Wednesday, February 8, 2012

Minum Kopi Anak Berkulit Gelap?


 Kopi mmg minuman favourite saya sejak dari kecil sehinggalah sekarang. Yg paling saya suka tentulah kopi o kampung yg hitam pekat tu. Minum je kopi, terus terasa segar saja mata dan badan. Buatnya bila minum kopi yg dibuat dari serbuk kopi yg famous tu dari Padang Serai, Kedah. Mmg sgt2 sedap dan terasa kepuasannya.Bila dah pregnant ni, saya tetap minum kopi cuma taklah sekerap dulu. Kalau dulu hampir setiap hari saya wajib minum kopi, sekrg ni saya cuma minum 3 kali seminggu saja. Seperti biasa, Mama cukup risau bila tgk saya minum kopi. Sebabnya??? Mama takut cucu keenam dia ni hitam, hehe. Mama selalu beritau saya, "cuba tgk org tu (nama2 dirahsiakan), dia tak minum langsung kopi semasa pregnant, sebab tu anak depa putih". Saya gelak saja. Saya tanya suami saya,"Abang tak kisahkan Ina minum kopi?" Suami saya kata "Takpa, minumlah asalkan jgn berlebihan sbb kafein tu kan tak berapa elok". Hakikatnya saya dan suami tahu minum kopi atau tidak mmg takda kaitan langsung dgn warna kulit baby. Sebelum ni pun, ketika mengandungkan Wildan dan Wafriy, saya tetap minum kopi dan hasilnya Wildan berkulit hitam manis dan Wafriy pula agak cerah kulitnya. Wildan ikut kulit saya dan Wafriy pula ikut kulit suami saya. Kalau diikutkan cakap orang, ada yg suruh org pregnant ni minum air soya byk2 kerana ianya boleh membuatkan kulit baby putih melepak tetapi kajian membuktikan kalau ibu mengandung banyak minum air soya, kulit baby nanti akan sensitif dan mudah mendapat penyakit kulit. So, buat masa ni, air kopi tetap menjadi favourite saya. Warna kulit baby dan sebagainya saya serahkan kepada Allah swt. Yang penting, semua vitamin, supplement dan makanan berzat saya ambil dan doa juga sentiasa saya pohonkan agar baby saya nanti sihat walafiat dan sempurna sifatnya. InsyaAllah.

7 comments:

  1. Putih ke Hitam ke,tu sume urusan Allah...dia tahu mana yang baik untuk umat dia...janji baby sihat...

    "Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka." - pakcik google...

    ReplyDelete
  2. Kaz, i rasa kopi tak effect kulit baby ...as in this hypothesis...(he he..rindu kat Stats).
    There's no relationship between coffee consumed by pregnant mothers and their babies...

    ReplyDelete
  3. "salam kaz..hehhe..macam2 kan..jgn minum kopi..jgn makan kicap...mm lg..semua yg itam2 ka...abis tu kena minum air soya byk2 supaya ank nanti putih melepak..akak tak percaya langsung...tapi yg akak percaya kena minum susu,makan byk buah2,sayur2 dn semua makanan yg berkhasiat dan elakkan makanan yg kurang elok utk kesihatan..dan kurangkn kopi jugaa sbb ada kefein.."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sala kaz..akak tak rasa kopi atau soya berkait dgn warna kulit bayi..kalau ada pun secara kebetulan je..Yg penting pilih mknan yg sihat mcm buah2 dan sayur dan yg berkhasiat kan..Take care ye Kaz..x sbr nk berkenalan ngan org baru..bln brp due?

      Delete
    2. Bidadarindu, betul tu. Kopi ni sebenarnya byk kebaikannya. Cuma of course lah, makanan atau minuman apapun perlu diambil secara sederhana.

      Chinda, I do miss statistics but as for now I dont think I would want to do it again, hehe.

      Kak Pia, Kaz tak lupa amalkan pemakanan sihat. Sayur dan buah tu mmg tak tinggal. Kpi pun tak tinggal cuma kurangkan sajalah.

      Kak Ana, betul tu, semuanya kebetulan sahaja. Dah mmg Kaz ni tak berapa cerah, of courselah anak2 pun tak berapa cerah. Kaz due pertengahan bulan Julai. Kiranya kali ni berpantang dlm bulan Ramadhan dan juga Syawal yg pastinya agak mencabar.

      Delete
  4. salam kaz...rasanya kopi & warna kulit anak xbrkaitan.Tgk gak baka nya kaler apa .hihi.Masa kat kg k.atie mmg suka bancuh kopi..tp kat umah xder lak nk membancuhnya sbb HB xminum kopi :D
    Klu ayah k.atie dtg brkunjung br la g kedai beli kopi..

    ReplyDelete
  5. He he he... kepercayaan tipikal masing-masing tu, apa pun hitam atau putih yang penting sihat dan sempurna!

    ReplyDelete

What say you?