Wednesday, October 27, 2010

Penatnya packing!

Hari ni sibuk mengemas sebab esok dah nak gi KL. Bukan senang nak mengemas kali ni sebab ni first time nak bawa ultraman brothers tu naik bas. Kalau naik kereta boleh hentam bawa saja apa yg nak dibawa ttp bila naik bas ni mmg jenuh nak kena pilih barang mana yg paling penting saja. Baju2 pun nak kena recycle nanti sbb kalau bawa banyak sangat nanti berat pula. Mana dengan nak jaga mama dan dua orang hero yg aktif ni, mana dgn nak angkat beg2 lagi, kira memang kena jadi superwoman lah esok.

Semoga Allah mudahkan dan selamatkanlah perjalanan kami nanti. Gerun pula nak naik bas bila teringat cerita2 tak baik yg banyak berlaku melibatkan bas lately ni. Apapun semuanya di tangan Allah. Niat aku untuk menggembirakan hati anak-anak, smg Allah berkatilah.

Wildan dan Wafriy lah yg paling happy hari ni. Kalau boleh semua toys mereka nak bawa bersama untuk dimain bersama cousins Emil dan Dhani.
(Guna gambar lama, tak tau what's wrong, tak leh nak upload gambar2 baru dari handphone ni.)

Tuesday, October 26, 2010

Rindu


Rindunya kat dia- teman sehati, sejiwa, sekatil, sebilik, serumah, sekereta dan juga sepejabatku. Memandangkan kami bekerja sepejabat, kami jarang berpisah. Datang kerja bersama, breakfast bersama, lunch bersama, balik kerja pun bersama. Bila sesekali berpisah, memang aku akan rindukan dia sangat2.

Suami outstation, gi marking exam paper untuk student kolej matrikulasi seluruh negara. Semoga Allah selamatkan dan mudahkan segala-galanya untuk suami yg sangat aku sayangi ini. Amin.

Monday, October 25, 2010

Pahala Terakhir Seorang Isteri

Dalam banyak2 email yg diterima, email ini sangat meninggalkan kesan di hatiku, sebab tu walau dah bertahun-tahun email ini diterima, aku masih menyimpannya. Satu peringatan untukku dan juga semua wanita di luar sana, smg kekesalan penulis ini tidak akan terjadi kepada kita. Dan semoga suami kita terus menjadi keutamaan yang teratas di dalam hidup kita di dalam apa jua yang kita lakukan.



Dituju Khas kepada para-para isteri & bakal menjadi isteri....

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini. Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang ba ik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami.

Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan. Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.

Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa. Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan ya ng harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya.

Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami. Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya.

Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing. Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan.

Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya.

Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap.

Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur. Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.

Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meinta maaf daripadanya .

Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak sterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya." Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya ...semoga Allah perkenankannya.

Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan




Nauzubillah. Doaku, semoga aku akan terus menjadi isteri yang terbaik untuk suamiku di dunia dan juga akhirat.

Sunday, October 24, 2010

Nak exercise ke tak nak?




Dah lama betul tak exercise. Kelas aerobik pun baru pergi sekali saja sesi ini. Kenapalah tak bersemangat langsung nak kuruskan badan dan jaga kesihatan sekarang ni sedangkan banyak baju yang aku pakai dah tunjukkan tanda2 berat badan yang semakin naik. Pagi ni bangun awal cadangnya nak exercise tapi akhirnya aku melekat kat depan laptop ni. Dahlah semalam aku makan cheese cake dengan banyaknya, mmg sahlah akan bertambah-tambah berat aku ni.
Seronok betul kalau dapat jadi orang yang susah nak gemuk mcm sesetengah kawan2 aku. Mereka makan punyalah banyak, siap yg high calorie lagi tapi tak gemuk2. Aku ni puas jaga makan, nasi pun jarang sgt sentuh tp badan macam tu jugak. Terlebih makan sikit, naiklah berat badan. Selagi aku tak exercise, selagi itulah berat tak turun. Yang lebih mencabarnya ialah bila tgk suami aku yg semakin slim, aduhhhhhh.....tak leh jadi ni. Takpa, takpa, esok masih ada kan, esok je lah aku exercise.

Saturday, October 23, 2010

Ultraman Brothers nak naik bas


Anak-anak kesayanganku ini tengah buat countdown. Nak tau countdown apa? Countdown berapa hari lagi nak pi KL dengan MENAIKI BAS. Ni janji aku dan suami kepada mereka berdua, so sekarang kami akan tunaikan. Ingat tak dulu aku ada buat entry betapa mereka berdua meraung-raung kat stesen bas ketika menghantar Dadi ke KL dulu? Mereka berdualah punyalah teringin nak naik bas sebab hanya Wildan pernah naik bas sekali, itupun ketika dia masih kecil lagi. Wafriy memang belum merasa lagi. So, InsyaAllah, next week sempena cuti semester kolej, aku akan bawa mereka menaiki bas ke KL. Sebelum tu suami akan pergi ke KL dulu dgn menaiki bas kolej kerana dia kena gi marking exam paper. Aku akan menyusul bersama Mama dan anak-anak beberapa hari kemudian dan tinggal di rumah abang dan adikku di Bukit Subang selama beberapa hari.

Mula-mula dulu ingat nak rahsiakan dari mereka, nak buat surprise hingga tiba masanya. Tetapi semasa Wildan kena asma sampai kena nebulizer tu, nak motivate dia supaya sihat cepat, aku pun beritaulah. Punyalah excited kedua beradik ni. Setiap hari mereka bertanya "bila kita nak pi KL naik bas ni". Selain nak naik bas, paling mereka tak sabar tentulah sebab dapat jumpa cousins mereka Emil dan Dhani kat sana nanti. Jenuhlah Cica Ayish, Cica Ayush, Cici Ija dan Cici Liz nak layan ultraman brothers ni ya.

Tak tau lah sama ada mereka boleh tahan nanti duduk berjam-jam atas bas. Harap-harap mereka akan tidurlah dlm perjalanan supaya aku pun boleh tidur sama, hehehe...

Friday, October 22, 2010

Home Remedy

Just want to share this email which I think could be helpful one day. No harm in trying this, right?

The Amazing Hair Dryer (by Z. D. Zhou)

Not long ago a friend took her ten-year-old boy to my house looking for my wife, saying that her child had hiccups all day long. The child was very uncomfortable and unable to eat at all. After she checked, my wife said there was a muscle spasm in his diaphragm. Without hesitation, she took out a blow dryer, turned on the power and started blowing at the boy's stomach.

About 10 minutes later, the boy burped and fell relieved. We were surprised that this thing can do the trick. But my wife just smiled. A few days later, I had a stiff neck when I woke up in the morning. I could hardly turn my head. I recalled my stiff neck problem was treated a few times by acupuncture and cupping when I was younger. I asked my wife for the similar treatment. She said there weren't any needles at home nor any suitable small jars for cupping. She just took out a hair dryer. I couldn't help laughing. Again? This thing can cure stiff neck too? Amazing!

She blew on my shoulders and my neck for about 15 minutes. My neck was really loosened up. I could turn my head now. Later in the evening, she repeated that on me once more. The pain in my neck was significantly reduced. I crowned her the "queen of blow drying".

She explained that this was inspired by the method people used in the old days. In hospitals, with all the modern equipments we have, doctors do not need blow dryers. Back in the old days, in rural villages especially, doctors were poorly equipped with medical supplies. So they came up with other means to treat patients with common pains.

Suddenly I realized this is the thermal effect on pains with the heat generated by a blow dryer. Modern physiotherapy equipment such as electric, laser, thermal, ultrasound and others can easily generate heat for effective treatment. They are, of course, more powerful then a blow dryer. However, when they are not available, using a blow dryer to generate heat will also work, temporarily at least, on common pains such as back pain, muscle spasm, stiff neck, leg cramps, etc. It is easily accessible and easy to operate as long as there is electricity.

The blow dryer is really amazing. Try it. Hope it works for you too.

Thursday, October 21, 2010

Aku dan Bajet 2011


Hehe, budget 2011 dah lama berlalu, baru sekarang aku nak bercakap mengenainya. Rasanya yang significant dgn aku secara langsung ialah

1. Dapat RM 500 at the end of the year- memang sikit, sekali belanja pun boleh habis tapi it is better than nothing kan. Teringat dulu2, bila budget diumumkan, dapat bonus sekali gaji dan juga kenaikan gaji 5 %. Best tu, kalau tak salah dua kali aku dapat merasa kenaikan gaji 5% tu selama aku bekerja dgn kerajaan ni. Memang ramai yang tak puas hati sebab orang yang bekerja dengan swasta lebih lumayan bonusnya, tak mainlah RM 500, kurang2 pun 3 bulan gaji kan. Seorang kawan aku yang bekerja sebagai nurse dan buat part-time jual kek dan cookies terus bertekad nak berhenti kerja dan tumpukan sepenuh perhatian dlm business dia. Semuanya gara-gara tak puas hati dengan pemberian RM 500 tu. Kerja teruk tp ganjarannya sikit sangat. Lebih baik dia tumpukan perhatian buka bakery sebab kek dan cookies dia mmg sedap dan laris, setakat RM 500 tu sehari kerja pun dia boleh dapat. Masing-masing ada pendapat dan cara sendiri lah kan. Mcm aku ni yang tak ada sebarang kemahiran lain selain dari mengajar ni sampai mati pun akan setia dengan kerja kerajaan lah.

2. Cuti bersalin 90 hari- Yang ni aku kurang bersetuju sebenarnya. 90 hari tu lama sangatlah. Aku tak reti nak duduk saja kat rumah lama2 tanpa bekerja. Dulu cuti bersalin 60 hari pun aku dah nak mati kutu duduk kat rumah, sekarang 90 hari lagilah aku tak tau nak jadi apa kat aku nanti. Don't get me wrong, bukannya aku tak sayang kat anak-anak aku dan tak mau spend masa lama2 dengan mereka. Kasih sayang aku pada mereka tiada tandingannya but I know I am a better mother when I am working. I am more stable emotionally and physically when I am working as compared to when I am not. Aku rasa ada ibu2 yang bekerja yang setuju dengan pendapat aku ni dan mungkin juga ada yang tidak bersetuju. Tapi walau apa pun, jika ada rezeki untuk Wildan dan Wafriy dapat adik nanti, aku mungkin akan make use of this opportunity. Tengoklah nanti, lambat lagi tu.

3. Intensif untuk guru cemerlang- ni mungkin jadi 'my next goal' selepas aku habis study nanti. Menarik juga ganjarannya yang dijanjikannya tu. Untuk orang yang tak berharta dan tak ada kemahiran lain mcm aku ni, memang hanya inilah laluan untuk mendapat sedikit rezeki lebih untuk keluarga.

Yang lain-lain tu, aku rasa biasa2 saja. Nak komen lebih2 pun tak berani, especially bab peruntukan untuk program PERMATA tu. Tapi berdasarkan kajian yang aku buat melalui kursus PLG 516 yg aku ambil kat USM tu, program ni banyak manfaatnya terutama sekali untuk kanak-kanak luar bandar. Terserahlah bagaimana kita menilainya.

Tuesday, October 19, 2010

My sweet pie


Lama tak cerita fasal si kecik ni. Setakat ni dialah yang paling kecil, so he is the baby of the family lah. Baru-baru ni Wafriy tanya aku dan suami dengan selamba,

"Ibu, bila kita nak ada baby ni? Kawan-kawan Wafriy semuanya ada baby."
Aku dan suami cuma tersenyum dan aku jawab," nantilah, nanti Ibu dah habis study kat USM kita ada baby".

Kalau ada baby nanti tak taulah mcm mana dia punya jeles nanti sebab dia ni teramatlah rapat dengan aku. Mesti dia akan terasa dan pasti dia akan buat perangai, sama macam mula2 Wildan dapat adik dulu. Tp rasanya itu semua biasalah kan.

Wafriy ni walaupun sangat aktif dan selalu nak buat orang geram dengan perangai dia yang tak dengar cakap dan terlebih berani tu, dia ni juga tersangatlah sweetnya. Kalau aku cakap "Ibu sakit belakanglah Wafriy". Cepat-cepat dia akan datang mengusap dan mengurut belakang aku walaupun dia sedang bermain. Kalau aku tengah sembahyang dan sejadah aku terlipat, cepat-cepat dia akan betulkan. Kalau aku pura-pura menangis, dengan cepatnya dia akan datang memujukku dan silap haribulan, dia pun akan menangis sama. Kalau aku cakap aku sakit, dia terus akan bertanya "Ibu sakit kat mana?" dengan wajah yang penuh simpati. And most of the time, dia akan cakap "Wafriy sayang Ibu banyak sangat". So sweet......

Itulah dia anak teruna keduaku yg sgt aku sayangi ini. Lately ni nampak dia pun dah bersemangat nak belajar. Asyik dok mengeja dan sama-sama belajar dengan abang dia. Tp tahun depan dia baru berumur 4 tahun, awal sangat lagi utk dia ke tadika. Biarlah dia menikmati zaman kanak-kanak sepuas-puasnya dahulu. Nanti umur 5 tahun Ibu dan Abah hantar ke tadika ya Wafriy sayang.

Monday, October 18, 2010

Debaran di pagi ini.



Berdebar-debar rasanya pagi ni. Kenapa?

1. Hari ni hari pertama Wildan exam. Smg Wildan dapat menjawab dengan baik dan dapat keputusan yang cemerlang. Walaupun hanya sekadar exam tadika, but exam is still an exam. Mungkin kerana sedari kecil aku dan adik-beradikku dididik oleh mama dan arwah Ba utk mengambil serius ttg exam, jadi sekarang aku juga melakukan yang sama utk anak-anakku.

2. Minggu ni ialah minggu final exam students di kolej aku dan pagi ini ialah paper Bahasa Inggeris. Berdebar-debar rasanya memikirkan soalan apakah yang keluar, dapatkah students aku menjawab dengan baik, dapatkah mereka apply apa yang aku ajar mereka dan dapatkah mereka result yg cemerlang nanti..... Macam-macamlah yang aku fikirkan sehinggakan aku terfikir adakah students aku sendiri risaukan exam mereka sepertimana aku dan lecturers lain risaukan ni.

Apapun, semoga Allah mudahkan segalanya untuk Wildan dan juga semua student KMPP yg sedang mengambil exam sekarang ni. Dan aku sendiri pun tak boleh terlalu risau sbb banyak lagi kerja aku yang belum diselesaikan dan dlm beberapa minggu lagi giliran aku pula utk ambil exam. Smg Allah mudahkannnya juga untukku nanti.

Sunday, October 17, 2010

Wildan lagi....

Alhamdulillah, Wildan dah ok sikit, nak kata sembuh sepenuhnya tu taklah, setiap kali dia lompat atau berlari nampak dia tercungap2 kepenatan. Kesian dia, nampaknya Wildan tak dapat nak aktif dlm sports bila masuk sekolah nanti. Ni yg merisaukan aku, tak seronoklah gitukan sebab dia budak lelaki. Budak lelaki kena aktif dlm sukan, barulah nampak macho sikit. Semasa aku bersekolah dulu pun begitu juga. Walaupun aku ni tinggi, aku tak dapat aktif bersukan disebabkan penyakit asma aku ni. Aku cuma main bola jaring aje, itupun tak sehebat mana. Tapi aku ni perempuan, rasanya ok lagilah walaupun tak aktif bersukan. Walaupun tak aktif bersukan, aku tersangatlah aktifnya di dalam persatuan, sebut aje persatuan atau kelab apa, semuanya aku join dan hampir kesemuanya aku jadi pengerusi atau naib pengerusi. Semua ni aku buat sbb nak cover balik kekurangan aku yg tak aktif langsung dlm sukan kecuali sukaneka tu.

Berkenaan dgn Wildan ni, aku nak dia jadi macam budak2 yang lain, aktif bermain dan bersukan. Aku tak nak dia jadi budak skema yg asyik dok berkepit dgn buku saja. Macam mana nak buat ya?? Patutkah aku cuba bg dia supplement mcm jus manggis atau HR hi-goat tu yg dikatakan baik utk kanak2 yg ada asma? Nantilah aku nak try google kat internet ni. Ada juga beberapa petua tradisional yg diberi kpd aku utk dicuba. Antaranya ialah bg makan anak tikus yg kecil2 tu, atau anak lipas yg dibakar dan ditumbuk mcm serbuk kopi. Astagfirullah, tergamakkah aku nak bg anak aku makan semua tu? Usah kata nak bg makan, nak cari dan nak pegang benda2 tu pun aku tak sanggup. Aku pun tak pasti di mana logiknya petua2 mcm tu. Yang pasti, aku tak sanggup langsung nak cuba.

Friday, October 15, 2010

Wildan kena asma.

Alahai, Wildan kena asma lagi. Kelmarin sewaktu kat office dapat panggilan dari cikgu tadika dia mengatakan Wildan batuk teruk. Aku bergegas ke sana, sesampainya kat sana aku tgk Wildan sedang duduk terbongkok dan Teacher Ana sedang mengurut belakang dia. Aku bawa dia ke kereta, tak sempat sampai ke kereta, dia termuntah dan terus terduduk kat tepi jalan hadapan tadika tu. Mmg nampak agak teruk asma dia kali ni. Aku bawa dia ke klinik, kena nebulizer. Aku bawa dia ke office, belum sempat masuk office, dia termuntah lagi dan terus terjatuh dan terduduk kat depan office tu. Aku bawa dia masuk ke kereta dan dalam kereta dia batuk tak berhenti2 dan muntah lagi. Aku called suami dan terus gi jumpa Ketua Jabatan untuk minta kebenaran balik awal.

Kat rumah keadaan dia agak stabil tp masih batuk dan muntah hingga ke malam. Tgklah hari ni macam mana, kalau teruk lagi nak bawa dia terus ke Pantai Utara.

Tuesday, October 12, 2010

Wildan nak exam lagi.

Memang sekarang musim exam. Students aku nak exam, aku pun nak exam dan Wildan pun nak exam. Sewaktu siang sibuk mengajar anak orang, sebelah malam mengajar anak sendiri pula. Nasib baik exam aku lambat lg, kira2 lg sebulan.
Exam yg pertama dulu, Wildan dapat nombor 1. Kali ni, sebagai seorg Ibu, pastinya aku mengharapkan kejayaan yg serupa. Tetapi hakikatnya nombor dan ranking dlm kelas bukanlah segala-galanya, yg penting Wildan perlu mencuba sedaya-upaya untuk membuat yg terbaik di dalam peperiksaan tu nanti.


Kesian pula ya, umur 5 tahun dah nak kena ambil exam. Tadika yg Wildan belajar ni mmg cemerlang di dlm akademik. Walaupun Wildan baru 5 tahun, dia dah boleh membaca, mengira campur, tolak dan sebagainya. Tp aku kurang berkenan sikit dengan sikap cikgu2 kat situ yg agak tegas dan kurang 'mesra rakyat'. Malah, dah ada kawan aku yg keluarkan anak dia kerana tak tahan dgn sikap cikgu2 kat situ. Setakat ni, aku rasa aku masih boleh bertahan utk hantar Wildan ke sana walaupun ada juga masanya Wildan beritahu cikgu marah dia. Biasalah kan kalau setakat kena marah tu.

Gambar hiasan- abang sibuk dok study, adik pula sibuk dok makan maggie goreng yg dibeli dari pasar malam tadi.

To my beloved and darling Wildan, good luck in your exam,sayang. Ibu loves you unconditionally.

Monday, October 11, 2010

Membebel sekejap

Sekarang ni ialah study week utk students aku kat kolej ni. Minggu ni tiada kelas dijalankan, semua lecturer diminta berada di ofis masing2 dan menunggu students datang utk consultation dan bertanya apa2 yg mereka tidak faham sblm exam week pada minggu depan. Seperti biasa, tak banyak pun students yg datang utk consultation bg subjek BI ni. Yelah, BI ni kan bukan subjek teras, tdk dikira pun di dalam CGPA mereka nanti. Mereka lebih suka study subjek lain. Itupun kalau study lah. Ironinya, students yg datang utk consultation adalah pelajar chinese yg kebanyakannya mmg tdk mempunyai masalah di dlm subjek BI ni. Sewaktu aku buat essay consultation utk students kelas aku pada pukul 11 pg tadi, ramai student 'kita' yang tdk datang kerana masih tidur. Aku malas nak bising, tak mahu mendera emosi mereka di saat-saat akhir sebelum exam ni. Cuma aku berharap agar mereka tidak menyesal di kemudian hari nanti. Belajar Bahasa Inggeris bukanlah sekadar utk lulus peperiksaan ttp apa yg lebih penting, penguasaan yg baik di dalam BI ni adalah satu jaminan untuk mereka lebih berjaya di dalam kerjaya dan juga kehidupan mereka kelak.

Sekarang ni hampir kesemua interview utk pembiayaan biasiswa dan juga permohonan kerja dijalankan di dalam BI. Dahulunya, menguasai BI adalah satu kelebihan ttp sekarang menguasai BI adalah satu kemestian. Sayang sangat seandainya kecemerlangan akademik mereka tidak diiringi oleh keputusan dan penguasaan BI yang baik kerana sedikit sebanyak peluang mereka utk mengikuti kursus-kursus kritikal dan profesional di Universiti nanti akan terjejas. Kalau bukan 'orang kita' yang mengisi tempat-tempat tersebut, kita boleh fikir sendirilah kan siapa yang akan mengisinya dan siapa juga yg akan rugi nanti...

Friday, October 8, 2010

Alhamdulillah, InsyaAllah

Alhamdulillah, these are some comments given to me by my students in the online teaching and learning evaluation which was carried out to evaluate the lecturers' performance in class. Undoubtedly, these comments have lifted up my spirit and motivation to keep on giving my very best in teaching and educating them. Well, I don't have to hesitate to claim that one of the things that I will never regret in my life is being a TEACHER. So, these are part of the comments that I have copied and pasted from KMPP Portal (Of course there are other parts in the evaluation form):

* OK
* overall okay...enjoy learning english..
* SEMUA BAIK
*keep up the good work. you are the best teacher.
*thank you, teacher.
* U ARE THE BEST TEACHER....
* A VERY GOOD AND DEDICATED LECTURER
* baik.
* for overall,lecturer are good in every aspects
* GOOD!!!
* good!!excellent!
* happy and best..teacher da best:-)
* I enjoy learning English with Pn Kazrina. I enjoy learning english.
* I LOVE HER TO BE MY TEACHER.
* I LOVE TEACHER
* IT'S FUN TO LEARN ENGLISH WITH YOU
* Lessons are fun and easy to follow.
* LUV U TEACHER!!!
* My English Teacher is The Best!!
* OK..:)
* Pengajaran yang sangat baik dan menarik..
* PENSYARAH SANGAT BERDEDIKASI DAN BERSEMANGAT MENGENDALIKAN PEMBELAJARAN
* pn.Kazrina is a good teacher.she is very responsible teacher in our class.
* salam..
* SHE IS A GOOD TEACHER...
* teacher is the best....
* Teacher Kazrina is the best of the best. Keep it up and always encourage students to love English..thank you
* teacher kazrina is the best!! love u teacher.. :)
* teacher you are good
* the best
* very good
* VERY INTERESTING LEARNING
* VERY INTRESTING
* VERY VERY GOOD
* WELL DONE!!!!!!!!!!!!!!!!


To all of my beloved students, from the bottom of my heart, I would like to wish all of you Good Luck and All the Best in your MUET and also final exam. My love and prayer will always be with you guys. InsyaAllah, He will show you the way.

Marriage

Marriage

by Ramon E Mendoza

When I got home that night as my wife served dinner, I held her hand and said, I've got something to tell you. She sat down and ate quietly. Again I observed the hurt in her eyes.

Suddenly I didn't know how to open my mouth. But I had to let her know what I was thinking. I want a divorce. I raised the topic calmly.

She didn't seem to be annoyed by my words, instead she asked me softly, why?

I avoided her question. This made her angry. She threw away the chopsticks and shouted at me, you are not a man! That night, we didn't talk to each other. She was weeping. I knew she wanted to find out what had happened to our marriage. But I could hardly give her a satisfactory answer; she had lost my heart to Jane. I didn't love her anymore. I just pitied her!

With a deep sense of guilt, I drafted a divorce agreement which stated that she could own our house, our car, and 30% stake of my company.

She glanced at it and then tore it into pieces. The woman who had spent ten years of her life with me had become a stranger. I felt sorry for her wasted time, resources and energy but I could not take back what I had said for I loved Jane so dearly. Finally she cried loudly in front of me, which was what I had expected to see. To me her cry was actually a kind of release. The idea of divorce which had obsessed me for several weeks seemed to be firmer and clearer now.

The next day, I came back home very late and found her writing something at the table. I didn't have supper but went straight to sleep and fell asleep very fast because I was tired after an eventful day with Jane.

When I woke up, she was still there at the table writing. I just did not care so I turned over and was asleep again.

In the morning she presented her divorce conditions: she didn't want anything from me, but needed a month's notice before the divorce. She requested that in that one month we both struggle to live as normal a life as possible. Her reasons were simple: our son had his exams in a month's time and she didn't want to disrupt him with our broken marriage.

This was agreeable to me. But she had something more, she asked me to recall how I had carried her into out bridal room on our wedding day.

She requested that every day for the month's duration I carry her out of our bedroom to the front door ever morning. I thought she was going crazy. Just to make our last days together bearable I accepted her odd request.

I told Jane about my wife's divorce conditions. . She laughed loudly and thought it was absurd. No matter what tricks she applies, she has to face the divorce, she said scornfully.

My wife and I hadn't had any body contact since my divorce intention was explicitly expressed. So when I carried her out on the first day, we both appeared clumsy. Our son clapped behind us, daddy is holding mommy in his arms. His words brought me a sense of pain. From the bedroom to the sitting room, then to the door, I walked over ten meters with her in my arms. She closed her eyes and said softly; don't tell our son about the divorce. I nodded, feeling somewhat upset. I put her down outside
the door. She went to wait for the bus to work. I drove alone to the office.

On the second day, both of us acted much more easily. She leaned on my chest. I could smell the fragrance of her blouse. I realized that I hadn't looked at this woman carefully for a long time. I realized she was not young any more. There were fine wrinkles on her face, her hair was graying! Our marriage had taken its toll on her. For a minute I wondered what I had done to her.

On the fourth day, when I lifted her up, I felt a sense of intimacy returning. This was the woman who had given ten years of her life to me.

On the fifth and sixth day, I realized that our sense of intimacy was growing again. I didn't tell Jane about this. It became easier to carry her as the month slipped by. Perhaps the everyday workout made me stronger.

She was choosing what to wear one morning. She tried on quite a few dresses but could not find a suitable one. Then she sighed, all my dresses have grown bigger. I suddenly realized that she had grown so thin, that was the reason why I could carry her more easily.

Suddenly it hit me... she had buried so much pain and bitterness in her heart. Subconsciously I reached out and touched her head.

Our son came in at the moment and said, Dad, it's time to carry mom out. To him, seeing his father carrying his mother out had become an essential part of his life. My wife gestured to our son to come closer and hugged him tightly. I turned my face away because I was afraid I might change my mind at this last minute. I then held her in my arms, walking from the bedroom, through the sitting room, to the hallway. Her hand surrounded my neck softly and naturally. I held her body tightly; it was just like our wedding day.

But her much lighter weight made me sad. On the last day, when I held her in my arms I could hardly move a step. Our son had gone to school. I held her tightly and said, I hadn't noticed that our life lacked intimacy.

I drove to office.... jumped out of the car swiftly without locking the door. I was afraid any delay would make me change my mind...I walked upstairs. Jane opened the door and I said to her, Sorry, Jane, I do not want the divorce anymore.

She looked at me, astonished, and then touched my forehead. Do you have a fever? She said. I moved her hand off my head. Sorry, Jane, I said, I won't divorce. My marriage life was boring probably because she and I didn't value the details of our lives, not because we didn't love each other anymore. Now I realize that since I carried her into my home on our wedding day I am supposed to hold her until death do us apart.

Jane seemed to suddenly wake up. She gave me a loud slap and then slammed the door and burst into tears. I walked downstairs and drove away.

At the floral shop on the way, I ordered a bouquet of flowers for my wife. The salesgirl asked me what to write on the card. I smiled and wrote, I'll carry you out every morning until death do us apart.

That evening I arrived home, flowers in my hands, a smile on my face, I run up stairs, only to find my wife in the bed - dead.
My wife had been fighting CANCER for months and I was so busy with Jane to even notice. She knew that she would die soon and she wanted to save me from the whatever negative reaction from our son, in case we push thru with the divorce.-- At least, in the eyes of our son--- I'm a loving husband....

The small details of your lives are what really matter in a relationship. It is not the mansion, the car, property, the money in the bank. These create an environment conducive for happiness but cannot give happiness in themselves. So find time to be your spouse's friend and do those little things for each other that build intimacy.
Do have a real happy marriage!

-Satu pengajaran berguna untuk aku dan juga semua. Di kala pelbagai cerita tidak enak yang berlaku di kalangan insan-insan sekelilingku, pelbagai keruntuhan rumahtangga yang berlaku kerana wujudnya orang ketiga dan berbaga-bagai cerita lagi, aku cuba untuk munasabah diri. Adakalanya kerana kita berada di zon selesa atau kerana kita lebih mengutamakan tanggungjawab lain contohnya bekerja atau menjaga anak-anak, suami mungkin rasa terabai tanpa kita sedari. Hubungan yang dahulunya mesra dan penuh kasih sayang berkemungkinan untuk menjadi hambar dan terus pudar. Bukankah cinta dan kasih sayang itu ibarat sekuntum bunga yang perlu sentiasa dibelai, dipupuk dan dibajai dengan sepenuh kasih sayang, perhatian dan kemesraan?

Ya Allah, tetapkanlah hati suamiku hanya untukku seorang dan juga tetapkanlah hatiku hanya untuk suamiku seorang. Semoga kebahagiaan yang kami kecapi ini berkekalan selamanya hingga ke hujung nyawa, Amin.