Sunday, May 8, 2011

Hujung Minggu Yg Indah

Weekend baru ni saya sekeluarga balik ke kampung husband di Penang. Bila bermalam di rumah bapa mertua ni, aktiviti wajib kami selain drp makan2 kat Padang Broom dan Astaka, kami juga suka ke Padang Kota dan Taman Belia. Kali ni saya rasa lebih enjoy krn dpt spend sepenuhnya masa bersama husband dan anak2 tanpa perlu memikirkan apa2 obligation yg lain spt sebelumnya.
Di Padang Kota. Wildan & Wafriy cukup suka main benda ala2 flying saucer ni. Setiap kali pergi ke sana, kena beli benda ni. 2-3 hari main, dah rosak.

Husband, Wildan dan Wafriy bermain flying saucers kat padang di Taman Belia. Saya tersandar kat tepi padang krn kekenyangan makan laksa Penang sebelum ke sini tadi.


Yang ini kat Taman Belia, best play ground kat situ. Luas dan ada macam2 permainan. Husband pula suka buat exercise kat sini.






Mandi kolam lagi??? Bila tahu ada kolam mandi yg sgt happening kat Taman Belia tu, Wildan dan Wafriy pun apa lagi, menangis2 nak mandi. Sayangnya saya tak bawa towel, so terpaksa janji nak bawa mereka ke sini keesokan harinya. So, esoknya kami datang lagi awal2 pagi dan hampir 3 jam mereka berendam di dalam kolam kat situ. Ada 5 buah kolam kesemuanya, cuma 1 saja yg mereka tak mandi sbb dalam sgt.


This is my favourite part. Makanan kat Penang mmg heaven especially laksa sbb laksa tu mmg favourite food saya. Setiap kali balik ke rumah bapa mertua, saya wajib makan laksa Penang yg dijual di gerai "Kak Arah" di Sg Pinang. Sedapnya tak terkata. Air soya Nasir ni pula mmg famous kat Penang, terlalu sedap sehinggakan sepanjang masa ada saja orang beratur nak membelinya. Nasir ni dah franchise air soya dia, so mmg byk gerai2 yg menjual air soya Nasir ni di Penang.



Petang tadi husband bawa saya, Mama dan anak2 makan2 di Pizza Hut sempena Mother's Day. Untuk Mama tersayang, terima kasih kerana melahirkan, membesarkan dan mendidik saya selama ini. Tanpa Mama saya, saya takkan berada di mana saya berada sekarang. Terlalu banyak yg Mama korbankan untuk saya dan adik-beradik especially selepas kematian arwah bapa saya. Saya sayang sgt kat Mama. Untuk arwah Mak (ibu mertua), semoga roh Mak ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman. Saya juga sgt mengasihi Mak kerana arwah merupakan seorang ibu mertua yg sgt baik dan penyayang.

Esok dah start kerja setelah kolej saya bercuti 2 minggu. Bermula kembali routine hidup saya dan suami yg keluar bekerja ke kolej pukul 7 pagi dari rumah dan pulang semula lebih kurang pada pukul 6 petang setiap hari. Walaupun students belum ada kerana kemasukan pelajar baru matrikulasi ialah pada 23 Mei ni, tetapi kami tetap akan busy dgn pelbagai meeting dan acara yg telah diaturkan kolej. Dan InsyaAllah, pada 10-12 Mei ini, saya akan menghadiri kursus di KL bersama rakan2 sekerja. Excited pun ada, sedih pun ada. Excited sbb dah lama tak attend kursus di luar kolej dan sedih sebab nak berpisah dgn husband dan anak2 tersayang. Nasib baiklah anak2 dah besar, saya tak lah risau sgt nak tinggalkan pada husband dan Mama.

Friday, May 6, 2011

Saya dah tukar....

Selama ni saya selalu risaukan kandungan gula yg diambil oleh anak2 saya. Bila saya tgk iklan susu yg cerita fasal gula tambahan sampai 13 sudu tu, lagilah saya susah hati. Saya check sugar content di dlm susu yg anak2 saya minum kat www.semakgula.com terus saya terkejut dan merasakan saya perlu ambik drastic action sekarang juga! Kalau nak tahu, anak2 saya kuat sgt minum susu, dalam sehari Wildan dan Wafriy minum paling kurang 7 botol setiap seorg. Bayangkan kandungan gula tambahan yg masuk ke dalam badan diaorg!

Sewaktu ke Tesco utk membeli barang2 keperluan , saya ambil masa lebih kurang sejam lebih utk survey dan buat perbandingan semua jenama susu yg ada kat situ. At last, saya beli susu jenama ni. Setakat yg saya lihat, susu ni mempunyai kandungan gula yg paling kurang dan yg penting tidak mengandungi sukrosa. Bila bancuh susu ni pada Wildan yg tersgt cerewet bab makanan dan minuman ni, dia terus tersedak dan luahkan balik susu tu, dia tanya "susu apa ni Ibu?". Saya terus explain kat dia fasal gula tambahan, fasal penyakit kencing manis, fasal kena potong kaki dan sebagainya, Alhamdulillah dia faham dan nak minum susu yg baru dibeli ni. Wafriy pula ok, dia tak kisah pun, janji susu tu kena perisa coklat.

Sekarang lega sikit hati saya. Setiap kali bancuh susu untuk kedua2 buah hati saya ni, saya taklah risau sgt fasal kandungan gula yg terlebih dan sebagainya.



Wednesday, May 4, 2011

Tunaikan janji lagi

Tunaikan janji lagi? Amboi, banyak betul saya berjanji ya, sekrg kenalah tunaikan semua janji tu. Actually bukanlah janji yg besar2, sekadar janji2 biasa yg saya janjikan ketika saya tak berkesempatan buat ketika saya betul2 busy dulu.

Antaranya ialah stuffed potato ni, yg saya janjikan pada my beloved hubby. Dah lama dia teringin nak makan stuffed potato ni, setiap kali saya nak buat, husband kata tunggu sehingga saya habis exam. Benda ni husband makan semasa husband study kat UK dulu, saya pun tak pernah makan, so berdasarkan apa yg husband describe kat saya, plus resepi2 yg saya cari kat blog2, saya combine semuanya dan terhasillah ni.


Alhamdulillah, husband saya kata sedap sgt cuma tak samalah dgn apa yg husband makan kat UK tu kan. Intinya saya guna ayam kisar, isi kentang (yg telah dikorek dari kulitnya), susu, butter, oregano, black pepper, sos tomato, sos cili, bawang besar dan bawang putih. Setelah dimasak intinya, saya sumbatkan ke dalam kulit kentang, letak keju di atasnya dan bakar di dalam oven selama 15 minit. InsyaAllah, boleh buat lagi selepas ni dan mungkin saya akan cari lg resepi stuffed potato ni dlm internet sampai jumpa yg betul2 mcm yg husband teringinkan tu.

Lebihan isi kentang yg ada tu takkan nak dibuang kan? Husband dgn baik hatinya volunteer utk buat mashed potato spt yg husband selalu buat semasa bekerja part-time di UK dulu. Memang sedap dan berkrim. Husband masak dgn menggunakan butter, susu, sedikit garam dan pepper di atas api yg sederhana. Boleh kalah mashed potato KFC ni.


Yg ini pula ialah tempe goreng versi Kak Azatie yg saya janji nak goreng kat Mama. Memang sedap betul resepi Kak Atie ni, belum sempat makan nasi dah habis diratah, hehe. Selalunya kalau beli sebungkus tempe dan digoreng dgn garam dan kunyit, tempe tu boleh dibuat makan tghari dan malam, ttp apabila digoreng mcm ni, sekejap aje licin. Keesokan harinya, terus saya ke market dan borong tempe kat situ.



Yang ini pula adalah janji saya kpd Syikin, kawan saya yg baru bersalin tu. Saya janji nak buatkan dia ikan talang bakar campur lada hitam. Ni makanan biasa utk org berpantang, boleh dimakan terus bersama nasi atau dijadikan bumbu utk masakan lain spt kerabu halia, kerabu pegaga, dimakan bersama ikan atau ayam bakar dan sebagainya. Saya juga masakkan dia ikan kukus +halia+ bawang putih (lupa nak ambil gambar).




Ini pula super moist eggless cupcakes yg saya janjikan utk diri sendiri. Saya suka sgt chocolate cake ni. Sgt moist, sedap dan tak muak.

This time, saya taburkan badam di atas kek tu, lg sedap. Punah ranah diet saya disebabkan kek ni. Kalau ikutkan hati, mcm nak buat setiap hari je tp apb melihat diri di cermin, terus sedar diri yg saya ni dah semakin berisi sekrg. Sempat ke saya nak dptkan balik berat badan yg ideal sblm raya ni??????

Anak teruna nak sgt menolong Ibu buat kek. Punyalah seronok bila saya minta tolong dia susunkan bekas cupcakes ni. Abaikan keadaan meja yg bersepah tu ya.

Berebut-rebut Wildan dan Wafriy nak makan lebihan bancuhan kek coklat ni. Teringat pula semasa kecil2 dulu, saya pun mcm ni juga dgn abang dan adik saya.


Apa lagi ya janji saya? Nantilah saya try to recall dan tunaikan. Yg plg penting ialah janji saya nak spend more quality time with my dearest husband and heroes tu. InsyaAllah, yg itu tak akan saya lupakan.

Monday, May 2, 2011

Tunaikan janji

Dah lama berjanji dgn anak2 nak bawa mereka ke The Carnivall Water park ni. Jaraknya taklah jauh mana dgn rumah saya tp nak buat mcm manakan, ibu dan abah mereka ni tergolong di dlm golongan orang yg sibuk melampau, kononnya.

Sekrg ni bila mereka tahu saya dah habis study, mulalah masing-masing menuntut janji. So, hari Sabtu yg lepas, saya dan suami tunaikan janji terhadap kedua-dua hero kesayangan kami ni. Alhamdulillah, cuaca ok dan tak hujan, anak2 tersangatlah happy, mama pun happy, suami saya pun happy dan saya pun happy walaupun kurang sihat sikit sebenarnya.



Masing-masing tak sabar nak mandi. Kebetulan ada byk company buat Family Day pd hari tersebut, ramai pulalah orang kat sini. Selalunya kalau lalu kat sini, tengok mcm tak ramai orang.





Suami enjoy sungguh slide kat The Carnivall Curve ni. Wildan tak berani lagi nak join Abah dia. Wafriy pula tak boleh sebab kanak2 kecil tak dibenarkan. Saya teringin tapi tak dibenarkan juga kerana memakai tudung, utk sebab2 keselamatan.

Mama pun happy.
My teletubby, Wafriy. Habis sunburn dia slps mandi kat situ.
Wildan mmg dah nampak potensi utk berenang. InsyaAllah, saya plan nak hantar dia dan juga Wafriy ke swimming class nanti.




Nampak sgt Wildan teruk kena sunburn kat sini.




Bila nak ajak balik setelah hampir 5 jam bermain kat sini, mulalah mereka buat perangai. Diaorg buat donno je. Masa tu saya dan suami dah pun menyalin pakaian, takkanlah nak pi randuk air tu nak ajak diaorg balik. At last, kena berjanji kami akan datang lg ke sini slps ini, barulah mereka setuju nak balik.

Friday, April 29, 2011

That's it!

Alhamdulillah, finally, everything is over now. A small step that I took 2 years ago to start a 'one million miles journey' in pursuing my dream has come to the end yesterday when I sat for my last exam paper. But of course, I can't say that it is really over until I get my result which will be somewhere in June or July. My quite bad experience in viva has caused my confidence to shatter. Well, I can just tawakkal to Allah for I know that He knows.....

Memories that I will cherish:




The four of us- Syikin, Azlan, Kumar and me. We are from the same workplace, decided to undertake the journey together and we 'swam and sank' together in our studies. Syikin gave birth to her third child 3 days before the final exam. Luckily, she still had the strength to come and sit for the exam and viva.


Two of my closest friends there- Kak Shahid and Chinda. Kak Shahid, a sweet, funny and caring friend and sister, was my senior when I did my degree in UKM but we have never talked to each other until we met in USM. Chinda is such a wonderful lady with a very contagious smile and sisterly style. Keep in touch ya!


Final preparation before entering the exam hall.




My assignment spot:

Empty tutorial room in my college. I would go there when the library was closed.
Discussion room 9 in the library. My students knew I would be here if they could not find me in my office.
The two extremely heavy bags that I always carried and caused me to get backache. Plus, the laptop bag which is not here in the pic!


The dining table in my house which was automatically converted to study table.

So, that's it. Now, I don't have to worry about going to night classes and lecture, finishing the assignments, preparing for the presentation and attending the exam. But no matter what, I do appreciate the moment and experience that I gained from being a Master's student. It is priceless and definitely has moulded me to be a better person in its own way.

Sunday, April 24, 2011

Almond Butter Cake

Baking is addictive, betul tak? Disebabkan tu lah, walaupun hari ni saya tgh busy dgn preparation utk exam, saya ttp rasa 'gatal tangan' je nak bake sesuatu. Oven tu seakan-akan melambai-lambai kat saya minta digunakan. Check dlm fridge, hanya bahan2 basic saja yg ada, mula2 ingat nak bake super moist eggless choc cake tp kesian pula kat Mama saya yg tak gemar dgn apa jua jenis choc cake ni (cepat muak katanya). So, saya pun buatlah kek kegemaran Mama, butter cake tp saya modify sikit resepi asal yg kawan Mama berikan tu. Jadilah ia Almond Butter Cake. Yg bestnya kek ni senang utk dicari bahannya dan senang juga utk menyediakannya. And the taste is,hmmmmm.....mmg sedap sangat (to my taste lah). Kalau ada yg nak try, saya letakkan resepinya kat sini ya. Bukannya saya nak jadikan blog saya ni blog masakan tp saya rasa this recipe is worth sharing. Setiap kali dibuat dan dijamu pd org, mesti org akan cakap sedap dan minta resepinya.

Almond Butter Cake
250 gm butter
2 cawan tepung superfine (tepung gandum pun boleh)
1 cawan gula kastor
4 biji telur
1 sudu kecil essen vanilla
1 sudu kecil baking powder
1/4 cawan susu cair
1/2 cawan almond nibs

Pukul butter dan gula sehingga kembang dan putih. Masukkan telur satu persatu. Pukul sebati. Masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder. Kacau secara kaup balik. Masukkan susu cair dan esen vanilla. Kacau rata dan sebati.
Masukkan ke dlm dulang pembakar. Tabur almond nibs ke atasnya. Bakar selama lebih krg 35-40 minutes.


Seperti biasa, gambar yg tak cantik dan tak clear ni membuatkan kek ni nampak mcm tak sedap je kan. Tp rupa sebenarnya sgt gebu dan moist. (Agak2nya bila lah saya nak dapat hadiah Blackberry torch dari My Darling tu ya, bolehlah saya ambil gambar2 yg clear dan cantik sikit, hehehe).




Saturday, April 23, 2011

Nervous.....

Semakin dekat tarikh tu, semakin berdebar-debar rasanya hati. 3 more days to go for the 3 stressful, fearful and eventful days.

"Ya Allah Ya Tuhanku, bantulah hambaMu ini menghadapi peperiksaan dan pembentangan ini dengan hati yg tenang dan terang. Mudahkanlah segalanya untukku dan smg kejayaan yg cemerlang akan menjadi milikku".