Alhamdulillah, Wildan dah ok sikit, nak kata sembuh sepenuhnya tu taklah, setiap kali dia lompat atau berlari nampak dia tercungap2 kepenatan. Kesian dia, nampaknya Wildan tak dapat nak aktif dlm sports bila masuk sekolah nanti. Ni yg merisaukan aku, tak seronoklah gitukan sebab dia budak lelaki. Budak lelaki kena aktif dlm sukan, barulah nampak macho sikit. Semasa aku bersekolah dulu pun begitu juga. Walaupun aku ni tinggi, aku tak dapat aktif bersukan disebabkan penyakit asma aku ni. Aku cuma main bola jaring aje, itupun tak sehebat mana. Tapi aku ni perempuan, rasanya ok lagilah walaupun tak aktif bersukan. Walaupun tak aktif bersukan, aku tersangatlah aktifnya di dalam persatuan, sebut aje persatuan atau kelab apa, semuanya aku join dan hampir kesemuanya aku jadi pengerusi atau naib pengerusi. Semua ni aku buat sbb nak cover balik kekurangan aku yg tak aktif langsung dlm sukan kecuali sukaneka tu.
Berkenaan dgn Wildan ni, aku nak dia jadi macam budak2 yang lain, aktif bermain dan bersukan. Aku tak nak dia jadi budak skema yg asyik dok berkepit dgn buku saja. Macam mana nak buat ya?? Patutkah aku cuba bg dia supplement mcm jus manggis atau HR hi-goat tu yg dikatakan baik utk kanak2 yg ada asma? Nantilah aku nak try google kat internet ni. Ada juga beberapa petua tradisional yg diberi kpd aku utk dicuba. Antaranya ialah bg makan anak tikus yg kecil2 tu, atau anak lipas yg dibakar dan ditumbuk mcm serbuk kopi. Astagfirullah, tergamakkah aku nak bg anak aku makan semua tu? Usah kata nak bg makan, nak cari dan nak pegang benda2 tu pun aku tak sanggup. Aku pun tak pasti di mana logiknya petua2 mcm tu. Yang pasti, aku tak sanggup langsung nak cuba.
No comments:
Post a Comment
What say you?