Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

Cerita hari raya aidil adha yg biasa-biasa saja

Dah beberapa hari berakhirnya hari raya aidil adha, hari ni baru saya berkesempatan nak update cerita sambutan hari raya aidil adha saya sekeluarga. Tak ada apapun yg interesting utk dicerita ttp terasa teringin pula nak update blog pagi ni. Sebenarnya sekrg kolej saya sedang bercuti 2 minggu."Pandai" sungguh org atas ni ya, hampir semua public holiday diselaraskan dgn cuti semester kami. Tahun depan, cuti Tahun Baru Cina pun di dlm cuti semester kolej. Maksudnya kami di kolej matrikulasi ni mmg tak banyak cuti, so cikgu2 di luar sana tak payahlah jeles dgn kami ya. Ok, dah terkeluar tajuk.

Hari raya aidil adha kali ni, kami celebrate kat rumah saya bersama Mama, Ba dan juga kakak ipar sekeluarga. Tak byk persiapan yg saya buat sbb cuma cuti sehari saja sblm raya. Nak mengemas lagi, nak gi market lagi, nak masak lagi, mmg tak cukup masa. Wafriy pula tak sihat, batuk dan muntah. So persiapan ala kadar sajalah.

Utk pagi raya, saya masak rendang ayam dan beli lemang Pak Teh yg popular dan jadi favourite org istana tu. Kakak ipar masak kuah kacang daging dan nasi impit. Saya mmg makan semua hidangan ni puas2 sbb lepas ni lambat lagilah nak jumpa, nak tunggu raya tahun depan pulakan. Utk lunch, saya masak nasi minyak dan ayam masak merah. Kakak ipar masak dalca daging dan goreng sayur campur.



At first, plan nak buat 4 jenis kek tapi bila dah petang raya tu kaki dah terasa lenguh sgt sbb byk sgt berdiri. So saya cuma buat 2 jenis kek iaitu kek alunan kasih dan kek lapis cheese pesona.

 Bangga betul saya dapat buat kek kaler2 mcm ni. Dahlah tu, rasanya pun sedap dan mmg jadi favourite semua orang terutama sekali mama dan anak saudara saya, Dira. Sampai licin piring kek tu dia makan.
Kek lapis cheese pesona ni saya ambil resepi dari blog Kak Yatie Sinar Kehidupan. Rupanya mcm comot je kan tapi sedap sangat. Dah 2 kali saya buat setakat ni atas request suami yg suka sgt makan cheese cake. Yg kelakarnya dlm resepi cakap sejukkan dlm peti ais selama 6 jam, yg saya buat ni tak sampai 60 minit dah tinggal setengah tray.

Disebabkan sibuk memasak dan melayan tetamu, saya tak sempat pun bergambar dgn family pada hari raya kali ni. Tak kisahlah kan, yg penting semuanya berjalan lancar. Bila dgr ramalan cuaca, kawasan SP ni akan dilanda hujan lebat dan banjir pada hari raya. Mmg dah risau dibuatnya tapi syukurlah Allah itu lebih berkuasa dari segala-galanya.

Tuesday, September 6, 2011

Sekitar Hari Raya yang Membahagiakan

Selamat hari raya aidilfitri saya ucapkan utk semua yg membaca blog saya ni. Maaf zahir batin seandainya ada apa sahaja yg saya lakukan yg mungkin menimbulkan perasaan kurang senang dan sebagainya. Smg ikatan persahabatan yg terjalin semakin erat.

Seminggu sebelum raya, saya mmg sgt kalut membuat persiapan terakhir utk raya. Dlm kalut tu sempat jugalah saya membuat 4 jenis biskut raya yg senang iaitu biskut cornflakes madu, biskut cornflakes crunchy, biskut nestum kismis dan juga biskut coklat ala famous amous dan juga 2 biji kek iaitu butter cake dan fruits and walnut cake. Memandangkan kolej saya bercuti 2 minggu sebelum raya (combine mid sem break dan cuti raya), saya dan suami juga berkesempatan utk menjaga kedua-dua Ba dan Mama sekali di rumah kami. Seronoknya dapat bersama mereka berpuasa dan membuat persiapan raya bersama-sama. Sebelum ni kami menjaga Mama dan Ba secara bergilir. Ba dan Mama berbisan, jadi susahlah utk kami menjaga mereka serentak terutama sekali ketika kami bekerja. Alhamdulillah, nikmat Allah dapat kami rasai apabila Ramadhan kami terasa begitu ceria, tenang dan bahagia bersama mereka berdua.

Dua hari sebelum raya, kami sekeluarga pulang ke Parit Buntar. Tahun ni giliran saya beraya di kpg saya dahulu. Alhamdulillah, aidilfitri disambut dgn penuh kebahagiaan walaupun kami menyambutnya secara sederhana.




Bersalaman dan bermaafan di pagi raya. Mana pula perginya gambar saya bersalam dgn mama.


Hidangan di pagi raya. Nasi impit, kuah kacang, rendang ayam dan lemang. Semuanya dimasak sendiri oleh saya kecuali lemang tu je lah yg dibeli.
Sebelah tengahari kami ke rumah Ba di Penang. Sebelum ke sana, saya masak nasi butter dan daging masak hitam utk dibuat makanan tghari. Bila digabungkan dgn ayam masak merah dan salad telur yg dimasak oleh kakak ipar, hmmmmm habis melayanglah diet saya.



Anak2 keletihan di dlm kereta sampai tertidur. Ibu mereka pun tertidur juga. Penat tau memasak dari petang raya sampai ke pagi raya tp kepenatan itulah keindahan beraya.


Balik dari Penang, kami terus ke kpg Sg Kechil Ilir, ke kubur arwah bapa saya. Sayu rasanya hati hanya Allah saja yg tahu. Dah hampir 23 tahun dia meninggalkan kami. Selepas solat asar kat masjid di situ ( kat masjid di mana saya belajar mengaji Quran dan fardhu Ain dari darjah 1 hingga darjah 6- sedih juga teringat kenangan lama bersama kawan-kawan), kami ke rumah kawan baik saya dari darjah 1 hinggalah sekarang, Fizin.


Inilah dia Fizin, tuan punya blog ni. Salah satu sebab kami berblog ialah utk berhubung antara satu sama lain. Kiranya melalui blog, saya tahu apa yg Fizin buat dan Fizin tahu apa yg saya buat. Macam2 yg Fizin sekeluarga sediakan, dari laksa Johor, laksa Penang, lontong dan mcm2 lagilah. Hebat betul keluarga Fizin ni, ramai dan meriah. Yg bestnya kalau sblm ni saya selalu terliur tgk makanan yg Fizin buat dan tunjuk kat blog dia, kali ni semuanya dah saya rasa. Antaranya ialah kek karamel, apam polkadot dan kek lapis.

Jika saya bersahabat baik dgn Fizin, mama saya pula bersahabat baik dgn ibu Fizin, Aunty Ani. Mereka berdua ni mmg ngam dari dulu sampailah sekrg. Ada saja benda yg mereka nak bualkan sampaikan berjam2 jugalah kami beraya di rumah Fizin hari tu. Terkilan sedikit tak dapat jumpa sepupu Fizin, blogger Bidadarindu yg tak sampai lagi ketika kami beraya kat sana.

Raya kedua, saya tak kemana-mana. Cuma tunggu saudara-mara dan kawan2 datang ke rumah. Menunya simple sahaja- kuewtiau sup, nasi impit dan kuah kacang. Semalam dah makan yg berlemak, hari ni kita makan yg healthy sikit ok.

Kawan2 yg datang cuma Yatie dan Na sekeluarga. Fizin tak dpt datang kerana ada plan lain tp InsyaAllah dia akan datang beraya di rumah saya di SP nanti. Gambar saudara-mara dan jiran2 tak sempat pula saya ambil tapi alhamdulillah semua makanan habis dan tidak ada pembaziran.

Pada raya ketiga, kami balik ke rumah Ba di Penang dan dari tengahari sampai ke malam kami beraya di rumah sanak saudara suami. Tak byk gambar yg saya ambil, mmg mood nak bergambar kurang sikitlah kali ni.

Anak2 bersama sepupu mereka dan juga Ba.




Ini dia dua orang budak yg seronok dapat banyak duit raya. Alhamdulillah.

Raya keempat, kami cuma lepak di rumah Ba dan juga keluar shopping di Bukit Jambul. Tak ambil gambar pun sbb tangan sibuk memilih blouse yg lawa2 dan juga mengepung dua org hero yg pasti akan buat perangai setiap kali Ibu mereka nak beli baju. Kalau beli mainan atau CD baru diaorg diam.

Raya kelima, kami dah balik semula ke SP. Sebelum balik, kami melawat sepupu saya bersama suaminya di Pantai Medical Centre. Dugaan Allah, pada hari raya ketiga,mereka berdua dilanggar kereta yg sedang reverse dgn lajunya. Akibatnya, suami sepupu saya patah pelviksnya dan perlu menjalani pembedahan utk dimasukkan skru. Sepupu saya pula cedera ringan tapi penuh dgn lebam2 dan luka2. Smg Allah mudahkan segalanya utk mereka berdua.







Itu je cerita dan gambar2 raya yg sempat saya ambil. Sebenarnya hari ni saya mc, sambil2 baring tu saya update blog ni. Nanti saya ceritakan di entry lain ya kenapa saya mc hari ni.

Sunday, July 31, 2011

Dah shopping raya?



Kawan2 dah shopping raya? Mestilah sudah kan, saya dan family ni mcm terlambat je kali ni. Ttp time shopping kat Sunway Carnival semlm, punyalah ramainya org, masing2 nak shopping baju raya especially kat anak2. Riuh rendah children's department tu dgn suara budak2 termasuklah dgn suara anak2 saya yg tak berhenti berleter kat saya dan suami sbb letih try baju. Actually mrk lebih berminat nak gi beli toys, CD dan main kat play land yg besar tu, tp saya dan suami nak pulun habiskan shopping keperluan raya utk mrk pd hari tu juga. So, mcm2 perangai lah ada, kejap lapar, kejap menangis, kejap merungut, kejap merajuk, kejap berlari dan mcm2 lagilah. Adoi, anak2 teruna ni! Beberapa kali jugalah kena "cubitan manja" drp saya. At last hanya sempat belikan baju2 dan sepasang seluar je, kasut dan beberapa pasang seluar lg kena shopping lain kali pula nampaknya.

Yg kelakarnya slps habis shopping dan bermain berjam-jam  kat play land, kedua2 anak teruna ni nak berurut kat massage chair bersama dgn Dadi mrk. Kedua2nya cakap mrk letih sgt shopping. Hehe, kesian pun ada, kelakar pun ada.