Saturday, July 31, 2010

Steamboat lagi...

Tiba-tiba aku rasa teringin nak makan steamboat lagi. Dah lama kawan aku recommend kedai ni kat aku- The Chicken Chop Shop. Katanya selain dari chicken chop, steamboatnya juga sedap. On the way balik dari menghantar Mama ke stesen bas, kami sekeluarga singgah makan di sini. Mood anak-anak pun dah ok sikit sebab mereka terlena tadi di dalam kereta.

Asalnya order fries ni untuk anak2 tp memandangkan steamboat lambat sampai, aku dan suami pun makan sama.
Dah ok sikit mood kedua beradik ni.

Mmg sedap dan harganya jauh lebih murah dari steamboat Johnny's dan juga Cinta Sayang. Cuma RM 19.90 untuk set 2 orang makan.

Bersungguh-sungguh aku makan. Tomyamnya cukup rasa masam dan pedasnya. Boleh bawa Mama makan kat sini bila Mama balik nanti.

Bila dah kenyang, baru terfikir "alamak, terlebih sudah!". So, aku dan suami sama2 exercise semalam. Suami buat complete work out, aku buat yg simple2 saja- guna soft dumbbells dan twister. Dah dekat nak raya ni, takut tak muat pakai baju raya yg aku dah tempah tu.

Nak Naik Bas!

Lawak betul anak-anak aku ni. Kelmarin aku sekeluarga pergi ke stesen bas untuk menghantar Mama ke KL bagi menghadiri majlis perkahwinan anak sepupuku di Saloma Bistro Ahad ni. Sebaik saja mengetahui Dadi mereka akan menaiki bas, kedua-dua mereka asyik merengek "Wildan nak ikut Dadi naik bas", "Wafriy pun nak ikut Dadi naik bas" sepanjang perjalanan tu. Bila sampai di stesen dan bila Mama dah naik bas, kedua-dua mereka meraung-raung nak ikut sama naik bas. Memang mcm drama swasta sebab kedua-duanya menangis dan meraung sesungguh hati dan bila aku cuba memeluk Wildan dan mendukung Wafriy, kedua-duanya meronta-ronta hinggakan menarik perhatian semua orang kat situ. Memandangkan suamiku parking kereta di tepi jalan yg ada yellow line (parking yg disediakan dah penuh) dan takut kena saman, suami mengajakku pulang cepat. Sepanjang perjalanan dari stesen ke kereta, kedua-dua mereka terutama sekali Wafriy menangis-nangis dgn begitu kuat dan dramatik sekali sambil berkata, "Wildan nak naik bas", "Wafriy nak naik bas". Aduh, dahlah sakit badanku kerana mendukung Wafriy dlm keadaan dia meronta-ronta tu, malu besar pun satu hal kerana semua org melihat dan ada yg tersenyum-senyum kat kami. Di dalam kereta, kedua-dua mereka menangis dan menangis kerana "nak naik bas" sehinggalah aku memujuk dan berjanji akan membawa mereka naik bas suatu hari nanti.

Kelakarnya budak2 zaman sekarang kerana aku rasa sewaktu aku kecil dulu, aku dah rasa sampai dah 'tak larat' nak naik bas krn itulah satu-satunya pengangkutan yang aku sekeluarga gunakan setiap kali hendak ke mana-mana selain dari motosikal arwah Ba. Semasa aku kecil dulu, aku sentiasa berangan utk keluargaku memiliki kereta sendiri spt orang lain bagi memudahkan kami ke mana- mana tp apakan daya, kemampuan kami hanya setakat memiliki motosikal sahaja. Setiap kali kami ingin pulang ke kampung arwah bapaku di Ipoh atau ke kampung Mama di Penang, kami sekeluarga akan menaiki bas dan adakalanya akan menaiki teksi. Semasa aku bersekolah menengah pun aku menggunakan bas, semasa aku belajar di PPP/ITM pun aku gunakan bas, semasa di UKM pun aku gunakan bas dan ketika aku mula2 bekerja dan belum memiliki kereta pun aku gunakan bas. Kiranya aku mmg dah biasa sangat2 dgn bas ni berbanding dgn anak2ku yg sedari lahir sudah biasa dan sentiasa menaiki kereta ke mana sahaja. Seingat aku, hanya Wildan pernah menaiki bas sewaktu aku dan suami membawa dia bersama ke kursus kolej kami di Cameron Highland sewaktu dia kecil dulu.

So sekarang aku tgh dok ligat berfikir mcm manalah aku nak bagi anak2ku ini peluang menaiki bas. Mungkin bila ada kesempatan, kami sekeluarga boleh pergi ke rumah abang aku, Ayish di KL dgn menaiki bas sahaja, cuma masalahnya kat KL nanti susah pulalah nak bergerak tanpa kereta sendiri. Hmmm........, nantilah aku fikirkan.
Kedua-duanya keletihan sebab dah puas buat drama kat stesen bas petang tadi.

Friday, July 30, 2010

Shopping raya



Ini dia barang2 yg dibeli ketika aku, suami dan mama shopping baju raya anak2. Cadang tu nak habiskan kesemuanya dalam masa sehari tp tak sempatlah pula. Yg dapat dibeli cuma shirt dan t-shirt saja. Bukan senang nak memilih yg cantik dan berkenan di mata aku dan suami. Ada yg aku berkenan, suami tak berkenan dan begitu jugalah sebaliknya. Nak memilih yg matching colour pun satu hal juga. Aku suka anak2 aku pakai colour yg sama tetapi design berbeza. Nampak gayanya kena cari masa utk shopping lagilah untuk seluar dan kasut pula. Bila ya????

Dating Bersama Yang Tersayang


Siapa kata dating ni hanya utk pasangan kekasih dan orang muda sahaja? Tak betul tu krn menurut ahli psikologi dan pakar motivasi, pasangan suami isteri perlu mencari masa untuk terus berdating berdua-duaan spt masa bercinta dulu bagi mengembalikan kehangatan cinta dan kasih sayang mereka dan seterusnya mengekalkan keharmonian rumah tangga mereka. Dan bagi aku dan suami, berdating ni mmg menjadi amalan kami setiap kali cuti semester kolej kerana pada masa ini anak2 dapat ditinggalkan di nursery atau tadika. Sekurang-kurangnya kami tidak perlu merasa bersalah atau risaukan keselamatan mereka.

Semasa zaman bercinta dulu, tempat dating kami selalunya di shopping complex sbb senang nak survey dan membeli barang2 hantaran utk majlis pertunangan dan seterusnya perkahwinan kami. Tak sangka dlm dok berdating dan bershopping tu, ramai student yg nampak dan barulah mereka tahu yg kami ni 'ada apa-apa'. Bila aku masuk kelas, tgk ramai student yg dok tersenyum-senyum semcm kat aku tp aku buat tak kisah saja. Ketika aku menjemput semua studentku ke majlis perkahwinanku barulah mereka memberitahu yg sebenarnya 'satu kolej' dah lama tahu percintaan kami kerana ramai yg ternampak kami berjalan berdua di shopping complex dulu. Tak sangka ya jadi pensyarah pun boleh glamour mcm artis juga, hehe.

Sampai sekarang tempat pilihan kami utk berdating ialah shopping complex. Kelmarin aku dan suami ke Prai City dan seperti biasa aktiviti wajib kami ialah makan2, shopping dan juga menonton wayang (semasa belum berkahwin dulu kami tidak pernah menonton wayang bersama). Kami memilih utk menonton 'The Sorcerer's Apprentice'. Best juga ceritanya.

Sebelum tgk wayang, kami breakfast di Subaidah, makan capati dan kopi o. Sengaja aku pilih utk makan yg healthy dan low chalorie sbb dah plan nak makan makanan 'yg membunuh' petang ni.


Lunch di Johnny's, makan steamboat. Sedapnya hinggakan suamiku yg tak suka makan steamboat pun makan dgn penuh berselera.







Untuk minum petang pula, aku dan suami dengan sengajanya melupakan diet kami dgn memakan chocolate breadstick Antie Anne's dan donut dari Big Apple. Memang hari ni kami nak enjoy sakan. Diet ni bila2 pun boleh, haha.

Walaupun kat sini Sales tak best sgt ( kat tempat lain lg murah), aku dan suami sempat juga membeli kasut raya utk kami dan sehelai shirt utk Wildan yg matching dgn shirt Wafriy yg kami beli semasa shopping baju raya utk anak2 dulu.

Apa yg penting semasa kami berdating ni ialah kami dapat meluangkan masa bersama dan juga untuk satu sama lain secara lebih berkualiti. Bila keluar dgn anak2, tumpuan dan perhatian lebih byk diberikan kpd mereka hinggakan adakalanya kita terpaksa mengabaikan pasangan kita. Masa berdua ni lah dapat digunakan dgn sebaiknya utk melayan dan bersama dengan pasangan kita dgn sebaiknya. Usah rasa bersalah kerana perlu meninggalkan anak seketika (but of course kita kena pastikan anak2 ditingalkan di tpt yg selamat dan selesa utk mereka) kerana apa yg kita buat ini ialah untuk kebaikan dan kebahagiaan sekeluarga. Bukankan apabila hubungan kita suami isteri bahagia, anak2 pun akan merasa bahagia?

p/s: To my beloved husband, tq for the great time and treat yesterday. I love you more and more.

Wednesday, July 28, 2010

A Small Token of Love and Appreciation



Inilah antara stok mainan selama beberapa minggu yang sempat aku beli untuk diberi kepada kedua2 buah hatiku setiap kali aku balik dari kelas di USM 2 kali seminggu. Bermula dari Semester 1 hinggalah sekrg, aku sentiasa ada 'sesuatu' untuk mereka setiap kali aku pulang dari kelas. Suamiku memang tidak menggalakkan apa yg aku buat ni, malahan kawan2ku pun ada yg terkejut bila mereka tahu ttg hal ini. Namun bagiku, apa yg aku buat ni ialah sebagai salah satu cara utk kurangkan rasa bersalahku yg terpaksa meninggalkan mereka sehingga hampir tengah malam setiap kali aku ada kelas. Bayangkan, mereka tidak akan tidur kerana ingin menunggu sehingga aku pulang dan sebaik saja keretaku tiba di hadapan pagar rumah, kedua2 mereka akan membuka pintu sambil melompat2 dan terjerit2, "Ibu balik, ibu balik' dengan penuh kegembiraan. Setiap kali melihat mereka yg comel lengkap berbaju tidur menyambutku, hatiku rasa sangat sayu dan sedih. Sepatutnya aku ada bersama mereka ttp sebaliknya yg berlaku.
Mainan yg aku belikan utk mereka ini bukanlah yg mahal. Selalunya aku beli yg berharga kurang dari RM5 setiap satu. Aku tak menganggap ini sebagai satu pembaziran kerana bagiku melihat wajah mereka yg gembira ketika menyambut kepulanganku dan juga menerima mainan tersebut adalah penawar dan pengubat paling mujarab untuk segala keletihan dan penat lelahku setelah seharian bekerja dan belajar. Dan ini bukanlah satu rasuah atau upah, ianya adalah sekadar 'a small token of love and appreciation' untuk kedua anakku yg tersangat aku sayangi.

Happy Hour at Taman Belia

Salah satu tempat wajib pergi setiap kali aku sekeluarga tidur di rumah Ba ialah Taman Belia yg sekarang ni dah ditukar nama kpd Taman Perbandaran. Anak2 suka sebab taman permainannya luas dan ada pelbagai jenis mainan. Suamiku pula suka sebab ada byk aktiviti riadah. Aku biasa sajalah, asalkan mereka happy, aku pun happy.

On the way



Bermain frisbee- suami excited sgt nak ajar aku dan anak2 main frisbee ni. Best!



Main kat Playground- Wildan dan Wafriy mmg suka main playground (ada ke budak2 yg tak suka main playground?). Kat depan rumah aku pun ada playground tp jarang sgt aku bagi mereka bermain kat situ kerana faktor masa dan keselamatan.



Exercise- suamiku mmg seorg yg health conscious, dulu sblm berkahwin dia selalu beriadah kat sini.


Posing time!



Sunday, July 25, 2010

Jom Makan Laksa Penang



Inilah dia laksa Penang yg betul2 ori. Ada hirisan nenas, daun pudina, bunga kantan dan juga otak udang. Lagi terangkat bila ditabur dgn hirisan cili padi. Untuk mereka yg ingin mencari laksa Penang yg betul2 sedap dan ori di Penang ni, aku cadangkan kedai laksa Buyung di Astaka dan juga kat kedai laksa di tepi jalan kat Rope Walk, berhadapan dgn bangunan TNB. Dijamin takkan menyesal.

Si kecik ini pun suka makan laksa seperti ibunya. Dia sebut 'laksha'.

Makan-makan @ Penang

Sempena cuti mid-sem kolej ni, kami ambil kesempatan utk tidur di rumah Ba di Penang selama beberapa malam. Sekurang-kurangnya dapatlah menemani dan menghiburkan hati Ba selama beberapa hari ni. Seronok tinggal kat Penang ni. Percayalah, walaupun cuma beberapa hari aku tinggal di sini, aku pasti akan menambah berat badan sekurang-kurangnya 2 kg! Antara sebab utamanya ialah:

1. Bapa mertua aku ni sangatlah baik, pemurah dan sgt sayangkan satu-satunya menantu perempuan dia ni. Dari pagi hinggalah ke malam, Ba akan sentiasa bertanya "Ina nak makan apa?, Cepat cakap, Ba nak pi beli". Itulah dialog bapa mertua aku sejak dari mula aku berkahwin dgn suamiku sehinggalah sekarang. Kalau aku kata aku dah kenyang atau tak mau makan, Ba tetap akan 'memaksa' aku makan dgn membelikan makanan favourite aku walaupun aku tak memesannya. So, kerana tak sampai hati ditambah pula dgn keimananku yg tak sekuat mana bila berdepan dgn makanan ni, aku makan jugalah sampai habis.

2. Sebab kedua ialah makanan2 kat Penang ni hampir semuanya sedap2 belaka. Betullah kalau orang melabelkan Penang sbg syurga makanan, cuma kita kena tahulah tempat yg mana satu sbb tak semua tempat makanannya sedap. Antara favourite aku kat Penang ni ialah:

i. Air soya yg dijual dkt simpang masuk Jalan Makloom tu- entah kenapa, sedap betul air soya dia ni. Rasanya special sgt. Ramai peminat air soya ni sebab aku selalu melihat org berkerumun dekat stall dia, ada yg stop motor atau kereta di tepi jalan semata-mata utk minum air soya kat sini. Aku dan suami pun memang wajib minum air soya ni setiap kali kami ke rumah Ba. Bukan setakat sebungkus, kadang2 sampai 2 bungkus aku boleh habiskan sekali minum. Mcm manalah tak bertambah berat badan aku...?

ii. Laksa Penang yg dijual kat Rope Walk dan Astaka. Laksa yg dijual kat 2 tempat ni mmg betul2 ori dn 'piau'. Sedap sangat2 sehinggakan kalau makan semangkuk rasa tak puas. Bila dah habis makan, kita masih boleh terbayang2 lg kesedapannya.

iii. Tosei, capati, roti canai dan roti telur. Yang ini semua aku tak pasti tempatnya tp menurut kata Ba, kedai tu kecil dan terletak kat tepi jalan saja. Semua Indian food yg dibeli dari kedai ni sedap2 dan lebih sedap dari yg dibeli dari kedai mamak yg besar2. Rasa sedapnya lain, rotinya lebih lembut dan kari dan juga kuah dhalnya lebih terangkat. Setiap kali Ba belikan aku makanan2 ni, aku terus terlupa diri dan hakikat yg aku ni perlu diet.

iv. Pulut udang yg dijual di tepi Jalan Makloom. Harganya RM 0.70 sen sebiji tp berbaloi sbb rasanya sgtlah sedap. Saiznya juga agak besar dan intinya sedap dgn gandingan udang basah dan juga udang kering dan rasanya manis2 pedas.

v. Ais kacang special yang dijual di Astaka. Semasa aku nak bersalinkan Wafriy, aku mengidam nak makan ais kacang ni, Ba lah yg bersusah payah membelikan aku dan menghantar ke wad bersalin. Ais kacang ni memang sedap, mcm ada campuran ais krim soda rasanya. Ada pelbagai isi dan buah2an dan juga diletakkan ais krim di atasnya.

Sebenarnya ada byk lg makanan yg sedap kat sini, cuma aku yg tak ada masa nak menulis tentang semuanya. Rasanya orang kat Penang ni beruntung sbb ada byk pilihan dari segi makanan ttp of course kita kena beringat jugalah kan sbb kebanyakan penyakit yang datang pun berpunca dari makanan.

Semalam aku sekeluarga bersama Ba pi makan2 kat Padang Brown (ada yg sebut padang Broom), salah satu tempat makan yg paling popular kat Penang ni. Kat sini makanannya semuanya sedap2 sehinggakan tak tau nak buat pilihan nak makan apa. Kalau ikut hati rasa nak makan semua yg ada kat situ.

Suamiku makan pasembor. Sedap sangat.

Makanan kegemaran bapa mertuaku- nasi goreng bersama telur mata kerbau. Makan kat mana pun, inilah yg Ba akan order.

Char Hor Fan untukku- aku makan sehingga ke titisan yg terakhir sebab terlalu sedap. Diet aku bersambung esok ya, hehe.

Sate untuk dimakan semua. Sedap juga.

Wafriy mmg suka makan sate.

Wildan spt biasa, cuma minum milo ais.

Mainan yg turut dijual kat situ. Kalau tak beli, buat perangai pula nanti.

Lepas makan kat Padang Brown, suami bawa ke Padang Kota Lama pula.

Main flying saucer kat Padang Kota Lama. Enjoy betul anak2 dan suami.

Thursday, July 22, 2010

Marking

Cuti mid sem dah bermula. Walaupun cuti, aku dan suami tetap datang ke office untuk buat kerja dan yg paling penting untuk marking exam paper. Bukannya tak boleh nak marking kat rumah tetapi biasalah, kat rumah tu mcm2 distraction ada- ada katil, ada bantal, ada astro, ada peti ais dan mcm2 lagilah. Kononnya kalau kat office boleh marking dgn tenang dan cepat tp hakikatnya, hehe.... sekejap aku bersembang dgn kawan2, sekejap aku buka FB, sekejap aku baca blog kawan2 dan sekrg aku dah dok start update blog aku pula. So, hasilnya dari pagi sehinggalah sekarang, aku hanya dapat marking satu kelas saja. Kira ok lah tu kan, bukannya senang nak mark essay. Setiap essay perlu dibaca beberapa kali utk faham apa yg hendak disampaikan, ada juga essay yg sampai sudah aku tak faham apa yg ditulisnya. Itu belum lg dikira kesalahan dari segi grammar, spelling dan lain2. Hmmmm...kesiannya anak bangsaku (yg ni aku nak tulis dlm entry lain pula nanti).

Banyak lagi ni. Target aku ialah utk habiskan semua ni pada hari ini juga. Boleh ke????


Teman setia- white coffee, kalau takda yg ni mmglah aku tak boleh buat kerja.


Prinsip aku dlm marking exam paper ialah kita tak boleh buat 'cincai2' sbb ini melibatkan masa depan orang. Biar terlebih, jangan terkurang. Aku tak mahu students 'tuntut' hak mereka di akhirat nanti kalau aku tersalah bagi markah.

Happy!





Sementara menunggu suami habiskan kerja yg tidak berkesudahan itu kat office, aku bawa si kecik ni bermain kat playground di kawasan nursery dia. Seronok sangatlah tu....