Thursday, October 7, 2010

Entry untuk Iznul


Dah lama nak buat entry ni, tp belum berkesempatan. Iznul ni ex-student aku, batch tahun lepas. Mmg seorg budak yg cute, polite dan bertanggungjawab. Adakalanya pendiam, adakalanya boleh tahan juga kelakarnya. Dalam kelas dia, mmg dia dapat byk perhatian dari girls yg lain tp sejak awal lagi aku dah dpt rasakan ada 'sesuatu' antara Iznul dan seorg girl dalam kelas ni juga 'Najwa'. Aku pun tak tahu bagaimana, mereka tdk pernah menunjukkan apa-apa tanda yg mereka sedang bercinta ttp naluri aku kuat mengatakan bahawa diaorg ni mmg 'up to something'. Kalau dilihat dari segi wajah pun ada persamaan dari segi rupa paras. Melalui Facebook beberapa bulan yg lepas, aku dapat tahu mmg confirmlah mereka sedang hangat bercinta. Hebat juga naluri seorg guru ni kan.

Hehe, sebenarnya aku ni mmg suka memerhati. In fact, I am a good observer, aku mmg suka memerhati dan menganalisa sikap dan tingkahlaku orang termasuklah anak muridku sendiri. Selalunya ketika mereka sedang menyiapkan tugasan di dalam kelas, aku akan perhatikan cara mereka berpakaian, berkomunikasi, membuat kerja, menulis dan sebagainya. Aku juga banyak menggunakan kaedah psikologi ketika berbual dgn mereka. Dari situlah aku dapat 'membaca' personaliti, sikap dan juga sama ada mereka mempunyai masalah peribadi, masalah keluarga dan sebagainya. Nak kata pandai sgt tu tidaklah ttp ada jugalah sedikit kebolehan yg Allah bg kat aku.

Rupanya Iznul ni pun seorg blogger juga, malah boleh dikatakan seorg blogger yg hebat sbb dah ada puluhan follower. Ni blog dia http://iznulmuazim.blogspot.com Patutlah dia hebat menulis essay sewaktu di dlm kelas English dulu, malah dia adalah di antara pelajar terbaik di dalam subjek English di dalam kelas tu. Oh ya, tq Iznul sbb pernah puji blog Teacher kat blog Iznul dulu. Blog Teacher ni takdalah hebat sgt, blog sesuka hati saja, tulis sesuka hati, topik pun sesuka hati. Buat masa ni belum ada masa dan kesempatan nak committed sepenuhnya dgn blogging ni. Untuk Iznul dan Najwa, Teacher doakan smg korang berdua berbahagia. Pandai-pandailah menjaga diri dan juga hubungan ini. Masih jauh perjalanan, masih banyak yang perlu ditempuhi. Yang penting jgn sesekali mengabaikan hukum Allah di dlm perhubungan ini. Study perlu diutamakan. Kalau Iznul masih ingat, Teacher pernah beritahu kelas Iznul dulu " boys have to study hard because if you want to get married, you have to pay for the dowry which is getting higher from time to time" Hehe, rasanya Najwa tu mesti RM 20,000 ke atas, kena kerja keras tu.

p:s: Gambar di atas diambil dari blog Iznul tanpa izin, jangan marah ya.

1 comment:

  1. teacher ni puji lebih-lebih la..hehe..thanks teacher =)nak kena study hard!

    ReplyDelete

What say you?