Friday, December 31, 2010

Congrats Malaysia

Bila menang mereka dipuji dan dipuja, siap satu Malaysia dapat cuti lagi.
Bila kalah mereka dicaci, dicerca, disumpah, dimaki hamun dan mcm2 lagilah.

Macam tu lah trend sukan di Malaysia ni
Apapun, congrats team bolasepak Malaysia
Smg kemenangan ni tdk membuatkan anda terlena....

Tuesday, December 28, 2010

"Cinta" baru my hubby

Setelah lama mengidam, membelek, membaca semua review di internet dan fikir punya fikir, akhirnya my beloved hubby telah pun memiliki apa yg sgt2 diminatinya - iphone 4.
So sekarang Ibu, Wildan dan Wafriy dah jadi kekasih nombor 2 sebab Abah asyik dok belek iphone tu dari pagi sampai malam. Takpa, takpa, kasi chance lah kan, awal2 lagi ni. Kalau lagi sebulan Abah mcm tu jugak, Ibu, Wildan dan Wafriy kena lancarkan tunjuk perasaan lah nampaknya,hehe.

Setakat hobby sukakan gadget mcm ni, saya tak kisah. Janji suami sentiasa ada di rumah bersama saya dan anak-anak. Harap2 suami takkan 'terjebak' dgn latest hobby kebanyakan office mates kami sekrg iaitu main golf. Dahlah mahal, asyik kena tinggalkan anak isteri je kat rumah. Tak sanggup, tak sanggup.
Ehem, ehem... nanti birthday Ibu, Abah belikan iphone 5 ya.

Sunday, December 26, 2010

Award dan haiwan



Ni award terbaru yg diberi dari Kak Atie. Tq very very much Kak Atie. Sebenarnya saya ni taklah seceria mana pun, mood entry pun berubah2 mengikut mood sendiri. Namanya pun manusia, perempuan pula, mmg mcm roller coaster kan mood swing kita. Nak jawab soalan Kak Atie, 3 haiwan kesayangan saya:

1. Ikan- ikan2 ni cantik especially yg colourful tu. Saya suka tgk movement mereka di dlm akuarium. Kebetulan saya juga sukakan laut, so mmg kenalah gandingan ikan dan laut, cukup membawa ketenangan kpd saya.

2. Butterfly- sama spt di atas, saya suka tgk colour mereka yg warna-warni tu dan juga movement mereka yg sgt cantik.

3. Burung- juga sama spt di atas. Graceful, free to do anything, tak kacau orang dan sgt menenangkan sesiapa yg memandang.

Bercakap fasal haiwan ni, anak2 dah lama nakkan 'pet turtle' tapi suami belum izinkan saya beli. Anak2 saya kan cepat allergic so takut kalau pet turtle ni membahayakan kesihatan diaorg pula.

Friday, December 24, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah, pagi tadi result exam utk Master's student dah keluar. Mungkin disebabkan saya terlalu risau dgn keadaan kesihatan Wafriy or disebabkan dah terlalu lama menunggu result ni (lewat benar kali ni), perasaan nervous tu dah berkurangan. But once buka Campus Online tadi, terus pucat sekejap bila tgk result dah ada. Hasilnya....

Kod

Nama Kursus

Unit

Gred

ELEKTIF (KOD E)

PLG515

PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

4

A

PLG516

PENGAJIAN KEBERKESANAN SEKOLAH

4

A-

Jumlah Unit :

8


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yg menolong dan memudahkan segalanya utk saya. Syukurlah, segala usaha dan pengorbanan terasa berbaloi juga. Walaupun bukan 4 flat spt yg saya harap2kan tapi saya tetap bersyukur.

Minggu depan semester baru akan bermula. InsyaAllah, my last semester hendaknya. Ada 2 lagi kerja kursus yg perlu diambil and the biggest fear of course to complete my thesis. Di saat-saat mcm ni, mcm terngiang-ngiang je lagu "InsyaAllah" dari Maher Zain kat telinga ni sbb lagu tu mmg sgt2 inspirational buat saya. I know that I have to be inspired and motivated enough to go through this challenging phase.

To my loved ones- my darling husband, kids, Mama and Ba, thank you for the prayers and support. I need that more and more but believe me, after this semester, I am all yours.

Semoga Allah terus memudahkan segala-galanya utk saya sekeluarga. InsyaAllah.


Tuesday, December 21, 2010

"Dahsyatnya Doa Ibu"- Best Buku Ni



Just nak share sebuah buku yg saya beli dan sedang baca sekarang. "Dahsyatnya Doa Ibu" dari Ustaz Syamsuddin Noor yang telah diulang cetak utk kali ketujuh oleh PTS Millenia Sdn Bhd. Kalau tak salah saya beli kat Popular dgn harga RM 14.90.

Saya beli buku ni kerana saya mempunyai seorg ibu dan seorg ibu mertua (allahyarhamah) dan dlm masa yg sama, saya juga merupakan seorang ibu. Dalam pada nak jadi seorg anak dan menantu yg baik dan taat, adakalanya tanpa disedari, saya mungkin juga tersasar dari segi perbuatan dan perkataan. Dalam pada nak jadi seorang ibu terbaik kepada anak2 saya, saya mungkin juga terlanjur perkataan ketika memarahi dan menegur mereka. Niat tu baik cuma caranya saja yg tak kena. So saya beli buku ni dgn harapan saya dapat mempelajari sesuatu dan memanfaatkannya di dlm kehidupan seharian.

Antara kandungan yg menarik di dlm buku ini ialah "Menyingkap dasyatnya doa Ibu", " Bukti Dasyatnya Doa Ibu", "Manfaat dan Kelebihan Doa Ibu", "Berbakti dan Berdoa Selepas Ibu Tiada" dan "Akibat Buruk Menderhaka Kepada Ibu".

Yang bestnya di dalam buku ni bukan setakat berkongsi hadis2 yg berkaitan tetapi juga kisah2 sejarah dan kisah benar yg membuktikan betapa dasyatnya doa ibu. Antara kisah benar yg sgt berkesan di hati saya ialah kisah seorg ibu yg mempunyai 2 orang anak yg sgt berbeza karakternya. Seorg baik dan seorg lagi sebaliknya. Akibat risaukan anaknya yg buruk perangai tu, dia asyik mendoakan agar anak tersebut berubah menjadi baik dan dia langsung tidak mendoakan utk seorg lagi anaknya yg sememangnya sudah berakhlak mulia tu kerana beranggapan anak itu sudah cukup baik. Takdir Allah, anak yg buruk perangai itu berubah menjadi baik kerana doa ibunya yg dimakbulkan Allah tetapi anak yg baik akhlaknya itu berubah menjadi jahat kerana dia tidak pernah didoakan ibunya dan akhirnya tunduk kpd hasutan syaitan dan mati dlm kemungkaran. Moral of the story is, kita sebagai seorg ibu kena sentiasa mendoakan yg baik untuk SEMUA anak2 kita dan bukan sekadar utk anak yg kita rasa memerlukannya sahaja.

Antara entry yg best lagi dalam buku ni ialah:

- Ada orang yg bila kesempitan wang dan tak tahu nak buat apa akan mengunjungi tempat2 keramat dan makam wali utk memohon pertolongan tetapi tahukah kita bahawa orang yg keramat bagi seorg anak ialah ibunya. Ibu lah yg kita patut kunjungi, muliakan, pandang dgn penuh kasih sayang dan mohon doanya kerana ibu adalah sumber kemudahan hidup bagi setiap anak.

- Apabila kita menyambut kedatangan ibu dan bapa tak kiralah di mana pun dan dari mana pun mereka datang, kita perlu berdiri dan mempersilakannya duduk di tempat kita atau tempat yg paling selesa kerana inilah amalan para nabi termasuklah Nabi Muhammad s.a.w dan juga Nabi Yusuf. Adakalanya saya terlepas pandang benda ni. Ingat ke ketika menyambut VIP saja protokolnya kena bangun, rupanya untuk ibu dan bapa kita juga kita kena buat benda yg sama atau lebih elok lagi.

-Kisah Juraij seorg ahli ibadat dan alim ulamak yg tidak menjawab panggilan ibunya sebanyak 3 kali kerana sedang bersolat sunat. Ibunya merasa marah dan terlanjur memarahi anaknya dgn menyatakan anaknya itu tdk akan mati sebelum melihat wajah pelacur. Kuasa Allah, tak lama kemudian seorg pelacur memfitnah Juraij dgn mengatakan bahawa anak yg dilahirkannya itu adalah anak Juraij. Juraij dimurkai raja dan hampir dijatuhi hukuman namun akhirnya dgn kuasa Allah bayi itu dpt berkata2 bahawa Juraij bukanlah bapanya. Juraij terlepas dari hukuman namun dia tahu itulah balasan utknya kerana tdk menjawab panggilan ibunya. Bagi saya moral of the story kat sini selain dari jgn menimbulkan kemarahan di hati ibu kita, kita sendiri sebagai ibu jgn terlanjur memarahi anak2 kita dgn perkataan yg tidak baik. Kita perlu berhati-hati ketika memarahi mereka kerana takut apa yg kita cakapkan itu menjadi satu doa yg dikabulkan Allah.


Banyak lagi cerita yg penuh dgn keinsafan di dlm buku ini. Banyak juga fakta yg kita terlepas pandang sebelum ni tetapi setelah membaca buku ini, InsyaAllah kita dapat menginsafi dan juga mempelajari sesuatu. Sajalah saya nak share benda yg baik, saya takda kena mengena pun dgn penulis mahupun penerbit buku ni secara langsung atau tdk langsung.

Semoga kita semua akan menjadi seorang anak yg sentiasa didoakan yang baik2 oleh ibu dan ibu mertua kita dan dalam masa yg sama kita juga akan menjadi seorg ibu yg terbaik yg mendoakan segala yg terbaik buat anak2 kita. InsyaAllah.

Sunday, December 19, 2010

Hilang sudah gigi susu yg pertama


Patutlah seminggu dua ni Wildan mcm feverish saja. Kejap badan dia panas, kejap baik, kemudian dia mengadu sakit telinga dan juga sakit gigi. Rupa2nya gigi susu dia yg kat depan tu dah longgar dan dah nak tumbuh gigi kekal yg baru. Kesian pula tgk dia sakit mcm tu, nak tunggu gigi tu luruh sendiri tak luruh2 juga, at last bawa dia gi dentist. Syukurlah dia tak menangis cuma sebelum masuk jumpa dentist tu dia cakap dia takut tp setelah saya dan Dadi dia pujuk sikit, dia ok. Dentist dan nurse tu pun baik2 dan banyak apply psychology. Rupa2nya dah ada 3 batang gigi kekal baru yg dah tumbuh, patutlah dia sakit.



Dalam bilik dentist. Ibu dia yg terlebih nervous sebenarnya sbb takut Wildan rasa sakit dan menangis.


Bersama Dadi yg risau sgt kalau gigi kekal cucu dia tumbuh tak sekata nanti,sebab tu Dadi suruh datang cabut kat dentist, nak bg ruang utk gigi baru tumbuh dgn sempurna.

Hilang sudah satu gigi susu. Dah besar anak Ibu ni ya.

Wednesday, December 15, 2010

Celebrate birthday Mama!

Semalam celebrate birthday mama secara kecil-kecilan saja. Yg penting just to show Mama that she is really being loved and appreciated by us. At first, kami ke Pizza Hut kat Village Mall. Puas tunggu waiter datang ambil order, sampai sudah takda sesiapa yg datang melayan kami. Customer agak ramai tp tak adalah ramai sgt sampai tak menang tangan. Saya panggil waiter, dia suruh another waitress datang ambil pesanan kat meja kami tp tup tup dia pi kat meja lain. Tunggu lagi, panggil lagi and the same thing happened again. Punyalah sakit hati, terus suami ajak saya, mama dan anak2 keluar dan terus ke Secret Recipe kat sebelah. Saya tak faham kenapa Pizza Hut sekrg teruk sgt servisnya. Sebelum ni pun kami selalu experienced benda yg sama kat Pizza Hut branch lain. Ingat bila datang ke branch sini ok sikit, rupanya sama saja. Tadi bersembang dgn Kak Yatie, dia pun experienced benda yg sama kat Pizza Hut Sunway Carnival. Apapun, Alhamdulillah mama tetap enjoy dan happy dgn apa yg kami planned for her.

Order butter cake dari my neighbour, Siti yg mmg pakar buat kek dan biskut. Butter cake ni favourite mama. Sayang sikit Siti tersalah tulis, saya suruh tulis Happy birthday beloved mama, Siti mungkin salah dgr dan tulis happy belated birthday mama. Takpa, yg penting kek Siti mmg sedap.


Hadiah dari saya sekeluarga utk mama. Perfume dan make-up Estee Lauder. Alhamdulillah, mama suka. Jgn tak tahu, my mom lebih suka dan pandai bergaya dari saya yg sgt simple dan selekeh ni.

Semoga Mama terus sihat wal-afiat and happy selalu.

Me and my mama.

Dua insan kesayangan saya. Alhamdulillah, my husband can really accept and love mama as his own mother.
Mama order laksa Sarawak kat Secret Recipe.

With my two little superheroes yg tak reti duduk diam.






Tuesday, December 14, 2010

Happy Birthday Mama!



Happy 60th Birthday to my beloved Mama. This is one of the most important figures who has inspired and helped me to achieve everything that I have today.

"For all the stands you've stood for me For all the truth that you've let me see For all the joy that you've brought to my life For all the wrong that you've made right For every dream you've made come true For all the love I've found in you......"


May Allah bless you in every possible way and aspect of life my dear Mama. I will always love you forever. May Allah give you great health, faith and happiness to lead this life. I am the luckiest daughter in this world to be bestowed a super great mother like you.


Friday, December 10, 2010

Smg anak kita menjadi anak yang cemerlang

Seperti mana ibu dan bapa lain, antara perkara yg sgt saya pentingkan dlm hidup ni ialah kecemerlangan anak2 saya di dunia dan akhirat. Saya selalu memikirkan apakah lagi yg saya boleh buat dan amalkan agar anak2 saya menjadi insan yg cemerlang termasuklah dlm akademik.

Tapi berdasarkan pemerhatian saya selama bertahun-tahun, saya tengok kesemua ibu2 (dan mungkin juga bapa2- saya segan nak tanya dari kawan2 lelaki) yg mempunyai anak2 cemerlang ini mempunyai satu persamaan dari segi amalan mereka. Mereka ini (kawan2 sepejabat saya) sangatlah istikhamah dalam menunaikan solat Dhuha setiap pagi. Tak kiralah sebelum atau selepas ke kelas, saya sentiasa melihat mereka ni menunaikan solat sunat Dhuha dengan khusyuknya. Adakalanya walaupun pada hari yg sgt sibuk atau penuh dgn aktiviti, mereka tetap juga mencuri masa utk solat Dhuha kat surau ofis. Dan mereka inilah yg mempunyai anak2 yg mencapai keputusan yg sgt cemerlang di dalam setiap peperiksaan. Anyway, bukanlah saya tak ada kerja lain selain dari check siapa yg ke surau tu tapi kebetulan meja saya berdekatan dgn surau, so memang saya boleh nampaklah sesiapa yg masuk ke situ.

Semua orang tahukan, antara kebaikan menunaikan solat Dhuha ni ialah InsyaAllah rezeki kita akan dipermudahkan. Bukankah mempunyai anak-anak yg cemerlang juga merupakan satu rezeki Allah yg tak ternilai. Jadi mungkin belum terlewat utk kita mendisiplinkan diri kita dgn meluangkan masa lebih kurang 15 minit setiap pagi utk menunaikan solat Dhuha.

Selain drp itu, saya teringat juga kata2 Kak Jas kelmarin, "kalau nak bagi anak2 pandai, kita kena suruh anak2 mengaji Quran setiap hari sebab Quran tu bagi kita terang hati".

InsyaAllah, apa yg baik kita sama2 berkongsi dan amalkan.


Amanah dan anugerah terhebat dan paling indah dari Allah untuk saya dan suami.

Thursday, December 9, 2010

Resepi Apam Pisang Kak Azatie

Dalam banyak2 resepi yg saya tgk kat blog Kak Azatie, resepi apam pisang ni yg jadi idaman. Rasanya yg buat apam pisang ni nampak lebih sedap dari selalu ialah sebab Kak Azatie gunakan acuan kuih lompang, so nampak comel2 sgt dan yg keduanya saya ialah peminat kuih berasaskan apam. So sewaktu cuti Maal Hijrah yg lalu, saya pun try resepi Kak Atie ni dan hasilnya sgt memuaskan. Cuma saya tak ada acuan kuih lompang jadi saya letak dlm acuan besar ajelah.
Sedang dikukus.

Dah siap. Yang lubang kat tengah tu sebab saya cucuk nak test masak atau tidak.

Ni dia rupa apam pisang yang telah dipotong. Sedap dan rasanya lain dari yg saya pernah makan. Mungkin sebab letak butter dan telur dlm kuantiti yg agak banyak, rasanya seakan2 kek pun ada.

Tq Kak Azatie for sharing this simple yet delicious recipe.

Tuesday, December 7, 2010

Sami Yusuf pun best juga


Dah dengar album terbaru Sami Yusuf? Not bad juga, walaupun mula2 dengar dulu rasa mcm kurang best saja. Mungkin sebab dah terbiasa dengan lagu2 Maher Zain yg lebih kontemporari dan catchy, bila dengar lagu2 Sami Yusuf yg agak mendayu-dayu ni, terasa 'kureng' sikit. Tetapi setelah berkali-kali dipasang, saya dan suami dah mula sukakan lagu2 dia. Sedap dan yang penting penuh keinsafan setiap kali mendengarnya. Sebelum ni asyik dok dengar lagu Maher Zain saja, so for a change bolehlah kawan2 try dengar lagu2 Sami Yusuf pula.

Menurut suami saya, kurang elok kalau kita mendengar lagu2 hiburan yg melalaikan di dalam kereta kerana manalah tahu jika berlaku sesuatu yg tdk elok spt kemalangan dan sebagainya, ditakuti kita sukar utk mengucap kerana kita sedang berada dalam keadaan yg melalaikan dan hati kita juga jauh dari Allah. Perkara ini pernah benar-benar terjadi kepada seseorang yg dikenalinya. Sama2lah kita ambil iktibar.

Dapat Award lagi


Baik betullah Kak Azatie ni. Ada lagi award dari Kak Atie. Nak gantung pun segan sebab rasanya tak lah best manapun blog saya ni tapi memandangkan Kak Atie dah bagi, saya pun menerimanya dengan hati yg gembira. Bangga sebab blogger popular mcm Kak Atie rasa blog saya best. Love u kak Atie, mmmmuah!!!

Sekarang saya pula nak bagi award ni kat blogger lain. Award Blog Best ni saya nak bagi kat dua orang sahabat paling best saya kat blog ni iaitu HAFIDZIN dan BIDADARINDU. Blog diaorang ni mmg best, sesibuk mana pun saya pasti baca setiap kali mereka ada entry baru, kalau nak baca tgk je kat blog list saya ye.

Salam Maal Hijrah



Salam Maal Hijrah untuk semua ya. Semoga kita semua akan terus berhijrah dari hari ke hari menuju ke sesuatu yang lebih baik di dalam semua aspek. InsyaAllah, doa saya sendiri agar saya akan menjadi:

1. Seorang hamba Allah yg lebih baik
2. Seorang isteri yang lebih baik
3. Seorang anak dan menantu yang lebih baik
4. Seorang ibu yang lebih baik
5. Seorang adik, kakak, adik ipar, kakak ipar dan ibu saudara yang lebih baik
6. Seorang pendidik yang lebih baik
7. Seorang pekerja yang lebih baik
8. Seorang pelajar yang lebih baik
9. Seorang sahabat yang lebih baik

InsyaAllah, semoga Allah terus permudahkan perjuangan dan perjalanan hidup saya bersama keluarga tersayang. Untuk sahabat-sahabat blogger dan juga silent readers blog saya, begitu jugalah doa saya utk anda semua.

Saturday, December 4, 2010

Wildan's Big Day

Alhamdulillah, akhirnya semuanya berakhir dengan baik. Pagi tadi ada Majlis Graduasi dan Penyampaian Hadiah kat tadika Wildan. Selain drp dapat hadiah, Wildan join Pertandingan Pakaian Beragam. Mula2 tu saya ingat tak payah masuklah tapi kesian pula kat dia bila tgk kawan2 dia join. Fikir punya fikir, Mama bagi idea suruh Wildan pakai pakaian ala Bollywood. Ok juga tu sebab tak payah nak teruk2 sgt nak cari costume dan sebagainya. Bila try punjabi suit yg Kak Eeja beli from India tu, alamak dah tak muatlah. Nasib baik teringatkan kawan saya Usha yg ada anak lelaki sebaya Wildan. Usha bawa 5 pasang punjabi suit dan nasib baiklah ada yg muat dgn Wildan. Dah buat segala persiapan dan saya pun dah excited nak tgk Wildan dapat hadiah, tiba2 kelmarin dia demamlah pulak. Bukan demam sedikit tp demam yg sgt panas. Bawa dia ke klinik, Doktor kata viral infection dan boleh berjangkit satu family. Agaknya dia berjangkit dari demam saya hari tu agaknya. Saya dah sedih masa tu sebab takut Wildan tak dapat merasa naik pentas ambil hadiah. Puas berdoa biarlah dia sihat agar dia dpt menghadiri majlis penyampaian hadiah tu.

Syukurlah pagi ni nampak dia sihat sikit, so bolehlah gi majlis tu. Puas saya dan mama mengajar dia cara berjalan dan cakap "namaste" ketika pertandingan pakaian beragam tu nanti. Sebelum keluar rumah, saya bagi dia makan semua ubat dan antibiotik dia. Ketika sampai di sana, nampak dia ok lagi tapi ketika dia keluar ke pentas utk peragakan baju bollywood tu, saya dan suami terkejut sebab nampak dia mcm takut2, mengantuk, mcm blur2 sikit dan siap letak jari dlm mulut. Sebelum ni dia tak pernah pun mcm tu. Tiba2 jadi pemalu yg amat. Saya agak mungkin disebabkan ubat2 yg dia makan tu buatkan dia mcm 'khayal' sikit. Tak apalah Wildan, walaupun Wildan tak menang tapi Wildan sentiasa menang di hati Ibu dan Abah.

Untuk penyampaian hadiah, Wildan dapat 3 hadiah iaitu "Pelajar Cemerlang Terbaik", "Pelajar Terbaik Bagi 5 subjek" dan "Anugerah Usaha dan Bersaing". Alhamdulillah, Ibu dan Abah bersyukur dan berbangga dengan kejayaan Wildan. Semoga berkekalanlah hendaknya kecemerlangan ini di dunia dan juga akhirat.


Ini dia pakaian ala Bollywood yg dipinjam dari Auntie Usha.


Bersama kawan-kawan kat tadika. Wafriy pun turut menyibuk sama.

Sayang adik abang.






Anak Ibu.

Nyanyi lagu "Bintang-bintang di langit".



Fashion show.
Budak yang tak tahu duduk diam.

Dadi yg turut happy tgk kejayaan cucu.