Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah



Salam Maal Hijrah untuk semua ya. Semoga kita semua akan terus berhijrah dari hari ke hari menuju ke sesuatu yang lebih baik di dalam semua aspek. InsyaAllah, doa saya sendiri agar saya akan menjadi:

1. Seorang hamba Allah yg lebih baik
2. Seorang isteri yang lebih baik
3. Seorang anak dan menantu yang lebih baik
4. Seorang ibu yang lebih baik
5. Seorang adik, kakak, adik ipar, kakak ipar dan ibu saudara yang lebih baik
6. Seorang pendidik yang lebih baik
7. Seorang pekerja yang lebih baik
8. Seorang pelajar yang lebih baik
9. Seorang sahabat yang lebih baik

InsyaAllah, semoga Allah terus permudahkan perjuangan dan perjalanan hidup saya bersama keluarga tersayang. Untuk sahabat-sahabat blogger dan juga silent readers blog saya, begitu jugalah doa saya utk anda semua.

Saturday, December 4, 2010

Wildan's Big Day

Alhamdulillah, akhirnya semuanya berakhir dengan baik. Pagi tadi ada Majlis Graduasi dan Penyampaian Hadiah kat tadika Wildan. Selain drp dapat hadiah, Wildan join Pertandingan Pakaian Beragam. Mula2 tu saya ingat tak payah masuklah tapi kesian pula kat dia bila tgk kawan2 dia join. Fikir punya fikir, Mama bagi idea suruh Wildan pakai pakaian ala Bollywood. Ok juga tu sebab tak payah nak teruk2 sgt nak cari costume dan sebagainya. Bila try punjabi suit yg Kak Eeja beli from India tu, alamak dah tak muatlah. Nasib baik teringatkan kawan saya Usha yg ada anak lelaki sebaya Wildan. Usha bawa 5 pasang punjabi suit dan nasib baiklah ada yg muat dgn Wildan. Dah buat segala persiapan dan saya pun dah excited nak tgk Wildan dapat hadiah, tiba2 kelmarin dia demamlah pulak. Bukan demam sedikit tp demam yg sgt panas. Bawa dia ke klinik, Doktor kata viral infection dan boleh berjangkit satu family. Agaknya dia berjangkit dari demam saya hari tu agaknya. Saya dah sedih masa tu sebab takut Wildan tak dapat merasa naik pentas ambil hadiah. Puas berdoa biarlah dia sihat agar dia dpt menghadiri majlis penyampaian hadiah tu.

Syukurlah pagi ni nampak dia sihat sikit, so bolehlah gi majlis tu. Puas saya dan mama mengajar dia cara berjalan dan cakap "namaste" ketika pertandingan pakaian beragam tu nanti. Sebelum keluar rumah, saya bagi dia makan semua ubat dan antibiotik dia. Ketika sampai di sana, nampak dia ok lagi tapi ketika dia keluar ke pentas utk peragakan baju bollywood tu, saya dan suami terkejut sebab nampak dia mcm takut2, mengantuk, mcm blur2 sikit dan siap letak jari dlm mulut. Sebelum ni dia tak pernah pun mcm tu. Tiba2 jadi pemalu yg amat. Saya agak mungkin disebabkan ubat2 yg dia makan tu buatkan dia mcm 'khayal' sikit. Tak apalah Wildan, walaupun Wildan tak menang tapi Wildan sentiasa menang di hati Ibu dan Abah.

Untuk penyampaian hadiah, Wildan dapat 3 hadiah iaitu "Pelajar Cemerlang Terbaik", "Pelajar Terbaik Bagi 5 subjek" dan "Anugerah Usaha dan Bersaing". Alhamdulillah, Ibu dan Abah bersyukur dan berbangga dengan kejayaan Wildan. Semoga berkekalanlah hendaknya kecemerlangan ini di dunia dan juga akhirat.


Ini dia pakaian ala Bollywood yg dipinjam dari Auntie Usha.


Bersama kawan-kawan kat tadika. Wafriy pun turut menyibuk sama.

Sayang adik abang.






Anak Ibu.

Nyanyi lagu "Bintang-bintang di langit".



Fashion show.
Budak yang tak tahu duduk diam.

Dadi yg turut happy tgk kejayaan cucu.

Thursday, December 2, 2010

Sakitlah lagi

Mungkin disebabkan cuaca....
Mungkin kerana saya kurang minum air.....
Mungkin kerana saya sedang stress....
Mungkin sekadar ujian kecil Allah...
Mungkin Allah nak cuci dosa-dosa kecil saya...
Mungkin juga kesan awal supplement Beauty Umaira.....

Hehe, yg kat atas tu bukanlah sajak atau puisi tp semua kemungkinan yg ada kenapa saya tiba2 sakit lagi setelah baru saja sembuh dari sakit minggu yg lepas. Saya pun hairan, jarang benar saya sakit bertimpa-timpa mcm ni. Selasa lepas, saya dan suami ambil cuti dgn niat nak spend masa bersama-sama atau lebih tepat nak berdating lah. Selepas tgk Rapunzel dan makan steamboat kat Johnny's, saya terus rasa pening semacam dan badan rasa lemah sgt2. Bila balik saja ke rumah petang tu, saya terus berselimut dgn comforter. Tak cukup satu comforter, saya minta suami tambahkan satu lg comforter. Tak cukup lagi, saya minta anak2 letakkan bantal2 ke atas saya but still saya terketar-ketar menahan kesejukan. Walaupun saya sejuk tetapi suami kata badan saya sgt panas. Kepala pening tak usah cakaplah, sampai berair mata saya menahan sakit. Keesokkan harinya saya mc, pergi klinik, doktor kata tekak saya bengkak. Yg lain-lain tu doktor kata tak ada apa2.

Hari ni Alhamdulillah, saya dah ok. Cuma menurut kata kawan2, muka saya agak pucat. Yg bestnya bila timbang berat badan tadi, turun dekat 1.5 kg. Ni lah hikmahnya ya.

Semasa berjumpa students tadi, ramai yg bertanya, "kenapa teacher selalu tak sihat kebelakangan ni?" Paling kelakar ada seorang student tanya " teacher ni ada penyakit lain ke?" dan seorang lagi yang bertanya "teacher pregnant ke?" Amboi, amboi students zaman sekarang ya berani betul. Kalau dulu kita tanya soalan2 mcm tu kat cikgu kita mahunya dapat penampar tapi zaman sekarang cikgu cuma jawab dgn jelingan manja saja.

Tapi soalan2 tu tak boleh lawan dgn soalan Wafriy bila tgk saya tgh sakit hari tu, dgn muka sedih dia tanya " Ibu dah nak mati ke?" Hehe....

Monday, November 29, 2010

Mengidam....


Dah lama kawan saya Syikin, minta saya masakkan dia daging goreng. Orang tgh pregnant kan, mcm2 lah yg diidamkannya. Hari tu dia nak makan sandwich sardin, yg tu saya dah buat cuma tinggal satu aje lagi yg masih belum sempat saya buatkan iaitu ikan bawal putih masak stim. Susah pula nak cari ikan bawal putih kat SP ni. Sahabat saya ni dah kematian ibu dan ayah, suaminya pula tinggal di KL. Saya dah anggap dia macam adik sendiri. Kelmarin, sebelum ke kenduri, saya masakkan dulu daging goreng ni untuk dia.

Mama saya cukup particular bab "org pregnant sebut nak makan apa2 ni". Bagi mama apa sahaja yg org pregnant sebut teringin nak makan atau pakai atau apa sajalah, kita kena tunaikan. Semasa kat Parit Buntar dulu, kalau ada jiran2 atau anak2 jiran yg pregnant, mama pasti akan hantar sekurang2nya sepiring kecil apa yg dimasaknya. Kata mama, manalah tahu kalau mereka terhidu bau masakan tu dan teringin tetapi malu nak minta sendiri. Yg lebih touching bila Mama kata, manalah tahu kalau esok2 mama dah tak ada dan ada anak atau menantu mama yg mengidam nak makan apa2, smg berkat apa yg mama buat tu, orang lain akan kabulkan permintaan anak dan menantu mama. Mulia betul hati Mama saya ni.

Mungkin disebabkan itulah, ketika saya pregnantkan Wildan dan Wafriy, setiap benda yg saya sebut dan inginkan akan ditunaikan bukan saja oleh mama dan suami tetapi juga kawan2 di sekeliling saya. Sebutlah apa pun, pasti ada yg akan usahakannya. Bukan saja kawan2 yg berbangsa Melayu, malahan my Chinese and Indian friends pun turut sama memanjakan saya. Rezeki saya agaknya, berkat doa dan hati mulia mama....

Yang ini pula saya yang "mengidam" nak makan. Tapi mengidam saya tak ada apa2 kena mengena dgn pregnant. Saya teringin nak makan ikan siakap masak stim. Kat SP ni ikan siakap masak stim ni cuma dijual sebelah malam, malaslah pula saya nak makan sebelah malam, berat badan yg naik sejak raya hari tu sampai sekrg tak turun malahan semakin bertambah. Bila suami ke Econsave hari tu, dia ternampak ikan ni dan terus teringat saya teringin nak makan. Yg tak bestnya kat Econsave tu diaorang tak boleh tlg siang ikan tu, so berhempas pulaslah saya dgn pisau yg setakat mampu potong sayur dan buah tu saja menyiang ikan yg agak besar ni. Harga seekor ikan ni cuma RM 10 aje ttp yg hairannya kenapa kalau kita makan kat restoran, diaorg boleh mark up harga ikan tu sampai RM 35 -RM 45 seekor? Lebih baiklah beli dan masak sendiri kan.


Walaupun teringin nak masak stim tetapi memandangkan suami dan bapa mertua yg kebetulan ada di rumah tak berapa suka, saya goreng dan masak asam aje. Masakan ni mmg favourite semua orang termasuklah arwah ibu mertua saya semasa hayatnya dulu.

Walaupun ikan siakap masak asam ni sedap rasanya, saya masih tetap "mengidamkan" ikan siakap masak stim. Kena tunggu next weekend lah nampaknya.

Saturday, November 27, 2010

Award Dari Kak Azatie

Tq Kak Atie. Suka betul baca blog Kak Atie sebab dari writing style tu terserlah sisterly attitude nya. Mungkin disebabkan saya sendiri tak ada kakak, saya cepat mesra dgn orang yg berpangkat kakak ni. Kat ofis pun, hampir kesemua best friends saya adalah yg berpangkat 'kakak'. Lagi satu sebab saya suka baca blog Kak Atie sebab resepi2nya yg npk sgt menyelerakan tp simple aje bahan2 dan cara membuatnya. Tak ada yg nak kena guna ramuan atau bahan pelik2 yg nak kena pi cari kat tempat2 tertentu saja. Tu yg best tu.

Again, tq Kak Atie sayang.

Thursday, November 25, 2010

A Scary Fact

Salam semua,
That day kan saya cakap rasa macam tak sihat, at last mmg betul2 tak sihat. Teruk benar sakit kali ni, siap selsema, batuk, pening, mild asthma dan sakit badan2. Saya gagahkan juga gi kerja, masa mengajar pretend mcm ok walhal rasa nak tumbang je. Ada juga students yg caring, perasan yg saya ni tak berapa ok. Bila balik rumah, saya terus surrender, dua hari berturut-turut suami dan mama yg uruskan anak2 sampailah mereka tidur. Alhamdulillah, hari ni dah ok sikit walaupun badan terasa masih lemah. Mungkin juga ini semua merupakan kesan awal sejenis supplement yg saya baru makan tu. Nanti kalau ada perubahan yg positif, saya akan share kat sini ok.

Ni nak kongsi email yg saya baru terima dari seorg kawan. Interesting, baca dulu ya.

A number of researchers at Princeton 's University have discovered something scary!.

For several months, they were feeding two groups of mice: the first group with food kept in a refrigerator, and the second group with food kept in a refrigerator as well but with several decorative magnets on the door.

The objective of this experiment was to see how electromagnetic radiation (that coming out from the decorative magnets on the door) affect food items. Amazingly, rigorous clinical studies stated that
the group of mice that consumed the “radiated” food had as much as 87 % higher probability to get cancer than the other group of mice.


Inexplicably no Governments or health associations/institutions have given any statement on this regard. However, and just in case,
it is recommendable to remove any decorative magnet from refrigerators,
and put it far away from any food..


Kindly pass this information to your contacts.


Takutkan??? Saya percaya bukan saya seorg sahaja yg gilakan fridge magnet ni. Setiap kali kawan2 ke overseas, benda ni lah yg wajib dipesan. Dulu suami dah beritau saya jgn letak fridge magnet kat fridge sbb tak elok utk durability fridge tu tp as usual saya ni degil (mesti suami cakap "tahu pun"), sebabnya tak ada black and white ttg tu. Tapi bila terima email ni rasa takut juga. Dalam dok takut tu, sampai sekarang saya tak remove pun lagi fridge magnet kat peti ais saya. Nanti saya investigate lagi, try to find out a more reliable source yg boleh prove claim ni. Kalau saya ada sebarang info, saya akan beritau kat sini ya and please do the same thing too ok.


Ni antara collection saya yg diletakkan kat fridge. Sebahagian lagi saya simpan dalam kotak. Mungkin saya kena beli magnetic board lepas ni utk display fridge magnet yg cute2 ni.



Monday, November 22, 2010

Cerita di petang hari

Salam, lama ya saya tak update blog ni. Biasalah kalau ada apa2 occasion contohnya raya atau kenduri, orang perempuan lah yg paling sibuk. Memang saya sibuk pun, hari ni baru boleh bernafas sikit tapi dah mula bekerja. Cuti raya haji bermula dari hari Rabu hingga ke Ahad tu memang sentiasa dipenuhi dgn pelbagai aktiviti dan hampir kesemuanya melibatkan aktiviti bersama saudara-mara.

Setelah solat raya, saya sekeluarga balik ke kampung suami di Penang. Ikutkan hati saya teringin sangat nak balik ke kampung sendiri di Parit Buntar tapi suami kata lain kali sajalah. Mula2 tu memang dah nak tersentap jugalah tapi bila difikirkan semula, saya faham kenapa suami kurang setuju. Sejak Mama tinggal bersama saya untuk rawatan fisioterapi, rumah tu terbiar kosong. Dah lama kami semua tak balik ke sana. Kalau balik, sekurang-kurangnya sehari suntuk kena mengemas dan bersihkan rumah tu. Saya dan anak2 pula sgt allergik dgn habuk, silap2 boleh terkena asma ketiga2 beranak. Cuti pula sgt limited, kami kena pulang semula ke SP pada hari Jumaat sbb ada nak buat renovation sikit kat pagar rumah. So kalau setakat dua hari tu mmg tak berbaloilah nak balik Parit Buntar. Apapun, saya berharap sangat agar dapat balik ke sana, biasalah kan, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat saya membesar.

Sejak dua tiga hari ni saya rasa badan kurang sihat sikit, nak kata sebab makan byk daging tak juga. Walaupun saya banyak masak daging korban utk tetamu dan family, saya cuma makan sikit je. Memang saya kurang gemar makan daging. Badan ni macam seram sejuk je, kepala pun pening, perut pun tak selesa. Nak makan panadol pun tak boleh sebab saya ni allergik dgn panadol. Tahan ajelah. Harap2 tak melaratlah ya.