Sunday, July 22, 2012
Botak sudah...
Org lain sibuk bercerita fasal puasa, saya sibuk bercerita fasal Wafiya. Excited punya fasal! Satu dunia rasanya tahu yg betapa saya terlalu teringinkan anak perempuan. Semasa mengandungkan Wafiya, saya dpt rasa kelainannya berbanding ketika mengandungkan Wildan dan Wafriy dulu. Antaranya ialah saya alah yg agak teruk di awal pregnancy. Saya juga tiba2 suka je nak make-up, pakai brg kemas dan minyak wangi. Selain tu, emotional jgn cakaplah, asyik nak merajuk je dgn husband hinggakan husband cakap "Abang rasa kita akan dpt baby girl lah sbb tgk ina ni emotional sgt". Satu lg perubahan yg ketara, saya tiba2 suka sgt warna merah. Bukan merah biasa tp merah cili hinggakan tema raya kami kali ni ialah merah cili. Nasib baik dpt husband yg sporting, dia ikut je pilihan saya.
Tiga kali gi scan kat klinik biasa, doktor tak nampak jantina baby. Ketiga2 doktor cakap tak sure. Disebabkan terlampau nak tahu, saya dan husband gi scan kat specialist. Bila specialist tu cakap " this is 200% a GIRL!", saya rasa mcm dunia ni saya yg punya. Syukur sgt2 pd Allah. Husband pun senyum je memanjang.
Sejak tahu baby girl, saya dan husband terus membuat persiapan. Part plg best mestilah time nak shopping baju. Mmg lari budget habis sbb bukan saya seorg saja yg excited, husband pun terlebih excited. 99% baju baby semuanya warna pink, warna lain mmg saya tak pandang dah!
Hari ni Wafiya baru berusia 9 hari, masih kuat tidur dan kuat juga menyusu. 2 hari lepas, kami buat sedikit majlis cukur rambut, cuma sekadar panggil bidan dtg rumah. Kendurinya InsyaAllah slps raya nanti. So sekrg puteri saya ni dah botak. Hopefully rambut tu akan cepat tumbuh semula sbb ramai nak dtg melawat Wafiya raya nanti. Nanti tak cun lah bila nak pakai baju raya yg Ibu dan Abah dah beli byk2 tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam kaz.Mmg ada kelainnaya bila mengandung anak pompuankn?K.atie dulu masa mengandungkn anak bongsu...suka menjahit,rupanya nk dpt baby pompuan.
ReplyDeleteNanti blh la kaz pakai sedondon ngan anak dara kecik tu...
Klu berminat ngan pemanggan tu..PM k.atie ya :D
InsyaAllah kak atie, kalau Kaz nak beli, Kaz pm kak atie ya.
DeleteAlhamdulillah..Tahniah Kaz..semoga dgn kehadiranWafiya bertambah-tambah kebahagiaan kaz seisi keluarga...Sori akak baru singgah sini..agak bz sikit..:) apapun akak tumpang hepi..:)lepas ni banyak lh entri psl tuan puteri ye..
ReplyDeleteTq kak Ana, mmg betul. Kalau ada masa, rasa mcm nak update cerita fasal Wafiya saja. Maklumlah anak perempuan kan.
DeleteAssalamualaikum Yong Kaz,
ReplyDeletesyukur Alhamdulillah apa yg dicita2kan di makbulkan Nya. Tentu suka abang2 dpt adik pompuan comey. Bertuah baby ada 2 abang! Sapa mandikan baby tu?
Wsalam kak Ima, tu tok bidan yg tgh mandikan baby.
ReplyDeleteAbang2nya mmg excited hingga kdg2 adik nak tidur pun susah sbb abang2 dok buat bising kat tepi adik.
Wsalam kak Ima, tu tok bidan yg tgh mandikan baby.
ReplyDeleteAbang2nya mmg excited hingga kdg2 adik nak tidur pun susah sbb abang2 dok buat bising kat tepi adik.
salam kaz.Takpe..sok2 dah habih pantang.leh kaz cuba resepi k.atie tu.
ReplyDeleteBaby wafiya sihat?Byk ragam tak dia?hikhik
Nice blog :)
ReplyDeletesalam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...