Sunday, August 22, 2010

Wildan, Wildan.....


Sebenarnya ni tgh dok buat assignment, berhenti sekejap utk catatkan apa yg berlaku semlm yg buat aku tak lena tidur selain drp menjaga Wafriy yg tiba-tiba demam panas.
Semlm aku ada marahkan Wildan, aku pun tak berapa ingat kenapa aku marahkan dia. Tp yg paling berkesan di hatiku bila dia kata " kalau Wildan tau Ibu marah kat Wildan mcm ni, Wildan dah lari dari rumah masa Wildan kecik2 dulu"

Aduh, manalah dia belajar semua ni, manalah dia dapat idea mcm tu????Baru umur 5 tahun dah pandai cakap nak lari dari rumah. Dalam banyak2 benda, kenapalah dia nak ikut perangai aku yg satu tu semasa kecil dulu. Semasa aku kecil dulu, aku pernah bungkus baju dalam plastik dan nak lari dari rumah kerana dimarahi oleh mama. Aku tak pi mana pun, aku cuma menyorok kat belakang rumah aku je. Sampai sekrg benda ni jadi perkara paling kelakar dan bahan usikan keluarga aku terutama sekali Ayish dan Ayush. Bila diingatkan balik memang rasa malu pada diri sendiri. Tu belum masuk lagi plan nak lari dari rumah bersama salah seorg sahabatku bila dapat result teruk kat sekolah rendah dulu, hehehe.

Berbalik kpd cerita Wildan, pagi tadi aku dah slow talk dgn dia. Aku beritahu dia tentang betapa sayangnya aku kat dia, betapa bermaknanya dia di dalam hidupku dan aku juga ceritakan apa akibat tentang perbuatan lari dari rumah tu. Walaupun dia baru berumur 5 tahun, aku akui tahap pemikiran, perbuatan dan pertuturannya lebih matang dari usia dia yg sebenar. Budak 5 tahun sekarang bukan seperti budak 5 tahun di zaman aku dulu. Pengaruh dari pelbagai faktor dan sumber sangat banyak dan sentiasa ada utk membentuk cara berfikir dan juga sikap mereka. Oleh itu, sebagai ibu, aku tahu, aku perlu lebih agresif dlm mempengaruhinya dengan nilai2 murni dan mulia supaya dia dan juga adiknya membesar sebagai anak2 yg soleh, InsyaAllah.

Apa yg berlaku semlm memberi satu lg pengajaran berguna untukku sebagai seorang ibu.

No comments:

Post a Comment

What say you?