Saturday, October 23, 2010
Ultraman Brothers nak naik bas
Anak-anak kesayanganku ini tengah buat countdown. Nak tau countdown apa? Countdown berapa hari lagi nak pi KL dengan MENAIKI BAS. Ni janji aku dan suami kepada mereka berdua, so sekarang kami akan tunaikan. Ingat tak dulu aku ada buat entry betapa mereka berdua meraung-raung kat stesen bas ketika menghantar Dadi ke KL dulu? Mereka berdualah punyalah teringin nak naik bas sebab hanya Wildan pernah naik bas sekali, itupun ketika dia masih kecil lagi. Wafriy memang belum merasa lagi. So, InsyaAllah, next week sempena cuti semester kolej, aku akan bawa mereka menaiki bas ke KL. Sebelum tu suami akan pergi ke KL dulu dgn menaiki bas kolej kerana dia kena gi marking exam paper. Aku akan menyusul bersama Mama dan anak-anak beberapa hari kemudian dan tinggal di rumah abang dan adikku di Bukit Subang selama beberapa hari.
Mula-mula dulu ingat nak rahsiakan dari mereka, nak buat surprise hingga tiba masanya. Tetapi semasa Wildan kena asma sampai kena nebulizer tu, nak motivate dia supaya sihat cepat, aku pun beritaulah. Punyalah excited kedua beradik ni. Setiap hari mereka bertanya "bila kita nak pi KL naik bas ni". Selain nak naik bas, paling mereka tak sabar tentulah sebab dapat jumpa cousins mereka Emil dan Dhani kat sana nanti. Jenuhlah Cica Ayish, Cica Ayush, Cici Ija dan Cici Liz nak layan ultraman brothers ni ya.
Tak tau lah sama ada mereka boleh tahan nanti duduk berjam-jam atas bas. Harap-harap mereka akan tidurlah dlm perjalanan supaya aku pun boleh tidur sama, hehehe...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam kunjungan balas kaz..makasih ziarah blog akak....cute anak2nya...
ReplyDeletewahhhh..saya pulak teringin nak naik train..balik ni nak try naik train dari KL ke Ipoh lak..hehe
ReplyDeleteSalam, ha ha budak kecik fresh perspektif dia, naik bas pun satu adventure! Cute! Moh baca kembara akak. Baca kisah akak koje di ladang hazelnut, di Turki. I follow U, adik follow me. Tima kasih!
ReplyDeleteKak Azatie dan Kak Halima, tq sebab visit blog Kaz. It is an honour, actually.
ReplyDeleteIznul, Itulah, saya ingat nak ambik train semasa balik dari KL nanti tp takut lambat sgt journey tu.