Tuesday, August 31, 2010

Wildan dan Makanan: Dilema Seorg Ibu

Sejak Wildan dah mula belajar makan nasi dan makanan yg lain ni, aku dan suami merasa sedikit lega. Jika sebelum ni, kami sangat risaukan dia yang langsung tidak makan nasi atau makanan yg lain kecuali minum susu, makan coklat, biskut oreo, chipsmore dan biskut cheese dan juga potato chips. Bayangkan dari bayi sehinggalah umur dia lima tahun setengah dia langsung tdk makan nasi, roti atau apa saja makanan sihat yg lain. Ttp kini Alhamdulillah, dia dah mula makan sedikit demi sedikit. Lately ni bila ambil dia dari tadika, cikgu dia akan beritahu,

" Hari ni Wildan makan nasi dgn sup"
"Hari ni Wildan makan roti dgn jem"
"Hari ni Wildan makan kek pisang"
"Hari ni Wildan makan cucoq"

Semua ni membuatkan aku dan suami merasa seronok. Tetapi yg hairannya bila di rumah, punyalah seksa nak suruh dia makan nasi, Nak habiskan segenggam nasi pun dia ambil masa berjam-jam. Aku fikirkan mungkin di rumah dia tahu aku tak setegas cikgu2 dia di tadika tu. Mungkin di tadika dia seronok dan enjoy makan sbb ada kawan2. Dulu aku selalu bekalkan dia dgn makanan yg disukainya ke tadika spt biskut Oreo, Chipsmore dan biskut cheese ttp sekarang aku tidak lagi membekalkan dia dgn apa2 makanan pun kecuali air masak. Aku nak dia belajar makan spt org lain dan dlm masa yg sama aku fikirkan ianya bukanlah satu masalah krn Wildan pun dah makan makanan yg diberi di tadika tu spt cerita cikgu2 dia.

Kelmarin, aku pergi mengambil dia di tadika utk dibawa ke klinik. Lately ni npk dia selalu bersin mcm org yg ada sinus. Bila sampai di tadika, Wildan dan kawan2 sedang makan pagi. Aku beritahu salah seorg cikgu tu, jgn beritahu Wildan aku datang sebab aku nak intai mcm mana dia makan kat tadika ni. Bila aku sampai di kawasan kantin, aku nampak dia duduk di tepi dinding sambil memegang sekeping kek pisang. Walaupun duduk di sebelah best friend dia dan kawan2 yg lain yg kelihatan sgt ceria ketika makan, Wildan kelihatan sgt 'terseksa' utk menghabiskan sekeping kek pisang tu. Kesian sungguh aku melihat dia. Nampak jelas di wajahnya yg dia seakan merasa 'dipaksa dan terpaksa' utk makan makanan yg tidak disukainya tu. Sbg seorg ibu, aku merasa sangat sedih melihat anakku di dalam keadaan itu.


Wildan kelihatan sgt tersiksa nak menghabiskan kek tu. Mungkin selama ni dia makan kerana dia takut dimarahi cikgu dia dan kerana dia tak ada sebarang makanan utk dimakan kerana aku tdk lagi memberi dia bekal. Beberapa hari yg lepas dia ada beritahuku yg dia dimarahi oleh salah seorg cikgu kerana dia makan lambat. Dia juga memberitahuku 'semua kawan2 Wildan dah naik atas utk tidur tp cikgu tak bg Wildan tidur sbb nak suruh Wildan habiskan nasi". Kesiannya dia.



Sebaik saja nampak aku, dia terus berkata dlm nada merayu "Ibu, Wildan tak mau makan kek ni". Aku cuba pujuk dia makan sedikit tp nampak sangat dia dah tak boleh nak makan.


Wildan nampak ceria bila aku cakap " takpa, Wildan makan kek tu on the way ke klinik nanti". Dia tahu dia dah terlepas dari seksa nak habiskan kek tu di dpn cikgu dia. Dalam kereta mmg dia tak makan pun kek tu, dia letak dan tinggalkan saja di dashboard.


So, apa yg patut aku lakukan sekrg?

1. Bagi dia bawa semula bekal makan yg disukainya yg pastinya tdk elok utk kesihatan dia kerana terlalu tinggi kandungan gula dan juga sodiumnya. Dia akan happy sekrg kerana tidak perlu lagi merasa terpaksa utk mkn makanan sihat yg tidak disukainya. Aku pun tidak perlu merasa sedih, sebak dan sebagainya kerana anak aku happy dan tdk tertekan. Tp sanggupkah aku menanggung risiko jika suatu hari nanti anak kesayangan aku ni mendapat penyakit2 spt diabetes atau sakit buah pinggang (Nauzubillah)? Jika kita baca di dlm newspaper, semakin ramai kanak2 yg mengidap penyakit2 kronik kerana tabiat pemakanan yg tdk betul. Ketika itu masihkah aku dan juga Wildan sendiri masih happy dan bebas dari sebarang tekanan yg aku cuba elakkan dari dirasainya sekrg?

2. Teruskan dengan apa yg aku lakukan sekarang. Jgn bagi dia sebarang bekal dan biarkan saja dia belajar utk makan makanan yg disediakan di tadika. Biarlah dia merasa sedikit tertekan dan terseksa sekrg asalkan dia tdk akan lebih tertekan dan terseksa di kemudian hari. Biarlah aku biarkan saja cikgu2 tadika dia yg sememangnya agak tegas dan kurang 'mesra pelanggan' tu terus mendisiplinkan dia terutama sekali dlm bab makanan ni. Tetapi setiap kali aku membayangkan anak aku yg tertekan dan terseksa ketika makan tu, aku merasa sgt sedih. Dalam usia sekecil ini, dia sudah pun terpaksa melalui tekanan dan paksaan yg tidak sepatutnya.

Smg Allah membantu kami sekeluarga di dalam menangani masalah dan ujian ini. Dan jika suatu hari nanti Wildan membaca apa yg aku tulis di sini, " Ibu nak Wildan tahu, apa yg Ibu lakukan adalah kerana Ibu sangat2 sayangkan Wildan. Tak sanggup rasanya nak tgk Wildan terseksa seandainya perlu dicucuk dgn insulin setiap hari, perlu dicucuk di sini sana, perlu menjalani rawatan demi rawatan, tidak dapat membesar dan melalui hidup ini spt org lain dan sebagainya".

Teringat kata2 salah seorg guru BI ku, Cikgu Uzir, sewaktu di SMSAT dulu'
"In order to be kind, sometimes you have to be cruel"

Well Sir, I agree with you now.

4 comments:

  1. Fizin rasa ina tak payah bekalkan dia biskut2 kat sekolah, biar dia makan kat sekolah aje, bila takut kat cikgu baru dia nak makan kan? Memang kita rasa sedih & tak sampai hati tetapi kena kuatkan hati supaya dia nak makan makanan yang berkhasiat. Amboi, pandaila fizin nak bagi nasihat kat ina tetapi si Aisy tu pun sama je.. Susah nak makan. Asyik nak susu aje. Tapi serius ina memang skrg dah ada budak yang kena kencing manis, kena jaga2 dari awal pemakanan anak2 kita kan walaupun kadang2 kita tak ambil kisah macam fizin nie la, kadang2 malas nak dengar depa merengek jadi bagi aje apa yang depa nak janji depa diam. Anak2 fizin suka sangat makan maggie & keropok Super Ring tu.

    ReplyDelete
  2. senang,sunatkan ajek...macam danish ari tu...lepas suant jek,semangat makan membuak2..lepas makan nasi nak makan nugget..lepas tu nak makan roti butterscotch plak...x lama pas tu nak makan nasi balik...he he he..
    badan x besar2...sbb main jek...he he..

    ReplyDelete
  3. Fizin, mmg susah nak bertegas dgn anak2 ni, selalunya tak sampai hati nak kecewakan mrk ttp Rizal lebih tegas dari ina. Dulu ina tak kisah sgt tp slps tgk byk kes budak2 kena kencing manis dan komplikasi buah pinggang, ina jadi risau sgt2 dan sekrg terpaksa keraskan hati utk kebaikan dia juga. Tp dia tak faham, selalu dia kata ina dan Rizal tak sayangkan dia dan sebagainya.

    ReplyDelete
  4. Bidadarindu, Danish takpalah mkn byk sbb dia bersaiz kecil. Wildan ni walaupun tak makan semua tu, badan dia mmg dah besar. Takut kalau terlebih makan, dia jadi obese pula, dah jd problem lain.

    ReplyDelete

What say you?