Sunday, June 6, 2010

Cerita di petang Ahad





Dah 2-3 hari dok try pelbagai background utk blog yg tak seberapa ni. Dah mcm2 style aku try tp tak berkenan sepenuh hati. Ada yg terang sgt, ada yg flashy sgt, ada yg gelap sgt, yg aku pilih ni pun taklah aku berkenan 100%. Tunggulah, bila aku ada masa aku cari lg. Seronok tgk blog Fizin yg cantik dan semakin trendy. Aku mmg tak mampulah nak buat mcm tu sbb tak cukup masa nak duduk dpn laptop lama2 utk update blog. Selalunya kalau hari bekerja mmg aku susah sikit nak update blog, buka facebook pun kejap aje sewaktu lunch hour. Itupun beberapa minit saja sbb aku perlu makan dan juga solat zohor dlm lunch hour yg sgt terhad tu ( 1 jam bermula dari pukul 1-2).

Sewaktu aku sdg berblog ni, ketiga2 hero tu sedang bermain di bilik toys. Nama pun boys, mmg tak sahlah kalau tak main lawan2, kejar-mengejar, panjat-memanjat dan sebagainya. Sekejap mrk bergurau, sekejap mrk bermain, sekejap mrk bergaduh, sekejap mrk merajuk, sekejap mrk menangis dan sekejap lagi mrk berbaik semula dan berulang lg lah kitaran yg sama. Pagi tadi mrk tgk DVD dan kemudian terus bermain sehinggalah sekrg. Kelakar sungguh sbb mrk langsung tak penat atau letih. Bila aku suruh tidur, serentak mrk menjawab 'tak mauuuuuuuu". Apapun, aku harap abang dan kakak ipar aku tak risau ttg Emil sbb npk dia ok dan happy setakat ni.

Husbandku pula baru keluar ke INTAN Sg Petani bg menghadiri kursus Audit ISO selama 4 hari bermula dari petang ni. Nasib baik INTAN tu jaraknya dekat saja dgn rumahku, so husbandku akan berulang-alik dari rumah ke INTAN setiap hari. Lega sebab tak perlu berjauhan dgn dia. Semlm husbandku telah berjaya mencuri perhatian jiran tetangga setelah dia berkaraoke dgn hebatnya kat rumah jiranku yg mengadakan kenduri kahwin anak sulungnya. Asalnya husbandku pergi utk tolong kemas kerusi dan meja setelah selesai kenduri tu, tiba2 dia terus dipelawa utk join karaoke. Husbandku memilih utk menyanyikan lagu Flybaits " Mengapa perpisahan yg kau pinta". Menurut husbandku, semua org bertepuk tgn dan memuji suara dia, malah ada yg samakan suara husbandku dgn Jay Jay. Memang tak dinafikan husbandku ini pandai menyanyi. Dulu sebelum kami kahwin dan menghadiri aktiviti Team Building unit BI kat Pedu Lake, setiap malam dia dan beberapa sahabatku berkaraoke pada sebelah malam. Semua org akan berkumpul di bilik karaoke tu semata-mata utk mendengar suara dia yg bagiku ala2 Ameng Spring tu. Ketika itu terdetik di hatiku, "untungnya sesiapa yg menjadi isteri dia sbb mesti dia akan selalu menyanyi utk isteri dia ". Ketika itu hubungan kami hanyalah kawan biasa. Sekrg bila aku menjadi isteri dia, sekali pun dia tak pernah menyanyikan utkku. Hehe.

Oklah, aku nak turun ke bawah sbb hero bertiga tu dah turun ke bawah. Dgr mcm mereka tgh menyanyi dgn Dadi mrk yg sememangnya rajin melayan cucu2 tu.

Saturday, June 5, 2010

Tetamu istimewa dah sampai




Inilah dia tetamu istimewa yg aku beritahu hari tu. Abangku Ayish bersama anak saudaraku Emil. Aku kira inilah surprise paling istimewa utk mama dan anak-anakku. Mereka kelihatan sgt gembira melihat tetamu yg datang. Menjerit-jerit Wildan dan Wafriy sebaik saja melihat Emil dan Cica Ayish mereka. Emil akan ditinggalkan bersama kami selama 2 minggu utk menghabiskan cuti sekolahnya di sini. Wildan dan Wafriy mmg seronok sgt bermain dgn Abang Emil hari ni sampai kedua-duanya tak tidur siang. Selama 2 minggu ni aku akan mempunyai 3 org hero utk dijaga dan juga 3 ultraman brothers yg akan bermain lawan2 sepanjang masa. Apa yang penting aku mahu mereka mempunyai hubungan yg baik dan mesra sebagai saudara sepupu sehinggalah mereka dewasa nanti.
Emil dear, welcome to Sg Petani, InsyaAllah, you will enjoy yourself here.

Toys





Ini dia sebahagian toys kesayangan mereka yg berjaya aku selamatkan ketika mengemas bilik toys mereka. Yg lain2 tu semuanya dah patah kaki, patah tgn atau terkeluar kepala. Betapa beruntungnya kanak2 sekarang ya, zaman aku dulu manalah ada toys yg canggih2 mcm ni.

New Wafriy




Wafriy sekrg memang suka sgt menonton VCD Ultraman. Setiap petang selepas balik ke rumah, dia akan minta kami pasangkan VCD Ultraman kat family area di tingkat atas dan dia akan menonton dgn asyiknya. Dulu mmg susah nak tgk Wafriy menonton TV atau VCD, sepanjang masa dia asyik nak berkepit dgnku. Mungkin juga dia mengikut sifatku yg memang krg gemar menonton TV sejak dari kecil lagi. Dulu aku dan husband risau sgt dgn perangai Wafriy yg terlalu manja dan tidak mempunyai minat yg khusus. Berbanding Wildan yg memang dah terdedah dgn Barney, Playhouse Disney Channel dan pelbagai lg sejak kecil, dunia Wafriy adalah disisiku. Di mana aku berada, di situ jugalah dia ada. Aku ke dapur, dia juga akan bermain di dapur, aku sembahyang, dia akan bermain di tepiku sehingga aku selesai sembahyang. Di dalam kereta pun dia akan duduk di atas ribaku sehinggalah baru2 ini aku bertegas mengatakan 'selepas birthday Wafriy yg ke3 ni, Wafriy dah tak boleh duduk atas riba Ibu di dlm kereta, Wafriy kena duduk di belakang dgn Abg Wildan". Walaupun npk dia keberatan, dia akur juga dgn permintaan aku dan husbandku ini.
Baru2 ini ketika aku bersiap2 nak bawa Wildan ke klinik, aku agak terkejut apabila Wafriy langsung tidak merengek utk mengikutku spt kebiasaannya. Dia begitu leka menonton VCD Ultraman tetapi sempat berpesan " Ibu pi baik2 tau".

Dah besar dan dah boleh berdikari rupanya anak aku ni tp kenapa ya aku merasa rindu utk sentiasa memeluk, mendukung dan berkepit bersamanya seperti dahulu????

Happy Wildan




Kelmarin ada swimming and camping activities kat tadika Wildan. Dia punyalah excited sampai dalam tidur pun dia mengigau. Gambar-gambar ni diambil sebelum keluar dari rumah.

Friday, June 4, 2010

Tetamu Istimewa

Esok ada tetamu istimewa yg akan berkunjung ke rumahku. Siapa? Tungguuuuuu.....
Yang pastinya kedatangan mereka pasti akan membuatkan mama dan anak-anakku gembira.

Thursday, June 3, 2010

Congrats Wildan!




Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Bagaikan hendak menangis apabila aku diberitahu oleh Teacher Ana petang tadi. Wildan dapat nombor 1! Berkali-kali aku bertanya kepada Teacher Ana utk kepastian sehinggakan dia sendiri tergelak. Alhamdulillah, menurut Teacher Ana, Wildan dapat markah penuh 100/100 utk kesemua subjek-Bahasa Melayu, English, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam. Husbandku sendiri kelihatan sgt gembira dan berbangga dgn kejayaan anak sulung kami ini. Dan begitu jugalah dgn Mama dan Ba.

Biarpun ini hanyalah satu peperiksaan tadika, ia tetap menjadi kebanggaan kami. Kepada Wildan, aku berpesan agar tidak terlalu excited dgn pencapaian ini. Aku tidak mahu dia terleka kerana tanpa usaha yg gigih, tidak mungkin seseorg itu boleh berjaya. Dan aku juga sangat terharu bila Wildan mengucapkan ' terima kasih Ibu sbb mengajar Wildan sampai Wildan dpt nombor 1'. InsyaAllah, aku berazam utk sentiasa berada di sisi anak-anakku, memberi sokongan dan tunjuk ajar seperti mana yg pernah mama lakukan kepadaku dulu.

Congrats Wildan sayang, Ibu and Abah are so proud of you. There is still a looooooooooooooong way to go and you have started the journey excellently.