Wednesday, August 11, 2010

Kursus JSI



Dulu-dulu sewaktu ekonomi masih ok, selalunya kami berkursus di hotel 5 bintang, siap naik flight lagi ke mana-mana. Sekarang ni kursus cuma diadakan di dalam kolej saja. Baru2 ini kursus Jabatan Sastera Ikhtisas diadakan di Bilik Seminar KMPP pada 6 Ogos 2010 dan pada 7 Ogos 2010, kami ke Perlis dan juga Padang Besar. Terima kasih kepada Mama kerana sanggup menjaga anak-anakku semasa aku dan suami menghadiri kursus ini di Perlis.



Sesi Taklimat


Aktiviti Berkumpulan





On The Way Ke Perlis







Sebahagian daripada 'hasil tangkapan' di Padang Besar ( part paling best dalam kursus ni)


Sunday, August 8, 2010

MPV???




Kesiannya anak2 ibu. Maybe this is the right time for us to change to an MPV. The big question is which MPV? The one that my husband likes, I do not really like it and the one that I like, my husband said no. And the ones that both of us like are far too expensive for us. So??? Tunggu lagilah and as for now Wildan and Wafriy have to be creative to get their own comfy space to continue their sleep on the way to the nursery and kindergarden every morning.

Friday, August 6, 2010

Datangnya Ramadhan...


Dalam beberapa hari lagi kita semua akan menyambut bulan Ramadhan yg mulia. Di kolejku sendiri sudah terpampang beberapa poster yg besar mengenai kedatangan dan keberkatan bulan Ramadhan ini. Di hati kecilku terlintas, untuk diriku sendiri, apakah persiapan yang aku lakukan untuk menyambut kedatangan bulan yang ditunggu2 oleh seluruh umat Islam ini selain daripada:

1. Menempah dan membeli baju raya untuk aku, suami dan anak-anak.

2. Menempah kuih raya dari jiran dan juga kawan-kawanku.

3. Membeli kurma untuk berbuka puasa.

4. Menempah serunding daging dari anak muridku di Kelantan untuk dimakan bersama roti
ketika bersahur.

5. Membuat budget raya bersama suamiku.

6. Membuat plan untuk membeli murtabak special Sg Dua (yg aku cuma teringin nak makan
ketika bulan puasa sahaja) bersama sahabatku, Kak Yati.

7. Membuat plan bersama sahabatku, Syikin bagaimana dan di mana kami akan berbuka puasa
ketika kami ada kelas di USM nanti.

Apa lagi ya? Ini saja ke perancangan aku setakat ini? Bukankah kesemua perancangan ini hanyalah bersifat duniawi? Di mana perancangan aku untuk mengimarahkan Ramadhan ini sebagai bekalan untuk aku ke Sana nanti? Tak ada ke perancangan aku untuk khatam Quran yg sudah lama tergendala itu? Tak ada ke perancangan untuk bangun bertahajud di waktu malam dan seterusnya merebut ganjaran Lailatul Qadar seperti yang pernah aku lakukan suatu ketika dulu? Tak ada ke perancangan aku untuk mencuba sedaya upaya menunaikan solat sunat tarawih secara istikhamah walaupun aku terpaksa melakukannya seorang di rumah? Tak ada ke perancangan aku untuk memaksimumkan pahala puasaku dgn bukan setakat menahan rasa lapar dan dahaga tetapi juga dgn ibadah2 sunat yang lain?

Persoalan terakhir untuk dijawab oleh diriku sendiri ialah, adakah aku sanggup membiarkan Ramadhan ini berlalu begitu saja sekali lagi tanpa aku merebut segala rahmat, nikmat, hikmah, pahala dan ganjaran darinya dan adakah aku pasti aku masih lagi ada di dunia ini untuk merebut keberkatan Ramadhan di tahun hadapan pula?

Tuesday, August 3, 2010

Selamat Hari Lahir Fizin


Selamat hari lahir aku tujukan buat seorg sahabat yang aku kenali dari zaman hingusan di umur 7 tahun sehinggalah kini kami sudah sama2 berumahtangga dan mempunyai keluarga. Seorang sahabat yang aku bersama-sama dengannya melalui setiap fasa kehidupan, meniti satu demi satu perubahan hidup dan zaman, berkongsi segala rasa susah, senang, pahit, manis dan segala warna-warni kehidupan.Seorang sahabat yang aku kasihi dan sayangi lebih dari seorang sahabat dan seorang sahabat yang aku anggap seperti saudara kandungku sendiri.

Selamat hari lahir Fizin. Semoga Allah sentiasa melindungi, merahmati dan memberkati dirimu sekeluarga. Semoga apa yg kau citakan akan menjadi kenyataan dan apa yang kau idamkan akan berada di dalam genggaman. Sayang Fizin selalu.....

Saturday, July 31, 2010

Steamboat lagi...

Tiba-tiba aku rasa teringin nak makan steamboat lagi. Dah lama kawan aku recommend kedai ni kat aku- The Chicken Chop Shop. Katanya selain dari chicken chop, steamboatnya juga sedap. On the way balik dari menghantar Mama ke stesen bas, kami sekeluarga singgah makan di sini. Mood anak-anak pun dah ok sikit sebab mereka terlena tadi di dalam kereta.

Asalnya order fries ni untuk anak2 tp memandangkan steamboat lambat sampai, aku dan suami pun makan sama.
Dah ok sikit mood kedua beradik ni.

Mmg sedap dan harganya jauh lebih murah dari steamboat Johnny's dan juga Cinta Sayang. Cuma RM 19.90 untuk set 2 orang makan.

Bersungguh-sungguh aku makan. Tomyamnya cukup rasa masam dan pedasnya. Boleh bawa Mama makan kat sini bila Mama balik nanti.

Bila dah kenyang, baru terfikir "alamak, terlebih sudah!". So, aku dan suami sama2 exercise semalam. Suami buat complete work out, aku buat yg simple2 saja- guna soft dumbbells dan twister. Dah dekat nak raya ni, takut tak muat pakai baju raya yg aku dah tempah tu.

Nak Naik Bas!

Lawak betul anak-anak aku ni. Kelmarin aku sekeluarga pergi ke stesen bas untuk menghantar Mama ke KL bagi menghadiri majlis perkahwinan anak sepupuku di Saloma Bistro Ahad ni. Sebaik saja mengetahui Dadi mereka akan menaiki bas, kedua-dua mereka asyik merengek "Wildan nak ikut Dadi naik bas", "Wafriy pun nak ikut Dadi naik bas" sepanjang perjalanan tu. Bila sampai di stesen dan bila Mama dah naik bas, kedua-dua mereka meraung-raung nak ikut sama naik bas. Memang mcm drama swasta sebab kedua-duanya menangis dan meraung sesungguh hati dan bila aku cuba memeluk Wildan dan mendukung Wafriy, kedua-duanya meronta-ronta hinggakan menarik perhatian semua orang kat situ. Memandangkan suamiku parking kereta di tepi jalan yg ada yellow line (parking yg disediakan dah penuh) dan takut kena saman, suami mengajakku pulang cepat. Sepanjang perjalanan dari stesen ke kereta, kedua-dua mereka terutama sekali Wafriy menangis-nangis dgn begitu kuat dan dramatik sekali sambil berkata, "Wildan nak naik bas", "Wafriy nak naik bas". Aduh, dahlah sakit badanku kerana mendukung Wafriy dlm keadaan dia meronta-ronta tu, malu besar pun satu hal kerana semua org melihat dan ada yg tersenyum-senyum kat kami. Di dalam kereta, kedua-dua mereka menangis dan menangis kerana "nak naik bas" sehinggalah aku memujuk dan berjanji akan membawa mereka naik bas suatu hari nanti.

Kelakarnya budak2 zaman sekarang kerana aku rasa sewaktu aku kecil dulu, aku dah rasa sampai dah 'tak larat' nak naik bas krn itulah satu-satunya pengangkutan yang aku sekeluarga gunakan setiap kali hendak ke mana-mana selain dari motosikal arwah Ba. Semasa aku kecil dulu, aku sentiasa berangan utk keluargaku memiliki kereta sendiri spt orang lain bagi memudahkan kami ke mana- mana tp apakan daya, kemampuan kami hanya setakat memiliki motosikal sahaja. Setiap kali kami ingin pulang ke kampung arwah bapaku di Ipoh atau ke kampung Mama di Penang, kami sekeluarga akan menaiki bas dan adakalanya akan menaiki teksi. Semasa aku bersekolah menengah pun aku menggunakan bas, semasa aku belajar di PPP/ITM pun aku gunakan bas, semasa di UKM pun aku gunakan bas dan ketika aku mula2 bekerja dan belum memiliki kereta pun aku gunakan bas. Kiranya aku mmg dah biasa sangat2 dgn bas ni berbanding dgn anak2ku yg sedari lahir sudah biasa dan sentiasa menaiki kereta ke mana sahaja. Seingat aku, hanya Wildan pernah menaiki bas sewaktu aku dan suami membawa dia bersama ke kursus kolej kami di Cameron Highland sewaktu dia kecil dulu.

So sekarang aku tgh dok ligat berfikir mcm manalah aku nak bagi anak2ku ini peluang menaiki bas. Mungkin bila ada kesempatan, kami sekeluarga boleh pergi ke rumah abang aku, Ayish di KL dgn menaiki bas sahaja, cuma masalahnya kat KL nanti susah pulalah nak bergerak tanpa kereta sendiri. Hmmm........, nantilah aku fikirkan.
Kedua-duanya keletihan sebab dah puas buat drama kat stesen bas petang tadi.

Friday, July 30, 2010

Shopping raya



Ini dia barang2 yg dibeli ketika aku, suami dan mama shopping baju raya anak2. Cadang tu nak habiskan kesemuanya dalam masa sehari tp tak sempatlah pula. Yg dapat dibeli cuma shirt dan t-shirt saja. Bukan senang nak memilih yg cantik dan berkenan di mata aku dan suami. Ada yg aku berkenan, suami tak berkenan dan begitu jugalah sebaliknya. Nak memilih yg matching colour pun satu hal juga. Aku suka anak2 aku pakai colour yg sama tetapi design berbeza. Nampak gayanya kena cari masa utk shopping lagilah untuk seluar dan kasut pula. Bila ya????