Thursday, October 7, 2010

Beg baru Wildan dan Wafriy




Tak sampai 10 bulan Wildan masuk tadika, dah 3 kali dia bertukar beg baru. Kali ni belikan dia trolley bag. Dah lama dia dok minta 'beg yg ada roda' ni, tp dulu aku fikirkan beg mcm ni hanya sesuai utk budak2 yg dah sekolah tp bila melihat ramai kawan2 dia kat tadika yg ada beg mcm tu, kesian pula kat dia. So kelmarin aku belikan dia beg yg dia idam-idamkan. Bila dah beli kat abang, kat adik pun kena beli jugalah. Kesian pula kat si kecik tu walaupun hakikatnya dia cuma nak letak 2 pasang baju dan 2 keping pampers saja di dlm beg tu utk ke nursery setiap hari.

Beruntung betul anak2 zaman sekarang ya. Sebut saja apa yg mereka nak, esok lusa dapatlah apa yg dihajati.

Entry untuk Iznul


Dah lama nak buat entry ni, tp belum berkesempatan. Iznul ni ex-student aku, batch tahun lepas. Mmg seorg budak yg cute, polite dan bertanggungjawab. Adakalanya pendiam, adakalanya boleh tahan juga kelakarnya. Dalam kelas dia, mmg dia dapat byk perhatian dari girls yg lain tp sejak awal lagi aku dah dpt rasakan ada 'sesuatu' antara Iznul dan seorg girl dalam kelas ni juga 'Najwa'. Aku pun tak tahu bagaimana, mereka tdk pernah menunjukkan apa-apa tanda yg mereka sedang bercinta ttp naluri aku kuat mengatakan bahawa diaorg ni mmg 'up to something'. Kalau dilihat dari segi wajah pun ada persamaan dari segi rupa paras. Melalui Facebook beberapa bulan yg lepas, aku dapat tahu mmg confirmlah mereka sedang hangat bercinta. Hebat juga naluri seorg guru ni kan.

Hehe, sebenarnya aku ni mmg suka memerhati. In fact, I am a good observer, aku mmg suka memerhati dan menganalisa sikap dan tingkahlaku orang termasuklah anak muridku sendiri. Selalunya ketika mereka sedang menyiapkan tugasan di dalam kelas, aku akan perhatikan cara mereka berpakaian, berkomunikasi, membuat kerja, menulis dan sebagainya. Aku juga banyak menggunakan kaedah psikologi ketika berbual dgn mereka. Dari situlah aku dapat 'membaca' personaliti, sikap dan juga sama ada mereka mempunyai masalah peribadi, masalah keluarga dan sebagainya. Nak kata pandai sgt tu tidaklah ttp ada jugalah sedikit kebolehan yg Allah bg kat aku.

Rupanya Iznul ni pun seorg blogger juga, malah boleh dikatakan seorg blogger yg hebat sbb dah ada puluhan follower. Ni blog dia http://iznulmuazim.blogspot.com Patutlah dia hebat menulis essay sewaktu di dlm kelas English dulu, malah dia adalah di antara pelajar terbaik di dalam subjek English di dalam kelas tu. Oh ya, tq Iznul sbb pernah puji blog Teacher kat blog Iznul dulu. Blog Teacher ni takdalah hebat sgt, blog sesuka hati saja, tulis sesuka hati, topik pun sesuka hati. Buat masa ni belum ada masa dan kesempatan nak committed sepenuhnya dgn blogging ni. Untuk Iznul dan Najwa, Teacher doakan smg korang berdua berbahagia. Pandai-pandailah menjaga diri dan juga hubungan ini. Masih jauh perjalanan, masih banyak yang perlu ditempuhi. Yang penting jgn sesekali mengabaikan hukum Allah di dlm perhubungan ini. Study perlu diutamakan. Kalau Iznul masih ingat, Teacher pernah beritahu kelas Iznul dulu " boys have to study hard because if you want to get married, you have to pay for the dowry which is getting higher from time to time" Hehe, rasanya Najwa tu mesti RM 20,000 ke atas, kena kerja keras tu.

p:s: Gambar di atas diambil dari blog Iznul tanpa izin, jangan marah ya.

Model Topi



Comelnya si kecik Ibu ni. Dia sendiri yg suruh Ibu snap gambar dia pakai topi pelbagai gaya cam ni, lepas tu sibuk nak tgk gambar dia sendiri kat skrin handphone tu.

Monday, October 4, 2010

Kunjungan yang bermakna

Alhamdulillah, walaupun dah nak hujung syawal, aku dapat juga merasa balik ke kampung arwah Ba di Ipoh pada hari Ahad yg lepas. Walaupun rumah pusaka kami dah tiada ttp rumah yg didiami Pupu Mah, iaitu ibu saudaraku (adik arwah Ba) ini tetap mengundang banyak nostalgia dan kenangan manis yang tersendiri. Sebak hati ini hanya Allah yang tahu kerana berada di tempat yg penuh dgn kenangan bersama insan-insan tersayang yang sentiasa aku rindui dan telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.

Sebelum bertolak ke Ipoh, aku called Pupu Mah dan suruh dia belikan rendang tok dari pasar Tani. Sedapnya tak terkata, menyesal tak beli banyak sbb sampai sekrg aku masih dpt rasakan kelazatannya.





On the way ke Ipoh, anak-anak asyik bertanya "kenapa lambat sgt ni, bila nak sampai ni, dah tak larat lah duduk dlm kereta". Hmmm.. sah2 ikut abah mereka lah ni, tak suka berjalan jauh. Tak syoklah Ibu takda geng nak berjalan.




Setiap sudut di dalam rumah ini ada kenangannya yang tersendiri bersama insan-insan tersayang. Smg mereka bahagia di sisiNya. Aku sempat ke kubur arwah Dadi dan Pupu Nab. Terasa begitu dekat dgn mereka.

Inilah dia Pupu Mah, satu-satunya adik perempuan arwah Ba aku. Seorang lagi pakcik aku tinggal di Johor. Hanya mereka sahaja waris terdekat arwah Ba yg masih ada. Pupu Mah tinggal bersama suaminya, Uncle Rafiq dan tidak mempunyai anak sendiri.

On the way balik ke SP. Si kecik ni masih aktif bertenaga walaupun sehari suntuk tak tidur dan duduk diam.



Wildan dah terlena di dalam kereta. Panas sangat, tu yg dia tutup muka dgn towel tu.

Sunday, October 3, 2010

Budak yg suka bermain dengan bedak.


Mmg tak faham sungguh dgn budak kecik ni. Dia suka sangat main bedak. Bukan sekali, bukan dua kali, bukan tiga kali, dah berkali-kali dia main bedak. Mula2 dulu kena marah, lepas tu kena jentik, kemudian kena cubit, kemudian kena tampar kat tangan tu, last2 kena rotan kat punggung tu (tak sakit sbb dia pakai pampers). Dah dekat 2 botol bedak dia kerjakan dan tempat yg menjadi mangsa ialah almari solek Ibu. Dahlah almari solek tu warna hitam, selepas dilap pun akan tinggal kesan juga especially sbb dah selalu sgt kena bedak. Mmg dah jadi kelabu semacam saja.


Ini dia budak kecik yg suka main bedak tu. Ni lepas kena tampar kat tangan, sikit pun dia tak takut. Berbeza sungguh dgn Abang Wildan dia. Tgk tu, kat seluar dia pun ada kesan bedak. Hmmm...Wafriy, Wafriy...

Saturday, October 2, 2010

Sepanjang Minggu yg Lalu

Lama benarlah tak update blog ya. Tahap kesibukan kali ni mmg tersgtlah tinggi sehinggakan nak baca blog org lain pun tak sempat. Facebook pun buka sekejap, komen sebaris dua kemudian log out. Sepanjang minggu ni persiapan lebih kepada MUET Guidance Seminar, program yg diadakan utk membimbing pelajar mendapat sekurang-kurangnya band 4 di dalam exam MUET nanti. Smg Allah merestui dan memberkati apa yg kami lakukan ini. Smg sedikit pengorbanan ini dapat membantu mereka mencapai kejayaan bukan setakat di dalam MUET tetapi di dalam kehidupan mereka nanti. Sebagai pendidik, tiada apa yg lebih membahagiakan selain daripada melihat kejayaan anak2 murid yg diajar dengan sepenuh jiwa dan raga, kasih sayang dan pengorbanan yang tidak bertepi.






Di dalam kesibukan menguruskan program ini, anak-anak pula tak sihat. Wafriy selsema dan batuk, yg teruknya ialah Wildan, batuk dan lelah. Kena nebulizer dan makan antibiotik. Dalam bilik doktor, puas doktor tu dok bagi lecture kat aku dan suami sbb bg anak makan junk food. Kebetulan malam tu Wildan makan nugget dgn agak byk. Doktor yg terlebih prihatin tu kata

" U can never find nugget in my fridge. Nugget is made from leftover meat from the farm and they mix it with all parts of the animal. Is this the kind of food that u feed your children?" dan banyak lagilah yg sakit telinga aku dengar ttp aku akui kebenaran kata2 doktor tu. Tetapi sesiapa yg tahu masalah pemakanan Wildan ni akan faham dgn dilema yg aku alami. Menurut doktor tu kalau Wildan tak nak makan nasi atau roti, biarkan saja dia lapar, kata Doktor tu, kalau dia tak makan seminggu pun takpa, dia takkan mati. Haiii..... senangnya kau bercakap ya Doktor, of course it is easier said than done.


Kesiannya anak Ibu ni. Kalaulah Wildan faham kenapa Ibu dan Abah tak bagi Wildan makan semua jenis junk food tu, mesti tak payah nak kena neb mcm ni. Bukannya kami tak cuba ttp mmg sgt2 sukar dan selalunya kami tewas dgn tangisan dan rayuan dia setiap kali dia lapar. Tp kali ni aku berjanji akan cuba kuatkan hati dan betul2 bertegas dgn dia.

Abah sedang memujuk Wildan yg tunjuk perasaan sbb tak dibenarkan makan coklat.

Sepanjang minggu lepas juga banyak undangan ke open house. Aku tak ambil gambar sgt sbb segan pula kat orang. Lagipun bila dah sampai tu ingat nak makan saja. Sambil makan, mulut tak habis2 dok panggil "Wildan, Wafriy jgn lari". "Wildan, Wafriy mai makan", "Wildan, Wafriy baik2, nanti jatuh".




Orang sibuk nak makan, mereka sibuk nak main2 dan tgk ikan kat dlm kolam ikan rumah Kak Ros.
Wafriy dan Wafi. Wafi ni anak Kak Yati. Nama hampir sama, perangai pun hampir sama.

Selain dari rumah Kak Ros, kami turut ke rumah Ustaz Azman pada hari yg sama. Open house yg lain ialah rumah Siti, Kak Ena dan Abg Zul. Rasanya tahun ni aku tak buat open house disebabkan kesibukan tahap melampau aku ni ttp InsyaAllah, raya tahun depan aku dah habis study, bolehlah buat open house utk kawan2 dan jiran2.




Sunday, September 26, 2010

Hanya Allah Dapat Membalasnya






Dah agak lama tak update blog. Busy sangat-sangat menguruskan program student- Intensive Grammar Class. Ini merupakan program sulung aku sejak menjadi Penyelaras Jawatankuasa Pembangunan Pelajar Unit Bahasa Inggeris. Program ini diadakan untuk membantu pelajar yang sangat lemah di dalam Bahasa Inggeris dengan harapan ianya akan dapat membantu mereka mendapat keputusan yang lebih baik di dalam PSPM dan juga MUET nanti. Alhamdulillah, program selama 2 hari ini berjalan dengan lancar dan berakhir dengan baik. Komen yang diterima oleh para pelajar yang menyertainya sangat positif dan kebanyakannya meminta untuk ditambahkan lagi tempoh kursus. InsyaAllah, boleh dipertimbangkan untuk program yang sama nanti.

Di belakang tabir program ini, banyak suka dan duka serta cabaran yang dilalui. Malaslah aku nak fikir dan nak cerita fasal semua tu kat blog ni cuma apa yg dapat aku katakan, hati orang tak sama biarpun rambut sama hitam. Tak semua orang suka nak buat kerja2 kebajikan mcm ni. Kalau ikutkan siapalah yang nak buat kerja lebih masa, especially nak mengajar grammar yg mmg memerlukan byk explanation dan sebagainya. Tapi bukankan semua ini untuk membantu anak bangsa kita sendiri, kalau bukan kita, siapa lagi yg dapat menolong mereka? Apapun, terima kasih untuk kawan2 yang banyak membantu, terharu rasa hati melihat mereka yang begitu bersungguh-sungguh mengajar untuk memastikan semua pelajar memahami dan menguasai English grammar. Hanya Allah sajalah yang dapat membalasnya. Teringat aku satu pantun yang aku ditulis oleh pengetua SMK Mergong sewaktu aku buat teaching practical tahun 1999 kat sana, bunyinya lebih kurang mcm ni lah:

Menjadi guru profession yang mulia,
Mengajar dan mendidik tugas utama,
Segala kerja janganlah berkira
Hanya Allah dapat membalasnya

Betul tu, kalau nak harapkan pembalasan dunia tu mmglah tak ada. Jadi cikgu ni, mmglah susah nak kaya dari segi material tetapi dari segi keberkatan hidup dunia dan akhirat tu, InsyaAllah mmg kita boleh rasa. Aku juga percaya kalau aku mengajar anak orang lain bersungguh-sungguh, cikgu yang mengajar anak2 aku nanti pun akan mengajar mereka dengan bersungguh-sungguh dan begitu jugalah kalau sebaliknya.



-Minta maaf tak dapat nak upload gambar kawan2 lain sedang mengajar di dalam kelas. Banyak sangat, tak larat nak tunggu proses nak upload gambar kat blog ni sbb lepas ni nak buat assignment pula.
- Projek selepas ni ialah MUET Guidance Seminar, smg semuanya berjalan lancar.