Monday, February 21, 2011

TQ Kak Atie

Ini dia hadiah saguhati yg saya dapat setelah join GA Kak Atie. Terima kasih Kak Atie di atas hadiah yg kiut-miut ni. Memang comel sgt2. Smg bertambah murah rezeki Kak Atie sekeluarga hendaknya.

Saturday, February 19, 2011

Motivasi

Lagu ni sesuai utk motivate diri sendiri atau sesiapa pun. Dulu2 semasa saya study utk degree, lagu ni jugalah yg jadi peneman saya siang dan malam. Time2 stress mcm ni, mmg nak kena cari jalan utk motivate diri sendiri. Motivasi terbaik ialah motivasi yg datang dari diri sendiri dan bukannya dari pakar motivasi yg dibayar beribu-ribu utk sekali ceramah motivasi tu. Bukan senang nak jadi senang, saya selalu percaya nothing good comes easily. Ni saya berhenti sekejap utk update blog sbb rasa otak dah tepu sgt. Smg Allah beri kekuatan kpd saya utk menghabiskan apa yang saya sedang lakukan sekrg. Amin....

I Believe I Can Fly

I used to think that I could not go on
And life was nothing but an awful song
But now I know the meaning of true love
I'm leaning on the everlasting arms

If I can see it, then I can do it
If I just believe it, there's nothing to it

(chorus)
I believe I can fly
I believe I can touch the sky
I think about it every night and day
Spread my wings and fly away
I believe I can soar
I see me running through that open door
I believe I can fly (3x)

See I was on the verge of breaking down
Sometimes silence can seem so loud
There are miracles in life I must achieve
But first I know it starts inside of me, oh

If I can see it, then I can be it
If I just believe it, there's nothing to it

(chorus)

Hey, cause I believe in me, oh

If I can see it, then I can do it
If I just believe it, there's nothing to it

(chorus)

Hey, if I just spread my wings
I can fly
I can fly
I can fly, hey
If I just spread my wings
I can fly
Fly-eye-eye

If I just spread my wings (I can fly)
I can fly (I can fly)
I can fly (I can fly)
I can fly (I can fly
If I just spread my wings (I can fly)

Thursday, February 17, 2011

Anak sulung Ibu dah 6 tahun!

Salam utk semua. Dah lama juga saya tak update blog ni ya, bukan setakat nak update, nak baca blog kawan2 pun saya tak sempat. Memang sekrg ialah masa yg sgt2 kritikal utk saya, tinggal lebih kurang sebulan setengah saja lagi dateline utk saya submit thesis, begitu juga dgn final exam, itu belum lg dikira dgn assignment dan juga kerja kat ofis yg semakin hari semakin mencabar kesabaran jiwa.

Apapun hari ni saya curi juga sedikit masa utk update blog ni krn tak nak terlepas 'rakamkan' hari yg sgt istimewa utk saya sekeluarga. Hari ni genaplah usia anak sulung saya 6 tahun. Happy birthday to our darling Wildan. Dah besar dah anak Ibu ni ya. Teringat lagi kenangan mengandungkan dan bersalinkan dia 6 tahun yg lepas di Strand Specialist Centre, SP ( sekrg Pantai Utara Specialist Centre). Tunggu punya tunggu, Wildan tak nak keluar lagi dari perut saya biarpun dah beberapa hari melepasi due date. Akhirnya doktor (Dr Somaskandar) arahkan saya di induce. Semalaman menanggung sakit yg teramat, keesokan paginya sakit itu hilang begitu saja ttp Wildan tak juga keluar. Bila nurse check heart beat baby, katanya baby dah stress dan heart beat dah agak slow. Dr Somaskandar kata tiada pilihan lain kecuali saya di c-sect dgn kadar segera. Punyalah terkejut saya dan suami sbb tak sangka langsung akan kena c-sect tapi Allah lebih mengetahui. At last pada pukul 7.21 pagi, lahirlah anak sulung kami dan itulah dia Muhd Zharfan Wildan. Seperti maksud namanya, dia mmg seorg anak yg sgt bijak, pintar dan petah berkata-kata. Alhamdulillah, dia dan adiknya adalah anugerah terindah dari Allah utk saya dan suami.

Disebabkan saya busy buat preparation utk exam saya ptg tadi, kami cuma buat celebration secara simple saja dulu tp saya berbangga sbb dlm sibuk2 study, saya sempat juga buat chocolate cake utk dia. InsyaAllah, minggu depan kami akan celebrate di tadika Wildan pula.

Semoga Wildan ( dan juga Wafriy) akan menjadi anak2 yg soleh dan berjaya dunia dan akhirat. Ibu loves both of you so very much with all my heart and soul.


Ini dia chocolate cake yg saya buat. Biasa saja, belum pro lagi especially bab menghias kek ni. Tapi kira ok lah kan?

Sibuk nak buka hadiah. Wafriy pun dapat hadiah juga, kalau tak dapat jenuhlah dia tunjuk perasaan.

Ini dia hadiah yg dia nak sgt2. Ben 10 Alien Maker, hadiah dari saya dan suami.


Thursday, February 3, 2011

Ketika dalam kesulitan

Taken from GoogleImage


Inilah saya sekrg. Sangat2 busy dan tak cukup kaki, tangan dan otak. Smg Allah permudahkanlah hidup saya, berikan kesihatan mental, fizikal dan spiritual yg baik utk saya sekeluarga dan smg kejayaan akan menjadi milik saya nanti.

Time2 gini teringat pula doa ni:

Doa Nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun.

(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)

Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya
Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."

Ibnu sunni meriwayatkan : Rasulallah s.a.w telah menerangkan bahawa barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah dari segala kesempitan. Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun.

InsyaAllah doa ini sgt baik diamalkan dalam apa jua keadaan pun. Rasanya semua ibu2 mengamalkan ayat ni ketika hendak bersalinkan? Tadi semasa google kat forum, ada juga seorg Ustaz tu kata ayat ini boleh dibaca ketika kita merasa resah gelisah atau lemah semangat. Pengalaman saya sendiri ketika drive sorang2 11 tahun yg lepas di dalam hujan lebat dan jalan yg sgt sesak, tiba2 tak fasal2 aircond kereta buat hal (walhal kereta tu baru dibeli 2 minggu), tiba2 cermin kereta jadi kelabu dan berkabus dan saya tak nampak langsung jalan. Punyalah panik sgt2 dan entah mcm mana teringat doa ni dan saya terus baca beberapa kali dan berdoa pd Allah. Tiba2 cermin yg tadinya kelabu dan berkabus menjadi semakin terang walaupun keadaan masih sama ( hujan lebat dan aircond tak dpt digunakan). Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya dan juga kereta baru saya tu, haha.

Sama-samalah kita amalkan ya. InsyaAllah.