Wednesday, August 24, 2011

Sunday, August 21, 2011

My first raya cookies.



Inilah dia my first raya cookies. Biskut coklat chips yg ala2 famous amous tu. Saya dpt resepi ni dari Kak Yatie, my best friend. Seingat saya kali terakhir saya buat biskut raya ialah ketika saya masih study kat UKM dulu. Sejak kerja, saya jadi malas nak buat sbb lg seronok nak membeli dr kawan2 yg menjual biskut raya. Lagipun, tgn saya tak berseni, buat biskut raya pun tak menjadi cantik. Sbb tu saya lebih suka memasak lauk pauk dan membuat kek.

Kali ni saya excited sgt nak buat biskut raya sendiri walaupun dah byk juga membeli dari kawan2. Hari2 saya belek resepi kat blog kawan2 dan semakin bersemangat bila tgk semua org dah start membuatnya.

Biskut ni sedap rasanya especially utk chocolate lovers spt saya. Wafriy pun suka sgt, dah berkeping2 dia mkn. InsyaAllah, esok nak buat biskut cornflakes crunchy pula, ni favourite suami saya. Saya cuma akan buat biskut yg simple dan tak payah terap, janji rasanya sedap.

Saturday, August 20, 2011

Shopping raya di ofis



Dekat2 nak raya ni, ni lah kerja saya dan kawan2 kat ofis setiap hari. Ada saja benda yg nak dibeli, ada saja benda yg nak di order. Setiap ptg ada saja beg plastik yg dibawa balik. Kawan kat ofis  jual kerepek, saya beli kerepek, org jual biskut raya, saya beli biskut raya, org jual kek lapis Sarawak, saya beli kek lapis Sarawak dan mcm2 lagilah. Muka suami saya sampai berkerut2 tgk isteri dia yg asyik membeli ni. Bkn setakat kat luar, kat ofis pun saya dan kawan2 gila bershopping.

Actually, saya ni bukanlah pemboros. Apa yg saya beli tu mmg yg perlu dibeli. Org lelaki mungkin tak fikir mcm org perempuan. Org perempuan ni kena fikir semua benda dan merangkumi semua perkara. Kuih raya, kerepek raya dan semua mknan raya kena dibeli byk utk 3 rumah iaitu rumah sendiri, rumah emak sendiri dan juga rumah mertua. Kdg2 bila tgk ada org jual sesuatu mknan yg disukai oleh suami, anak atau sesiapa, pun org perempuan akan teringat utk membelinya. Selain drp tu, kena juga standby makanan yg tahan lama mcm kek lapis tu utk tetamu yg dtg mengejut dan kita tak sempat nak prepare apa2. Org lelaki mana nak fikir semua tu kan. So jgnlah salahkan org perempuan bershopping ya sbb selain drp menjana ekonomi negara, kami shopping ni semuanya utk kebaikan  keluarga. Cewah!


Friday, August 19, 2011

Berbuka puasa bersama mentee



Semlm saya berbuka dgn mentee saya, pelajar kumpulan K2P1. Mentee ni mcm anak angkat lah, saya sebagai 'ibu angkat' dipanggil mentor. Kat sekolah berasrama, kolej dan universiti mmg dah lama diwujudkan sistem mentor mentee ni. Tahun ni mentee saya ni agak bersopan santun dan pemalu sikit. Tak mcm sebelum ni dimana hampir kesemuanya peramah dan happy- go-lucky.

Menu berbuka semlm ialah nasi tomato. Saya makan habis sepinggan walaupun sebenarnya saya selalunya tak makan nasi ketika berbuka. Kedua-dua hero tu pun ikut sama. Mmg tak boleh berenggang langsung dgn ibu mrk. Balik dr majlis berbuka, puas mereka pujuk saya nak gi jalan2 kat Giant, Tesco, Parkson atau Econsave. At last saya bawa mrk ke pasaraya UME yg kecil tu saja, itupun mcm2 jugalah yg saya belikan. Aduh, dekat2 nak raya ni, duit keluar mcm air.....

Wednesday, August 17, 2011

Shopping yg tak habis2 lagi



Hari ni keluar lg shopping. Ada saja benda yg tak cukup lg. Org tak lah ramai sgt, mungkin krn hanya kami yg bekerja di Penang ni saja yg bercuti hari ni, org Kedah tak cuti.

Alhamdulilah, dpt jugalah membeli apa yg hendak dibeli walaupun tak sepenuhnya. Selain drp beli pd anak2, dapat juga beli pd Ba. Bukan senang nak pujuk Ba utk dibelikan baju dan kasut raya. Ba lebih suka beli sendiri drp meminta anak menantu belikan.

Anak2 pula bukannya suka sgt nak beli baju atau seluar raya ni. Jenuh memujuk nak suruh mrk try seluar. Yg mrk nak sgt ialah toys dan VCD. At last, dpt beli sepasang seorg shj. Takpa, takpa....nanti kita boleh keluar shopping lg kan.

Sunday, August 14, 2011

Sedikit cerita di bulan Ramadhan



Salam semua. Dah hampir separuh bulan kita berpuasa ya. Betapa cepatnya masa berlalu. Dah beberapa hari saya tak update blog dan sebab utamanya kerana hati rasa tak brp seronok. Selasa lepas, on the way dari nak ambil Mama balik dari hospital, ketika saya stop sebentar di junction utk belok ke kiri, tiba2 terdgr dentuman yg kuat di blkg kereta saya. Astagfirullah, terkejut saya dan Mama. Bila keluar je dari kereta, rupa2nya yg melanggar blkg kereta saya tu ialah seorg polis wanita. Dia minta maaf berkali-kali sbb katanya dia tak npk kereta saya berhenti. Saya minta nama penuh dan no HP dia. Dari luar npk kereta saya taklah teruk sgt, cuma calar dan sedikit kemek. Bila beritau suami, npk sgt suami sedih. Mahunya tidak, kereta ni masih baru dan suami mmg cukup sayangkan kereta dia ni. Suami berkeras nak hantar ke workshop Nissan walaupun polis tu cakap dia tak mampu nak bayar banyak2. Bila bawa ke Nissan, baru tahu rupanya bumper dah retak dan hampir tercabut. Mmg kuat hentakan kereta polis wanita tu. Mahu tak mahu, bumper terpaksa ditukar baru dan bila dicampur kos yg lain, jumlahnya hampir RM 2 k. Puas juga suami berbincang dgn polis tu dan akhirnya baru dia setuju nak claim insurans dia. Bila nak claim insurans ni, faham2 ajelah, byk prosedur yg terlibat. Kena buat report polis, kena tunggu approval dari insurans dan kena tunggu masa yg sgt lama utk dptkan semula kereta. Nasib baiklah ada kancil saya yg kiut miut tu. Kalau tdk, tak tahulah mcm mana nak berulang ke ofis, hantar dan ambil anak2 dan sebagainya.

Semlm dpt call dr Nissan suruh htr kereta utk dinilai oleh pihak insurans. Kami pergi dgn 2 kereta. Katanya kami mungkin akan dpt kereta tu pd 23 hb ni. Adoi...lambat lg tu.

Mungkin ini sedikit dugaan Allah utk kami di bulan Ramadhan ni. Kereta baru yg dilanggar org, keadaan yg sgt kelam kabut dan stress pd hari kejadian, dan mcm2 lg kesukaran yg dihadapi, semuanya terlalu kecil jika dibandingkan dgn ujian mereka yg kehilangan nyawa, kehilangan orang2 tersayang, kehilangan tempat tinggal dan mcm2 lg. Smg kami akan sentiasa redha dgn ujian Allah...

On the way balik dari Nissan, kami singgah kat Jusco sbb anak2 dok sibuk nak have fun. Bg diaorg main kat play land puas2 dan sempat juga beli kasut raya dan sampin raya utk mrk. Punyalah ramainya orang. Sales pun not bad. Semasa lalu kat satu kedai handbag tu, nampak satu handbag yg cantik sgt. Suami dah janji nak belikan saya sbg hadiah nanti. Terus terubat sedikit kesedihan bila nak dpt handbag baru, hehe!

Monday, August 8, 2011

Hmmm...sedapnya.



Inilah salah satu favourite food saya dan suami sepanjang bulan puasa. Otak-otak dan sata, makanan tradisi org Johor dan Pantai Timur. Kalau gi Pasar Ramadhan dan terjumpa kedua2 makanan ni, mmg wajib kami beli.

Otak-otak ni first time saya mkn ketika study kat UKM dulu. Sata pula saya first time makan ketika berkursus di Setiu, Trengganu. First time makan terus jatuh cinta. Dari segi rasanya of course lah tak leh lawan dgn sata yg kat T'ganu tu. Setiap kali saya baca blog Fizin yg tinggal kat T'ganu tu selalu makan otak2 dan sata, saya telan air liur je lah. Kat tempat saya ni cuma boleh jumpa otak2 dan sata ketika bulan Ramadhan saja. Bila dah susah jumpa tu, sesekali jumpa saya pulun makan.