Tuesday, February 28, 2012

Sedikit lagi kesedaran buat Ibu...

Wafriy selepas sembuh dari demam panas.

Salam,  terima kasih kpd kawan2 yg sudi singgah ke blog saya walaupun dah lama tak update. Sebenarnya 2 minggu lepas kami sekeluarga diuji dgn demam, batuk, selsema dan penyakit2 yg seangkatan dgnnya. Bermula dari saya, Wildan, Wafriy, Mama dan akhir sekali suami tapi syukurlah demam suami tak seteruk selalu. Yg paling teruk demamnya ialah si kecil Wafriy. Hampir seminggu demamnya tak kebah, berkali2 dimasukkan ubat punggung dan dua kali dibawa ke klinik dan ditukar ubatnya, syukurlah akhirnya dia dah sembuh walaupun batuknya masih tak hilang.

Apa yg membuatkan saya bertambah risau sepanjang Wafriy demam ialah buat pertama kali dlm hidupnya dia tak lalu makan. Sblm ni Wafriy mmg kuat makan, tak kiralah semasa sihat atau tidak. Kejap2 dia buka peti ais cari makan, kejap2 dia cakap " ibu, Wafriy lapaq ni". Aduhai, adakalanya ketika saya sgt letih, saya merungut "kenapalah Wafriy ni kuat makan sgt, asyik nak makan saja". Tapi bila dia demam dan tak lalu makan, saya menangis2 memujuk dia utk makan. Nak habiskan suku cawan milo pun punyalah susah. Hampir 5 hari dia tak lalu makan, sayalah orang yg paling susah hati. Terasa menyesal yg amat sgt krn pernah bersungut ttg dia yg kuat makan dulu. Dlm hati saya berjanji bahawa saya tak akan bersungut atau memarahinya lagi selepas ini biarpun dia nak buka peti ais selang seminit sekali pun.

Bkn setakat dia tak lalu makan, Wafriy yg merupakan seorg anak yg aktif dan sgt periang sblm ni tiba-tiba menjadi krg aktif, pendiam dan asyik tidur semasa dia demam kali ni. Ada satu hari tu, dia tidur dari pukul 1 tghari sampai 6.30 ptg. Puas saya kejutkan dia bgn tapi dia lena semula. Sekali lagi saya menangis (senang betul saya menangis ketika pregnant ni) melihatkan keadaan dia dan terkenang adakalanya saya memarahi dia kerana terlalu aktif dan tak reti duduk diam sebelum ini. Terus rasa menyesal sangat-sangat dan terus saya berazam takkan marah dia lagi bila dia aktif spt selalu.

Bila saya membaca coretan dan nasihat dari bapa allahyarham adik Faiz, saya merasa sgt sebak. Antara nasihatnya berbunyi lebih kurang begini " jgn dimarah jika anak2 lasak, buas atau aktif krn itu mungkin kali terakhir kita melihat dia aktif". Syukurlah saya masih diberi peluang oleh Allah utk terus menambahbaik diri saya sebagai seorg ibu. Bukanlah saya selalu memarahi anak2 saya apabila mereka lasak cuma sebagai manusia biasa, adakalanya saya menjadi sedikit emosional especially bila dlm keadaan letih, penat, stress dan sebagainya.Dalam usaha saya untuk menjadi ibu terbaik buat anak2 saya, saya tetap melakukan kesilapan dan syukurlah saya diberikan sedikit kesedaran ini. Alhamdulillah, Wafriy dan juga Wildan dah sihat sepenuhnya sekarang dan of course lah, mereka telah kembali menjadi anak2 yang aktif, lasak dan ceria. Bersyukur saya kepada Allah di atas kurniaan yg tidak terhingga ini. Wafriy pun dah kembali kepada tabiat lamanya yg sekejap2 buka peti ais, sekejap2 cari makanan dlm tupperware, sekejap2 cakap "Ibu, Wafriy lapaq". Hehe, Alhamdulillah.Biarlah pintu peti ais tu tercabut, biarlah tudung tupperware Ibu yg mahal tu terkoyak dan biarlah Ibu penat sekalipun, anak-anak Ibu ni tiada galang gantinya.


3 comments:

  1. Salam Yong Kaz, orang sakit memanglah tak selera makan, Kalau sakit dia makan cam selera jer, tu yg pelik nanti. Alhamdulillah dah Ok kan? Nak jadi adik angkat Mr T ke? Bahaya tu...

    ReplyDelete
  2. Mmg sebagai seorang ibu tak tahan melihat ank sakit kan..kalau boleh rasa nak tukar tempat dgn anak, biar kita yg sakit..syukurlah dah ok semuanya..
    Adatlah kita marahkan mereka apabila mereka nakal2 tu..marah2 sayang..:)

    ReplyDelete
  3. salam Kaz..klu anak2 xsihat mmg kita risau sgtkan?Alhamdllh,kaz sekluarga semakin sembuh...nampak kurus Wafriy tu. menjak dmm.
    Betul apa yg kaz tulis tu..kdg2 kita penat..mudah jer nk marah anak2.Pasni kena bykkan bersabar..take care dear.

    ReplyDelete

What say you?