Salah satu cabaran yg membuat saya sgt excited pd Ramadhan kali ni ialah utk melatih Wildan berpuasa. Sebulan sebelum Ramadhan lg saya dah cerita kat dia dgn kebaikan berpuasa, pahala, kelebihan dari segi kesihatan dan sebagainya. Saya juga turut janji nak beri dia something sbg reward utk dia berpuasa penuh. Bukan nak rasuah ttp sebagai ganjaran. Masuk je bulan puasa saya yg terlebih berdebar-debar. Maklumlah anak sulung kan.
Hari Pertama Ramadhan:
Dia bangun sahur dgn mudah. Ganjaran utk dia bersahur ialah fries, makanan terlarang yg kami tak galakkan dia makan selama ni. Habis tu, takkan nak suruh dia makan nasi yg dia tak makan langsung tu, mahunya dia tak nak berpuasa!

Ni ketika ambil dia dari tadika dan nak hantar transit kat nursery. Punyalah monyok muka. Bila saya tanya dia"Wildan ok?" Dia jawab "ok". Sebelum sampai nursery saya pesan kat dia suruh puasa. Siap ingatkan dia lagi tentang hadiah yg dia bakal dapat kalau dapat berpuasa penuh sampai sebulan. Kpd kakak2 pengasuh kat nursery tu saya berpesan spy jgn benarkan Wildan berbuka dan kalau "apa2" telefon aje saya". Saya begitu pasti yg Wildan mampu berpuasa penuh. Di dalam hati ni dah berkira-kira nak belikan dia semua favourite food dia utk berbuka nanti. Hati saya rasa excited sgt, langsung tak rasa letih berpuasa.
Pukul 4.10 ptg ketika saya sedang discuss something dgn seorg student, saya dpt panggilan dari Kak Sue, cikgu nursery Wildan. Hati saya dah tak tentu hala, dah boleh agak dah apa yg Kak Sue nak cakap. Saya fikirkan tentu Kak Sue nak beritau saya Wildan nak buka puasa. Saya dah berkira-kira utk menghentikan discussion dgn student tu dan terus ke nursery utk memujuk Wildan. Ttp apa yg Kak Sue beritau sgt mengecewakan saya. Wildan dah pun berbuka! Dia beritau Kak Sue dia dahaga dan kerana tak sampai hati Kak Sue berikan segelas air kpd dia. Hanya slps itu baru salah seorg kakak pengasuh tu beritau Kak Sue yg saya dah berpesan spy jgn benarkan Wildan berbuka puasa. Ketika tu, saya rasa seluruh semangat saya hilang. Saya betul2 frust dan sedih sampaikan dah nak keluar air mata menangis. Bila beritau suami, dia pun npk frust tapi suami kata " dia kan baru 6 tahun, rilekslah".
Ketika ambil dia balik dari nursery, saya kurang bercakap dan melayan dia. Dia pun sedar saya marah dan berkali-kali memohon maaf. Saya betul2 terkilan dan kecewa dgn dia.
Semalaman saya berfikir ttg perkara ni dan entah dari mana, saya diberikan kesedaran bahawa saya tdk boleh mengharapkan kesempurnaan dari anak2 saya. Saya menaruh harapan yg terlalu tinggi terhadap Wildan sehinggakan saya terlupa hakikat bahawa dia baru berusia 6 tahun. Walaupun ada budak 6 tahun yg mampu berpuasa penuh tetapi saya akur dgn hakikat bahawa kemampuan setiap anak itu tidak sama. Sebenarnya saya yang bersalah dlm hal ini dan saya tak mahu kesalahan saya yg terlalu memaksa dan bertegas utk dia berpuasa penuh ini akan membuatkan dia serik utk berpuasa lagi pada masa akan datang. Saya terus rasa insaf dan bersalah sgt2 dan berjanji akan lebih bertolak-ansur ttg perkara ni.
Hari Kedua RamadhanSaya kejutkan Wildan bersahur. Saya beritahu dia "Wildan wajib berpuasa sehingga tghari. Kalau Wildan strong enough dan boleh bertahan, puasalah sampai habis ttp kalau tak tahan, Wildan bukalah".
Alhamdulillah, bila saya ambil dia dari nursery pd pukul 4.30 ptg, dia beritahu saya dia masih berpuasa. Berkali2 saya tanya dia, "Wildan ok ke? Wildan boleh tahan ke?". Dia cakap ya. Dalam kereta dia aktif, siap menyanyi2 lagi. Saya pula rasa guilty. Mcm mana kalau dia pengsan nanti? Mcm mana kalau dia dpt gastrik? Mcm2 yg saya fikir dan risaukan. Berkali2 pula saya tanya suami"tak pa kan Bang dia puasa? Dia npk aktif saja tu, maksudnya dia ok lah kan?" Suami senyum dan geleng2 kepala dgn perangai saya ni.



Pukul 6.30, dia mula buat perangai dan merengek kelaparan. Nak suruh dia buka terasa sayang. So saya pujuk dia. Sekejap2 dia tanya" Berapa minit lg ni Ibu", "Lambat lg ke Ibu" dan mcm2 rintihan dan drama lagi yg dia buat. Saya pujuk dia sehinggakan sanggup bagi dia main games dlm handphone baru saya. Bukannya apa, dah tinggal tak sampai sejam, rasa sayang sgt nak buka dan dia pun still nampak ok.

Dan akhirnya, Alhamdulillah Wildan dpt menghabiskan puasa sehari hari ni. Sayalah org yg paling happy sekali. Syukurlah. Saya peluk dan cium dia, terasa bangga sgt dgn dia. Bila tanya dia "Wildan nak puasa lagi tak esok?". Dia cakap "tak nak, Wildan letih sgt." Alamak, dia dah serik ke?


Ini makanan Wildan ketika berbuka. Nugget, fries dan donut. Donut merupakan satu2nya kuih yg dia makan. Tp mungkin disebabkan letih sgt, dia cuma makan nugget dan fries saja. Donut tu saya dan Wafriy yg habiskan.
Hari ketiga RamadhanDia bangun bersahur spt biasa. Semasa saya ambil dia dari tadika, dia beritahu saya dia dahaga dan letih. Saya cuma cakap, "kalau Wildan tahan, jgn berbuka ttp kalau tak tahan sgt berbukalah". Sewaktu ambil dia dari nursery ptg tu, saya tgk dia sedang bermain bola dgn kawan2 dia dan saya dah boleh agak dia dah berbuka. Dia nampak takut2 ketika beritahu saya ttp saya cakap ok, takpa.
Hari ni, hari keempat Ramadhan, ketika saya mengambil dan menghantarnya ke nursery tadi, Wildan masih berpuasa. Dia kata dia nak habiskan puasa pada hari ni. Saya cuma kata"Kalau Wildan masih bertahan, puasalah dan Ibu akan happy. Tetapi kalau tak larat, bukalah puasa. Ibu faham".
Sekarang saya dah lebih rileks dan menerima hakikat bahawa anak sulung saya ini baru berusia 6 tahun. Mungkin kerana dia merupakan anak sulung, saya selalunya lebih bertegas dan menaruh harapan yg lebih tinggi terhadap dia. Ketegasan ini adakalanya membawa kebaikan tetapi adakalanya juga mungkin boleh membawa masalah yg lebih besar pada masa hadapan.
Ramadhan ini saya mendapat satu lagi pengajaran berguna dan syukurlah saya diberikan kesedaran ini.