Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan Penuh Keberkatan



Selamat menunaikan ibadah puasa diucapkan kpd semua kawan, kenalan dan sesiapa shj yg sudi singgah di blog saya ini. Smg Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya dan smg kita sama2 dpt memaksimumkan ibadah kita kpd Yg Maha Berkuasa.

Bagi saya, selain drp keberkatan, Ramadhan juga membawa bersama kepiluan, kesedihan dan kerinduan yg sukar diucapkan. Di bulan yg mulia ini, ingatan dan kerinduan buat insan2 tersayang yg telah pergi menemuiNya semakin menjadi-jadi. Pasti berderai air mata setiap kali terkenangkan kenangan manis bersama mereka terutama sekali di bulan Ramadhan dan Syawal. Smg mereka bahagia di sana dan saya tahu hidup ini perlu diteruskan seadanya. Kebahagiaan perlu terus dicipta terutama sekali utk anak2 kesayangan saya yg baru nak mengenal dunia.

Cabaran terbesar buat saya pd Ramadhan kali ini ialah utk melatih Wildan berpuasa buat kali pertama. Smg Allah mudahkan segalanya.

Marhaban ya Ramadhan!

Dah shopping raya?



Kawan2 dah shopping raya? Mestilah sudah kan, saya dan family ni mcm terlambat je kali ni. Ttp time shopping kat Sunway Carnival semlm, punyalah ramainya org, masing2 nak shopping baju raya especially kat anak2. Riuh rendah children's department tu dgn suara budak2 termasuklah dgn suara anak2 saya yg tak berhenti berleter kat saya dan suami sbb letih try baju. Actually mrk lebih berminat nak gi beli toys, CD dan main kat play land yg besar tu, tp saya dan suami nak pulun habiskan shopping keperluan raya utk mrk pd hari tu juga. So, mcm2 perangai lah ada, kejap lapar, kejap menangis, kejap merungut, kejap merajuk, kejap berlari dan mcm2 lagilah. Adoi, anak2 teruna ni! Beberapa kali jugalah kena "cubitan manja" drp saya. At last hanya sempat belikan baju2 dan sepasang seluar je, kasut dan beberapa pasang seluar lg kena shopping lain kali pula nampaknya.

Yg kelakarnya slps habis shopping dan bermain berjam-jam  kat play land, kedua2 anak teruna ni nak berurut kat massage chair bersama dgn Dadi mrk. Kedua2nya cakap mrk letih sgt shopping. Hehe, kesian pun ada, kelakar pun ada.

Friday, July 29, 2011

Banana Muffin with Choc Chips



I baked these muffins to be brought to my mum's friends tomorrow. Thanks to Izah Daut for this superb recipe. Truly mouthwateringly delicious!This is my second time trying this recipe and I am sure there will be more and more after this.

Wednesday, July 27, 2011

Ibu, Ibu,Ibu....



"Ibu, Wildan nak ayaq"
"Ibu, Wafriy nak susu"
"Ibu, Wildan nak mandi"
"Ibu, Wafriy nak b_ _ _k"
"Ibu, tgk Wildan buat Wafriy"
"Ibu, tgk Wafriy ambil CD Wildan"
"Ibu, Wafriy nak mandi"
"Ibu, mana colour Wildan?"
"Ibu, mana Ultraman Wafriy?"
"Ibu, nak biskut"
"Ibu, tolong ambil buku Wildan kat atas"
"Ibu, kat mana Ibu letak sticker Wafriy yg baru beli tu?"
"Ibu, cepatlah baca buku cerita ni"
"Ibu, jgn lupa beli biskut oreo esok"
"Ibu, pi lah goreng ayam sekrg"

Hmmm...inilah situasi biasa kat rumah saya sejak 6 tahun yg lalu. Semua benda nak tanya 'Ibu', semua benda nak suruh 'Ibu', semua benda minta kat 'Ibu'. Kadang-kadang kalau tgh tak larat sgt tu, saya akan kata"macam ni mati cepatlah Ibu". Yg hairannya dekat 'Abah' tak adalah diaorg nak memerap mcm ni. Kalau saya kata"cuba minta tolong Abah buatkan", diaorg boleh pula jawab "kesian kat Abah, Abah tak larat". Amboi, amboi, ingat Ibu ni larat sgt ke????

Dua hari yg lepas, Wildan beritau saya yg dia bermimpi dikejar monster (punyalah kuat tgk Ultraman, Ben 10 dan Boboiboy, sampai termimpi2). Dalam mimpi tu dia menangis dan panggil "Ibu, Ibu, Ibu". Saya tanya dia "kenapa panggil Ibu, Ibu tak kuat, tak boleh tolong Wildan, kenapa tak panggil Ultraman?" Dia jawab" Wildan tak mau Ultraman, Wildan cuma nak Ibu, Ibu tak kuat pun takpa tp Wildan cuma nak Ibu". Saya rasa nak menangis masa tu juga sbb terlalu terharu dgn jawapan tu.

Benarlah kata org bahawa terlalu istimewa kedudukan dan peranan seorg Ibu itu di hati anak-anaknya sewaktu mereka masih kecil. Doa dan harapan saya agar saya akan kekal istimewa di hati dan di dalam hidup mereka sampai bila-bila.

Thursday, July 21, 2011

Beautiful Blogger Award


Minta maaf Kak Wattie, hari ni baru Kaz gi ambil award yg Kak Wattie bagi ni. Terima kasih banyak2 ya. Ini dia jawapan bg soalan yg Kak Wattie tag tu iaitu 7 perkara mengenai diri saya. Lama juga saya mengarang ni.

1. Saya dilahirkan dan dibesarkan sebagai anak kampung walaupun pada asalnya keluarga sebelah mama dan arwah Ba saya berasal dari bandar. Memandangkan arwah Ba saya bekerja sbg juruteknik pertanian, kami sentiasa berpindah-randah dan ditempatkan di kampung2. Alhamdulillah, tempat akhir kami menetap sebelum arwah Ba meninggal iaitu di Kpg Sg Kechil Ilir, Bandar Bharu, Kedah meninggalkan kenangan yg sgt indah di dalam hidup saya. Di sini saya menikmati zaman kanak-kanak yg sgt fun, happening and adventurous. Saya berpeluang utk merasai nikmat mandi sungai, mandi air telaga, naik bukit, panjat pokok, berbasikal sekeliling kampong, makan buah letup2, makan buah mata itik, kutip pucuk paku dan pucuk ubi, main guli, main congkak dan sebagainya. Disebabkan sikap saya yg agak adventurous itulah menyebabkan saya beberapa kali dirotan oleh mama kerana ponteng mengaji semata-mata utk curi2 mandi sungai. Saya menetap hampir 10 tahun di kampung ini, plg lama jika dibandingkan gn tempat lain. Sehingga sekrg, kampung ini sgt dekat di hati saya. Selain drp kawan2 sepermainan dan sepersekolahan saya yg masih ada di sana, di kampung ini jugalah jasad arwah bapa saya disemadikan.

2. Memandangkan saya ni the only girl in the family, sejak kecil saya dah memang dibiasakan membuat kerja2 dapur dan rumah oleh mama. Semasa bersekolah rendah, saya cuma menolong mama di dapur dgn memasak nasi, memotong bawang dan sayur, membasuh pinggan dan sebagainya. First time saya memasak utk family ketika saya di Form 2, masakan pertama saya ialah udang masak masam manis yg saya cuba dari resepi penyanyi Ruhil Amani kat dlm majalah Putera Puteri. Time tu mama dan arwah nenek saya membawa adik saya ke klinik utk berkhatan, selepas sebulan kematian arwah ba saya. Saya ambil masa hampir 2 jam utk masak masakan yg simple tu tp hasilnya very positive. Ingat lagi, arwah nenek saya yg tdk berselera makan sejak kematian anak sulungnya itu (arwah Ba saya) makan bertambah dan tak habis2 memuji kesedapan masakan saya.Sejak itu, saya mula memasak dan ketika di Tingkatan 4 dan 5, tugas memasak selalunya diserahkan kpd saya di hujung minggu krn mama saya mengajar kelas tuisyen pada hari2 tersebut. Selps habis SPM, ketika cuti semester dan ketika saya menganggur sblm posting dulu, tugas memasak diserahkan 100% kpd saya. Mungkin disebabkan itu, sehingga sekrg, saya suka memasak, tahu memasak dan boleh memasak. Suami saya selalu berkata yg dia bangga ada isteri yg pandai memasak macam saya, ehem, ehem!

3. Saya pernah bekerja di kedai kasut selama hampir 1 tahun ketika menganggur sebelum masuk U dulu. Semasa bekerja di kedai ini, banyak perkara yg saya belajar dari pengalaman yg saya lalui. Ada yg memandang hina kpd saya dan ramai yg pandang rendah kpd saya. Semasa bekerja di kedai kasut dan aksesori wanita ni juga, ramai polis yg cuba mengorat saya. Saya pun tak tahu kenapa mereka nak mengorat saya, seorg demi seorg datang ke kedai, ajak saya berbual, ajak saya minum2 dan ada yg terus nak ajak kahwin. Alhamdulilah, saya mmg dah diajar oleh mama saya agar tidak melayan lelaki. Setiap kali nampak mereka datang, saya terus menyorok kat bilik setor kedai dan taukeh kedai tu pun akan tolong cover saya, dia kata saya cuti atau belum datang dan sebagainya.

4. Antara impian saya sejak kecil yang tidak mungkin akan menjadi kenyataan ialah untuk mempunyai seorg kakak. Saya mmg teringin sgt nak ada kakak. Bila tgk kawan baik saya Fizin yg mempunyai kakak yg hampir sebaya, saya jadi jeles. Seronok melihat kemesraan mereka yg berkongsi segala-galanya sejak dari kecil sehinggalah sekarang. Walaupun semasa kecil mereka selalu gaduh2 manja tp tetap sweet di mata saya. Disebabkan teringin sgt nak ada kakak, saya mudah rapat dgn org yg lebih berusia dari saya. Kat ofis ni, majority kawan baik saya ialah yg bergelar kakak. Malahan kat alam blog ni pun, kawan2 baik saya terdiri drp ‘kakak2’.

5. Saya seorg yg sgt berpegang pada janji dan menepati masa. Disebabkan itu, saya cukup tak tahan dgn org yg tidak berpegang pada janji dan tidak menepati masa. Bagi saya kalau nak keluar ke mana2 dan dah janji nak keluar pukul 3, pukul 3 lah saya dah bersedia utk keluar dan bukannya pukul 3 baru saya nak pakai baju. Begitu juga kalau orang dah berjanji sesuatu kpd saya, sampai bila2 saya akan ingat dan tuntut janji tu.

6. Saya geli dgn binatang berbulu termasuklah kucing dan arnab. Saya tak geli dgn lipas, cicak atau yg lain tp kalau dgn binatang berbulu mmg saya surrender. Kesian kat anak2 sbb tak dpt nak bela kucing atau arnab kat rumah disebabkan kegelian saya yg melampau ni.

7. Apa lagi ya? Satu lagi impian saya yg saya harap sgt akan tercapai ialah utk mempunyai seorg anak perempuan. Saya dah ada 2 org anak lelaki, suami saya cakap dah cukuplah tu tp saya tetap teringin nak mempunyai seorg lagi anak dan kalau boleh biarlah perempuan. Saya nak pakaikan dia baju cantik2, kembang2, ropol2, kaler pink dan purple, letak riben yg ada bunga2 kat rambut dan sebagainya. Kawan2 semua tolonglah doakan saya ya.


Ok, itu saja rasanya. Sekarang saya nak tag siapa ya? Ok, saya tag Fizin, Chinda dan Kak Yatie.

Sunday, July 17, 2011

Wafriy is ok now!

Alhamdulillah, Wafriy has fully recovered from his chicken pox! For 2 weeks, he didn't go anywhere, didn't go to his nursery and Quran class, didn't follow his father and Wildan to watch Transformers, didn't follow me to do my weekly grocery shopping and so many other things that he has terribly missed. I baked this marvelous chocolate cake with Ultraman edible image to celebrate his recovery last night.

My first edible image cake. Hmm....simply delicious with the moist chocolate cake and melted chocolate ganache and these two boys are so proud of their Mom! They thanked me profusely and kept on making request to have more and more chocolate cakes with their favourite figures after this. No problem dear, I love this request since I am seriously addicted to baking now.

Thanks to Allah for this chicken pox didn't leave ugly scar on his face and not even on his body for I supposed this was just a mild one. In fact, he was as active as ever and so "terlebih manja".


Being at home for 2 weeks under a good and tender care of his grandmother has also made him chubbier. My mom loves to feed him and keep on telling me and my husband, "seronok tgk dia makan". Hehe, I told my mom, "sekarang seronoklah mama, nanti kalau dah gemuk, dah tak seronok dah nak tengok".

Anyway, Alhamdulillah since everything is over and tomorrow will be the first day for him to go back to his nursery and I know he is really looking forward to meet his friends now.

Saturday, July 9, 2011

Nasi Ayam Chef Wan dan Custard Teacake yg Sedap

Setelah lama tergoda dgn resepi nasi ayam Chef Wan yg saya tgk kat blog Kak Wattie yg cun melecun tu (macam duta jamu mak dara gold), akhirnya hari ni barulah saya ada chance nak try. Ahamdulillah, tak sia2 saya try sbb spt yg dilihat, memang sedap sangat2 resepi nasi ayam ni. Kalau tak salah resepi ni dah lama ya, dari tahun 2000 lg, ttp baru sekrg saya tahu. Tghari tadi berselera betul saya, suami dan mama makan. Suami dan mama makan bertambah-tambah (saya maintain makan 1 pinggan je sbb sedar diri yg semakin berisi ni). Mama siap suruh saya masakkan nasi ayam ni ketika hari raya pertama nanti tp saya rasa mcm kurang sesuai pula kan sbb selalunya hari raya pertama kenalah ada nasi tomato/beriani, ayam masak merah, dalca dan acar. Mungkin pada hari raya kedua atau ketiga tu ok lah.


Tengok gambar2 kat atas ni mungkin npk mcm tak sedap saja sbb saya ni mmg fail bila bab garnishing ni tp rasa nasi ayam ni memang tak terkata sedapnya. Kalau nak resepinya boleh tgk kat blog Kak Wattie ya.

Sebelah petang pula saya buat custard teacake yg semua org dah buat berkurun lamanya dulu (again, baru sekarang saya ada chance nak buat). Resepinya pun saya ambil dari blog Kak Wattie. Tq Kak Wattie, jangan lupa upload resepi yg sedap2 lagi ya. Kek ni pun sedap cuma bagi saya kek ni rasa manis sikitlah. Next time kalau nak buat saya akan kurangkan sedikit gulanya. Tak berani nak makan manis2, keturunan sebelah arwah bapa saya ramai yg diabetes, so saya mmg sgt berjaga2 bab makan yg manis2 ni.
Sorrylah ya, saya ni main ambil dan letak je gambar. Tak mcm sesetengah blogger tu, siap hias cantik2 semata2 nak ambil gambar dan upload kat blog. Lambat lagi kut saya nak sampai ke tahap tu.

Kepada Kak Wattie, terima kasih banyak2 ya. InsyaAllah lepas ni saya nak try resepi aiskrim vanilla dan popcake ball yg ada kat blog Kak Wattie pula. Yg pasti sejak jatuh cinta dgn baking and trying new recipe ni, berat badan saya tak turun2 malah semakin naik. Hairannya mcm manalah orang yg hebat memasak mcm Kak Wattie ni boleh maintain slim je. Jom blame genetic factor, hehe!

Tuesday, July 5, 2011

Fuuuhhhh.....lega!

credit to Google

Fuh, lega selega-leganya. Inilah sebab utama saya dah lama tak update blog. Terlalu sibuk dgn kerja2 kat ofis dan juga persiapan nak kena audit utk ISO. Tadi pukul 10 dah kena audit, rasanya ok lah kut sbb saya dpt jawab semua yg ditanya dan dapat tunjuk semua dokumen yang auditor tu nak tgk sbg bukti.

Sebenarnya selain dari sibuk kat ofis, saya juga turut sibuk kat rumah. Sebabnya ialah si kecil tu, Wafriy kena demam campak. Alhamdulillah demam campak dia tak teruk, tak byk yg keluar walaupun saya dah bg minum air kelapa dan sup ayam spt petua org2 tua. Demam pun tidak, gatal2 pun sikit saja.Walaupun tak teruk tapi perangai manja dan aktif dia tu menjadi2 sampai tak larat nak layan. Tadi semasa bersembang dgn akak cleaner kat ofis, dia kata demam campak ni juga dikenali dgn demam manja. Akak tu kata jgn marah atau pukul dia sbb nanti demam campak tu merajuk, terus tak keluar. Ye ke? Baru semalam saya tampar punggung dia sbb naughty sgt. Rasanya semua tu hanya myth saja kan. Apapun, syukurlah kerana mama saya ada di rumah dan boleh jaga Wafriy ketika saya dan suami bekerja. Kalau tidak, tak tahulah mcm mana saya dan suami nak ambil cuti sampai 2 minggu nak jaga Wafriy. Inilah jasa seorg ibu ya, dulu mama dah puas menjaga saya, sekrg mama menjaga anak saya pula. Hanya Allah sajalah yg dapat membalas jasa mama yg tidak terhitung banyaknya.

Banyak benda yg saya nak update tp spt biasa, masa yg saya ada sgtlah terhadnya. Dulu saya ingat slps habis study, saya ada byk masa utk update blog ttp sekrg ni lain pula jadinya. Ada aje yg nak kena settle dan buat kat ofis tu tp takpa sbb itulah sumber rezeki saya.