Sunday, September 26, 2010

Hanya Allah Dapat Membalasnya






Dah agak lama tak update blog. Busy sangat-sangat menguruskan program student- Intensive Grammar Class. Ini merupakan program sulung aku sejak menjadi Penyelaras Jawatankuasa Pembangunan Pelajar Unit Bahasa Inggeris. Program ini diadakan untuk membantu pelajar yang sangat lemah di dalam Bahasa Inggeris dengan harapan ianya akan dapat membantu mereka mendapat keputusan yang lebih baik di dalam PSPM dan juga MUET nanti. Alhamdulillah, program selama 2 hari ini berjalan dengan lancar dan berakhir dengan baik. Komen yang diterima oleh para pelajar yang menyertainya sangat positif dan kebanyakannya meminta untuk ditambahkan lagi tempoh kursus. InsyaAllah, boleh dipertimbangkan untuk program yang sama nanti.

Di belakang tabir program ini, banyak suka dan duka serta cabaran yang dilalui. Malaslah aku nak fikir dan nak cerita fasal semua tu kat blog ni cuma apa yg dapat aku katakan, hati orang tak sama biarpun rambut sama hitam. Tak semua orang suka nak buat kerja2 kebajikan mcm ni. Kalau ikutkan siapalah yang nak buat kerja lebih masa, especially nak mengajar grammar yg mmg memerlukan byk explanation dan sebagainya. Tapi bukankan semua ini untuk membantu anak bangsa kita sendiri, kalau bukan kita, siapa lagi yg dapat menolong mereka? Apapun, terima kasih untuk kawan2 yang banyak membantu, terharu rasa hati melihat mereka yang begitu bersungguh-sungguh mengajar untuk memastikan semua pelajar memahami dan menguasai English grammar. Hanya Allah sajalah yang dapat membalasnya. Teringat aku satu pantun yang aku ditulis oleh pengetua SMK Mergong sewaktu aku buat teaching practical tahun 1999 kat sana, bunyinya lebih kurang mcm ni lah:

Menjadi guru profession yang mulia,
Mengajar dan mendidik tugas utama,
Segala kerja janganlah berkira
Hanya Allah dapat membalasnya

Betul tu, kalau nak harapkan pembalasan dunia tu mmglah tak ada. Jadi cikgu ni, mmglah susah nak kaya dari segi material tetapi dari segi keberkatan hidup dunia dan akhirat tu, InsyaAllah mmg kita boleh rasa. Aku juga percaya kalau aku mengajar anak orang lain bersungguh-sungguh, cikgu yang mengajar anak2 aku nanti pun akan mengajar mereka dengan bersungguh-sungguh dan begitu jugalah kalau sebaliknya.



-Minta maaf tak dapat nak upload gambar kawan2 lain sedang mengajar di dalam kelas. Banyak sangat, tak larat nak tunggu proses nak upload gambar kat blog ni sbb lepas ni nak buat assignment pula.
- Projek selepas ni ialah MUET Guidance Seminar, smg semuanya berjalan lancar.










6 comments:

  1. Salam ina..lama ina x apdet blog. Uda ni hmpir setiap hari tgk kot2 ada n3 baru sampai x larat tunggu tau. So nak isi masa lapang tu, uda baca la blog2 yg ada kat page sayang walaupn uda x kenal. Selain dari sedara mara la kan..
    Mcm mana tema raya pertama kita blh sama Ina:D Uda 1st raya pun purple gak..hehe

    ReplyDelete
  2. wsalam Uda, best gilerlah uda ni, suka baca blog juga ya, hehe. Ina rasa Uda kena buat blog sendiri ni, mesti best sbb Uda ni kan suka buat lawak. Ina sibuk sgt2lah Uda, mmg tak sabar nak update blog tp ada saja benda yg nak kena buat. Itulah, ina pun tgk dlm fb Abg Li td, baju raya Uda sekeluarga kaler purple. Cantik, cotton ke?

    ReplyDelete
  3. salam kaz...i'v been reading ur blog since the very beginning,silent reader though..u r indeed a talented writer..i really admire the way u play with words to describe ur xperiences in life n how u approach things..but this post really made me want to share my thought...it's very true that being a teacher u cannot expect much in terms of money..good things will come by..just bear in mind that whatever we do or contribute..do it honestly n insyaAllah He will grant us His blessing n THAT should be our target in life...to have His eternal blessing n lead our life accordingly....

    ReplyDelete
  4. wah..ada secret silent reader la..welcome talha..wah kaz...pas nie boleh tulis buku la pulak...he he..

    that's true uda...dah banyak kali ckp ngan yan,kalau uda ada blog mesti best kan..uda have a lot of idea..

    ReplyDelete
  5. Talha dear, tq very much, I was born to love language, tak kisahlah BM or BI and somehow being an english teacher gives advantage for me to be more expressive.If possible, I want to write more, to express more but the time plus the responsibilities that I have make it a bit impossible. U r good as well, remember that chicken soup article that u wrote? Maybe u can consider having a blog as well.

    ReplyDelete
  6. Bidadarindu, tgk tu skema2 pun ada orang suka baca tau, hehe.

    ReplyDelete

What say you?