Semlm saya berbuka dgn mentee saya, pelajar kumpulan K2P1. Mentee ni mcm anak angkat lah, saya sebagai 'ibu angkat' dipanggil mentor. Kat sekolah berasrama, kolej dan universiti mmg dah lama diwujudkan sistem mentor mentee ni. Tahun ni mentee saya ni agak bersopan santun dan pemalu sikit. Tak mcm sebelum ni dimana hampir kesemuanya peramah dan happy- go-lucky.
Menu berbuka semlm ialah nasi tomato. Saya makan habis sepinggan walaupun sebenarnya saya selalunya tak makan nasi ketika berbuka. Kedua-dua hero tu pun ikut sama. Mmg tak boleh berenggang langsung dgn ibu mrk. Balik dr majlis berbuka, puas mereka pujuk saya nak gi jalan2 kat Giant, Tesco, Parkson atau Econsave. At last saya bawa mrk ke pasaraya UME yg kecil tu saja, itupun mcm2 jugalah yg saya belikan. Aduh, dekat2 nak raya ni, duit keluar mcm air.....