Sebelum bertolak ke Ipoh, aku called Pupu Mah dan suruh dia belikan rendang tok dari pasar Tani. Sedapnya tak terkata, menyesal tak beli banyak sbb sampai sekrg aku masih dpt rasakan kelazatannya.


On the way ke Ipoh, anak-anak asyik bertanya "kenapa lambat sgt ni, bila nak sampai ni, dah tak larat lah duduk dlm kereta". Hmmm.. sah2 ikut abah mereka lah ni, tak suka berjalan jauh. Tak syoklah Ibu takda geng nak berjalan.


Setiap sudut di dalam rumah ini ada kenangannya yang tersendiri bersama insan-insan tersayang. Smg mereka bahagia di sisiNya. Aku sempat ke kubur arwah Dadi dan Pupu Nab. Terasa begitu dekat dgn mereka.
Inilah dia Pupu Mah, satu-satunya adik perempuan arwah Ba aku. Seorang lagi pakcik aku tinggal di Johor. Hanya mereka sahaja waris terdekat arwah Ba yg masih ada. Pupu Mah tinggal bersama suaminya, Uncle Rafiq dan tidak mempunyai anak sendiri.
On the way balik ke SP. Si kecik ni masih aktif bertenaga walaupun sehari suntuk tak tidur dan duduk diam.
Wildan dah terlena di dalam kereta. Panas sangat, tu yg dia tutup muka dgn towel tu.
No comments:
Post a Comment
What say you?