semakin berisi sekrg. Sempat ke saya nak dptkan balik berat badan yg ideal sblm raya ni??????

Anak teruna nak sgt menolong Ibu buat kek. Punyalah seronok bila saya minta tolong dia susunkan bekas cupcakes ni. Abaikan keadaan meja yg bersepah tu ya.

Berebut-rebut Wildan dan Wafriy nak makan lebihan bancuhan kek coklat ni. Teringat pula semasa kecil2 dulu, saya pun mcm ni juga dgn abang dan adik saya.


Apa lagi ya janji saya? Nantilah saya try to recall dan tunaikan. Yg plg penting ialah janji saya nak spend more quality time with my dearest husband and heroes tu. InsyaAllah, yg itu tak akan saya lupakan.