Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

Shopping raya di ofis



Dekat2 nak raya ni, ni lah kerja saya dan kawan2 kat ofis setiap hari. Ada saja benda yg nak dibeli, ada saja benda yg nak di order. Setiap ptg ada saja beg plastik yg dibawa balik. Kawan kat ofis  jual kerepek, saya beli kerepek, org jual biskut raya, saya beli biskut raya, org jual kek lapis Sarawak, saya beli kek lapis Sarawak dan mcm2 lagilah. Muka suami saya sampai berkerut2 tgk isteri dia yg asyik membeli ni. Bkn setakat kat luar, kat ofis pun saya dan kawan2 gila bershopping.

Actually, saya ni bukanlah pemboros. Apa yg saya beli tu mmg yg perlu dibeli. Org lelaki mungkin tak fikir mcm org perempuan. Org perempuan ni kena fikir semua benda dan merangkumi semua perkara. Kuih raya, kerepek raya dan semua mknan raya kena dibeli byk utk 3 rumah iaitu rumah sendiri, rumah emak sendiri dan juga rumah mertua. Kdg2 bila tgk ada org jual sesuatu mknan yg disukai oleh suami, anak atau sesiapa, pun org perempuan akan teringat utk membelinya. Selain drp tu, kena juga standby makanan yg tahan lama mcm kek lapis tu utk tetamu yg dtg mengejut dan kita tak sempat nak prepare apa2. Org lelaki mana nak fikir semua tu kan. So jgnlah salahkan org perempuan bershopping ya sbb selain drp menjana ekonomi negara, kami shopping ni semuanya utk kebaikan  keluarga. Cewah!


Wednesday, August 17, 2011

Shopping yg tak habis2 lagi



Hari ni keluar lg shopping. Ada saja benda yg tak cukup lg. Org tak lah ramai sgt, mungkin krn hanya kami yg bekerja di Penang ni saja yg bercuti hari ni, org Kedah tak cuti.

Alhamdulilah, dpt jugalah membeli apa yg hendak dibeli walaupun tak sepenuhnya. Selain drp beli pd anak2, dapat juga beli pd Ba. Bukan senang nak pujuk Ba utk dibelikan baju dan kasut raya. Ba lebih suka beli sendiri drp meminta anak menantu belikan.

Anak2 pula bukannya suka sgt nak beli baju atau seluar raya ni. Jenuh memujuk nak suruh mrk try seluar. Yg mrk nak sgt ialah toys dan VCD. At last, dpt beli sepasang seorg shj. Takpa, takpa....nanti kita boleh keluar shopping lg kan.