Thursday, October 21, 2010

Aku dan Bajet 2011


Hehe, budget 2011 dah lama berlalu, baru sekarang aku nak bercakap mengenainya. Rasanya yang significant dgn aku secara langsung ialah

1. Dapat RM 500 at the end of the year- memang sikit, sekali belanja pun boleh habis tapi it is better than nothing kan. Teringat dulu2, bila budget diumumkan, dapat bonus sekali gaji dan juga kenaikan gaji 5 %. Best tu, kalau tak salah dua kali aku dapat merasa kenaikan gaji 5% tu selama aku bekerja dgn kerajaan ni. Memang ramai yang tak puas hati sebab orang yang bekerja dengan swasta lebih lumayan bonusnya, tak mainlah RM 500, kurang2 pun 3 bulan gaji kan. Seorang kawan aku yang bekerja sebagai nurse dan buat part-time jual kek dan cookies terus bertekad nak berhenti kerja dan tumpukan sepenuh perhatian dlm business dia. Semuanya gara-gara tak puas hati dengan pemberian RM 500 tu. Kerja teruk tp ganjarannya sikit sangat. Lebih baik dia tumpukan perhatian buka bakery sebab kek dan cookies dia mmg sedap dan laris, setakat RM 500 tu sehari kerja pun dia boleh dapat. Masing-masing ada pendapat dan cara sendiri lah kan. Mcm aku ni yang tak ada sebarang kemahiran lain selain dari mengajar ni sampai mati pun akan setia dengan kerja kerajaan lah.

2. Cuti bersalin 90 hari- Yang ni aku kurang bersetuju sebenarnya. 90 hari tu lama sangatlah. Aku tak reti nak duduk saja kat rumah lama2 tanpa bekerja. Dulu cuti bersalin 60 hari pun aku dah nak mati kutu duduk kat rumah, sekarang 90 hari lagilah aku tak tau nak jadi apa kat aku nanti. Don't get me wrong, bukannya aku tak sayang kat anak-anak aku dan tak mau spend masa lama2 dengan mereka. Kasih sayang aku pada mereka tiada tandingannya but I know I am a better mother when I am working. I am more stable emotionally and physically when I am working as compared to when I am not. Aku rasa ada ibu2 yang bekerja yang setuju dengan pendapat aku ni dan mungkin juga ada yang tidak bersetuju. Tapi walau apa pun, jika ada rezeki untuk Wildan dan Wafriy dapat adik nanti, aku mungkin akan make use of this opportunity. Tengoklah nanti, lambat lagi tu.

3. Intensif untuk guru cemerlang- ni mungkin jadi 'my next goal' selepas aku habis study nanti. Menarik juga ganjarannya yang dijanjikannya tu. Untuk orang yang tak berharta dan tak ada kemahiran lain mcm aku ni, memang hanya inilah laluan untuk mendapat sedikit rezeki lebih untuk keluarga.

Yang lain-lain tu, aku rasa biasa2 saja. Nak komen lebih2 pun tak berani, especially bab peruntukan untuk program PERMATA tu. Tapi berdasarkan kajian yang aku buat melalui kursus PLG 516 yg aku ambil kat USM tu, program ni banyak manfaatnya terutama sekali untuk kanak-kanak luar bandar. Terserahlah bagaimana kita menilainya.

No comments:

Post a Comment

What say you?