Saturday, January 14, 2012

I'm back...ada ke orang kisah????Hehe...

Assalamualaikum semua.....dah lama betul ya saya tak update blog ni. Terasa rindu sgt nak menulis tapi apakan daya, keadaan betul2 tak mengizinkan. Ok lah, jom saya cerita serba sedikit apakah keadaannya sehinggakan saya agak menyepi dari blog ni.

Firstly, syukur alhamdulillah kpd Allah kerana telah memakbulkan hajat dan doa saya dan suami utk menambah ahli keluarga. Alhamdulillah, happy sgt tak terkata krn saya mmg dah plan nak pregnant sebaik saja saya habis study hari tu. Sekrg ni pregnancy saya baru 3 bulan setengah, tolong doakan saya dan baby ya kawan2. Berbeza dgn ketika mengandungkan Wildan dan Wafriy, kali ni saya diberi peluang oleh Allah utk merasai 'nikmat' alahan ketika awal kandungan. Hampir setiap pagi saya muntah sehingga rasa bagaikan nak tercabut urat perut, tekak loya sepanjang masa, tak lalu makan dan yg plg teruk ialah letih dan penat. Slps Isyak saja mmg saya dah tak kenal dunia, terus tidur sehinggakan suami dan anak2 pun saya dah tak ingat.Sebelum ni, saya selalu rasakan seronoknya kalau tak lalu makan, bolehlah kurus sikit. Astagfirullah, bila saya diuji dgn 'tak lalu makan' barulah saya tahu betapa seksanya. Perut terasa sgt lapar, ttp tekak tak boleh nak terima. Makan 4 atau 5 suap, saya dah tolak pinggan ke tepi. Yg cuma 'boleh tahan lalunya' ditekak saya ketika itu ialah nasi putih dan tomyam campur, so hampir setiap hari saya makan makanan ni.

 Yg kelakarnya, kalau dulu saya ni 'gila bakar kek' sehinggakan setiap minggu ada saja kek atau muffin yg saya bakar, dlm tempoh 3 bulan tu, nak sebut kek pun saya dah nak termuntah. Kalau dulu saya ni peminat chocolate dan cheese, dlm masa 3 bulan tu mmg saya tak sentuh langsung. To make things worse, beberapa minggu lepas saya diserang selsema, batuk dan asma. Kali ni asma saya sgtlah teruk, sama keadaan spt ketika saya mengandungkan Wildan dulu. Beberapa kali saya kena nebulizer, tetapi asma saya kali ni mengambil masa yg sgt lama utk sembuh. Siksanya hanya Allah yg tahu apb nyawa terasa tak lepas, dada terasa ketat dan batuk pula tak berhenti2.


Tetapi syukurlah, sekrg semuanya dah ok. Saya semakin sihat, dah tak muntah, dah tak loya, dah tak terlena slps Isyak dan dah lalu makan. Bila melawat blog kawan2, asyik teringin je nak makan masakan yg kawan2 tunjuk kat blog masing2. Bila tgk blog Fizin tunjuk gambar chilli crab, saya pun suruh suami belikan ketam kat market (minta tlg penjual tu siangkan sbb Mama saya tak bagi saya siang ketam ketika mengandung) dan saya pun masaklah chilli crab. Rasanya first time saya boleh makan nasi separuh pinggan ketika mengandung ni ialah ketika makan dgn chilli crab ni lah.


Satu lagi, bila Fizin kata anak dia Awatif suka makan sandwich letak cheese, salad, tomato dan mayo.Terus saya rasa teringin dan minta suami belikan cheese yg mmg tak ada dlm stok langsung ketika saya pregnant ni. Petang tu juga saya buat sandwich spt yg Fizin buat dan terasa sedapnya makan kali ni. Slps tu, seminggu berturut2 saya buat bekal sandwich ke office. Bila jalan2 ke blog Amie, saya terliur tgk pelbagai smoothie yg ada dan yg plg saya berkenan tentulah strawberry smoothie. Nasib baik ada byk strawberry yang kawan2 belikan utk saya dari Cameron Highland dan semuanya saya letak dlm freezer. So, inilah hasilnya strawberry smoothie saya yg pertama.

Walaupun saya hanya menggunakan blender yg saya guna utk memasak tu (bekas blend bawang, cabai dan sebagainya), rasa strawberry smoothie ni tetap hebat. InsyaAllah saya akan buat lagi dan lagi selepas ni. Tq Amie yg sgtlah hebatnya skill memasak dia tu.

Ok, beberapa perkara yg 'besar dan penting' turut berlaku di dlm hidup saya pada awal tahun 2012 ni. Firstly, of course lah Wildan memulakan hidupnya sebagai pelajar Darjah 1. Ketika pi shopping barang2 sekolah Wildan, saya masih di dlm keadaan mabuk, so suami lah yg banyak memainkan peranan memilih dan mencuba saiz. Saya cuma tengok dan sibuk bagi opinion saja. Nasib baiklah dapat suami yg penyabar. Wildan pula bukannya minat sgt nak mencuba baju dan kasut, dia asyik nak lari ke toys section yg kebetulan dekat dgn section menjual peralatan sekolah ni. Wafriy pula asyik nak berlari ke sana sini dan dlm masa yg sama dia tak puas hati tgk abang dia dapat banyak barang. Nasib baiklah Ba ikut sekali, so Ba lah yg bawa Wafriy jalan2 sementara menunggu urusan peralatan sekolah Wildan diselesaikan.


Syukurlah Allah memberi kekuatan dan kesihatan yang baik kepada saya utk menemani Wildan pada hari orientasi dan juga minggu pertama hari persekolahan.

Hari Orientasi


Tetap setia dgn Ultraman. Suruh pilih antara beg Ben 10, Transformers dan Ultraman, Ultraman juga jadi pilihan. Beg Angry Birds yg dia berkenan tu harganya sampai RM 139, rasa tak berbaloi pula nak beli sbb Wildan ni 'lemah lembut' orangnya, hehe. Yelah tu lemah lembut, semua benda dia main campak2 saja, takut tak sampai 3 bulan pakai, dah tercabut trolley tu. Beg ni disponsor oleh Dadi yang bagi RM 100 sebagai hadiah masuk sekolah kat Wildan.




As usual, Wildan lah yg paling tinggi kat kelasnya. Memang dah genetic mcm tu, saya dan adik beradik saya dulu pun mmg macam tu juga, pegang rekod paling tinggi dlm kelas dari Darjah 1 sampai Tingkatan 5.


Semasa hari orientasi tu, pelajar2 perlu menduduki Diagnostic Test utk tujuan streaming. Nasib baiklah saya terbaca ttg hal ni di dlm blog Kak Pia, sempat juga saya buat sedikit revision bersama Wildan pada malam sebelum hari orientasi tu.

Hari Pertama dan Minggu Pertama dan Kedua Sekolah

Beratur sebelum menunggu keputusan dapat kelas mana dari Cikgu .

Alhamdulillah, Wildan dapat masuk kelas Amanah iaitu kelas pertama dari 4 kelas yang ada utk Darjah 1.  Syukur sangat2, bergenang air mata saya sbb happy sgt dgn kejayaan pertama Wildan ni. Syukur juga krn Imran, best friend Wildan turut berada di dlm kelas yang sama.



Di dalam kelas. Smg Allah akan sentiasa memudahkan dan melancarkan proses pembelajaran Wildan dan kawan2.

Hari pertama di kantin. Wildan makan seketul ayam goreng, 3 keping keropok lekor dan milo ais. Bermula hari kedua, saya bekalkan dia dgn biskut dan juga air masak atau Ribena. Makanan kat kantin ni tak banyak pilihan, especially utk Wildan yg tak makan mcm org lain ni. Saya tak bagi dia beli air kat kantin sbb rasanya kurang sedap dan semuanya berais.

Minggu kedua balik dari sekolah, Wildan pakai necktie. Dari jauh dia dah jerit "Ibu, Wildan jadi ketua kelas". Sebenarnya saya dan suami tak berapa suka dia jadi ketua kelas sbb takut dia tak dapat menyesuaikan diri tapi bila difikirkan kembali, mungkin ini baik utk melatih leadership quality in him. Wildan cerita kat saya, "Wildan tanya Cikgu, kenapa Wildan jadi Ketua Kelas, Cikgu kata sebab Wildan bersemangat" . Alhamdulillah, smg Wildan dapat menjalankan tugasnya dgn baik tanpa sama sekali mengabaikan pelajarannya.

Ni geng "kereta sekolah". Wildan sekolah sesi petang. Sebelah pagi dia ada kelas KAFA dan transit di nursery ni  yg terletak di dlm kolej.  Semuanya ni geng2 dia yg merupakan anak2 staf kolej. Disebabkan ada 5 org yg bersekolah petang, saya dan kawan2 yg merupakan parents kelima2 mereka ni take turn utk menghantar mereka ke sekolah dgn kereta masing2.

Selain dari Wildan masuk sekolah, Wafriy juga dah memulakan sesi tadika dia. Saya dan suami memilih tadika yg sama dgn Wildan utk Wafriy krn berpuas hati dgn perkembangan dan kemajuan yg Wildan tunjukkan.

Bersemangat nak pi tadika.


Muka tension je bila Ibu kata nak ambil gambar.

Dibawa masuk oleh Teacher. Ibu pula rasa sebak nak tinggalkan Wafriy seharian kat sini.

Wafriy ni mmg bersemangat sungguh nak belajar. Setiap kali saya temankan Wildan buat homework, Wafriy pun akan sibuk nak belajar dan buat homework sama walaupun hakikatnya dia takda homework pun. Saya dah belikan dia buku latihan yg boleh dia buat di rumah dan Alhamdulillah setakat ni nampak dia sgt excited nak belajar. Smg berterusanlah minat dan kesungguhan tu ya Wafriy. Dia mmg menjadikan abang Wildannya sbg idol. Selalu dia kata "Wafriy nak belajar betul2 nak bagi dapat nombor 1 mcm Abang, Wafriy nak dapat banyak hadiah mcm Abang dan Wafriy nak jadi ketua kelas macam Abang". Kelakar betul Wafriy ni. Ibu and Abah love you as you are darling! Wafriy tak dapat uniform tadika lagi. Nanti bila Wafriy dah dapat uniform, saya ambil gambar dia byk2.

Tu dia, panjang sungguh entry kali ni. Dah lama tak update, terus saya nak qhada semuanya. Sepanjang tempoh saya menyepi ni, saya tetap membaca blog dan mengikuti perkembangan blog kawan2 cuma adakalanya tak terlarat nak komen apa2. Minta maaf banyak2 ya. Ok, anak2 dah dok komplen lapar ni sbb tak breakfast lagi. Smg Allah berikan saya dan baby kesihatan yg baik utk saya terus melaksanakan semua tanggungjawab saya dgn sebaik mungkin.

P/S: Ramai yg mendoakan baby saya kali ni girl. InsyaAllah, saya sebenarnya mengharapkan yang sama tetapi yg lebih penting tentulah saya doakan agar baby saya ni sihat wal-afiat, sempurna sifat dan kejadiannya dan selamat segala-galanya.

11 comments:

  1. Assalam Kaz,
    sebenarnya Wildan ada ciri-ciri seorang p[emimpin tau, tengoklah buktinya... awal-awal lagi cikgunya sudah nampak bakat dia! Insya-Allah, Wildan pun akan fokus kepada tugasnya sebagai seorang murid seperti rakan-rakannya yang lain.

    Terima kasih sudi cuba smoothie! Sedapkan Kaz! Buat selalu pun tak apa, sebab ia menyihatkan, segar dan mengenyangkan! Banyak khasiatnya susu segar dengan yogurt asli. Jangan lupa, cuba buath-buahan yang lain pula ye Kaz.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Yong Kaz,

    Patutlah lama tak tulis entry. Tahniah nak dpt baby baru dan Alhamdulillah dah semakin sihat. Ada rasa nak dpt baby gurl ke?
    Akak doakan pregnancy ni mudah dan selamat hingga tarikh melahirkan!
    Wildan dah sekolah ya...adik pun dah masuk tadika. Nanti dua2 sekolah ada adik baru!

    ReplyDelete
  3. Salam kaz..selamat kembali.Rindu ngan celoteh kaz ttg anak2 yg comel tu.
    Alhamdulilah,kaz pregnnat!!wah!k.atie lak yg excited..hihi.SEmoga kaz sentiasa sihat dlm proses kehamilan ini & jg diri.
    Sonok kan bercerita ttg anak2 yg br memasuki alam persekolahan.tahniah kpd wildan sbb jd ketua darjah..
    dan kpd wafriy selamat bersekolah tadika(masam je mukanya tuh..hihi.Xmo pisah ngan ibunya kot)
    Take care...

    ReplyDelete
  4. ada orang kisah ke??? Adaaaaa....i memang dah lama ternanti/ entri baru kaz...kita ni 2x5 le...coz i pun dah lamaaaaaaa tak update blog. tapi reasonnya tak mcm kaz...

    first of all, CONGRATULATIONS! very happy to hear the good news...hope your dream will come true...also happy for your boy...first time anak masuk sekolah memang excited...especially year 1...

    take care, kaz.

    ReplyDelete
  5. Salam - Alhamdulilah, Ina dah sihat! fizin mmg ternanti2 entry ina pasal Wildan sekolah tu! Bila baca cerita ina ttg alahan tu fizin macam tak jadi aje plan nak pregnant tu he..he..

    Kalau kita duduk dekat - tiap2 hari fizin boleh buatkan sandwich untuk Ina!!

    ReplyDelete
  6. Salam Kaz... alhamdulillah dengar berita yang gembira dari Kaz... jaga diri baik2, alhamdulillah jugak sebab alahannya 3 bulan je... kalau akak dulu masuk bulan kelima baru boleh makan dan kelima2 anak, alahnnya sama.. awal mengandung akak boleh turun 8kg berat badan.. InsyaAllah girl kot kan... ye lah dah alahannya tak sama... akak doakan harapan Kaz dan suami tercapai insyaAllah...

    ReplyDelete
  7. "kaz...sorilah,akak sgt sibuk..hari tu mai jenguk sini entry sblm ni pun tk dan nak komen...lps tu langsung tk mai2 dah...sibuk dgn urusan yg tk penah habis..tp kalau akak ni jenis yg tk kesah ank..leh jer ank biar depa dok kt skolah tu dan akak dok melangut pc ni..tp akak kalau ada ms senggang tu suka jenguk anak di skolah ms rehat...pi ambik dan antaq sendiri w/pun buleh ja soh depa naik bas...pastu mcm2 nak buat...eh,melalut panjang lak..kaz,akak baru tau ni, kamu pregnant ka..tahniah la...take care tau...pasal wildan tu,tahniah sbb dpt kelas pertama smga terus cemerlang...Amin!amboi byk gambaq wildan...hehhe,teringat akak ms ank sulung masuk drjh 1 dulu,la ni dah tak kisah sgt dah maklum la hat no 5 kan....."

    ReplyDelete
  8. congrats teacher . hope dapat baby girl comel comel macam wildan and wafriy . love you teacher :)

    ReplyDelete
  9. Terima kasih ya semua di atas keprihatinan kawan2 semua. Terharu rasanya.
    Amie, InsyaAllah harap2 mcm tu lah. Zaman sekrg bkn setakat akademik yg penting, ciri2 kepimpinan juga perlu dipupuk dari sekolah lg. Hari ni Kaz buat Orange carrot smoothie pula.

    Kak Halima, kali ni mmg alahan berbeza tp entahlah, Kaz rasa mcm boy juga, hehe.

    Kak Atie, tq. Kalau dpt baby yg comel mcm anak buah kak atie tu mesti best.

    Chinda, tq dear. I think I know what u are up to now. Doing your phd, right? I miss reading your blog, don't quit writing ok.

    Fizin, jgn takut, kan kita dah janji nak pregnant sama2 tahun ni. Kalau rumah kita dekat, tiap2 hari ina pi tunggu kat dapur Fizin.

    Kak Antan, Kaz pun harap sgt dpt baby girl walaupun dok rasa mcm baby boy. Masa tak lalu mkn dulu, turun 3 kg, sekrg ni tak taulah dah naik brp.

    Kak Pia, Kaz faham, kita ni bkn blogger sepenuh masa yg boleh nak mengadap komputer 24 jam. Tq kak Pia.

    Afifah, tq dear. Please pray for me ok.

    ReplyDelete
  10. salam kaz..apa kabar?Xsihat ke sbb blog senyap jer.Take care dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..patutlah lama menyepi, rupanya ada good news ye..Tahniah Kaz! Seronoknya akak dgr..Moga akan dipermudahkan sampai semuanya selamat ye..

      Wildan pun dah masuk sklh ye...nmpk mcm dh tak sabar nk jd abang tu..hehe
      Welcome back ke dunia blogging!

      Delete

What say you?