Saturday, December 17, 2011

Hari Penyampaian Hadiah dan Graduasi Wildan

Dah lama berlangsungnya konvo tadika Wildan ni, dah hampir 3 minggu ttp disebabkan kemalasan yg melanda, baru sekrg saya nak update. Nak upload gambar byk2 ni perlukan masa yg banyak dan juga kena gunakan laptop. Setakat update dgn handphone saya tu, cuma satu gambar je yg boleh di upload. Ok, jom layan gambar2 Wildan semasa konvokesyen Tadika Perintis Kecil yg diadakan pada 26 November 2011. Walaupun baru konvo tadika, hati saya dah terasa sgt sebak melihat Wildan di atas pentas. Dia menerima hadiah Cemerlang di dalam 5 matapelajaran dan hadiah pelajar yang rajin dan berusaha. Paling sebak ketika melihat dan mendengar dia menyanyikan lagu "Ayah dan Ibu" bersama kawan-kawannya kerana mata dia tak berkelip melihat wajah saya sambil menyanyikan lagu tersebut.





















Sunday, December 11, 2011

Selamat Bercuti Mama



Sedihnya rasa hati ketika menghantar Mama ke stesyen bas pagi tadi. Mama nak gi KL, rumah abang dan juga adik saya. Cuti2 sekolah ni selalunya Mama gi temankan Emil, cucu sulungnya. Mama mungkin berada di sana hingga pertengahan January krn kebetulan adik ipar saya pun akan bersalin anak kedua pd masa tersebut.

Spt biasa kedua-dua hero saya menangis ketika nak berpisah dgn Dadi mereka. Dah hampir 3 tahun Mama tinggal dgn saya, anak2 saya mmg dah tersgt rapat dgn Dadi mereka. Setiap kali Mama ke KL atau ke rumah kakak Mama di Penang, mmg drama air matalah jadinya. Saya pun sedih dan menangis juga tapi tak leh lebih2 sbb tak nak Mama dan anak2 lebih bersedih. Nak pujuk anak2 yg tak berhenti2 menangis tadi, saya dan suami bawa diaorg gi main2 kat Tesco Playland. Sekrg ni dah ok sikit cuma Wafriy yg masih dok kata " Wafriy rindu kat Dadi, Wafriy nak Dadi".

Syukurlah Mama dah selamat sampai KL petang tadi. Smg Mama akan sentiasa happy kat sana. Mana tak happynya, kat KL tu Mama boleh shopping puas2 bersama abang dan kakak ipar saya yg rajin bawa Mama shopping dan makan2 kat tempat yg best2. Selalunya bila nak pi KL, Mama bawa 2 beg ttp bila balik dari KL, Mama bawa 4 beg! 

Posted via Blogaway

Friday, December 2, 2011

Menang!



Alhamdulillah, satu kemenangan dan kenangan yg cukup indah pada hari ini. Kajian tindakan yg dibuat oleh saya dan kawan2 sekumpulan, Kak Yatie, Kak Azlina dan Kak Jas telah memenangi tempat kedua di peringkat R&D kolej. Mmg kami tak sangka boleh menang krn kajian ini dilakukan dlm keadaan kami berempat yg sgt sibuk dgn pelbagai komitmen lain. Selain drp tu, perbezaan pendapat juga menjadi salah satu cabaran dlm menghabiskan kajian ini. Tapi syukurlah, dah mmg rezeki kami utk menang.

Posted via Blogaway