Monday, October 11, 2010

Membebel sekejap

Sekarang ni ialah study week utk students aku kat kolej ni. Minggu ni tiada kelas dijalankan, semua lecturer diminta berada di ofis masing2 dan menunggu students datang utk consultation dan bertanya apa2 yg mereka tidak faham sblm exam week pada minggu depan. Seperti biasa, tak banyak pun students yg datang utk consultation bg subjek BI ni. Yelah, BI ni kan bukan subjek teras, tdk dikira pun di dalam CGPA mereka nanti. Mereka lebih suka study subjek lain. Itupun kalau study lah. Ironinya, students yg datang utk consultation adalah pelajar chinese yg kebanyakannya mmg tdk mempunyai masalah di dlm subjek BI ni. Sewaktu aku buat essay consultation utk students kelas aku pada pukul 11 pg tadi, ramai student 'kita' yang tdk datang kerana masih tidur. Aku malas nak bising, tak mahu mendera emosi mereka di saat-saat akhir sebelum exam ni. Cuma aku berharap agar mereka tidak menyesal di kemudian hari nanti. Belajar Bahasa Inggeris bukanlah sekadar utk lulus peperiksaan ttp apa yg lebih penting, penguasaan yg baik di dalam BI ni adalah satu jaminan untuk mereka lebih berjaya di dalam kerjaya dan juga kehidupan mereka kelak.

Sekarang ni hampir kesemua interview utk pembiayaan biasiswa dan juga permohonan kerja dijalankan di dalam BI. Dahulunya, menguasai BI adalah satu kelebihan ttp sekarang menguasai BI adalah satu kemestian. Sayang sangat seandainya kecemerlangan akademik mereka tidak diiringi oleh keputusan dan penguasaan BI yang baik kerana sedikit sebanyak peluang mereka utk mengikuti kursus-kursus kritikal dan profesional di Universiti nanti akan terjejas. Kalau bukan 'orang kita' yang mengisi tempat-tempat tersebut, kita boleh fikir sendirilah kan siapa yang akan mengisinya dan siapa juga yg akan rugi nanti...

3 comments:

  1. mmg jiwa seorang pendidik la kak nie...mesti wildan n wafriy jadi org yang berjaya besar nnt...

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, Bidadarindu. Lawaklah pula baca komen yg skema mcm ni dari Bidadarindu, selalunya bg komen yg lawak2.

    ReplyDelete
  3. tu la pasal...dah berjangkit ngan kak la nie...he he he..

    ReplyDelete

What say you?