Saturday, October 2, 2010

Sepanjang Minggu yg Lalu

Lama benarlah tak update blog ya. Tahap kesibukan kali ni mmg tersgtlah tinggi sehinggakan nak baca blog org lain pun tak sempat. Facebook pun buka sekejap, komen sebaris dua kemudian log out. Sepanjang minggu ni persiapan lebih kepada MUET Guidance Seminar, program yg diadakan utk membimbing pelajar mendapat sekurang-kurangnya band 4 di dalam exam MUET nanti. Smg Allah merestui dan memberkati apa yg kami lakukan ini. Smg sedikit pengorbanan ini dapat membantu mereka mencapai kejayaan bukan setakat di dalam MUET tetapi di dalam kehidupan mereka nanti. Sebagai pendidik, tiada apa yg lebih membahagiakan selain daripada melihat kejayaan anak2 murid yg diajar dengan sepenuh jiwa dan raga, kasih sayang dan pengorbanan yang tidak bertepi.






Di dalam kesibukan menguruskan program ini, anak-anak pula tak sihat. Wafriy selsema dan batuk, yg teruknya ialah Wildan, batuk dan lelah. Kena nebulizer dan makan antibiotik. Dalam bilik doktor, puas doktor tu dok bagi lecture kat aku dan suami sbb bg anak makan junk food. Kebetulan malam tu Wildan makan nugget dgn agak byk. Doktor yg terlebih prihatin tu kata

" U can never find nugget in my fridge. Nugget is made from leftover meat from the farm and they mix it with all parts of the animal. Is this the kind of food that u feed your children?" dan banyak lagilah yg sakit telinga aku dengar ttp aku akui kebenaran kata2 doktor tu. Tetapi sesiapa yg tahu masalah pemakanan Wildan ni akan faham dgn dilema yg aku alami. Menurut doktor tu kalau Wildan tak nak makan nasi atau roti, biarkan saja dia lapar, kata Doktor tu, kalau dia tak makan seminggu pun takpa, dia takkan mati. Haiii..... senangnya kau bercakap ya Doktor, of course it is easier said than done.


Kesiannya anak Ibu ni. Kalaulah Wildan faham kenapa Ibu dan Abah tak bagi Wildan makan semua jenis junk food tu, mesti tak payah nak kena neb mcm ni. Bukannya kami tak cuba ttp mmg sgt2 sukar dan selalunya kami tewas dgn tangisan dan rayuan dia setiap kali dia lapar. Tp kali ni aku berjanji akan cuba kuatkan hati dan betul2 bertegas dgn dia.

Abah sedang memujuk Wildan yg tunjuk perasaan sbb tak dibenarkan makan coklat.

Sepanjang minggu lepas juga banyak undangan ke open house. Aku tak ambil gambar sgt sbb segan pula kat orang. Lagipun bila dah sampai tu ingat nak makan saja. Sambil makan, mulut tak habis2 dok panggil "Wildan, Wafriy jgn lari". "Wildan, Wafriy mai makan", "Wildan, Wafriy baik2, nanti jatuh".




Orang sibuk nak makan, mereka sibuk nak main2 dan tgk ikan kat dlm kolam ikan rumah Kak Ros.
Wafriy dan Wafi. Wafi ni anak Kak Yati. Nama hampir sama, perangai pun hampir sama.

Selain dari rumah Kak Ros, kami turut ke rumah Ustaz Azman pada hari yg sama. Open house yg lain ialah rumah Siti, Kak Ena dan Abg Zul. Rasanya tahun ni aku tak buat open house disebabkan kesibukan tahap melampau aku ni ttp InsyaAllah, raya tahun depan aku dah habis study, bolehlah buat open house utk kawan2 dan jiran2.




No comments:

Post a Comment

What say you?