Wednesday, August 24, 2011

Sunday, August 21, 2011

My first raya cookies.



Inilah dia my first raya cookies. Biskut coklat chips yg ala2 famous amous tu. Saya dpt resepi ni dari Kak Yatie, my best friend. Seingat saya kali terakhir saya buat biskut raya ialah ketika saya masih study kat UKM dulu. Sejak kerja, saya jadi malas nak buat sbb lg seronok nak membeli dr kawan2 yg menjual biskut raya. Lagipun, tgn saya tak berseni, buat biskut raya pun tak menjadi cantik. Sbb tu saya lebih suka memasak lauk pauk dan membuat kek.

Kali ni saya excited sgt nak buat biskut raya sendiri walaupun dah byk juga membeli dari kawan2. Hari2 saya belek resepi kat blog kawan2 dan semakin bersemangat bila tgk semua org dah start membuatnya.

Biskut ni sedap rasanya especially utk chocolate lovers spt saya. Wafriy pun suka sgt, dah berkeping2 dia mkn. InsyaAllah, esok nak buat biskut cornflakes crunchy pula, ni favourite suami saya. Saya cuma akan buat biskut yg simple dan tak payah terap, janji rasanya sedap.

Saturday, August 20, 2011

Shopping raya di ofis



Dekat2 nak raya ni, ni lah kerja saya dan kawan2 kat ofis setiap hari. Ada saja benda yg nak dibeli, ada saja benda yg nak di order. Setiap ptg ada saja beg plastik yg dibawa balik. Kawan kat ofis  jual kerepek, saya beli kerepek, org jual biskut raya, saya beli biskut raya, org jual kek lapis Sarawak, saya beli kek lapis Sarawak dan mcm2 lagilah. Muka suami saya sampai berkerut2 tgk isteri dia yg asyik membeli ni. Bkn setakat kat luar, kat ofis pun saya dan kawan2 gila bershopping.

Actually, saya ni bukanlah pemboros. Apa yg saya beli tu mmg yg perlu dibeli. Org lelaki mungkin tak fikir mcm org perempuan. Org perempuan ni kena fikir semua benda dan merangkumi semua perkara. Kuih raya, kerepek raya dan semua mknan raya kena dibeli byk utk 3 rumah iaitu rumah sendiri, rumah emak sendiri dan juga rumah mertua. Kdg2 bila tgk ada org jual sesuatu mknan yg disukai oleh suami, anak atau sesiapa, pun org perempuan akan teringat utk membelinya. Selain drp tu, kena juga standby makanan yg tahan lama mcm kek lapis tu utk tetamu yg dtg mengejut dan kita tak sempat nak prepare apa2. Org lelaki mana nak fikir semua tu kan. So jgnlah salahkan org perempuan bershopping ya sbb selain drp menjana ekonomi negara, kami shopping ni semuanya utk kebaikan  keluarga. Cewah!


Friday, August 19, 2011

Berbuka puasa bersama mentee



Semlm saya berbuka dgn mentee saya, pelajar kumpulan K2P1. Mentee ni mcm anak angkat lah, saya sebagai 'ibu angkat' dipanggil mentor. Kat sekolah berasrama, kolej dan universiti mmg dah lama diwujudkan sistem mentor mentee ni. Tahun ni mentee saya ni agak bersopan santun dan pemalu sikit. Tak mcm sebelum ni dimana hampir kesemuanya peramah dan happy- go-lucky.

Menu berbuka semlm ialah nasi tomato. Saya makan habis sepinggan walaupun sebenarnya saya selalunya tak makan nasi ketika berbuka. Kedua-dua hero tu pun ikut sama. Mmg tak boleh berenggang langsung dgn ibu mrk. Balik dr majlis berbuka, puas mereka pujuk saya nak gi jalan2 kat Giant, Tesco, Parkson atau Econsave. At last saya bawa mrk ke pasaraya UME yg kecil tu saja, itupun mcm2 jugalah yg saya belikan. Aduh, dekat2 nak raya ni, duit keluar mcm air.....

Wednesday, August 17, 2011

Shopping yg tak habis2 lagi



Hari ni keluar lg shopping. Ada saja benda yg tak cukup lg. Org tak lah ramai sgt, mungkin krn hanya kami yg bekerja di Penang ni saja yg bercuti hari ni, org Kedah tak cuti.

Alhamdulilah, dpt jugalah membeli apa yg hendak dibeli walaupun tak sepenuhnya. Selain drp beli pd anak2, dapat juga beli pd Ba. Bukan senang nak pujuk Ba utk dibelikan baju dan kasut raya. Ba lebih suka beli sendiri drp meminta anak menantu belikan.

Anak2 pula bukannya suka sgt nak beli baju atau seluar raya ni. Jenuh memujuk nak suruh mrk try seluar. Yg mrk nak sgt ialah toys dan VCD. At last, dpt beli sepasang seorg shj. Takpa, takpa....nanti kita boleh keluar shopping lg kan.

Sunday, August 14, 2011

Sedikit cerita di bulan Ramadhan



Salam semua. Dah hampir separuh bulan kita berpuasa ya. Betapa cepatnya masa berlalu. Dah beberapa hari saya tak update blog dan sebab utamanya kerana hati rasa tak brp seronok. Selasa lepas, on the way dari nak ambil Mama balik dari hospital, ketika saya stop sebentar di junction utk belok ke kiri, tiba2 terdgr dentuman yg kuat di blkg kereta saya. Astagfirullah, terkejut saya dan Mama. Bila keluar je dari kereta, rupa2nya yg melanggar blkg kereta saya tu ialah seorg polis wanita. Dia minta maaf berkali-kali sbb katanya dia tak npk kereta saya berhenti. Saya minta nama penuh dan no HP dia. Dari luar npk kereta saya taklah teruk sgt, cuma calar dan sedikit kemek. Bila beritau suami, npk sgt suami sedih. Mahunya tidak, kereta ni masih baru dan suami mmg cukup sayangkan kereta dia ni. Suami berkeras nak hantar ke workshop Nissan walaupun polis tu cakap dia tak mampu nak bayar banyak2. Bila bawa ke Nissan, baru tahu rupanya bumper dah retak dan hampir tercabut. Mmg kuat hentakan kereta polis wanita tu. Mahu tak mahu, bumper terpaksa ditukar baru dan bila dicampur kos yg lain, jumlahnya hampir RM 2 k. Puas juga suami berbincang dgn polis tu dan akhirnya baru dia setuju nak claim insurans dia. Bila nak claim insurans ni, faham2 ajelah, byk prosedur yg terlibat. Kena buat report polis, kena tunggu approval dari insurans dan kena tunggu masa yg sgt lama utk dptkan semula kereta. Nasib baiklah ada kancil saya yg kiut miut tu. Kalau tdk, tak tahulah mcm mana nak berulang ke ofis, hantar dan ambil anak2 dan sebagainya.

Semlm dpt call dr Nissan suruh htr kereta utk dinilai oleh pihak insurans. Kami pergi dgn 2 kereta. Katanya kami mungkin akan dpt kereta tu pd 23 hb ni. Adoi...lambat lg tu.

Mungkin ini sedikit dugaan Allah utk kami di bulan Ramadhan ni. Kereta baru yg dilanggar org, keadaan yg sgt kelam kabut dan stress pd hari kejadian, dan mcm2 lg kesukaran yg dihadapi, semuanya terlalu kecil jika dibandingkan dgn ujian mereka yg kehilangan nyawa, kehilangan orang2 tersayang, kehilangan tempat tinggal dan mcm2 lg. Smg kami akan sentiasa redha dgn ujian Allah...

On the way balik dari Nissan, kami singgah kat Jusco sbb anak2 dok sibuk nak have fun. Bg diaorg main kat play land puas2 dan sempat juga beli kasut raya dan sampin raya utk mrk. Punyalah ramainya orang. Sales pun not bad. Semasa lalu kat satu kedai handbag tu, nampak satu handbag yg cantik sgt. Suami dah janji nak belikan saya sbg hadiah nanti. Terus terubat sedikit kesedihan bila nak dpt handbag baru, hehe!

Monday, August 8, 2011

Hmmm...sedapnya.



Inilah salah satu favourite food saya dan suami sepanjang bulan puasa. Otak-otak dan sata, makanan tradisi org Johor dan Pantai Timur. Kalau gi Pasar Ramadhan dan terjumpa kedua2 makanan ni, mmg wajib kami beli.

Otak-otak ni first time saya mkn ketika study kat UKM dulu. Sata pula saya first time makan ketika berkursus di Setiu, Trengganu. First time makan terus jatuh cinta. Dari segi rasanya of course lah tak leh lawan dgn sata yg kat T'ganu tu. Setiap kali saya baca blog Fizin yg tinggal kat T'ganu tu selalu makan otak2 dan sata, saya telan air liur je lah. Kat tempat saya ni cuma boleh jumpa otak2 dan sata ketika bulan Ramadhan saja. Bila dah susah jumpa tu, sesekali jumpa saya pulun makan.

Saturday, August 6, 2011

Puding Keju



Sejak tgk resepi Puding Keju kat blog Kak Yatie di Sinar Kehidupan, saya terus teringat-ingat dan teringin sgt nak try puding ni. Alhamdulilah, hari ni menjadi juga projek Puding Keju saya. Sedap dan lemak rasanya. Yg penting suami dan Mama suka dan kata sedap sgt.

P/s: layan je lah gambar yg terbalik kat atas tu ya. Saya tak reti nak edit dgn HP baru ni.

Marking yg mencabar



Sgt mencabar terpaksa marking exam paper di bulan puasa ni. Mark sehelai, saya menguap. Mark lg sehelai, saya menguap lg. Selalunya ada secawan kopi atau Nescafe utk menemani, sekrg ni mmg terpaksa bergantung pd ketahanan diri sendiri. Sampai meleleh air mata menahan mengantuk.

Bila baca jawapan students lg lah stress. Entah di mana silapnya, walau dah lebih 11 tahun belajar English, ramai yg masih sgt lemah di dlm subjek ini. Kesian pun ada, nak marah pun ada. Entahlah, saya pun tak tahu siapa atau apa yg patut disalahkan.

Friday, August 5, 2011

Wafriy yang tak "kuasa"



Ini dia budak yg tak puasa tp lebih sibuk dari orang yang berpuasa.

Abang Wildan makan nugget, dia nak nugget.
Abah makan kuih, dia nak kuih.
Ibu makan udang, dia nak udang.
Dadi minum air oren, dia nak air oren.

Itu belum lagi makanan yg dia pilih sendiri utk diri dia. Favourite Wafriy ialah kuih buah melaka dan "kuih pedas" (mcm roti yg ada sosej kat dlm dan diletak sos dan mayonis kat luar). Kiranya kat meja makan tu, dialah yg paling riuh dan dialah yg paling byk nak try semua makanan.

Bila kata "Wafriy jgnlah kacau, Wafriykan tak puasa". Cepat2 dia kan menjerit, "Wafriy 'kuasa'lah".

Wafriy, Wafriy....Ibu takut semua baju dan seluar raya yg dibeli tu tak muat dah nanti sayang ooiii...


Tak pakai baju sbb baju dia tertumpah makanan. Wafriy ni selain dari "suka makan", dia ni sgtlah pembersih orangnya. Tak boleh kotor langsung!

Thursday, August 4, 2011

Wildan dan Puasa- Satu Kesedaran buat Ibu

Salah satu cabaran yg membuat saya sgt excited pd Ramadhan kali ni ialah utk melatih Wildan berpuasa. Sebulan sebelum Ramadhan lg saya dah cerita kat dia dgn kebaikan berpuasa, pahala, kelebihan dari segi kesihatan dan sebagainya. Saya juga turut janji nak beri dia something sbg reward utk dia berpuasa penuh. Bukan nak rasuah ttp sebagai ganjaran. Masuk je bulan puasa saya yg terlebih berdebar-debar. Maklumlah anak sulung kan.

Hari Pertama Ramadhan:


Dia bangun sahur dgn mudah. Ganjaran utk dia bersahur ialah fries, makanan terlarang yg kami tak galakkan dia makan selama ni. Habis tu, takkan nak suruh dia makan nasi yg dia tak makan langsung tu, mahunya dia tak nak berpuasa!

Ni ketika ambil dia dari tadika dan nak hantar transit kat nursery. Punyalah monyok muka. Bila saya tanya dia"Wildan ok?" Dia jawab "ok". Sebelum sampai nursery saya pesan kat dia suruh puasa. Siap ingatkan dia lagi tentang hadiah yg dia bakal dapat kalau dapat berpuasa penuh sampai sebulan. Kpd kakak2 pengasuh kat nursery tu saya berpesan spy jgn benarkan Wildan berbuka dan kalau "apa2" telefon aje saya". Saya begitu pasti yg Wildan mampu berpuasa penuh. Di dalam hati ni dah berkira-kira nak belikan dia semua favourite food dia utk berbuka nanti. Hati saya rasa excited sgt, langsung tak rasa letih berpuasa.

Pukul 4.10 ptg ketika saya sedang discuss something dgn seorg student, saya dpt panggilan dari Kak Sue, cikgu nursery Wildan. Hati saya dah tak tentu hala, dah boleh agak dah apa yg Kak Sue nak cakap. Saya fikirkan tentu Kak Sue nak beritau saya Wildan nak buka puasa. Saya dah berkira-kira utk menghentikan discussion dgn student tu dan terus ke nursery utk memujuk Wildan. Ttp apa yg Kak Sue beritau sgt mengecewakan saya. Wildan dah pun berbuka! Dia beritau Kak Sue dia dahaga dan kerana tak sampai hati Kak Sue berikan segelas air kpd dia. Hanya slps itu baru salah seorg kakak pengasuh tu beritau Kak Sue yg saya dah berpesan spy jgn benarkan Wildan berbuka puasa. Ketika tu, saya rasa seluruh semangat saya hilang. Saya betul2 frust dan sedih sampaikan dah nak keluar air mata menangis. Bila beritau suami, dia pun npk frust tapi suami kata " dia kan baru 6 tahun, rilekslah".

Ketika ambil dia balik dari nursery, saya kurang bercakap dan melayan dia. Dia pun sedar saya marah dan berkali-kali memohon maaf. Saya betul2 terkilan dan kecewa dgn dia.

Semalaman saya berfikir ttg perkara ni dan entah dari mana, saya diberikan kesedaran bahawa saya tdk boleh mengharapkan kesempurnaan dari anak2 saya. Saya menaruh harapan yg terlalu tinggi terhadap Wildan sehinggakan saya terlupa hakikat bahawa dia baru berusia 6 tahun. Walaupun ada budak 6 tahun yg mampu berpuasa penuh tetapi saya akur dgn hakikat bahawa kemampuan setiap anak itu tidak sama. Sebenarnya saya yang bersalah dlm hal ini dan saya tak mahu kesalahan saya yg terlalu memaksa dan bertegas utk dia berpuasa penuh ini akan membuatkan dia serik utk berpuasa lagi pada masa akan datang. Saya terus rasa insaf dan bersalah sgt2 dan berjanji akan lebih bertolak-ansur ttg perkara ni.

Hari Kedua Ramadhan

Saya kejutkan Wildan bersahur. Saya beritahu dia "Wildan wajib berpuasa sehingga tghari. Kalau Wildan strong enough dan boleh bertahan, puasalah sampai habis ttp kalau tak tahan, Wildan bukalah".

Alhamdulillah, bila saya ambil dia dari nursery pd pukul 4.30 ptg, dia beritahu saya dia masih berpuasa. Berkali2 saya tanya dia, "Wildan ok ke? Wildan boleh tahan ke?". Dia cakap ya. Dalam kereta dia aktif, siap menyanyi2 lagi. Saya pula rasa guilty. Mcm mana kalau dia pengsan nanti? Mcm mana kalau dia dpt gastrik? Mcm2 yg saya fikir dan risaukan. Berkali2 pula saya tanya suami"tak pa kan Bang dia puasa? Dia npk aktif saja tu, maksudnya dia ok lah kan?" Suami senyum dan geleng2 kepala dgn perangai saya ni.



Pukul 6.30, dia mula buat perangai dan merengek kelaparan. Nak suruh dia buka terasa sayang. So saya pujuk dia. Sekejap2 dia tanya" Berapa minit lg ni Ibu", "Lambat lg ke Ibu" dan mcm2 rintihan dan drama lagi yg dia buat. Saya pujuk dia sehinggakan sanggup bagi dia main games dlm handphone baru saya. Bukannya apa, dah tinggal tak sampai sejam, rasa sayang sgt nak buka dan dia pun still nampak ok.

Dan akhirnya, Alhamdulillah Wildan dpt menghabiskan puasa sehari hari ni. Sayalah org yg paling happy sekali. Syukurlah. Saya peluk dan cium dia, terasa bangga sgt dgn dia. Bila tanya dia "Wildan nak puasa lagi tak esok?". Dia cakap "tak nak, Wildan letih sgt." Alamak, dia dah serik ke?


Ini makanan Wildan ketika berbuka. Nugget, fries dan donut. Donut merupakan satu2nya kuih yg dia makan. Tp mungkin disebabkan letih sgt, dia cuma makan nugget dan fries saja. Donut tu saya dan Wafriy yg habiskan.

Hari ketiga Ramadhan

Dia bangun bersahur spt biasa. Semasa saya ambil dia dari tadika, dia beritahu saya dia dahaga dan letih. Saya cuma cakap, "kalau Wildan tahan, jgn berbuka ttp kalau tak tahan sgt berbukalah". Sewaktu ambil dia dari nursery ptg tu, saya tgk dia sedang bermain bola dgn kawan2 dia dan saya dah boleh agak dia dah berbuka. Dia nampak takut2 ketika beritahu saya ttp saya cakap ok, takpa.

Hari ni, hari keempat Ramadhan, ketika saya mengambil dan menghantarnya ke nursery tadi, Wildan masih berpuasa. Dia kata dia nak habiskan puasa pada hari ni. Saya cuma kata"Kalau Wildan masih bertahan, puasalah dan Ibu akan happy. Tetapi kalau tak larat, bukalah puasa. Ibu faham".

Sekarang saya dah lebih rileks dan menerima hakikat bahawa anak sulung saya ini baru berusia 6 tahun. Mungkin kerana dia merupakan anak sulung, saya selalunya lebih bertegas dan menaruh harapan yg lebih tinggi terhadap dia. Ketegasan ini adakalanya membawa kebaikan tetapi adakalanya juga mungkin boleh membawa masalah yg lebih besar pada masa hadapan.

Ramadhan ini saya mendapat satu lagi pengajaran berguna dan syukurlah saya diberikan kesedaran ini.

Tuesday, August 2, 2011

Juadah Berbuka Hari Pertama



Bila tgk kawan2 tayang juadah berbuka, saya pun teringin juga nak tunjuk. Alhamdulilah, semalam kami berbuka dgn lauk pauk yg dimasak sendiri. Mama masak kari tulang daging, saya masak daging dendeng dan sup ketam berhalba. Sayur dan kuih muih saya beli dari kafe kat ofis. Alhamdulilah, semua makan dgn berselera terutama sekali Wafriy yg suka sgt2 mkn ketam tu.

InsyaAllah, seboleh mungkin saya akan cuba memasak sendiri utk juadah berbuka sepanjang Ramadhan ni. Kalau tak dpt masak semua, satu atau dua lauk pun dah kira ok lah.