Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha

Salam aidiladha dari kami sekeluarga. Mohon maaf zahir dan batin. Semoga kita semua terus berkorban dengan cara masing-masing untuk kebaikan dan kesejahteraan. Yakinlah, Allah akan sentiasa bersama kita selagi kita berada di landasan yang betul.

Monday, November 15, 2010

Al-Fatihah


Al-fatihah untuk Allahyarham Mohamed Kassim Abdul Rahman, arwah bapa kesayangan saya yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, 22 tahun yang lalu.
Sehingga hari ini, belum ada sehari pun yang berlalu tanpa saya mengingati dan merinduinya. Sememangnya arwah merupakan seorang insan yang berhati mulia dan sentiasa mendahulukan keluarga dan mengenepikan kepentingan dirinya.
Semoga Allah menempatkannya bersama golongan insan-insan yang beriman. InsyaAllah, suatu hari nanti kita akan bertemu jua Ba.

Saturday, November 13, 2010

Alhamdulillah, no 1 lagi.



Tiada apa yg lebih membahagiakan hati seorg Ibu selain daripada kejayaan dan kebahagiaan anak2nya. Alhamdulillah, Wildan dapat nombor 1 lagi dengan markah 100% untuk semua subjek iaitu Bahasa Melayu, English, Matematik, Sains dan Pengetahuan Agama Islam. Sorrylah kalau saya ni mcm over sikit, anak dapat nombor 1 kat tadika pun nak happy, tp tak salahkan? Dulu semasa dia berumur 3 tahun dan dapat nombor 1 pertandingan mengutip gula-gula pun saya rasa nak menangis sebab seronok sgt, haha, agaknya mmg betul saya ni seorg ibu yg over.

Smg kecemerlangan ini dapat diteruskan dan yg paling penting sekali smg kejayaan ini akan lebih memberi semangat utk Wildan terus berusaha di dalam hidupnya. Congrats Wildan, Ibu dan Abah are so proud of you. Nanti Ibu hadiahkan Wildan toy Pokemon dlm kotak yg Wildan nak sgt2 tu ya.

Juga congratulations untuk kawan2 sepejabat yg anak2 mereka mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR. Antaranya ialah Kak Yati, Kak Noreha, Kak Jas dan Zurina. Bila nak buat kenduri kesyukuran ni, hehe? Mungkin betul kata sesetengah orang, apabila kita menjadi seorang guru dan kita mengajar anak orang lain dgn bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan, InsyaAllah anak2 kita juga akan diajar sebegitu rupa oleh guru-guru mereka. Harap-harapnya begitulah ya. Tapi apa yg saya perhatikan, kawan2 saya ni pun mmg sgt2 komited dlm mendidik dan memberi semangat kpd anak2 mereka utk berjaya. Ada yg sampai ambil cuti untuk menemani anak mereka ketika mengambil exam. Ada yang berusaha download online notes utk anak2 mereka belajar. Ada yg bersusah-payah carikan guru tuisyen terbaik untuk mengajar anak2 mereka walaupun mereka terpaksa menunggu lama di pejabat untuk menunggu anak2 habis belajar dan macam2 lagilah. Semuanya ini menjadi inspirasi dan dorongan kepada saya utk melakukan yg sama untuk anak2 saya nanti. Betullah kata orang putih, Nothing Good Comes Easily.

Thursday, November 11, 2010

Update sedikit

Alhamdulillah, cabaran exam yg pertama sudah berakhir kelmarin. Ramai kawan-kawan sekerja yg bertanya hari ini, "macam mana exam, boleh jawab?" Jawapan saya yg sejujur-jujurnya (yg saya cuma tulis dlm blog ni) ialah Alhamdulillah, saya boleh jawab kesemua soalan yang diberikan. Panjang lebar jawapan saya, lenguh tangan menulis dan saya cuma habis menjawab kira-kira 3 minit sebelum masa menjawab tamat. Namun adakah saya akan mendapat keputusan yang baik itu adalah sesuatu yg saya sendiri tidak pasti kerana hanya Allah yang menentukan. Sebelum ni pun, ada paper yg saya yakin saya telah menjawab dengan sebaik-baiknya tetapi bila result keluar, saya cuma dapat A- dan ada juga paper yg saya sedar saya telah membuat satu kesalahan yg sangat besar tetapi bila result keluar saya dapat A. Semuanya di tangan Allah dan di pihak saya, saya telah berusaha dengan sebaik-baiknya. Semoga Allah mengasihani saya dan memberkati usaha dan pengorbanan saya. Bukannya senang nak study di usia yg "tak berapa muda" ni, jenuh nak menghafal dan faham, jenuh minum kopi Radix dan makan Spirulina nak stay up dan jenuh memujuk anak-anak agar tak kacau Ibu study dan macam-macam lagilah.

Masih ada satu lagi exam pada 16 november depan (sehari sebelum raya haji). Sebagai seorang isteri, anak, menantu dan ibu, saya kenalah juga fikirkan fasal hal nak menyambut raya ni walaupun fikiran saya sebenarnya sgt berserabut dgn preparation nak exam. Untuk raya haji, saya telah menempah beberapa jenis kuih dan saya cuma akan masak sambal kacang dan nasi impit saja untuk dimakan di pagi raya nanti. Untuk lunch pula, bapa mertua dah order nasi beriani dari katering terkenal kat Penang tu. Nasib baiklah dapat bapa mertua yg teramat baik dan sporting ni. Dia faham menantu dia ni asyik sibuk memanjang.

Raya haji ni juga kami akan beraya dengan sesuatu yg baru. Alah, bukan apapun tetapi ianya sesuatu yg menggembirakan hati kami sekeluarga terutama sekali Ba, Mama dan anak-anak. Alhamdulillah, rezeki dari Allah. Ini dia...


Yang paling happy tentulah Wildan dan Wafriy. Syukurlah, smg Allah terus murahkan rezeki kami sekeluarga untuk membahagiakan ibu bapa dan juga anak-anak kami.

p/s: Ni first entry yg saya gunakan "saya". Tak kisahlah apa orang kata, janji saya rasa lebih selesa.

Saturday, November 6, 2010

Boleh tak "aku" tukar kepada "saya"?

Boleh tak? Sebenarnya ketika mula membuat dan menulis blog ni, aku fikirkan ianya hanyalah sebuah blog peribadi dan semua yg ditulis di dalamnya tak lebih dari sebuah monologue. Biasalahkan, bila bermonologue, kita akan gunakan perkataan "aku" dan bukannya "saya". Masa tu tak terfikir pun blog ni akan ada readers selain dari diri sendiri dan juga beberapa kawan rapat yg lain. Tapi lama-kelamaan ternyata blog ini sebenarnya membuka jalan untuk aku berkenalan dengan lebih ramai kawan-kawan baru yg sgt menarik , dan tak lupa juga ianya sebagai penyambung hubungan dengan kawan2 dan juga bekas2 pelajar yg telah hampir terputus. Sekarang ni apabila menulis blog ni, ia umpama aku sedang bercerita dengan seseorang dan aku mula rasa tidak selesa membahasakan diri sebagai "aku". Terasa agak kasar dan tidak menepati imej dan personaliti aku sendiri (chewah). Ramai juga followers dan readers blog ini yg berpangkat "kakak" dan juga yang merupakan anak murid dan bekas anak murid, so penggunaan "aku" itu rasanya kurang sesuailah. In fact, all this while pun aku lebih selesa membahasakan diri sebagai "saya" bila berbual dgn orang. Jarang sgt2lah aku menggunakan "aku" kecuali dengan orang yg mmg dah lama kenal dan dah boleh "bertepuk tampar".

Jadi dengan rasminya aku akan menukar kata ganti diri aku di blog ni daripada "aku" kepada "saya" bermula dari saat ini.

Untuk kawan-kawan readers dan juga followers, saya sgt seronok mengenali anda semua especially yg rajin bagi komen spt Kak Sharifah, Kak Azzatie dan Kak Halima. Untuk Fizin dan Bidadarindu, smg persahabatan dan persaudaraan kita ni kekal hingga ke akhir hayat. Untuk my dear ex-student ,Iznul, it is interesting to know u better now. Untuk yg lain2 yg tak disebut di sini, tq for reading this humble blog. Tiba-tiba pula ada ucapan, hehe. Mesti kena kutuk dgn Bidadarindu lps ni.

Friday, November 5, 2010

Kisah Towel Baru



Ni dia towel baru yg dibeli kat Plaza Masalam dulu untuk kedua-dua buah hatiku. Memang cantik, siap ada hood lagi, buatnya pula ada gambar Ben 10 dan Power Rangers. Setelah tgk cousin mereka Dhani memakai towel sebegini tetapi gambar Thomas and Friends, puas mereka meminta aku belikan towel yg sama. Nak kata No pun tak sampai hati walaupun menggigil juga tangan nak bayar harga kedua-dua towel ni. Kiranya sehelai towel ni bersamaan harga dgn sehelai tudung kat Butik Ariani yg Ekin dan Wardina pakai tu. Melepas 2 helai tudung Ariani yg Ibu plan nak beli sebelum raya haji ni. Tapi selepas lihat wajah dan gelagat mereka memakai towel ni, mana yg lebih penting: dua helai tudung Ariani atau kegembiraan dan keceriaan mereka????

Duit boleh dicari, tudung Ariani pun lain kali boleh dibeli (sbb selalu sgt ada sales) namun kebahagiaan mereka ni tiadalah galang gantinya. Ibu tak kisah buat dan berkorban apa pun, janji anak-anak Ibu bahagia dan semoga Wildan dan Wafriy membesar sebagai anak-anak yg soleh. Amin.

P/S: Butik Ariani tgh sales sekarang utk member card holders dari 5-7 November 2010. Nak kena ajak encik suami pi melawat ni....

Thursday, November 4, 2010

Perjuangan Bersambung Semula

Dah lama sangat dok enjoy dan makan angin. Sekarang aku kena mula berpijak pada bumi yang nyata. Aku cuma ada 6 hari saja lagi untuk membuat persiapan sebelum menduduki paper pertama utk final examku bagi semester 3 ni. InsyaAllah, perjuanganku bersambung semula dengan rasminya pada hari ini. Paper kedua pula ialah pada 16 November, sehari sebelum hari raya haji. Ntah apa2 USM ni buat exam pada hari tersebut, dahlah exam start pukul 2. Takkanlah diaorang tak perasan hampir kesemua students yg menduduki paper tu ialah isteri dan juga emak orang. Mana dgn nak fikir fasal rendang dan ketupat, nak fikir fasal exam lagi.Dah tu bukan calang2 paper, banyak yg nak kena baca, banyak yg nak kena tahu especially teori2 dan dasar2 kerajaan dlm pendidikan dan pembangunan. Aduh....

Apapun, aku perlu bekerja keras bermula dari sekarang. Habis saja exam, aku perlu bertungkus lumus menyiapkan tesis aku yg sudah agak lama terbiar tu. Walau apapun terjadi, aku akan pastikan aku menghabiskan study aku ni tepat pd masa yg aku sasarkan iaitu 2 tahun.

Smg Allah sentiasa bersamaku dan memudahkan segala urusanku. Untuk suami dan anak-anak, InsyaAllah cuma tinggal lagi 6 bulan saja untuk Ibu melakukan sesuatu utk diri Ibu sendiri. Selepas itu, seluruh kehidupan dan jiwa raga Ibu hanyalah untuk membahagiakan dan bersama Abang dan juga anak-anak. InsyaAllah.