Showing posts with label cake. Show all posts
Showing posts with label cake. Show all posts

Saturday, October 29, 2011

Wildan&Wafriy&Angry Birds


Aduh, minat sungguh anak2 saya dgn Angry Birds sekarang. Hampir setiap hari nak barang Angry Birds dan setakat benda2 kecil dan murah2 tu saya pun tak kisahlah nak membelinya. Kebetulan kat Kedai Siswa di kolej ada menjual barangan Angry Birds ni, so hampir setiap hari ada saja yg saya belikan kat mereka berdua.


Berposing dgn barangan Angry Birds.

Ni antara barangan yg diaorg ada, sebahagian lagi tertinggal kat rumah Tok Ba di Penang.

Disebabkan tahu minatnya diaorg kat character ni, saya pun buat kek Angry Birds ni utk breakfast mereka pagi ni. Chocolate cake ni saya buat semalam, pagi tadi selepas subuh terus saya decorate cake tu sbb nak surprisekan hero2 tu sebaik saja diaorg bangun tidur.




Jgn gelak ya tgk kek saya yg comot ni.

Inilah dia kek coklat Angry Birds yg saya buat. Memanglah hodoh, tak kreatif dan comot tapi rasanya sedap dan yang paling penting, Wildan dan Wafriy happy sangat.

Muka budak yang baru bangun tidur. Seronok bila tgk diaorg happy.
InsyaAllah, jika berpeluang saya memang teringin sgt nak belajar menghias kek. Sekurang-kurangnya saya boleh membuat sendiri utk anak2 dan family. Tapi bilalah agaknya nak ada peluang ya sbb saya sendiri pun tak berusaha mencari peluang tu.

Sunday, April 24, 2011

Almond Butter Cake

Baking is addictive, betul tak? Disebabkan tu lah, walaupun hari ni saya tgh busy dgn preparation utk exam, saya ttp rasa 'gatal tangan' je nak bake sesuatu. Oven tu seakan-akan melambai-lambai kat saya minta digunakan. Check dlm fridge, hanya bahan2 basic saja yg ada, mula2 ingat nak bake super moist eggless choc cake tp kesian pula kat Mama saya yg tak gemar dgn apa jua jenis choc cake ni (cepat muak katanya). So, saya pun buatlah kek kegemaran Mama, butter cake tp saya modify sikit resepi asal yg kawan Mama berikan tu. Jadilah ia Almond Butter Cake. Yg bestnya kek ni senang utk dicari bahannya dan senang juga utk menyediakannya. And the taste is,hmmmmm.....mmg sedap sangat (to my taste lah). Kalau ada yg nak try, saya letakkan resepinya kat sini ya. Bukannya saya nak jadikan blog saya ni blog masakan tp saya rasa this recipe is worth sharing. Setiap kali dibuat dan dijamu pd org, mesti org akan cakap sedap dan minta resepinya.

Almond Butter Cake
250 gm butter
2 cawan tepung superfine (tepung gandum pun boleh)
1 cawan gula kastor
4 biji telur
1 sudu kecil essen vanilla
1 sudu kecil baking powder
1/4 cawan susu cair
1/2 cawan almond nibs

Pukul butter dan gula sehingga kembang dan putih. Masukkan telur satu persatu. Pukul sebati. Masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder. Kacau secara kaup balik. Masukkan susu cair dan esen vanilla. Kacau rata dan sebati.
Masukkan ke dlm dulang pembakar. Tabur almond nibs ke atasnya. Bakar selama lebih krg 35-40 minutes.


Seperti biasa, gambar yg tak cantik dan tak clear ni membuatkan kek ni nampak mcm tak sedap je kan. Tp rupa sebenarnya sgt gebu dan moist. (Agak2nya bila lah saya nak dapat hadiah Blackberry torch dari My Darling tu ya, bolehlah saya ambil gambar2 yg clear dan cantik sikit, hehehe).