Semlm suami balik lambat dari solat tarawih, lebih dan sangat lambat dari kebiasaannya. Aku dan mama dah start risau, siap aku fikir kalau sampai waktu sahur tak balik, aku dah nak buat report polis. Aku tunggu dan cuba menelefon suami berkali-kali ttp tidak berjawab. Dalam hati macam2 dah aku terfikir sampai aku terlelap. Bila tersedar, aku terus menelefon suami lagi dan kali ni telefon berjawab dan suamiku kata dia dah ada di dalam rumah. Leganya hatiku tak terkata dan bila suamiku masuk ke dalam bilik, aku lihat muka dia berseri-seri.
" Abang pi mana, lambat sgt balik, ina dah risau sgt ni?"
"Abang pi sembahyang tarawih kat masjid tu, rezeki Abang agaknya sebab terpilih oleh Allah utk mendengar ceramah agama perdana kat situ mlm ni. Best sgt ina, bagus betul ceramah tu, byk yg Abang dapat"
Selepas tu, aku dah tak dgr apa yg suami aku cakap sbb aku dah terlena semula. Bertuah punya isteri.
Sewaktu sahur, suamiku berkongsi apa yg didengarinya semlm. Di sini aku ingin berkongsi beberapa doa dan zikir yg menurut Ustaz tu ( suami aku pun tak ingat nama apa) jangan ditinggalkan langsung sepanjang Ramadhan ini:
1. Ash hadu alla ila ha illal lah wahdahu laa syarikalah.
2. Astagh firrullahal 'azim. Allazi la ila ha illa, huwal haiyul qaiyum wa atu bu ilaih
3. Allah humma inni as aluka ridho kawal jannah
4. Wa a 'u zu bi kaminn saqa ti ka wan narr
InsyaAllah, smg kita semua dapat mengamalkan doa dan zikir ini sebagai salah satu amalan kita di bulan yg mulia ini dan lebih afdhal jika dapat menjadikannya sebagai rutin harian kita selamanya. Menurut Ustaz tu juga, kita kena byk berdoa agar dibukakan pintu syurga seluas-luasnya dan ditutup pintu neraka serapat-rapatnya utk kita krn setiap doa di bulan Ramadhan InsyaAllah akan dikabulkan.
Teringat aku cerita sahabatku Kak Wahi tentang satu ceramah agama yg didengarinya, Ustaz tu memanggil audience dgn panggilan "bakal-bakal jenazah' dan bukannya Tuan2 dan Puan2 spt kebiasaannya. Gerun aku mendengarnya tapi bukankah itu ialah satu kenyataan?
Alhamdulillah...Shukran...
ReplyDelete