Tuesday, October 19, 2010
My sweet pie
Lama tak cerita fasal si kecik ni. Setakat ni dialah yang paling kecil, so he is the baby of the family lah. Baru-baru ni Wafriy tanya aku dan suami dengan selamba,
"Ibu, bila kita nak ada baby ni? Kawan-kawan Wafriy semuanya ada baby."
Aku dan suami cuma tersenyum dan aku jawab," nantilah, nanti Ibu dah habis study kat USM kita ada baby".
Kalau ada baby nanti tak taulah mcm mana dia punya jeles nanti sebab dia ni teramatlah rapat dengan aku. Mesti dia akan terasa dan pasti dia akan buat perangai, sama macam mula2 Wildan dapat adik dulu. Tp rasanya itu semua biasalah kan.
Wafriy ni walaupun sangat aktif dan selalu nak buat orang geram dengan perangai dia yang tak dengar cakap dan terlebih berani tu, dia ni juga tersangatlah sweetnya. Kalau aku cakap "Ibu sakit belakanglah Wafriy". Cepat-cepat dia akan datang mengusap dan mengurut belakang aku walaupun dia sedang bermain. Kalau aku tengah sembahyang dan sejadah aku terlipat, cepat-cepat dia akan betulkan. Kalau aku pura-pura menangis, dengan cepatnya dia akan datang memujukku dan silap haribulan, dia pun akan menangis sama. Kalau aku cakap aku sakit, dia terus akan bertanya "Ibu sakit kat mana?" dengan wajah yang penuh simpati. And most of the time, dia akan cakap "Wafriy sayang Ibu banyak sangat". So sweet......
Itulah dia anak teruna keduaku yg sgt aku sayangi ini. Lately ni nampak dia pun dah bersemangat nak belajar. Asyik dok mengeja dan sama-sama belajar dengan abang dia. Tp tahun depan dia baru berumur 4 tahun, awal sangat lagi utk dia ke tadika. Biarlah dia menikmati zaman kanak-kanak sepuas-puasnya dahulu. Nanti umur 5 tahun Ibu dan Abah hantar ke tadika ya Wafriy sayang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
betul la "so sweet"..kena pulak dia dapat baby girl..masa tu mama ngan papa dia x layan sangat kat dia...he he he...manje lebih....
ReplyDeleteItulah, harap sgt kali ni boleh dpt baby girl mcm Cinta tu. Tak sabar nak beli gaun kembang, baju yg cantik2, sepit rambut dan mcm2 lagilah.
ReplyDelete