Friday, July 20, 2012

Lahirnya puteri yg ditunggu



Salam semua. Alhamdulillah saya selamat melahirkan puteri pertama dan anak ketiga saya ni pd 14 Julai 2012, pukul 5.45 pg. Puteri ini kami namakan Naurah Addeena Wafiya yg bermaksud Bunga agama kami yg sempurna. Smg Wafiya akan membesar sbg anak solehah yg menjadi bunga penyeri hidup kami sekeluarga dan insan2 disekelilingnya. InsyaAllah, nanti ada masa saya ceritakan pengalaman melahirkan Wafiya kat blog ni.

Buat kawan2 semua, selamat berpuasa saya ucapkan. Npknya Ramadhan saya kali ni lebih meriah dgn kehadiran Wafiya walaupun ibu Wafiya sendiri belum dpt berpuasa.


Thursday, June 28, 2012

Padan muka, dah tak boleh minum kopi.



Ingat lg tak entry saya yg terdahulu, ttg btp sukanya saya minum kopi? Bila check kat klinik baru2 ni, Doktor tgk kandungan HB darah saya rendah dari sepatutnya. Bila Dr tu siasat puncanya dan bila saya kata saya kerap minum kopi atau nescafe, Dr tu kata " kalau mcm tu awak makan sekilo vitamin setiap hari pun tak jadi apa". Dr tu kata caffeine di dlm kopi dan nescafe tu mengakibatkan proses penyerapan vitamin especially zat besi terganggu. Dan akibatnya??? Saya dah dilarang utk minum kopi atau nescafe sekrg, huhu..Tapi doktor tu kata kalau teringin sgt minumlah sekali dlm seminggu.

So sekrg ni saya asyik minum Milo je pagi dan ptg. Seksanya sbb tak dpt minum kopi hanya Allah yg tahu. Bukannya Milo tu tak sedap tp kepuasan spt minum kopi tu tak ada. Tp takpalah, demi kebaikan baby, apapun sanggup saya lakukan...

Saturday, June 23, 2012

Update juga akhirnya.....

 Salam buat semua kawan-kawan yg sudi singgah di blog saya ni. Rasanya inilah tempoh plg lama saya menyepi. Entahlah, bukannya tak teringin nak update blog ni ttp entahlah, masa  tak cukup, mood pun tak seberapa. Ditambah pula dgn keadaan saya yg semakin sarat ni, mmglah tak larat nak duduk lama2 depan komputer.

Utk pengetahuan kawan2 semua yg mungkin tertanya2 di manakah saya berada sekrg, samada masih mengajar di Penang atau sudah ke Pahang krn ditukarkan dulu, jawapannya ialah saya masih di sini, di kolej yg telah saya berkhidmat selama lebih dari 12 tahun. Saya akui ini adalah antara dugaan terbesar di dlm hidup saya. Menerima kenaikan pangkat tetapi di tempat yg jauhnya beribu-ribu batu. Menerimanya bererti kebahagiaan hidup sekeluarga akan tergadai kerana saya tak mungkin akan dapat hidup bersama sebumbung dgn suami dan anak-anak saya utk sekurang-kurangnya 5 tahun. Spt yg pernah saya ceritakan pada entry terdahulu, saya membuat rayuan ttp ternyata rezeki tidak menyebelahi saya. Rayuan itu ditolak atas alasan kuota sudah penuh. Betapa mencabar dan tercabarnya keadaan saya ketika itu hanya Allah yang tahu. Pilihan yang ada hanyalah terima tetapi berpisah dengan keluarga atau tolak tetapi saya dapat terus bersama dengan suami dan anak-anak saya. Pastinya pilihan saya ialah yang kedua. Saya menerima hakikat dengan seredha-redhanya bahawa pangkat dan jawatan itu bukanlah rezeki saya. Rezeki saya ialah keluarga saya terutama sekali suami tercinta yang sangat baik, memahami dan menyayangi saya seadanya, anak-anak tersayang yang comel, baik dan pintar, Mama yg sgt dikasihi yg sgt menyayangi dan sentiasa setia menemani saya di saat susah dan senang dan bapa mertua yang dikasihi yang sgt baik dan sgt menyayangi saya. Inilah rezeki saya yang tidak ternilai harganya. Inilah kebahagiaan hidup saya yang tidak mungkin saya gadaikan dengan wang ringgit. Inilah rezeki saya yang perlu saya jaga sebaik-baiknya. Dan syukurlah sehingga kini saya dapat merasakan bahawa keputusan ini adalah yang terbaik dan tidak ada sedikitpun penyesalan di hati saya.


Buah hati pengarang jantung saya


Apalagi ya yg boleh dicerita? Kandungan saya hampir 37 minggu sekrg dan due date pun cuma tinggal 3 minggu saja lagi. Nervous saja rasanya nak menanti saat tu walaupun ini adalah pengalaman yang ketiga. Syukurlah kesihatan saya agak stabil sepanjang pregnancy ni cuma sekrg ni saya cepat sgt terasa letih, sakit belakang dan kaki pun agak bengkak walaupun BP saya ok. Doakan saya dan baby selamat ya. Wildan dan Wafriy pun tak sabar2 nak tunggu baby lahir, hampir setiap hari mereka bertanya "bila baby nak keluar ni?".

Ok smg selepas "comeback entry" ni, akan adalah entry2 lain yg menyusul ya. Dan smg masih ada yg sudi membaca blog saya yg dah lama terkubur ni.



Tuesday, April 10, 2012

Mengidam

Dah lama mengidam nak makan nasi impit, cucur udang dan kuah kacang masakan sendiri ni. Hari Ahad baru ni, saya merajinkan diri untuk memasak semua ni dan Alhamdulillah, puas rasanya dapat makan apa yg diidam-idamkan. Selalunya masakan nasi impit dan kuah kacang ni saya cuma masak ketika raya tetapi memandangkan ketika raya nanti saya di dlm tempoh berpantang, so saya kena "beraya" lebih awal lah dari sepatutnya.

Setakat ni saya tak adalah mengidam yang pelik-pelik. Beberapa bulan lepas, saya mengidam nak makan lasagna. Dua kali suami bawa makan kat Secret Recipe, dah terubatlah perasaan 'mengidam' tu. Slps tu, last week, teringin pula nak makan KFC, bila dapat makan tu terasa sedap sgt ayam KFC yg sebelum ni saya tak berapa nak heran. Semasa awal mengandung dulu, saya selalu teringin nak makan masakan Mama tapi kebetulan Mama ada di KL masa tu. Sekarang bila Mama dah ada kat rumah saya, saya jarang beritahu Mama apa yang saya teringin nak makan kerana tak sampai hati nak suruh Mama penat2 memasak kat saya. Tetapi naluri seorg ibu tu mmg tak dapat dinafikan. Mama macam tahu saja apa yang saya teringin dan suka makan, bila balik rumah dari ofis tu dah sedia terhidang makanan2 favourite saya di atas meja.So, disebabkan terlalu berselera makan masakan Mama, bulan lepas semasa check-up saya dah kena sound dgn nurse sbb berat badan saya naik 3 kg dlm masa sebulan. Sekarang ni saya berhati-hati juga dgn makanan yg saya makan tetapi bila tgh berselera makan tu, mmg susah nak berhenti.Lately ni saya suka sgt makan kek coklat, mulut ni asyik terasa nak makan kek coklat saja. Macam mana tak naik berat badan kalau mcm ni, rasanya ketika berpantang nanti mmg saya kena betul2 berpantang utk turunkan balik berat badan yang dah semakin naik ni.


              

  



Thursday, March 29, 2012

Wildan & FB



Anak zaman ICT, saya kena akur dgn perkembangan zaman. Tapi cuma boleh online on weekends saja tau. Wafriy pun nak juga, tapi saya kata dia kecil lg, masuk Tahun 1 baru boleh.

Monday, March 26, 2012

Saya sedang diduga......



Sekali lagi saya menyepi sebentar dari blog dan kali ni mmg saya betul-betul menyepi kerana bukan sahaja blog sendiri tidak saya jengah, tetapi blog kawan-kawan lain pun saya tak berkesempatan utk singgah.

Semuanya kerana tiga berita ini, dua berita baik dan satu berita buruk. Dan satu berita buruk ini telah menenggelamkan kegembiraan menerima dua berita baik ini.

Berita baik pertama ialah, Alhamdulillah, saya dan suami menerima kenaikan pangkat. Berita baik kedua ialah suami saya ditawarkan jawatan itu di kolej yang kami sedang berkhidmat sekarang dan berita buruknya ialah..................................saya ditawarkan jawatan itu di Gambang, PAHANG yg jaraknya hampir 10 jam perjalanan dgn kereta dari rumah saya.

Sejak mendapat berita ini, kehidupan saya menjadi sgt tak keruan. Makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur pun tak lena. Bukan mudah untuk membuat keputusan ini. Nak dilepaskan terasa sayang, nak diterima lagilah terasa sayang utk berpisah dgn suami, anak-anak, Mama dan Ba. Sekali fikir apalah ertinya pangkat yang tinggi dan gaji yang lumayan jika terpaksa berjauhan dgn insan-insan yang saya sayangi. Dua kali fikir, pangkat yang tinggi dan gaji yang lumayan itu boleh memberi kesenangan dan kemewahan kepada keluarga di masa hadapan. Tiga kali fikir, anak-anak lebih memerlukan saya di sisi mereka berbanding wang ringgit. Empat kali fikir, setiap kali cuti, saya dan suami boleh membawa anak-anak, Mama dan Ba bercuti ke luar negara dan mungkin impian kami utk ke Mekah dapat dicapai dlm masa terdekat ini. Lima kali fikir, saya tak mungkin boleh hidup tanpa suami dan anak-anak walaupun sehari. Enam kali fikir, apa nak jadi kpd anak ketiga saya yang bakal dilahirkan pada bulan Julai nanti sekiranya perlu tinggal berjauhan dari abah dan juga abang-abangnya? Tujuh kali fikir,saya juga tak sanggup berjauhan dgn mama dan bapa mertua saya yang semakin berusia. Bagaimana kalau mereka jatuh sakit dan apa-apa terjadi kepada mereka?Lapan kali fikir, bukan senang nak dapat pangkat ni di dlm usia sebegini. Sembilan kali fikir.... Aduh, pening, pening.....

Syukurlah, saya dan kawan-kawan yang lain diberi peluang penangguhan memulakan tugas di kolej baru sehingga akhir Mei nanti. Saya sudah pun menghantar surat rayuan dan apa yang saya boleh buat sekarang ialah berdoa dan terus berdoa agar rayuan saya diterima. Saya percaya hanya Allah sahaja yang dapat membantu saya sekeluarga di saat-saat sebegini. Apa yg pasti, dugaan sebegini telah mendekatkan saya lagi kpd Allah. Saya juga melihat kasih sayang yang tulus ikhlas dari suami, mama dan Ba yang tidak berhenti-henti mendoakan saya. Suami saya jugalah orang yang paling sibuk menguruskan surat rayuan dan apa sahaja hal yang berkaitan dgnnya. Anak-anak saya juga tidak ketinggalan mendoakan agar ibu mereka tidak perlu meninggalkan mereka tetapi dlm masa yang sama tetap dapat menerima kenaikan pangkat. Lucu pun ada bila mendengar Wildan dan Wafriy berdoa selepas solat dan selepas membaca doa makan, "Ya Allah, bagilah ibu aku tak payah pi Pahang tapi dapat naik pangkat".

Apapun jua keputusan saya nanti, keutamaan saya ialah KELUARGA saya.


Friday, March 2, 2012

Birthday Wildan

Sebenarnya birthday Wildan ialah pada 17 Februari yg lepas. Memandangkan ketika itu kami sekeluarga tak sihat, sambutan birthday Wildan cuma dibuat secara kecil-kecilan di nursery.
Birthday cake Wildan, gambar Angry Birds. Yg hijau tu bukannya pig ya tapi frog.


Birthday boy yang baru sembuh dari demam.

Antara kawan-kawan Wildan kat nursery. Banyak yg bersekolah pagi so tak meriah sgtlah.


Sabtu lepas setelah semuanya dah sihat, barulah kami berpeluang celebrate birthday Wildan kat luar. Wildan yg pilih nak makan KFC, favourite restaurant dia.

Seronok sgtlah tu bila dapat makan fast food.

Abah and Wildan.

Dadi pun ada. Wafriy sibuk dok main game.

Ibu yg semakin tembam bersama Wafriy. 

Ini je kek yg saya buat utk Wildan. Kek batik resepi  Millia dan Hasue yg famous tu.


Buat Wildan, selamat hari lahir sayang. Ibu dan Abah sgt bertuah kerana memiliki Wildan. Smg Allah panjangkan umur, murahkan rezeki, terangkan hati, tajamkan fikiran dan sentiasa memelihara Wildan di dalam keberkatanNya. Sayangnya Ibu pada Wildan tidak terhitung dgn angka, tidak terzahir dgn perkataan. Smg Wildan dan Wafriy terus menjadi anak soleh penyejuk hati keluarga.