

Mama naik bas Aeroline utk kali kedua. Nampak best sgt bas ni, siap ada lounge kat tingkat bawah dan makanan dan minuman dihidangkan sepanjang perjalanan kecuali ketika bulan Ramadhan, ianya diberi ketika hampir waktu berbuka. Tambangnya RM 55 dari Penang ke Sunway Pyramid.
Mama menangis ketika hendak meninggalkan aku. Aku pun ingin menangis tp aku tak mahu tunjukkan kesedihanku pada mama. Sejak arwah Ba meninggalkan kami, aku tahu aku perlu sentiasa kuat (biarpun adakalanya aku terpaksa berlakon) di depan mama agar dia tahu dia masih ada aku yang akan terus memberi sokongan kepadanya.Alhamdulillah, mama dah selamat sampai pada pukul 7.30 malam semalam. Semoga mama akan happy tinggal di KL selama 2 minggu ni.
No comments:
Post a Comment
What say you?