Saturday, June 23, 2012

Update juga akhirnya.....

 Salam buat semua kawan-kawan yg sudi singgah di blog saya ni. Rasanya inilah tempoh plg lama saya menyepi. Entahlah, bukannya tak teringin nak update blog ni ttp entahlah, masa  tak cukup, mood pun tak seberapa. Ditambah pula dgn keadaan saya yg semakin sarat ni, mmglah tak larat nak duduk lama2 depan komputer.

Utk pengetahuan kawan2 semua yg mungkin tertanya2 di manakah saya berada sekrg, samada masih mengajar di Penang atau sudah ke Pahang krn ditukarkan dulu, jawapannya ialah saya masih di sini, di kolej yg telah saya berkhidmat selama lebih dari 12 tahun. Saya akui ini adalah antara dugaan terbesar di dlm hidup saya. Menerima kenaikan pangkat tetapi di tempat yg jauhnya beribu-ribu batu. Menerimanya bererti kebahagiaan hidup sekeluarga akan tergadai kerana saya tak mungkin akan dapat hidup bersama sebumbung dgn suami dan anak-anak saya utk sekurang-kurangnya 5 tahun. Spt yg pernah saya ceritakan pada entry terdahulu, saya membuat rayuan ttp ternyata rezeki tidak menyebelahi saya. Rayuan itu ditolak atas alasan kuota sudah penuh. Betapa mencabar dan tercabarnya keadaan saya ketika itu hanya Allah yang tahu. Pilihan yang ada hanyalah terima tetapi berpisah dengan keluarga atau tolak tetapi saya dapat terus bersama dengan suami dan anak-anak saya. Pastinya pilihan saya ialah yang kedua. Saya menerima hakikat dengan seredha-redhanya bahawa pangkat dan jawatan itu bukanlah rezeki saya. Rezeki saya ialah keluarga saya terutama sekali suami tercinta yang sangat baik, memahami dan menyayangi saya seadanya, anak-anak tersayang yang comel, baik dan pintar, Mama yg sgt dikasihi yg sgt menyayangi dan sentiasa setia menemani saya di saat susah dan senang dan bapa mertua yang dikasihi yang sgt baik dan sgt menyayangi saya. Inilah rezeki saya yang tidak ternilai harganya. Inilah kebahagiaan hidup saya yang tidak mungkin saya gadaikan dengan wang ringgit. Inilah rezeki saya yang perlu saya jaga sebaik-baiknya. Dan syukurlah sehingga kini saya dapat merasakan bahawa keputusan ini adalah yang terbaik dan tidak ada sedikitpun penyesalan di hati saya.


Buah hati pengarang jantung saya


Apalagi ya yg boleh dicerita? Kandungan saya hampir 37 minggu sekrg dan due date pun cuma tinggal 3 minggu saja lagi. Nervous saja rasanya nak menanti saat tu walaupun ini adalah pengalaman yang ketiga. Syukurlah kesihatan saya agak stabil sepanjang pregnancy ni cuma sekrg ni saya cepat sgt terasa letih, sakit belakang dan kaki pun agak bengkak walaupun BP saya ok. Doakan saya dan baby selamat ya. Wildan dan Wafriy pun tak sabar2 nak tunggu baby lahir, hampir setiap hari mereka bertanya "bila baby nak keluar ni?".

Ok smg selepas "comeback entry" ni, akan adalah entry2 lain yg menyusul ya. Dan smg masih ada yg sudi membaca blog saya yg dah lama terkubur ni.



13 comments:

  1. yes..akhirnya. Penat Detective Conan tunggu..hehe, I'm ur silent reader..seronok baca blog kak ina..suka tgk skill buat cake kak ina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayu,rupanya kita saling meminati dlm diam. Kak ina pun selalu baca blog Ayu, kagum dgn usaha Ayu memartabatkan kuih tradisional. Hasilnya, kak ina dah addicted dgn kuih loyang manis Ayu sampaikan Abg Rizal geleng kepala tgk kak ina makan kuih tu tak berhenti-henti.

      Delete
  2. at last you're back dear kaz. am glad that you've decided and your decision delighted you and your family. praying for a smooth delivery...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Chinda. Yes dear, I might have been left out in my career ladder but I m happy that my family is happy and we can stay together.
      Tq for your wish Chinda.

      Delete
  3. Salam Yong Kaz,

    You're back!

    Akak kira Kaz letih sbb hamil. Dan am glad u have made the choice yg Kaz fikir terbaik utk diri Kaz dan kuarga. Duit dan reta boleh dicari tapi kebahagian dan redhoan suami dan kuarga nak beli kat mana?
    Semoga Allah merahmati Kaz sekuarga dan juga baby yg bakal lahir...Aamiiin!

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Ima, terima kasih di atas kata2 semangat tu. Betul tu kak, biar kerjaya terjejas asalkan bukan keluarga yg menjadi mangsanya.

    ReplyDelete
  5. He he..Welcome back...saya tggu kak je buat n3...lepas ni saya menyusul yer...he he..

    kak buat pilihan yang tepat...semoga berbahagia selalu disampaing keluarga tercinta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, Bidadarindu pun dah lama menyepi. Cepat2lah update blog tu, lama tak tgk gambar Cinta.

      Tq Bidadarindu, ada yg kata akak bodoh sbb tolak peluang yg bukan datangnya bergolek tu tapi itulah...duit ni byk manapun takkan pernah cukup. Silap2 makan diri pula nanti.

      Delete
  6. salam kaz.Alhamdulilah,ada gak n3 dr kaz setelah sekian lama menyepi.Terima kasih brkunjung ke blog k.atie ya.
    K.atie sokong dgn keputusan kaz..anak2 & kluarga mmg penting dlm hidup kita...wang & harta blh dicari.
    InsyaAllah,ada rezeki kaz dilain hari.K.atie doakn..Aminn
    Jg kesihatan & jg lupa kabarkn berita gembira kelahiran baby dlm blog /FB ya.
    Tk sabar gak nk tggu kelahiran baby kaz :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kaz..wah..dh dekat due ye..tak lama lah nak sambut org baru..Jgan lupa update kat blog nnti ye..

      akak setuju dgn cara Kaz yg lebih mengutamakan keluarga dr segalanya..Akak doakan allah permudahkan segalanya baut Kaz ye..

      Delete
    2. Salam Kak Atie, tq sbb masih sudi ke blog Kaz ni. Tq juga di atas sokongan kak atie terhadap keputusan Kaz. Selagi kita bergelar isteri dan ibu, pastinya keutamaan kita ialah keluarga kita.

      Delete
    3. Salam Kak Ana, dah sihat ya dari demam campak? Alhamdulillah.
      Tq ya kak Ana sudi singgah dan baca blog Kaz ni. Dan tq juga di atas sokongan dan doa dari kak Ana. InsyaAllah Kaz pasti update bila Kaz dah bersalin nanti.

      Delete
  7. salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
    Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
    ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

    ReplyDelete

What say you?