Saturday, July 3, 2010
Burung tiruan
Dah lama anak2 meminta utk dibelikan mereka "pet", tp memandangkan mereka masih kecil, aku dan suami pula mmg selalu sibuk, aku tahu tak ada siapa yg akan dapat menguruskan 'pet' mereka tu nanti. Ikan puyu yg ada kat dapur tu pun takda siapa yg peduli sekrg.
Minggu lepas, ketika berhenti kat Pasar Malam Seri Astana, aku ternampak burung tiruan ni, sekali pandang npk mcm real, siap ada sangkar lagi dan boleh berbunyi sbb ada motion detector. Harganya RM 22 untuk seekor burung dan sangkarnya. Kebetulan masa tu duit dah tak cukup sebab aku dah belanja beli barang2 keperluan kat Pasar Malam tu. Bila balik aku asyik teringat saja kat burung tu sebab aku rasa walaupun ianya agak mahal ttp agak praktikal sbb ianya tiruan, takda bulu ( aku dan anak2 allergik dgn bulu2 binatang ni) dan tak perlu jaga makan dan minum dia. So, beberapa hari yg lepas aku sekali lagi ke Pasar Malam ni dan perkara pertama yg aku lakukan ialah terus ke gerai yg menjual burung tiruan ni dan memanglah rezeki anak2ku kerana cuma ada 1 saja lagi yang tinggal. Bila masuk je dalam kereta ( suami dan anak2 tunggu dlm kereta), mereka terus menjerit sebab excited sangat. Balik rumah pun mereka asyik dok belek dan bermain dgn burung tiruan tu, siap bg nama lagi. Kalau tak salah, nama burung tu Tweety. Kira ok lah tu kan sebagai permulaan. Nanti kalau mereka dah besar, bolehlah aku belikan burung yg betul tu. Kalau haiwan yg lain2 tu, mmg aku tak akan benarkanlah, especially kucing dan arnab. Untuk mereka yg mengenaliku tentu tahu kenapa, hehe.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
What say you?