Thursday, August 12, 2010

Hari Pertama Ramadhan

Alhamdulillah, berlalulah sudah 1 Ramadhan. Percayalah pejam celik, pejam celik, kejap saja akan berlalu Ramadhan ni. Apapun, hari pertama puasa kelmarin memang sedikit mencabar. Bukan mencabar kerana aku tak tahan dahaga atau lapar tetapi mencabar dgn beberapa 'peristiwa' yg berlaku.

Lauk ketika bersahur- daging masak bistik, sambal belacan, telur dadar dan ikan talang masin. Sikit saja sebab cuma suami dan mama saja yg makan nasi. Aku cuma makan sekeping roti, nak kena turun 4-5 kg semasa puasa ni sbb aku tahu berat aku pasti naik slps raya nanti dek penangan makanan kegemaran aku- pulut (lemang dan ketupat) dgn rendang dan juga kuih raya yg sedap2 yg telah aku order dari jiranku.

Salah satu 'peristiwa' yg sedikit mencabar tu ialah bila si kecik ni tak sihat. Patutlah ketika aku bangun nak siapkan sahur, aku tgk dia seakan menggelisah kat tempat tidur. Aku bawa dia turun ke dapur kerana dia dah terjaga. Tak sampai 5 minit dan belum sempat aku jamah makanan, dia termuntah dgn banyaknya sebanyak 2 kali. Ingatkan disebabkan coklat yg dia makan sebelum tidur semalam tp bila aku hantar dia ke nursery, Kak Sue beritahu ramai budak-budak yg muntah2, cirit-birit dan demam kat nursery tu.

Pukul 10.30 pagi, aku called Kak Sue untuk bertanyakan keadaan Wafriy. Kak Sue beritahu Wafriy dah kena cirit-birit pula dan sekarang dia asyik terbaring tanpa mahu bermain atau bercakap. Terkejut jugalah aku sebab Wafriy ni jenis tahan lasak, dia demam mcm mana pun, dia tetap akan aktif spt biasa. Aku terus ke nursery dan memang terkejut jugalah tgk dia dah terbaring lemah. Aku terus mengambil Wafriy dan setelah mendapat kebenaran dari salah seorg Boss aku, aku pulang awal dan membawa Wafriy ke klinik. Menurut Doktor, kalau muntah, cirit dan demam berterusan, aku kena terus bawa dia ke hospital. Alhamdulillah, nasib baiklah setelah makan ubat yg diberikan, keadaan Wafriy beransur pulih. Pada sebelah malam dia dah boleh bergaduh dan berlawan ala Ultraman dgn Wildan, kira dah ok lah tu.

Lauk untuk berbuka puasa. Aku cuma masak nasi dan sambal tumis udang. Yang lain2 dibeli dari Pasar Ramadhan oleh suami dan mama. Antara yg ada di atas meja sambal tumis udang, kerabu mangga, kerabu taugeh, paru goreng, ayam dan ikan bakar beserta air asam serta sedikit kuih muih. Yang ada dlm bungkusan dan belum dibuka ialah murtabak dan laksa.

P/s: Teringat kenangan ketika berbuka puasa bersama keluarga ketika arwah ba masih ada, menu wajib ketika berbuka puasa pada hari pertama ialah puding jagung kastard yg dibuat oleh mama. Sedapnya.

2 comments:

  1. sahur - rupa telur dadar tu macam roti canai...memula ingat sahur roti canai tadi...he he

    berbuka - banyaknya lauk buka...sahur turun 1/2 kg, berbuka naik 1 kg...he he he...

    ReplyDelete
  2. Amboi bidadarindu ni pulun betul tgk gambar sampai boleh npk rupa telur dadar tu, hehe. Maklumlah hari pertama puasa, bila pi Pasar Ramadhan tu rasa semua nak dibeli. Dont worry, raya ni gerenti boleh turun kurang2 pun 4 kg punya. Tungguuuuuu...

    ReplyDelete

What say you?