Tuesday, December 21, 2010
"Dahsyatnya Doa Ibu"- Best Buku Ni
Just nak share sebuah buku yg saya beli dan sedang baca sekarang. "Dahsyatnya Doa Ibu" dari Ustaz Syamsuddin Noor yang telah diulang cetak utk kali ketujuh oleh PTS Millenia Sdn Bhd. Kalau tak salah saya beli kat Popular dgn harga RM 14.90.
Saya beli buku ni kerana saya mempunyai seorg ibu dan seorg ibu mertua (allahyarhamah) dan dlm masa yg sama, saya juga merupakan seorang ibu. Dalam pada nak jadi seorg anak dan menantu yg baik dan taat, adakalanya tanpa disedari, saya mungkin juga tersasar dari segi perbuatan dan perkataan. Dalam pada nak jadi seorang ibu terbaik kepada anak2 saya, saya mungkin juga terlanjur perkataan ketika memarahi dan menegur mereka. Niat tu baik cuma caranya saja yg tak kena. So saya beli buku ni dgn harapan saya dapat mempelajari sesuatu dan memanfaatkannya di dlm kehidupan seharian.
Antara kandungan yg menarik di dlm buku ini ialah "Menyingkap dasyatnya doa Ibu", " Bukti Dasyatnya Doa Ibu", "Manfaat dan Kelebihan Doa Ibu", "Berbakti dan Berdoa Selepas Ibu Tiada" dan "Akibat Buruk Menderhaka Kepada Ibu".
Yang bestnya di dalam buku ni bukan setakat berkongsi hadis2 yg berkaitan tetapi juga kisah2 sejarah dan kisah benar yg membuktikan betapa dasyatnya doa ibu. Antara kisah benar yg sgt berkesan di hati saya ialah kisah seorg ibu yg mempunyai 2 orang anak yg sgt berbeza karakternya. Seorg baik dan seorg lagi sebaliknya. Akibat risaukan anaknya yg buruk perangai tu, dia asyik mendoakan agar anak tersebut berubah menjadi baik dan dia langsung tidak mendoakan utk seorg lagi anaknya yg sememangnya sudah berakhlak mulia tu kerana beranggapan anak itu sudah cukup baik. Takdir Allah, anak yg buruk perangai itu berubah menjadi baik kerana doa ibunya yg dimakbulkan Allah tetapi anak yg baik akhlaknya itu berubah menjadi jahat kerana dia tidak pernah didoakan ibunya dan akhirnya tunduk kpd hasutan syaitan dan mati dlm kemungkaran. Moral of the story is, kita sebagai seorg ibu kena sentiasa mendoakan yg baik untuk SEMUA anak2 kita dan bukan sekadar utk anak yg kita rasa memerlukannya sahaja.
Antara entry yg best lagi dalam buku ni ialah:
- Ada orang yg bila kesempitan wang dan tak tahu nak buat apa akan mengunjungi tempat2 keramat dan makam wali utk memohon pertolongan tetapi tahukah kita bahawa orang yg keramat bagi seorg anak ialah ibunya. Ibu lah yg kita patut kunjungi, muliakan, pandang dgn penuh kasih sayang dan mohon doanya kerana ibu adalah sumber kemudahan hidup bagi setiap anak.
- Apabila kita menyambut kedatangan ibu dan bapa tak kiralah di mana pun dan dari mana pun mereka datang, kita perlu berdiri dan mempersilakannya duduk di tempat kita atau tempat yg paling selesa kerana inilah amalan para nabi termasuklah Nabi Muhammad s.a.w dan juga Nabi Yusuf. Adakalanya saya terlepas pandang benda ni. Ingat ke ketika menyambut VIP saja protokolnya kena bangun, rupanya untuk ibu dan bapa kita juga kita kena buat benda yg sama atau lebih elok lagi.
-Kisah Juraij seorg ahli ibadat dan alim ulamak yg tidak menjawab panggilan ibunya sebanyak 3 kali kerana sedang bersolat sunat. Ibunya merasa marah dan terlanjur memarahi anaknya dgn menyatakan anaknya itu tdk akan mati sebelum melihat wajah pelacur. Kuasa Allah, tak lama kemudian seorg pelacur memfitnah Juraij dgn mengatakan bahawa anak yg dilahirkannya itu adalah anak Juraij. Juraij dimurkai raja dan hampir dijatuhi hukuman namun akhirnya dgn kuasa Allah bayi itu dpt berkata2 bahawa Juraij bukanlah bapanya. Juraij terlepas dari hukuman namun dia tahu itulah balasan utknya kerana tdk menjawab panggilan ibunya. Bagi saya moral of the story kat sini selain dari jgn menimbulkan kemarahan di hati ibu kita, kita sendiri sebagai ibu jgn terlanjur memarahi anak2 kita dgn perkataan yg tidak baik. Kita perlu berhati-hati ketika memarahi mereka kerana takut apa yg kita cakapkan itu menjadi satu doa yg dikabulkan Allah.
Banyak lagi cerita yg penuh dgn keinsafan di dlm buku ini. Banyak juga fakta yg kita terlepas pandang sebelum ni tetapi setelah membaca buku ini, InsyaAllah kita dapat menginsafi dan juga mempelajari sesuatu. Sajalah saya nak share benda yg baik, saya takda kena mengena pun dgn penulis mahupun penerbit buku ni secara langsung atau tdk langsung.
Semoga kita semua akan menjadi seorang anak yg sentiasa didoakan yang baik2 oleh ibu dan ibu mertua kita dan dalam masa yg sama kita juga akan menjadi seorg ibu yg terbaik yg mendoakan segala yg terbaik buat anak2 kita. InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Kaz, Selamat pagi! Oh ni buku yg Kaz review. Tengok kandungan memang menarik. Banyok orng take for granted cara dia layan mak2 deme. Alhamdulillah mak Akak ada lagi, dah tua 80 tahun, Alhamdulillah sihat. Mak Kaz baru sambut harijadi kan?
ReplyDeletei love u mom...
ReplyDelete