Thursday, February 2, 2012

Dari pagi hinggalah ke malam.....

Salam kawan-kawan semua. Rindu betul nak update blog ttp apakan daya, sejak Wildan dah masuk sekolah dan Wafriy masuk tadika, kehidupan saya banyak yg berubah. Dari pagi sehingga ke malam, saya mmg sibuk. Pukul 5 pagi saya dah bgn utk iron baju kerja saya dan suami, buatkan bekalan air kat anak2, kemas apa yg patut kat dapur, mandi dan solat subuh, bangunkan suami dan anak2 untuk mandi dan bersiap, saya sendiri bersiap, masukkan barang2 di dlm kereta dan seawal pukul 7 dah kena bertolak ke KB utk hantar Wafriy ke tadika, Wildan ke kelas KAFA dan kami berdua ke ofis.
Kat ofis, spt biasalah, mana ada kerja yg goyang kaki kan? Sekrg pula tgh sibuk marking exam paper dan juga persiapan utk English Week 2012.

Wildan sekolah sesi ptg, habis sekolah pukul 6.20 ptg. Nasib baiklah saya take turn dgn Kak Liza, officemate yg kebetulan tinggal satu taman dgn saya dan anaknya pula sekelas dan juga best friend Wildan, utk mengambil anak balik dari sekolah. Pada hari giliran saya ambil Wildan, selalunya pukul 7.15 mlm baru saya sekeluarga sampai di rumah. Kalau hari yg Kak Liza ambil pula, kami sampai rumah dlm pukul 6.30 ptg. Dlm masa yg singkat sblm solat maghrib tu lah saya uruskan makan minum anak2. Suami on diet, so dia cuma makan roti saja. Nasib baiklah sekrg Mama ada di rumah dan selalunya Mama tolong jemur,  angkat dan lipat kain. Slps solat maghrib, saya akan menemani anak-anak buat homework. Kalau saya tak teman, alamatnya 2 beradik tu tak buat kerja tapi akan mula nak melawak yg akhirnya terus bergaduh. Setelah temankan anak2 buat homework dan solat Isyak, saya akan siapkan segala keperluan sekolah mereka. Beg sekolah, beg nursery, kasut sekolah, beg tadika dan baju sekolah semuanya saya letak siap2 kat depan pintu utk elakkan kelam kabut keesokannya.Pukul 9.30 mlm, saya dah  paksa anak2 tidur dan selalunya walaupun saya kata nak temankan anak tidur dan saya akan bangun semula slps tu, saya sendiri akan tertidur hinggalah keesokan pagi. Nak buat macam mana, dah mmg letih sgt2. Doktor kata orang mengandung ni kena curi masa utk tidur sebelah siang tapi takkanlah saya nak curi masa tidur kat ofis pula kan?

Beginilah rutin hidup saya dan saya pasti orang lain pun sibuk mcm saya juga kan, cuma mungkin dgn cara yang berbeza. Kalau dulu, saya ada masa nak baca novel atau update blog atau buat hobi yg lain, sekrg ni masa saya sepenuhnya terisi dgn tanggungjawab yg diamanahkan kpd saya. Alhamdulillah, walaupun sibuk saya rasa sgt seronok dan bahagia. Petang ni pun saya curi2 masa utk update blog setelah otak rasa dah tepu dan mata rasa dah penat marking exam paper. Lagipun rindu sgt nak update blog, asyik tgk kawan2 lain update, rasa teringin juga nak update.


Tak tau nak letak gambar apa, gambar ni saja yg ada kat pc ofis, so saya upload gambar ni ajelah ya.

3 comments:

  1. penat x per kak,asalkan bahagia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah,,penuh betul jadual harian Kaz ye..ni dah jadi mcm "super mom ".

      Macam tu lah pengorbanan kita nak besarkan anak2 dan jaga suami lagi..Insyaallah akan dpt ganjarannya nnti..

      Sekejap je nnti sedar2 ank2 dh besar semuanya, macam akak..:)

      Delete
  2. Bidadarindu, betul tu. Akak bahagia dgn tanggungjawab ni.

    Kak Ariana, InsyaAllah, hanya Allah sahaja dpt membalas segalanya. Yg penting kita menjaga anak2 kita sebaik mungkin.

    ReplyDelete

What say you?