Monday, March 26, 2012

Saya sedang diduga......



Sekali lagi saya menyepi sebentar dari blog dan kali ni mmg saya betul-betul menyepi kerana bukan sahaja blog sendiri tidak saya jengah, tetapi blog kawan-kawan lain pun saya tak berkesempatan utk singgah.

Semuanya kerana tiga berita ini, dua berita baik dan satu berita buruk. Dan satu berita buruk ini telah menenggelamkan kegembiraan menerima dua berita baik ini.

Berita baik pertama ialah, Alhamdulillah, saya dan suami menerima kenaikan pangkat. Berita baik kedua ialah suami saya ditawarkan jawatan itu di kolej yang kami sedang berkhidmat sekarang dan berita buruknya ialah..................................saya ditawarkan jawatan itu di Gambang, PAHANG yg jaraknya hampir 10 jam perjalanan dgn kereta dari rumah saya.

Sejak mendapat berita ini, kehidupan saya menjadi sgt tak keruan. Makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur pun tak lena. Bukan mudah untuk membuat keputusan ini. Nak dilepaskan terasa sayang, nak diterima lagilah terasa sayang utk berpisah dgn suami, anak-anak, Mama dan Ba. Sekali fikir apalah ertinya pangkat yang tinggi dan gaji yang lumayan jika terpaksa berjauhan dgn insan-insan yang saya sayangi. Dua kali fikir, pangkat yang tinggi dan gaji yang lumayan itu boleh memberi kesenangan dan kemewahan kepada keluarga di masa hadapan. Tiga kali fikir, anak-anak lebih memerlukan saya di sisi mereka berbanding wang ringgit. Empat kali fikir, setiap kali cuti, saya dan suami boleh membawa anak-anak, Mama dan Ba bercuti ke luar negara dan mungkin impian kami utk ke Mekah dapat dicapai dlm masa terdekat ini. Lima kali fikir, saya tak mungkin boleh hidup tanpa suami dan anak-anak walaupun sehari. Enam kali fikir, apa nak jadi kpd anak ketiga saya yang bakal dilahirkan pada bulan Julai nanti sekiranya perlu tinggal berjauhan dari abah dan juga abang-abangnya? Tujuh kali fikir,saya juga tak sanggup berjauhan dgn mama dan bapa mertua saya yang semakin berusia. Bagaimana kalau mereka jatuh sakit dan apa-apa terjadi kepada mereka?Lapan kali fikir, bukan senang nak dapat pangkat ni di dlm usia sebegini. Sembilan kali fikir.... Aduh, pening, pening.....

Syukurlah, saya dan kawan-kawan yang lain diberi peluang penangguhan memulakan tugas di kolej baru sehingga akhir Mei nanti. Saya sudah pun menghantar surat rayuan dan apa yang saya boleh buat sekarang ialah berdoa dan terus berdoa agar rayuan saya diterima. Saya percaya hanya Allah sahaja yang dapat membantu saya sekeluarga di saat-saat sebegini. Apa yg pasti, dugaan sebegini telah mendekatkan saya lagi kpd Allah. Saya juga melihat kasih sayang yang tulus ikhlas dari suami, mama dan Ba yang tidak berhenti-henti mendoakan saya. Suami saya jugalah orang yang paling sibuk menguruskan surat rayuan dan apa sahaja hal yang berkaitan dgnnya. Anak-anak saya juga tidak ketinggalan mendoakan agar ibu mereka tidak perlu meninggalkan mereka tetapi dlm masa yang sama tetap dapat menerima kenaikan pangkat. Lucu pun ada bila mendengar Wildan dan Wafriy berdoa selepas solat dan selepas membaca doa makan, "Ya Allah, bagilah ibu aku tak payah pi Pahang tapi dapat naik pangkat".

Apapun jua keputusan saya nanti, keutamaan saya ialah KELUARGA saya.


12 comments:

  1. Salam Kaz..Tahniah!Mmg berita yg paling memgembirakn Kaz seklurga.Semoga ada penyelesaian yg trbaik di capai & rayuan itu dipertimbangkn oleh pihak pengurusan.Aminnnn
    take care dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Atie, tq tapi itulah setiap yg baik itu ada harganya. Kaz hanya mampu berdoa kpd Allah utk yg terbaik bg semua pihak.

      Delete
  2. Congrats dear Kaz. Hope you'll be granted with what you wish for...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Chinda. I am praying and hoping for the best.

      Delete
  3. Salam, Tahniah buat Ina & Rizal! Fizin rasa mesti rayuan Ina tu akan diterima, InsyaAllah!!
    Bulan 7 ni Ina bersalin? Rasa macam baru aje dengar Ina pregnant aritu.
    p/s:- belum rezeki fizin lagi nak pregnant!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Fizin, alhamdulillah rezeki anak2. Gambang tu dkt tak dgn rumah Fizin?
      Takpa Fizin, usaha lg utk pregnant tu, biasalah umur mcm kita ni dah susah sikit nak pregnant berbanding time kita muda dulu. Ina sentiasa doakan Fizin.

      Delete
  4. Moga Allah permudahkan ye Kazz..
    kalau kat Gambang,tak jauh dah dr rumah akak tu..:)

    ReplyDelete
  5. Tq Kak Ana, Gambang tu jauh sgtlah Kak Ana. Nak drive balik kpg mmg letih rasanya, kena naik flight ajelah.

    ReplyDelete
  6. Tahniah Kak,dapat gaji pangkat baru nanti boleh blanje saya...he he...kalau x pun boleh blanje jugak...hu hu...

    Dalam hidup ni,kadang2 x semua urusan kita tu dipermudahkan olehNya..Ini salah satu "quiz/test" kecik dariNya...nak uji sejauh mana kita sanggup menghadapi..Saya doakan akak dapat buat keputusan yang terbaik untuk diri Akak sendiri dan juga untuk keluarga tercinta kak...

    p/s : Paling mudah buat solat sunat Istikharah..tu la yang terbaik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Bidadarindu, amboi lamanya menghilang.
      Itulah yg akak sedang buat sekrg, solat hajat dan istikharah. Smg Allah dpt membantu akak dlm hal ni.

      Delete
  7. Assalamualaikum Yong Kaz,
    Tahniah dgn kenaiakan pangkat. Bukan senang tu dan rezki. Yaa cuba buat rayuan supaya tidak perlu ditukar tp selalunya org naik pangkat diberi tugas yg lebih besar dan mencabar, tu sbb Kaz ditukar ke tempat baru. Kalau akak, akak pegi jugak, bawak one of the boys. Weekened jumpa, macam berhoneymoon. Nanti dpt baby baru, kena amik pembantu atau bagi baby-sitter. Mungkin a few years later boleh sesama keja di tempat sama? Ni cakap orang yg selalu berjauhan dgn suami dan tak kisah...maaf cakap ya Kaz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi2 Kak Ima, ni mesti bercakap dari pengalaman. Sesekali jumpa Mr T, mesti honeymoon sakan. Hehe, jgn marah ya, gurau saja.
      Ada juga plan nak buat mcm tu tp tak sampai hati nak pisahkan 2 beradik tu. Rasanya kalau Kaz pergi, Kaz pergi dulu sorang2. Bila dah bersalin nanti, Kaz bawa semua anak tinggal dgn kaz. Apapun, kaz masih belum buat keputusan. Masih berfikir dan terus berfikir.

      Delete

What say you?