Friday, August 6, 2010
Datangnya Ramadhan...
Dalam beberapa hari lagi kita semua akan menyambut bulan Ramadhan yg mulia. Di kolejku sendiri sudah terpampang beberapa poster yg besar mengenai kedatangan dan keberkatan bulan Ramadhan ini. Di hati kecilku terlintas, untuk diriku sendiri, apakah persiapan yang aku lakukan untuk menyambut kedatangan bulan yang ditunggu2 oleh seluruh umat Islam ini selain daripada:
1. Menempah dan membeli baju raya untuk aku, suami dan anak-anak.
2. Menempah kuih raya dari jiran dan juga kawan-kawanku.
3. Membeli kurma untuk berbuka puasa.
4. Menempah serunding daging dari anak muridku di Kelantan untuk dimakan bersama roti
ketika bersahur.
5. Membuat budget raya bersama suamiku.
6. Membuat plan untuk membeli murtabak special Sg Dua (yg aku cuma teringin nak makan
ketika bulan puasa sahaja) bersama sahabatku, Kak Yati.
7. Membuat plan bersama sahabatku, Syikin bagaimana dan di mana kami akan berbuka puasa
ketika kami ada kelas di USM nanti.
Apa lagi ya? Ini saja ke perancangan aku setakat ini? Bukankah kesemua perancangan ini hanyalah bersifat duniawi? Di mana perancangan aku untuk mengimarahkan Ramadhan ini sebagai bekalan untuk aku ke Sana nanti? Tak ada ke perancangan aku untuk khatam Quran yg sudah lama tergendala itu? Tak ada ke perancangan untuk bangun bertahajud di waktu malam dan seterusnya merebut ganjaran Lailatul Qadar seperti yang pernah aku lakukan suatu ketika dulu? Tak ada ke perancangan aku untuk mencuba sedaya upaya menunaikan solat sunat tarawih secara istikhamah walaupun aku terpaksa melakukannya seorang di rumah? Tak ada ke perancangan aku untuk memaksimumkan pahala puasaku dgn bukan setakat menahan rasa lapar dan dahaga tetapi juga dgn ibadah2 sunat yang lain?
Persoalan terakhir untuk dijawab oleh diriku sendiri ialah, adakah aku sanggup membiarkan Ramadhan ini berlalu begitu saja sekali lagi tanpa aku merebut segala rahmat, nikmat, hikmah, pahala dan ganjaran darinya dan adakah aku pasti aku masih lagi ada di dunia ini untuk merebut keberkatan Ramadhan di tahun hadapan pula?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jawapan untuk soalan2 tu semua ada pada diri masing2...tepuk dada tanya iman...
ReplyDeleten3 yang bagus..sebagai peringatan untuk diri kita semua...
p/s: bidadarindu suka yang no 6 tu...murtabak special sg dua..jgnkan tggu bulan ramadan,sekarang pun tetiba terasa macam nak makan...sedap sangat ker?? he he..
Syahdu rasa baca n3 ina ni. Uda setuju ngn bidadarindu. Yg no 6 pun uda suka gak. Sedap betul ke? Tlg ina bgtau gerai nama apa, uda nak p cari sekarang jgk! Ada ke bln x puasa ni? Xpe kalau xde nnti uda cari masa bln puasa yg just around the corner. Cntakshsyg kalau bca n3 ni mesti xsabar nak blk kg..kak min apatah lg..huk2
ReplyDeleteBidadarindu dan Uda, murtabak Sg Dua tu mmg special. Kalau hari biasa ianya dijual di pasar malam desa murni pada hari khamis dan pasar malam permatang pauh pd hari tak sure. Tp sepanjang Ramadhan, ianya dijual di pasar ramadhan desa murni sg dua. Gerai dia kat hujung, tak susah cari sbb kalau tgk yg ada ramai org dok berkerumun tu mmg gerai tu lah. Sedap dan terasa rempah ratusnya, tebal pula tu.
ReplyDelete1."Kalau hari biasa ianya dijual di pasar malam desa murni..."
ReplyDelete2."Tp sepanjang Ramadhan, ianya dijual di pasar ramadhan desa murni sg dua..."
cikgu cikgu..."ianya"..memang sah skema...x sabar rasanya nak sembang face2face dgn kaz..nak dengar cam mana kaz tuturkan butir bicara..he he he...
p/s: jgn marah yek...he he