Saturday, December 4, 2010

Wildan's Big Day

Alhamdulillah, akhirnya semuanya berakhir dengan baik. Pagi tadi ada Majlis Graduasi dan Penyampaian Hadiah kat tadika Wildan. Selain drp dapat hadiah, Wildan join Pertandingan Pakaian Beragam. Mula2 tu saya ingat tak payah masuklah tapi kesian pula kat dia bila tgk kawan2 dia join. Fikir punya fikir, Mama bagi idea suruh Wildan pakai pakaian ala Bollywood. Ok juga tu sebab tak payah nak teruk2 sgt nak cari costume dan sebagainya. Bila try punjabi suit yg Kak Eeja beli from India tu, alamak dah tak muatlah. Nasib baik teringatkan kawan saya Usha yg ada anak lelaki sebaya Wildan. Usha bawa 5 pasang punjabi suit dan nasib baiklah ada yg muat dgn Wildan. Dah buat segala persiapan dan saya pun dah excited nak tgk Wildan dapat hadiah, tiba2 kelmarin dia demamlah pulak. Bukan demam sedikit tp demam yg sgt panas. Bawa dia ke klinik, Doktor kata viral infection dan boleh berjangkit satu family. Agaknya dia berjangkit dari demam saya hari tu agaknya. Saya dah sedih masa tu sebab takut Wildan tak dapat merasa naik pentas ambil hadiah. Puas berdoa biarlah dia sihat agar dia dpt menghadiri majlis penyampaian hadiah tu.

Syukurlah pagi ni nampak dia sihat sikit, so bolehlah gi majlis tu. Puas saya dan mama mengajar dia cara berjalan dan cakap "namaste" ketika pertandingan pakaian beragam tu nanti. Sebelum keluar rumah, saya bagi dia makan semua ubat dan antibiotik dia. Ketika sampai di sana, nampak dia ok lagi tapi ketika dia keluar ke pentas utk peragakan baju bollywood tu, saya dan suami terkejut sebab nampak dia mcm takut2, mengantuk, mcm blur2 sikit dan siap letak jari dlm mulut. Sebelum ni dia tak pernah pun mcm tu. Tiba2 jadi pemalu yg amat. Saya agak mungkin disebabkan ubat2 yg dia makan tu buatkan dia mcm 'khayal' sikit. Tak apalah Wildan, walaupun Wildan tak menang tapi Wildan sentiasa menang di hati Ibu dan Abah.

Untuk penyampaian hadiah, Wildan dapat 3 hadiah iaitu "Pelajar Cemerlang Terbaik", "Pelajar Terbaik Bagi 5 subjek" dan "Anugerah Usaha dan Bersaing". Alhamdulillah, Ibu dan Abah bersyukur dan berbangga dengan kejayaan Wildan. Semoga berkekalanlah hendaknya kecemerlangan ini di dunia dan juga akhirat.


Ini dia pakaian ala Bollywood yg dipinjam dari Auntie Usha.


Bersama kawan-kawan kat tadika. Wafriy pun turut menyibuk sama.

Sayang adik abang.






Anak Ibu.

Nyanyi lagu "Bintang-bintang di langit".



Fashion show.
Budak yang tak tahu duduk diam.

Dadi yg turut happy tgk kejayaan cucu.

2 comments:

  1. boley choriya,boley kang ga na...he he he..tahniah wildan,moga2 dapat kekalkan cam nie sampai bila2...

    ReplyDelete
  2. Tq uncle Bidadarindu, hehe.Ameen.

    ReplyDelete

What say you?