Showing posts with label wildan. Show all posts
Showing posts with label wildan. Show all posts

Monday, July 22, 2013

Wildan & Wafriy @ sahur



Inilah telatah dua hero kesayangan saya ketika bersahur. Masing-masing nak makan sambil baring atas sofa. Layankan je lah, janji diaorg bersahur dan tak letih ketika berpuasa nanti. Alhamdulillah, setakat ni kedua-dua mereka berpuasa penuh. Dan syukurlah mmg kali ni kedua-dunya diberikan Allah kesihatan yg baik dan sgt cergas walaupun berpuasa. Wildan pun dah tak berdrama mcm dulu-dulu. Tahun lepas ketika di darjah 1 pun Wildan puasa penuh cukup sebulan. Wafriy pula asalnya saya dan suami kata belajarlah utk puasa separuh hari sbb dia baru 6 tahun tp syukurlah dia sendiri nak puasa penuh.

Menu mereka berdua senang sahaja. Utk berbuka, menu Wildan ialah nasi dan ayam goreng. Wafriy pula nasi dengan telur atau udang. Utk bersahur pula, menu Wildan ialah nugget atau fries. Wafriy pula nasi dan telur kicap.

InsyaAllah, smg dapatlah mereka berpuasa dgn sempurna kali ini. Pastinya ada hadiah utk mereka dari saya dan suami sebagai satu galakan utk mereka berlatih mengerjakan puasa.

Thursday, June 20, 2013

Mengubat rindu

Rindunya nak menulis blog mcm dulu-dulu. Apa khabar agaknya kawan-kawan yg rajin melawat blog saya dulu, antaranya kak Atie, kak Ana, Kak Halima, Kak Amie, Kak Wattie dan of course Encik Bidadarindu yg sudah menyepikan diri tu.
Mungkin beginilah jadinya bila ada 3 org anak kecil ni. Ditambah pula dgn bebanan kerja kat office yg semakin bertambah, saya mmg tak menang tangan utk berblog spt dulu. Bila ketiga-tiganya dah lena, saya sendiri pun terlena. Tapi alhamdulillah, saya amat berbahagia dgn kehidupan saya, bersama suami tercinta, anak-anak kesayangan dan tak lupa juga mama tersayang. Wildan dan Wafriy sedang membesar. Sekejap ok, sekejap bergaduh, sekejap bergusti, sekejap melawak, sekejap menyanyi dan melukis bersama-sama, sekejap lagi bertengkar dan bergaduh. Memang pening kepala tetapi tanpa mereka berdua, sunyilah saya. Wafiya pula sudah berusia 11 bulan, dah boleh berdiri dan sudah semakin banyak akalnya. Saaaaaaaaaaaaaangat comel keletahnya. Kehadiran Wafiya umpama sebutir bintang yg sgt bersinar di dalam hidup saya. Tak dapat saya bayangkan hidup saya tanpa dia. Bertahun-tahun saya nantikan kehadiran seorg anak perempuan, kelahiran Wafiya adalah satu anugerah yg tak terhingga dari Allah swt.

InsyaAllah, panjang umur saya update lagi blog ni. Banyak lagi yg nak diceritakan dan dikongsi.


Wildan dan Wafriy- Hero-hero kesayangan saya

Wafiya- cinta hati saya  (gambar lama ni)






Sunday, November 4, 2012

The latest pic of Wafiya



Lama tak update blog, kali ni saya letak gambar Wafiya yg terkini dulu ya. Bila ada masa nanti, saya tulis panjang- panjang.

Sekrg ni kan musim demam. Kami sekeluarga turut diuji dgn pelbagai masalah kesihatan. Bermula dgn kedua hero kesayangan saya tu dpt demam campak serentak, mama saya pun tak sihat, saya dan suami pun batuk, selsema dan demam dan diikuti oleh Wafiya yg selsema dan batuk berkahak. Syukurlah Wafiya tak dijangkiti demam campak dan setakat ni belum pernah demam.

Thursday, March 29, 2012

Wildan & FB



Anak zaman ICT, saya kena akur dgn perkembangan zaman. Tapi cuma boleh online on weekends saja tau. Wafriy pun nak juga, tapi saya kata dia kecil lg, masuk Tahun 1 baru boleh.

Friday, March 2, 2012

Birthday Wildan

Sebenarnya birthday Wildan ialah pada 17 Februari yg lepas. Memandangkan ketika itu kami sekeluarga tak sihat, sambutan birthday Wildan cuma dibuat secara kecil-kecilan di nursery.
Birthday cake Wildan, gambar Angry Birds. Yg hijau tu bukannya pig ya tapi frog.


Birthday boy yang baru sembuh dari demam.

Antara kawan-kawan Wildan kat nursery. Banyak yg bersekolah pagi so tak meriah sgtlah.


Sabtu lepas setelah semuanya dah sihat, barulah kami berpeluang celebrate birthday Wildan kat luar. Wildan yg pilih nak makan KFC, favourite restaurant dia.

Seronok sgtlah tu bila dapat makan fast food.

Abah and Wildan.

Dadi pun ada. Wafriy sibuk dok main game.

Ibu yg semakin tembam bersama Wafriy. 

Ini je kek yg saya buat utk Wildan. Kek batik resepi  Millia dan Hasue yg famous tu.


Buat Wildan, selamat hari lahir sayang. Ibu dan Abah sgt bertuah kerana memiliki Wildan. Smg Allah panjangkan umur, murahkan rezeki, terangkan hati, tajamkan fikiran dan sentiasa memelihara Wildan di dalam keberkatanNya. Sayangnya Ibu pada Wildan tidak terhitung dgn angka, tidak terzahir dgn perkataan. Smg Wildan dan Wafriy terus menjadi anak soleh penyejuk hati keluarga.

Tuesday, February 28, 2012

Sedikit lagi kesedaran buat Ibu...

Wafriy selepas sembuh dari demam panas.

Salam,  terima kasih kpd kawan2 yg sudi singgah ke blog saya walaupun dah lama tak update. Sebenarnya 2 minggu lepas kami sekeluarga diuji dgn demam, batuk, selsema dan penyakit2 yg seangkatan dgnnya. Bermula dari saya, Wildan, Wafriy, Mama dan akhir sekali suami tapi syukurlah demam suami tak seteruk selalu. Yg paling teruk demamnya ialah si kecil Wafriy. Hampir seminggu demamnya tak kebah, berkali2 dimasukkan ubat punggung dan dua kali dibawa ke klinik dan ditukar ubatnya, syukurlah akhirnya dia dah sembuh walaupun batuknya masih tak hilang.

Apa yg membuatkan saya bertambah risau sepanjang Wafriy demam ialah buat pertama kali dlm hidupnya dia tak lalu makan. Sblm ni Wafriy mmg kuat makan, tak kiralah semasa sihat atau tidak. Kejap2 dia buka peti ais cari makan, kejap2 dia cakap " ibu, Wafriy lapaq ni". Aduhai, adakalanya ketika saya sgt letih, saya merungut "kenapalah Wafriy ni kuat makan sgt, asyik nak makan saja". Tapi bila dia demam dan tak lalu makan, saya menangis2 memujuk dia utk makan. Nak habiskan suku cawan milo pun punyalah susah. Hampir 5 hari dia tak lalu makan, sayalah orang yg paling susah hati. Terasa menyesal yg amat sgt krn pernah bersungut ttg dia yg kuat makan dulu. Dlm hati saya berjanji bahawa saya tak akan bersungut atau memarahinya lagi selepas ini biarpun dia nak buka peti ais selang seminit sekali pun.

Bkn setakat dia tak lalu makan, Wafriy yg merupakan seorg anak yg aktif dan sgt periang sblm ni tiba-tiba menjadi krg aktif, pendiam dan asyik tidur semasa dia demam kali ni. Ada satu hari tu, dia tidur dari pukul 1 tghari sampai 6.30 ptg. Puas saya kejutkan dia bgn tapi dia lena semula. Sekali lagi saya menangis (senang betul saya menangis ketika pregnant ni) melihatkan keadaan dia dan terkenang adakalanya saya memarahi dia kerana terlalu aktif dan tak reti duduk diam sebelum ini. Terus rasa menyesal sangat-sangat dan terus saya berazam takkan marah dia lagi bila dia aktif spt selalu.

Bila saya membaca coretan dan nasihat dari bapa allahyarham adik Faiz, saya merasa sgt sebak. Antara nasihatnya berbunyi lebih kurang begini " jgn dimarah jika anak2 lasak, buas atau aktif krn itu mungkin kali terakhir kita melihat dia aktif". Syukurlah saya masih diberi peluang oleh Allah utk terus menambahbaik diri saya sebagai seorg ibu. Bukanlah saya selalu memarahi anak2 saya apabila mereka lasak cuma sebagai manusia biasa, adakalanya saya menjadi sedikit emosional especially bila dlm keadaan letih, penat, stress dan sebagainya.Dalam usaha saya untuk menjadi ibu terbaik buat anak2 saya, saya tetap melakukan kesilapan dan syukurlah saya diberikan sedikit kesedaran ini. Alhamdulillah, Wafriy dan juga Wildan dah sihat sepenuhnya sekarang dan of course lah, mereka telah kembali menjadi anak2 yang aktif, lasak dan ceria. Bersyukur saya kepada Allah di atas kurniaan yg tidak terhingga ini. Wafriy pun dah kembali kepada tabiat lamanya yg sekejap2 buka peti ais, sekejap2 cari makanan dlm tupperware, sekejap2 cakap "Ibu, Wafriy lapaq". Hehe, Alhamdulillah.Biarlah pintu peti ais tu tercabut, biarlah tudung tupperware Ibu yg mahal tu terkoyak dan biarlah Ibu penat sekalipun, anak-anak Ibu ni tiada galang gantinya.


Wednesday, February 8, 2012

Minum Kopi Anak Berkulit Gelap?


 Kopi mmg minuman favourite saya sejak dari kecil sehinggalah sekarang. Yg paling saya suka tentulah kopi o kampung yg hitam pekat tu. Minum je kopi, terus terasa segar saja mata dan badan. Buatnya bila minum kopi yg dibuat dari serbuk kopi yg famous tu dari Padang Serai, Kedah. Mmg sgt2 sedap dan terasa kepuasannya.Bila dah pregnant ni, saya tetap minum kopi cuma taklah sekerap dulu. Kalau dulu hampir setiap hari saya wajib minum kopi, sekrg ni saya cuma minum 3 kali seminggu saja. Seperti biasa, Mama cukup risau bila tgk saya minum kopi. Sebabnya??? Mama takut cucu keenam dia ni hitam, hehe. Mama selalu beritau saya, "cuba tgk org tu (nama2 dirahsiakan), dia tak minum langsung kopi semasa pregnant, sebab tu anak depa putih". Saya gelak saja. Saya tanya suami saya,"Abang tak kisahkan Ina minum kopi?" Suami saya kata "Takpa, minumlah asalkan jgn berlebihan sbb kafein tu kan tak berapa elok". Hakikatnya saya dan suami tahu minum kopi atau tidak mmg takda kaitan langsung dgn warna kulit baby. Sebelum ni pun, ketika mengandungkan Wildan dan Wafriy, saya tetap minum kopi dan hasilnya Wildan berkulit hitam manis dan Wafriy pula agak cerah kulitnya. Wildan ikut kulit saya dan Wafriy pula ikut kulit suami saya. Kalau diikutkan cakap orang, ada yg suruh org pregnant ni minum air soya byk2 kerana ianya boleh membuatkan kulit baby putih melepak tetapi kajian membuktikan kalau ibu mengandung banyak minum air soya, kulit baby nanti akan sensitif dan mudah mendapat penyakit kulit. So, buat masa ni, air kopi tetap menjadi favourite saya. Warna kulit baby dan sebagainya saya serahkan kepada Allah swt. Yang penting, semua vitamin, supplement dan makanan berzat saya ambil dan doa juga sentiasa saya pohonkan agar baby saya nanti sihat walafiat dan sempurna sifatnya. InsyaAllah.

Saturday, January 14, 2012

I'm back...ada ke orang kisah????Hehe...

Assalamualaikum semua.....dah lama betul ya saya tak update blog ni. Terasa rindu sgt nak menulis tapi apakan daya, keadaan betul2 tak mengizinkan. Ok lah, jom saya cerita serba sedikit apakah keadaannya sehinggakan saya agak menyepi dari blog ni.

Firstly, syukur alhamdulillah kpd Allah kerana telah memakbulkan hajat dan doa saya dan suami utk menambah ahli keluarga. Alhamdulillah, happy sgt tak terkata krn saya mmg dah plan nak pregnant sebaik saja saya habis study hari tu. Sekrg ni pregnancy saya baru 3 bulan setengah, tolong doakan saya dan baby ya kawan2. Berbeza dgn ketika mengandungkan Wildan dan Wafriy, kali ni saya diberi peluang oleh Allah utk merasai 'nikmat' alahan ketika awal kandungan. Hampir setiap pagi saya muntah sehingga rasa bagaikan nak tercabut urat perut, tekak loya sepanjang masa, tak lalu makan dan yg plg teruk ialah letih dan penat. Slps Isyak saja mmg saya dah tak kenal dunia, terus tidur sehinggakan suami dan anak2 pun saya dah tak ingat.Sebelum ni, saya selalu rasakan seronoknya kalau tak lalu makan, bolehlah kurus sikit. Astagfirullah, bila saya diuji dgn 'tak lalu makan' barulah saya tahu betapa seksanya. Perut terasa sgt lapar, ttp tekak tak boleh nak terima. Makan 4 atau 5 suap, saya dah tolak pinggan ke tepi. Yg cuma 'boleh tahan lalunya' ditekak saya ketika itu ialah nasi putih dan tomyam campur, so hampir setiap hari saya makan makanan ni.

 Yg kelakarnya, kalau dulu saya ni 'gila bakar kek' sehinggakan setiap minggu ada saja kek atau muffin yg saya bakar, dlm tempoh 3 bulan tu, nak sebut kek pun saya dah nak termuntah. Kalau dulu saya ni peminat chocolate dan cheese, dlm masa 3 bulan tu mmg saya tak sentuh langsung. To make things worse, beberapa minggu lepas saya diserang selsema, batuk dan asma. Kali ni asma saya sgtlah teruk, sama keadaan spt ketika saya mengandungkan Wildan dulu. Beberapa kali saya kena nebulizer, tetapi asma saya kali ni mengambil masa yg sgt lama utk sembuh. Siksanya hanya Allah yg tahu apb nyawa terasa tak lepas, dada terasa ketat dan batuk pula tak berhenti2.


Tetapi syukurlah, sekrg semuanya dah ok. Saya semakin sihat, dah tak muntah, dah tak loya, dah tak terlena slps Isyak dan dah lalu makan. Bila melawat blog kawan2, asyik teringin je nak makan masakan yg kawan2 tunjuk kat blog masing2. Bila tgk blog Fizin tunjuk gambar chilli crab, saya pun suruh suami belikan ketam kat market (minta tlg penjual tu siangkan sbb Mama saya tak bagi saya siang ketam ketika mengandung) dan saya pun masaklah chilli crab. Rasanya first time saya boleh makan nasi separuh pinggan ketika mengandung ni ialah ketika makan dgn chilli crab ni lah.


Satu lagi, bila Fizin kata anak dia Awatif suka makan sandwich letak cheese, salad, tomato dan mayo.Terus saya rasa teringin dan minta suami belikan cheese yg mmg tak ada dlm stok langsung ketika saya pregnant ni. Petang tu juga saya buat sandwich spt yg Fizin buat dan terasa sedapnya makan kali ni. Slps tu, seminggu berturut2 saya buat bekal sandwich ke office. Bila jalan2 ke blog Amie, saya terliur tgk pelbagai smoothie yg ada dan yg plg saya berkenan tentulah strawberry smoothie. Nasib baik ada byk strawberry yang kawan2 belikan utk saya dari Cameron Highland dan semuanya saya letak dlm freezer. So, inilah hasilnya strawberry smoothie saya yg pertama.

Walaupun saya hanya menggunakan blender yg saya guna utk memasak tu (bekas blend bawang, cabai dan sebagainya), rasa strawberry smoothie ni tetap hebat. InsyaAllah saya akan buat lagi dan lagi selepas ni. Tq Amie yg sgtlah hebatnya skill memasak dia tu.

Ok, beberapa perkara yg 'besar dan penting' turut berlaku di dlm hidup saya pada awal tahun 2012 ni. Firstly, of course lah Wildan memulakan hidupnya sebagai pelajar Darjah 1. Ketika pi shopping barang2 sekolah Wildan, saya masih di dlm keadaan mabuk, so suami lah yg banyak memainkan peranan memilih dan mencuba saiz. Saya cuma tengok dan sibuk bagi opinion saja. Nasib baiklah dapat suami yg penyabar. Wildan pula bukannya minat sgt nak mencuba baju dan kasut, dia asyik nak lari ke toys section yg kebetulan dekat dgn section menjual peralatan sekolah ni. Wafriy pula asyik nak berlari ke sana sini dan dlm masa yg sama dia tak puas hati tgk abang dia dapat banyak barang. Nasib baiklah Ba ikut sekali, so Ba lah yg bawa Wafriy jalan2 sementara menunggu urusan peralatan sekolah Wildan diselesaikan.


Syukurlah Allah memberi kekuatan dan kesihatan yang baik kepada saya utk menemani Wildan pada hari orientasi dan juga minggu pertama hari persekolahan.

Hari Orientasi


Tetap setia dgn Ultraman. Suruh pilih antara beg Ben 10, Transformers dan Ultraman, Ultraman juga jadi pilihan. Beg Angry Birds yg dia berkenan tu harganya sampai RM 139, rasa tak berbaloi pula nak beli sbb Wildan ni 'lemah lembut' orangnya, hehe. Yelah tu lemah lembut, semua benda dia main campak2 saja, takut tak sampai 3 bulan pakai, dah tercabut trolley tu. Beg ni disponsor oleh Dadi yang bagi RM 100 sebagai hadiah masuk sekolah kat Wildan.




As usual, Wildan lah yg paling tinggi kat kelasnya. Memang dah genetic mcm tu, saya dan adik beradik saya dulu pun mmg macam tu juga, pegang rekod paling tinggi dlm kelas dari Darjah 1 sampai Tingkatan 5.


Semasa hari orientasi tu, pelajar2 perlu menduduki Diagnostic Test utk tujuan streaming. Nasib baiklah saya terbaca ttg hal ni di dlm blog Kak Pia, sempat juga saya buat sedikit revision bersama Wildan pada malam sebelum hari orientasi tu.

Hari Pertama dan Minggu Pertama dan Kedua Sekolah

Beratur sebelum menunggu keputusan dapat kelas mana dari Cikgu .

Alhamdulillah, Wildan dapat masuk kelas Amanah iaitu kelas pertama dari 4 kelas yang ada utk Darjah 1.  Syukur sangat2, bergenang air mata saya sbb happy sgt dgn kejayaan pertama Wildan ni. Syukur juga krn Imran, best friend Wildan turut berada di dlm kelas yang sama.



Di dalam kelas. Smg Allah akan sentiasa memudahkan dan melancarkan proses pembelajaran Wildan dan kawan2.

Hari pertama di kantin. Wildan makan seketul ayam goreng, 3 keping keropok lekor dan milo ais. Bermula hari kedua, saya bekalkan dia dgn biskut dan juga air masak atau Ribena. Makanan kat kantin ni tak banyak pilihan, especially utk Wildan yg tak makan mcm org lain ni. Saya tak bagi dia beli air kat kantin sbb rasanya kurang sedap dan semuanya berais.

Minggu kedua balik dari sekolah, Wildan pakai necktie. Dari jauh dia dah jerit "Ibu, Wildan jadi ketua kelas". Sebenarnya saya dan suami tak berapa suka dia jadi ketua kelas sbb takut dia tak dapat menyesuaikan diri tapi bila difikirkan kembali, mungkin ini baik utk melatih leadership quality in him. Wildan cerita kat saya, "Wildan tanya Cikgu, kenapa Wildan jadi Ketua Kelas, Cikgu kata sebab Wildan bersemangat" . Alhamdulillah, smg Wildan dapat menjalankan tugasnya dgn baik tanpa sama sekali mengabaikan pelajarannya.

Ni geng "kereta sekolah". Wildan sekolah sesi petang. Sebelah pagi dia ada kelas KAFA dan transit di nursery ni  yg terletak di dlm kolej.  Semuanya ni geng2 dia yg merupakan anak2 staf kolej. Disebabkan ada 5 org yg bersekolah petang, saya dan kawan2 yg merupakan parents kelima2 mereka ni take turn utk menghantar mereka ke sekolah dgn kereta masing2.

Selain dari Wildan masuk sekolah, Wafriy juga dah memulakan sesi tadika dia. Saya dan suami memilih tadika yg sama dgn Wildan utk Wafriy krn berpuas hati dgn perkembangan dan kemajuan yg Wildan tunjukkan.

Bersemangat nak pi tadika.


Muka tension je bila Ibu kata nak ambil gambar.

Dibawa masuk oleh Teacher. Ibu pula rasa sebak nak tinggalkan Wafriy seharian kat sini.

Wafriy ni mmg bersemangat sungguh nak belajar. Setiap kali saya temankan Wildan buat homework, Wafriy pun akan sibuk nak belajar dan buat homework sama walaupun hakikatnya dia takda homework pun. Saya dah belikan dia buku latihan yg boleh dia buat di rumah dan Alhamdulillah setakat ni nampak dia sgt excited nak belajar. Smg berterusanlah minat dan kesungguhan tu ya Wafriy. Dia mmg menjadikan abang Wildannya sbg idol. Selalu dia kata "Wafriy nak belajar betul2 nak bagi dapat nombor 1 mcm Abang, Wafriy nak dapat banyak hadiah mcm Abang dan Wafriy nak jadi ketua kelas macam Abang". Kelakar betul Wafriy ni. Ibu and Abah love you as you are darling! Wafriy tak dapat uniform tadika lagi. Nanti bila Wafriy dah dapat uniform, saya ambil gambar dia byk2.

Tu dia, panjang sungguh entry kali ni. Dah lama tak update, terus saya nak qhada semuanya. Sepanjang tempoh saya menyepi ni, saya tetap membaca blog dan mengikuti perkembangan blog kawan2 cuma adakalanya tak terlarat nak komen apa2. Minta maaf banyak2 ya. Ok, anak2 dah dok komplen lapar ni sbb tak breakfast lagi. Smg Allah berikan saya dan baby kesihatan yg baik utk saya terus melaksanakan semua tanggungjawab saya dgn sebaik mungkin.

P/S: Ramai yg mendoakan baby saya kali ni girl. InsyaAllah, saya sebenarnya mengharapkan yang sama tetapi yg lebih penting tentulah saya doakan agar baby saya ni sihat wal-afiat, sempurna sifat dan kejadiannya dan selamat segala-galanya.

Saturday, December 17, 2011

Hari Penyampaian Hadiah dan Graduasi Wildan

Dah lama berlangsungnya konvo tadika Wildan ni, dah hampir 3 minggu ttp disebabkan kemalasan yg melanda, baru sekrg saya nak update. Nak upload gambar byk2 ni perlukan masa yg banyak dan juga kena gunakan laptop. Setakat update dgn handphone saya tu, cuma satu gambar je yg boleh di upload. Ok, jom layan gambar2 Wildan semasa konvokesyen Tadika Perintis Kecil yg diadakan pada 26 November 2011. Walaupun baru konvo tadika, hati saya dah terasa sgt sebak melihat Wildan di atas pentas. Dia menerima hadiah Cemerlang di dalam 5 matapelajaran dan hadiah pelajar yang rajin dan berusaha. Paling sebak ketika melihat dan mendengar dia menyanyikan lagu "Ayah dan Ibu" bersama kawan-kawannya kerana mata dia tak berkelip melihat wajah saya sambil menyanyikan lagu tersebut.