Saturday, August 28, 2010

Terkenang......

Sekadar mengimbas antara memori-memori indah sepanjang Ramadhan di dalam hidupku:

1. Semasa kecil dahulu dan sewaktu arwah Ba masih ada, Ramadhan memang disambut meriah oleh kami sekeluarga. Yang plg meriah tentulah makanannya. Tdk dinafikan biarpun kami hidup dalam keadaan yg cukup sederhana tp di dlm bab makan ni kami agak mewah. Arwah Ba mmg suka makan. Penuh meja dengan pelbagai jenis makanan yg mama masak dan juga yg diberi oleh jiran dan kawan spt Auntie Ani dan arwah Tok. Slps berbuka tu, mmg aku akan tersandar kekenyangan.

2. Dulu2 aku akan mengayuh basikal bersama kawan dan juga jiranku, Ana Haizat utk solat tarawih kat masjid Sg Kechil Ilir. Masa tu rileks saja buat sampai 20 rakaat, sekrg ni nak habiskan 11 rakaat (8+3) pun tak berapa larat.

3. Part plg best ialah bertukar juadah berbuka dgn Auntie Ani ( emak sahabatku Fizin). Setiap hari aku dan Fizin akan take turn utk menghantar juadah ke rumah masing2. Walaupun kadang2 rasa teramat letih utk mengayuh basikal ttp kami tak pernah 'miss' langsung bertukar juadah ni.

4.Bila dah besar dan further study kat PPP/ITM, aku cukup seronok sbb dpt berbuka ramai-ramai dgn kawan2. Seblm tu kami akan 'tawaf' dulu kat Pasar Ramadhan Seksyen 18 Shah Alam beramai-ramai sebelum memilih makanan apa yg hendak dibeli. Memandangkan di dlm bilik aku ada meja jepun yg ditinggalkan oleh senior, bilik aku menjadi tumpuan kawan2 lain utk berbuka. Adakalanya selps solat tarawih, kami akan lepak sambil bersembang dan menyanyi lagu raya beramai-ramai. Rindunya kat kawan-kawan sebilik masa tu- Jaja, Ina, Adi, Kak Sar, Sue, Rad dan Niza.

5. Di UKM pun best juga, kat sini bilik yg menjadi tumpuan ialah bilik junior aku, Johana sbb bilik dia ada TV dan juga rice cooker. Rice cooker tu mmg byk jasa kat kami sbb bukan setakat masak nasi tp kami gunakan utk masak maggi+ telur+ cili padi ( heaven!), goreng ikan kering, masak lauk paprik dan sebagainya. Utk bersahur, kami selalu ke GLAM ( gerai larut malam) kat kamsis kami iaitu Kamsis Rahim Kajai. Sambil makan, sambil cuci mata, hehehe. Geng masa ni ialah Zack, Hayza, Kak Ween, Turis, Lily, Halimah dan Jo.

6. Kenangan paling indah semasa Ramadhan pastinya Ramadhan 2003. Pada bulan yg mulia inilah perhubungan aku dan suami bertukar dari sekadar kawan rapat dan kawan sekerja kepada satu hubungan yg lebih serius. Malah, di dalam bulan yg mulia inilah kami berdua sama2 diberi petunjuk2 positif di dlm doa dan sembahyang kami tentang hubungan kami berdua. Petunjuk-petunjuk inilah yg mendorong suami utk melamar dan aku utk menerima kerana kami sama2 yakin dengan petunjuk2 yg Allah berikan kpd kami di bulan yg mulia ini. Smg hubungan yang terjalin kerana Allah ini akan terus mendapat rahmatNya utk selama-lamanya.

Sebenarnya byk lg kenangan2 manis sepanjang Ramadhan yg aku tdk berkesempatan utk mencatatkannya di sini. Apapun, cuma tinggal beberapa hari saja lagi utk kita berada di bulan yg mulia ini. Satu soalan utk diriku sendiri: adakah aku sudah menunaikan janji kepada diriku sendiri yg aku ucapkan sblm bermulanya Ramadhan thn ini?

3 comments:

  1. kenangan tu penting sebenarnya..bukan sekadar pengalaman tetapi pengajaran untuk kita menjadi lebih dewasa...iye kan...

    ReplyDelete
  2. fizin kalau bab makan mmg x penah miss..bab solat terawih nape x ajak dia skali???...he he...

    ReplyDelete
  3. Rumah kami agak jauh, so jumpa kat masjid je lah. Fizin selalu pi masjid dgn kak min dan kawan2 yg duduk kat sekitar rumah dia.

    ReplyDelete

What say you?