Friday, December 10, 2010

Smg anak kita menjadi anak yang cemerlang

Seperti mana ibu dan bapa lain, antara perkara yg sgt saya pentingkan dlm hidup ni ialah kecemerlangan anak2 saya di dunia dan akhirat. Saya selalu memikirkan apakah lagi yg saya boleh buat dan amalkan agar anak2 saya menjadi insan yg cemerlang termasuklah dlm akademik.

Tapi berdasarkan pemerhatian saya selama bertahun-tahun, saya tengok kesemua ibu2 (dan mungkin juga bapa2- saya segan nak tanya dari kawan2 lelaki) yg mempunyai anak2 cemerlang ini mempunyai satu persamaan dari segi amalan mereka. Mereka ini (kawan2 sepejabat saya) sangatlah istikhamah dalam menunaikan solat Dhuha setiap pagi. Tak kiralah sebelum atau selepas ke kelas, saya sentiasa melihat mereka ni menunaikan solat sunat Dhuha dengan khusyuknya. Adakalanya walaupun pada hari yg sgt sibuk atau penuh dgn aktiviti, mereka tetap juga mencuri masa utk solat Dhuha kat surau ofis. Dan mereka inilah yg mempunyai anak2 yg mencapai keputusan yg sgt cemerlang di dalam setiap peperiksaan. Anyway, bukanlah saya tak ada kerja lain selain dari check siapa yg ke surau tu tapi kebetulan meja saya berdekatan dgn surau, so memang saya boleh nampaklah sesiapa yg masuk ke situ.

Semua orang tahukan, antara kebaikan menunaikan solat Dhuha ni ialah InsyaAllah rezeki kita akan dipermudahkan. Bukankah mempunyai anak-anak yg cemerlang juga merupakan satu rezeki Allah yg tak ternilai. Jadi mungkin belum terlewat utk kita mendisiplinkan diri kita dgn meluangkan masa lebih kurang 15 minit setiap pagi utk menunaikan solat Dhuha.

Selain drp itu, saya teringat juga kata2 Kak Jas kelmarin, "kalau nak bagi anak2 pandai, kita kena suruh anak2 mengaji Quran setiap hari sebab Quran tu bagi kita terang hati".

InsyaAllah, apa yg baik kita sama2 berkongsi dan amalkan.


Amanah dan anugerah terhebat dan paling indah dari Allah untuk saya dan suami.

2 comments:

  1. iye la kak,selain usaha dorang sendiri,kita pun kena sama2 usaha utk kejayaan dorang..

    ReplyDelete
  2. Salam Kaz, pe kabor? Weh dia ada blog cantik! Ya, anok2 tu rezki dan amanah, jaga dgn baik InsyaAllah deme jadi baik.

    ReplyDelete

What say you?